Bukan al-Quran yang mengatakan orang murtad mesti di bunuh, tetapi fiqah terutama fiqah empat mazhab. Kerana kebanyakan Muslim mendahulukan fiqah mazhab daripada al-Quran menyebabkan mereka turut menganggap orang murtad mesti dibunuh.
Bagaimanapun, beberapa dekat lalu telah muncul segelintir cerdik pandai dan ulama mengambil inisiatif untuk membuat penilain semula terhadap hukum membunuh orang murtad dengan memberi keutamaan kepada ajaran yang terkandung dalam al-Quran dan hadis. Justeru muncul beberapa nama ulama terkenal termasuk al-Marhum Syeikh Muhammad al-Ghazali, Dr. Yusuf al-Qaradawi, Dr. Fathi Osman, Dr, Muhammad, Dr. Salim al-Awwa, Gamal al-Banna dan lain-lain.
Pakar ilmu Matlamat Syariah, Dr. Ahmad al-Raisouni adalah tergolong dari mereka itu, tetapi beliau berbeza sedikik dari mereka kerana lebih kedepan walaupun beliau boleh dikategorikan dalam golongan ulama konservatif. Sebelum ini Tema Tajdid (TT) pernah menyiarkan pandangan beliau menuntut dikurangkan hukum haram sebanyak 25 peratus. Kini TT menyiarkan pula pandangan beliau mengenai hukum murtad. Selamat membaca. -Editorial.
Oleh Dr. Ahmad al-Raisouni
(SILA BACA TULISAN ASAL DR. AL-RAISOUNI DI BAWAH)
Di antara ayat-ayat yang dianggap sesetengah ahli tafsir bahawa ia telah dimansuhkan (dinasakhkan) ialah ayat: "Tiada paksaan dalam agama.: (al-Baqarah: 256) walaupun ayat ini memperuntukkan perkara fakultatif yang muktamad dan hakikat yang jelas dan terang, iaitu dalam agama tidak mungkin dan tidak akan mungkin berlaku paksaan.
Ini kerana agama itu adalah iman dan iktikad yang boleh diterima akal manusia dan menyenangkan hatinya pula. Agama merupakan perbuatan berdasarkan kemahuan dan paksaan bertentangan dan bercanggah dengan semua itu.
Agama dan paksaan tidak boleh duduk bersama. Bila terdapat paksaan, agama menghilang. Kerana paksaan tidak melahirkan agama, tetapi melahirkan kemunafikan, pembohongan dan penipuan. Semua sifat itu adalah sifat batil dan terkeji dalam syariah. Kerana ia tidak akan melahirkan kecuali penghinaan di dunia dan akhirat.
Jika paksaan tidak melahirkan agama dan iman, ia juga tidak melahirkan kufur dan murtad. Kerana orang yang dipaksa jadi kafir bukan kafir dan orang yang dipaksa jadi murtad bukan murtad. Demikian itu juga seseorang dipaksa beriman, dia bukan orang beriman dan dipaksa jadi Muslim, dia bukan Muslim. Seseorang itu tidak sama sekali akan menjadi orang beriman dan orang Muslim kecuali dengan keredhaan yang hakiki: "Aku redha dengan Allah sebagai Tuhan dan Islam sebagai agama dan Muhammad sebagai Nabi dan Rasul." Jika paksaan itu tidak sah juga dalam tingkah laku, muamalat, hak-hak jasmani dan hak-hak duniawi di mana ia tidak melahirkan kahwin dan cerai, jual beli dan angkat baiat, maka bagaimana pula ia boleh melahirkan agama, akidah, iman dan Islam?
Justeru masalah "tiada paksaan dalam agama" adalah masalah fakultatif yang muhkamah (tetap dan tidak berubah), umum yang sempurna, laku dengan awal zaman sehingga akhir zaman dan sesuai dengan orang musyrik dan kitabi dan lelaki dan wanita sama ada sebelum memeluk Islam mahupun selepas memeluk Islam. Maksudnya relevan dengan permulaan (memeluk Islam) dan kekal (dalam Islam). Kerana agama itu tidak berlaku dengan paksaan pada mula (memeluk Islam) dan pada kekal (di dalam Islam).
Jika paksaan boleh campur tangan dalam agama dan memasukkan manusia dan mengekalkan di dalamnya, maka sudah tentu paksaan itu akan keluar daripada Allah Azzawajalla sendiri. Kerana Maha Suci sahaja yang mampu memaksa secara hakiki dan secara berkesan, yang menyebabkan orang kafir menjadi orang beriman, orang musyrik menjadi orang mengesakan Tuhan dan orang kitabi menjadi orang Muslim. Tetapi Maha Suci Allah dengan hikmah-Nya menolak perkara itu dan tidak melakukannya:
"Dan (bukanlah tanggungjawabmu wahai Muhammad menjadikan seluruh umat manusia beriman), jika Tuhanmu menghendaki nescaya berimanlah sekalian manusia yang ada di bumi. (Janganlah engkau bersedih hati tentang kedegilan orang-orang yang ingkar itu; kalau Tuhan tidak menghendaki) maka patutkah engkau pula hendak memaksa manusia supaya mereka menjadi orang-orang yang beriman? " "(Yunus: 99)… " Katakanlah (wahai Muhammad: Kalau kamu sudah tidak ada sesuatu bukti) maka Allah mempunyai bukti yang tegas nyata. Oleh itu, jika Dia menghendaki tentulah Dia akan memberi hidayat petunjuk kepada kamu semuanya.." (al-An'aam: 149) "Dan kalau Allah menghendaki, nescaya mereka tidak mempersekutukanNya dan Kami tidak menjadikan engkau (wahai Muhammad) penjaga dan pengawal mereka dan engkau pula bukanlah wakil yang menguruskan hal-hal mereka (kerana semuanya itu terserah kepada Allah semata-mata ." (al-An'aam: 107)
Justeru hikmah Allah tidak memaksa dalam agama sehingga dalam bentuk ia mungkin melakukan, memberi kesan dan dapat memberi petunjuk, tetapi ia tidak menetapkannya juga kerana tidak akan berlaku kecuali pembohongan, kemunafikan dan bencikan Islam dan penganutnya.
Jika ayat:" Tidak ada paksaan dalam agama" tidak mansuhkan dan tidak diterima untuk dimansuhkan, maka ia juga bukan khusus dan tidak boleh dikhususkan. Dan paling kurang dapat dikatakan pada kedudukan ini ialah ayat berkenaan datang dalam ungkapan yang jelas dan bukan bersifat umum. Dengan itu ia tidak boleh dikhususkan kecuali dengan dalil yang sama dari segi thubut (yakin seratus peratus daripada Allah) dan dalalah (muktamad hukumnya seratus peratus).
Al-Allamah Ibnu Asyur berkata: "Dan didatangkan dengan nafi jenis (tiada paksaan), bagi tujuan umum secara nas dan ia (ayat itu) merupakan dalil yang jelas untuk memansuhkan paksaan ke atas agama dalam semua bentuknya…"
Jika dikatakan ayat itu tidak dimansuh, umum dan bukan khusus dan jika ia juga jelas dan terang dengan lafaz dan harfiahnya, maka patut kita meneliti mengenai tentangan-tentangan dan permasalahan-permasalahan yang terdapat mengenai perkara itu. Yang terpentingnya ada dua.
Pertama: Apa yang disabitkan dalam beberapa nas al-Quran dan hadis serta sirah amalan Nabi berbubung melancarkan perang ke atas kaum musyrikin sehingga mereka memeluk Islam… Begitu dilakukan paksaan terhadap kebanyakan kaum musyrik Arab supaya mereka memeluk Islam seperti didakwa.
Kedua: hudud murtad, ia memaksa supaya kekal dalam Islam. Dengan demikian dianggap salah satu bentuk paksaan di luar peruntukan dalam maksud umum ayat berkenaan.
Hudud murtad
Berhubung perkara kedua itu, iaitu membunuh orang murtad, saya menganggap amat berfaedah dan perlu disebut tentang beberapa metodologi yang relevan dengannya dan relevan dengan perkara terdahulu serta relevan dengan perkara-perkara yang serupa dengan kedua-duanya.
1- Telah diputuskan di atas bahawa fakultatif tidak ada pemansuhan.
2- Telah diputuskan juga bahawa fakultatif muhkamah adalah ibu kitab dan asas syariah. Ia menjadi penetap kepada perkara juzuk (cabang) dan mendahuluinya.
3- Imam asy-Syatibi telah menetap juga bahawa penyerupaan (tasyabuh) tidak berlaku dalam kaedah-kaedah fakultatif. Sebaliknya ia hanya berlaku dalam perkara-perkara yang dianggap cadang kecil.
Dia menjelaskan bahawa yang dikehendaki dengan asas-asas kaedah fakultatif itu, sama ada dalam ilmu Usuluddin mahupun ilmu Usul al-Fiqh dan lain-lain merupakan daripada pengertian-pengertian syariah fakultatif dan bukan juzuk-juzuknya.
4- Berdasarkan apa yang disebut di atas, asy-Syatibii menetapkan kaedah metodologi yang lain, iaitu "jika terdapat kaedah umum atau mutlak, maka ia tidak memberi kesan kepada penentangan permasalahan-permasalahan tertentu dan tidak juga cerita-cerita suasana (seperti sebab diturunkan al-Quran). Demikian itu kerana kaedah fakultatif bersandarkan dalil-dalil muktamad tidak boleh dipertikaikan. Sedangkan permasalahan-permasalahan yang bertentangan dengannya berlaku bermacam-macam kemungkinan, pentakwilan dan kesyakan…
Dia telah menjelaskan contoh perbahasan yang berlaku pada zamannya di Granada (Gharnatah), iaitu mengenai tindakan Nabi Musa a.s. membunuh orang Qibti (orang Mesir) di mana mungkin difahamkan bahawa para nabi tidak maksum dan ini berlainan dengan yang ditetapkan dalam akidah Islam. Asy-Syatibi berpendapat kemaksuman para nabi adalah permasalahan fakultatif yang diambil daripada beberapa dalil qati'i yang tidak diragui dan boleh dipertikaikan. Jika kita menerima kaedah atau asas ini, maka dengan itu kita dapat memahami bahawa kejadian pembunuhan Nabi Musa terhadap orang Qibti itu dalam bentuk mana pun tidak bercanggah dengan kemaksuman dan menafikan kemaksumannya.
Dengan itu tidak mungkin dianggap perbuatan Nabi Musa itu satu dosa. Maka tiada yang boleh dikatakan kecuali ia bukan berdosa dan anda boleh takwil dengan luas dan sesuai dengan para nabi dan tidak jauh daripada zahir ayat-ayat tersebut.
Kita menyedari bahawa sesungguhnya kaedah "tiada paksaan dalam agama" adalah qati'i (muktamad) dari segi sabit dan dalil (hukum) selain daripada fakultatif dan umum bentuknya. Seperti juga tidak menyedari dengan akal dan pengalaman bahawa paksaan dalam agama itu tidak memberi kesan yang berfaedah dan tidak menghasilkan kecuali kemudaratan.
Jika kita menyedari perkara itu dan berpegang dengannya serta tidak membatasnya, kita boleh melaksanakan dalam bentuk yang lebih sempurna dengan segala khabar dan athar (kesan) mengenai pembunuhan orang yang murtad keluar dari Islam jika tidak bertaubat dan kembali kepada Islam semula.
Justeru pandangan yang mengatakan bahawa hukum bunuh terhadap orang murtad sahaja tanpa ada atau terlibat dengan kesalahan lain dianggap bercanggah dengan sejelas-jelasanya dengan kaedah: "Tiada paksaan dalam agama." Maka patut kita menolak dan tidak menerimanya.
Selain itu segala akhbar dan athar yang menunjukkan pembunuhan orang murtad boleh difahamkan bahawa:
- Waimma ia berkaitan dengan hukuman takzir (yang ditetap oleh ijtihad hakim) yang mengambil kira suasana dan kemerbahayaan yang terbentuk oleh pergerakan murtad ke atas negara Islam yang baru lahir terutama sekali seperti diberitahu melalui al-Quran dan dalam konteks kejadian dan periwatiwa yang pada ketika itu terdapat banyak kejadian masuk dan keluar Islam merupakan perbuatan konsprirasi sulit yang berisfat pengkhianatan dan penderhakaan.
- Waimma berkaitan kebiasaan yang berlaku bersama kemurtadan seperti jenayah atau berpaling tadah menyertai barisan musuh atau lain-lain perbuatan yang pasti dikenakan hukuman. Itulah yang disebut dalam sesetengah riwayat hadis Nabi yang sahih (Tidak halal darah seseorang Muslim yang naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa aku adalah Rasulullah kecuali dengan salah satu dari tiga…) dan ia merupakan hadis yang paling sah dalam bab ini. Dalam riwayat Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim dan al-Tarmizi daripada Abdullah Ibnu Mas'ud r.a.: "Tiada halal darah seseorang Muslim yang naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa aku Rasulullah kecuali dengan salah dari tiga: (1) hukuman membunuh balas, (2), orang yang sudah berkahwin berzina dan (3) keluar dari agama dan meninggalkan kumpulan (jamaah)."
Hadis ini tidak saja bercakap tentang keluar daripada agama, tetapi ditambah dengan meninggal atau mengasing diri atau keluar daripada kumpulan (jamaah) sama seperti disebut dalam riwayat-riwayat yang lain. Ia tambahan yang tidak mungkin tanpa ada kegunaan tambahan dan tanpa memberi kesan dalam mewajibkan hukum.
Meninggal atau keluar daripada kumpulan bermaksud memberontak, berderhaka dan berperang dan mungkin juga menyertai barisan musuh yang melancarkan perang (ke atas jamaah/ kerajaan). Begitulah yang disebut dalam riwayat-riwayat lain mengenai hadis itu. Daripada Abu Daud daripada Aisyah r.a. daripada Nabi s.a.w. "Tiada halal darah seseorang Muslim yang naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa aku Rasulullah kecuali dengan salah dari tiga:
(1) Lelaki berzina selepas berkahwin, maka dia direjam,
(2), lelaki keluar memerangi Allah dan Rasul-Nya, maka dia dibunuh atau disalib atau diusir dari negeri dan
(3) membunuh seseorang, maka dia dbunuh.
Dalam riwayat an-Nasai dan at-Tahawi dalam Musykil al-Athar juga daripada Aisyah: " Atau lelaki keluar daripada Islam, dia memerangi Allah dan Rasul-Nya, maka dia dibunuh atau disalib atau diusir dari negeri."
Dengan demikian menjadi jelas bahawa kewajiban membunuh orang murtad itu disertai dengan pemurtadan keluar daripada kumpulan (negara) dan mengangkat pedang menentangnya Begitu menjadi jelas bahawa pembunuhan itu bukan satu-satunya hukuman yang mungkin dilaksanakan terhadap kes seperti ini.
Dalam semua keadaan, keadah (Tiada paksaan dalam agama) kekal sebagai asas yang sempurna dan jelas serta tidak mungkin dimansuh atau dibatalkan. Begitu juga ia tidak diterima apa cara untuk menafikanya secara menyeluruh atau sebahagiannya.
*Dr. Ahmad al-Raisouni adalah pensyarah Usul Fiqh dan Matlamat Syariah, Univerisiti Muhammad V, Rabat, Maghribi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan