Jumaat, Mei 27, 2011

13 Perkara Yang Mencemari Kemurnian Tauhid Bah. 5

Pencemaran #5: Membaca Horoscopes

Salah satu tindakan yang mencemari kemurnian tauhid yang tidak disedari ramai ialah membaca dan mempercayai Horoscopes. Horoscopes ialah bintang seseorang yang dengan itu dapat diramal kebaikan atau keburukannya. Bintang ini ditentukan berdasarkan tarikh lahir. Sebagai contoh, orang yang lahir antara 21 Mac hingga 19 April memiliki bintang Aries, orang yang lahir antara 20 April hingga 20 Mei memiliki bintang Taurus dan demikianlah seterusnya.

Asal usul horoscopes ialah menggunakan kedudukan bintang, planet dan matahari untuk meramalkan kebaikan atau keburukan. Laman web PageWise, Inc. menerangkan asal usulnya:

Horoscopes and astrology began with the ancient Greeks some thousands of years ago. It began as an effective way to know when to plant and when to harvest their crops. It then evolved into the belief that the position of the sun and the planets also had an effect on a person's life and what future events would happen to them. Some astrologers believed that a horoscope would not predict the future, but would predict possible influences that the planets had on a person's life.

The word "astrology" is a Greek word that means "Science of the Stars." Astrology was used by the Chaldean people as early as 3000 BC. The Chaldeans lived in Babylonia. The people of China became interested and began practicing Astrology in later years. It is said that these people first noticed how the position of the sun influenced the seasons as well as the planting cycles.

Then, somewhere in the year of 500 BC, philosopher Plato used Astrology and studied it further. This kept it alive, and it continued to spread on through the ages. However, it took a downturn when Galileo Galilei was the first astronomer to use a telescope in the 1500's. He was successful in disproving much of the earlier thinking in science. This included astronomy, which was considered to be an early science. He completely agreed with the Copernican Theory which dealt with the movements of the planets.

However, as time went by, astronomy once again took an upswing in popularity when it flourished in Egypt around the years of 300 BC. Then, during the Middle Ages, the practice of astrology quietly hid itself as the Christian Church became the predominent leading voice of the new world. It wasn't until the 1600's when an astrologer named William Lilly renamed astrology as being "Christian Astrology" in order to avoid the wrath of the Church and to make it more acceptable. Following Lilly's footsteps was another astrologer named Alan Leo who had a huge following of fans in the late 1800's. And, following Leo was Paul Clancy. Clancy published his own magazine which was called "American Astrology." This was instrumental in popularizing astrology and horoscopes as we know them today.

Di dalam Islam, kedudukan bintang, planet dan matahari tidak memainkan peranan untuk meramalkan kebaikan atau keburukan. Pada zaman Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, terdapat kepercayaan yang menyamai amalan menggunakan bintang, planet dan matahari sebagai sumber ramalan. Kepercayaan tersebut ialah menggunakan bintang untuk meramalkan hujan. Rasulullah menolak amalan sedemikian kerana ia adalah satu bentuk kekafiran. Zaid bin Khalid al-Juhani radhiallahu 'anh menerangkan:

Kami bersolat subuh bersama Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam di Hudaibiyah setelah semalamnya turun hujan. Tatkala selesai, Nabi shallallahu 'alaihi wasallam menghadap orang ramai dan bersabda:

“Tahukah kalian apa yang difirmankan oleh Tuhan kalian?” Mereka menjawab: “Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui.” Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menjawab (Allah berfirman):

“Pada pagi ini ada di antara hamba-Ku yang beriman kepada-Ku dan ada yang kafir. Adapun orang yang berkata hujan turun kepada kami kerana kurnia Allah dan rahmat-Nya, maka dia beriman kepada-Ku dan kafir kepada bintang. Sedangkan orang yang berkata hujan turun kepada kami kerana bintang itu dan ini, maka dia kafir kepada-Ku dan beriman kepada bintang.”

Adapun sebab Islam melarang penggunaan bintang, planet dan matahari sebagai sumber ramalan, adalah kerana ilmu-ilmu ghaib tidak tersimpan dalam objek-objek tersebut. Apabila seorang muslim menggunakan bintang, planet dan matahari untuk membuat ramalan tertentu, seolah-olah dia mempercayai objek-objek tersebut mampu mengkhabarkan kepada dia ilmu ghaib tentang sesuatu yang akan berlaku. Ini semua adalah kepercayaan yang salah kerana tiada siapa atau apa jua yang mengetahui ilmu ghaib kecuali Allah Subhanahu wa Ta'ala.

Dengan itu juga, sikap seorang muslim terhadap Horoscope adalah seperti perbincangan yang lepas tentang hukum mengunjungi bomoh. Seorang muslim bukan sahaja dilarang daripada membenarkan ramalan Horoscope tetapi juga membacanya. Seorang muslim tidak boleh memiliki apa-apa urusan dengan Horoscope melainkan untuk menerangkan kesalahan dan kesia-siaannya kepada orang lain.

Lebih lanjut, sikap kita terhadap ilmu ghaib tidak sahaja terhad kepada Horoscope tetapi apa jua benda yang didakwa mampu memberi khabar tentang ilmu ghaib. Antara yang dimaksudkan ialah:

1. Menggunakan burung untuk memilih kad yang di sebaliknya tercatit ramalan tertentu.

2. Membaca alur-alur di tangan (palm reading).

3. Membaca gerak-geri dan wajah seseorang yang dengan itu kononnya dapat diramalkan sesuatu perkara. Bahkan ada yang mendakwa, dengan melihat tumit seorang wanita dia dapat mengetahui sama ada wanita tersebut masih dara atau sebaliknya.

4. Melukis garis-garis dan membacanya dengan kaedah tertentu.

5. Bertanya kepada bebola kristal.

Seperkara lain yang perlu dicatat adalah, tindakan yang dilarang ialah menggunakan bintang, planet, matahari dan sebagainya sebagai sumber untuk mengetahui ilmu ghaib. Berbeza hukumnya jika seorang muslim menggunakan objek-objek tersebut sebagai sumber ramalan yang bersandarkan kepada ilmu. Hal ini dibolehkan.

Oleh itu menggunakan bintang bagi menentukan arah perjalanan, menggunakan matahari dan bulan untuk kiraan masa, mengusahakan tanaman yang berlainan pada musim yang berlainan dan meramalkan hujan berdasarkan arah tiupan angin adalah dibolehkan. Ini kerana pola susunan bintang, pergerakan matahari, peralihan musim dan arah tiupan angin tidak lain adalah sesuatu yang dicipta oleh Allah untuk dimanfaatkan oleh manusia. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

Dan Dia (Allah) memudahkan bagi kamu malam dan siang, dan matahari serta bulan; dan bintang-bintang dimudahkan dengan perintah-Nya untuk keperluan-keperluan kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang membuktikan kebijaksanaan Allah) bagi kaum yang mahu memahaminya. [al-Nahl 16:12]

Dia-lah (Allah) yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang-benderang) dan bulan bercahaya, dan Dia-lah yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu (berpindah-randah) pada tempat-tempat peredarannya masing-masing) supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa. Allah tidak menjadikan semuanya itu melainkan dengan adanya faedah dan gunanya yang sebenar. Allah menjelaskan ayat-ayat-Nya (tanda-tanda kebesaran-Nya) satu persatu bagi kaum yang mahu mengetahui (hikmah sesuatu yang dijadikan-Nya). [Yunus 10:05]

Dia (Allah) menciptakan langit dan bumi dengan ada faedah dan gunanya yang sebenar; Dia pula menjadikan malam melingkari siang dan menjadikan siang melingkari malam; dan Dia menjadikan matahari dan bulan beredar menurut perintahnya, - tiap-tiap satu dari keduanya, beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Ingatlah! Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Yang sentiasa Mengampuni. [al-Zumar 39:05]

Allah jualah yang menghantarkan angin, lalu angin itu menggerakkan awan; kemudian Allah menyebarkan awan itu di langit sebagaimana yang dikehendaki-Nya, dan menjadikannya berkelompok-kelompok; lalu engkau melihat hujan keluar dari celah-celahnya. [al-Rum 30:48]

Tiada ulasan: