Jumaat, Mei 27, 2011

13 Perkara Yang Mencemari Kemurnian Tauhid Bah. 8

Pencemaran #8: Jampi-Jampian Yang Tidak Difahami

Sesuatu yang rapat berkaitan dengan penggunaan tangkal ialah mempercayai jampi-jampian. Dalam perbincangan sebelumnya, kita telah menyentuh perihal menggunakan tangkal yang dijampi dengan ayat al-Qur’an atau zikir-zikir. Dalam perbincangan ini, kita akan menyentuh berkenaan jampi-jampian secara umum.

Terdapat tiga buah hadis yang perlu kita kaji untuk memahami hukum jampi-jampian dalam Islam:

Hadis Pertama:

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

"Sesungguhnya jampi-jampian, tangkal dan permainan sihir adalah syirik."

Hadis Kedua:

Auf bin Malik al-Asyja‘iy radhiallahu 'anh berkata: Kami di zaman Jahiliyyah mempraktikkan jampi-jampian. Maka kami bertanya: “Ya Rasulullah, apakah pendapat anda tentang hal ini?” Rasulullah menjawab:

"Tunjukkan kepada aku jampi-jampian kamu. Tidak mengapa dengan jampi-jampian yang di dalamnya tidak mengandungi syirik."

Hadis Ketiga:

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

"Akan memasuki syurga tanpa hisab tujuh puluh ribu daripada kalangan umatku, mereka ialah orang-orang yang tidak meminta jampi-jampian, tidak mempercayai nasib baik atau buruk pada arah penerbangan burung dan kepada Tuhan mereka, mereka bertawakkal."

Tiada ulasan: