DUNIA tanpa sempadan adalah ikon umat manusia sejagat hari ini. Ia natijah semula jadi daripada ledakan teknologi maklumat yang semakin menonjol dan menampakkan kekuasaannya. Ledakan itu juga boleh menjadi nikmat dan malapetaka.
Graham Fuller yang menulis artikel bertajuk A World Without Islam atau Dunia Tanpa Islam dalam Foreign Policy terbitan The Carnegie Endowment for International Peace, Washington keluaran Januari-Februari 2008, memulakan artikelnya dengan menulis "What if Islam had never existed? To some, it's a comforting thought: No clash civilizations, no holy wars, no terrorists. Would Christianty have
taken over the world? Would the Middle East be a peaceful beacon of democracy? Would 9/11 have happened?"
Fuller yang juga bekas Timbalan Ketua Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat yang sekarang menjadi seorang profesor sejarah di Fraser University, Vancouver mendakwa punca kekacauan dunia adalah Islam.
"Islamlah yang menggalakkan serangan bunuh diri, bom kereta, pencerobohan tentera, perjuangan perlawanan, amukan massa, fatwa, jihad, perang gerila, video ancaman dan serangan 11/9," dakwanya. Sesetengah pihak inilah yang sampai sekarang masih menguasai aliran perdana pemikiran manusia sejagat dengan kekuasaan tentera, kewangan
dan media massa. Mereka menempatkan Islam sebagai musuh berbahaya. Oleh itu, mereka bertungkus lumus memeranginya dengan pelbagai cara sama ada secara halal mahupun yang haram.
Cara yang haram memerangi Islam adalah apa yang dilakukan ahli perundangan Belanda, Geert Wilders dalam filem dokumentarinya Fitna menerusi saluran teknologi maklumat YouTube. Menerusi filem berkenaan, Wilders melakukan serangan fitnah terhadap kitab suci agama Islam, al-Quran al-Karim. Wilders, sebagai manusia ciptaan Allah menuduh al-Quran sebagai punca semua keganasan manusia padahal Allah, sebagai Pencipta manusia termasuk Wilders mengatakan bahawa maksudnya "Sesungguhnya al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (agama Islam)." (Surah al-Isra': 9)
Perbuatan Wilders dengan Fitna adalah lambang putus asa sesetengah pihak yang menganggap Islam sebagai musuh khasnya di negaranya sendiri, Belanda. Mereka semakin tersepit tidak berdaya menghadapi kemaraan Islam di sana. Hampir setiap hari Belanda menyaksikan orang memeluk Islam. Belanda hari ini memiliki lebih daripada 500 masjid
termasuk surau. Ia semakin bertambah kerana pertambahan umat Islam dan semakin semaraknya aktiviti keislaman. Bahkan sebuah masjid terbesar di Eropah Barat yang boleh menampung 1,200 jemaah sudah hampir siap pembinaannya di Rotterdam. Ia diberi nama Masjid Essalam yang mempunyai menara berkembar setinggi 50 meter dan dibina
berhampiran Stadium Feyenoord. Masjid yang dilengkapi dengan dewan solat, pejabat pentadbiran, madrasah, kelas pengajian, perpustakaan, dewan persidangan dan kedai Islam ini dibiayai oleh seorang hartawan dari Emiriah Arab Bersatu (UAE). Ia bukti Islam tak mengenal sempadan.
Di Rotterdam juga berdiri megah sebuah universiti Islam, iaitu Islamic University of Rotterdam yang sudah tentu menambah geram 'sesetengah pihak' yang dilambangkan dalam susuk diri Wilders.
Seperti pernah disorot ruangan ini tahun lalu bahawa di Eropah penduduk Islam semakin bertambah ramai. Di Itali, sebagai contoh, mereka dianggarkan ada 1.5 juta warga Muslim daripada 58 juta keseluruhan penduduknya.
Wartawan Itali, Oriana Fallaci dalam bukunya La Forza Della Ragione berkata, Eropah menuju kepada sebuah wilayah Islam, sebuah jajahan Islam dan diyakini Islam yang baik dan jahat sama-sama wujud. Demikian dipetik eramuslim.com. Akhbar ini pernah melaporkan bahawa Islam dijangka menjadi antara agama utama Eropah berikutan
meningkatnya kadar kelahiran bayi pendatang Muslim, iaitu tiga kali ganda lebih ketara berbanding masyarakat lain di benua itu.
Laporan lain di Britain pula memetik sarjana Universiti Oxford, David Coleman mengakui masyarakat minoriti etnik negara itu bakal mencecah 10 juta orang dalam tempoh 20 tahun akibat kadar kelahiran mendadak di kalangan pendatang.
Di Turki, Pesuruhjaya Sweden ke negara itu, Ingmar Karlsson, berkata bilangan penduduk Muslim bakal meningkat dua kali ganda menjelang 2015, manakala jumlah masyarakat bukan Islam Eropah, sebaliknya berkurangan 3.5 peratus kerana kadar kelahiran yang rendah.
Media Turki, Turkish Weekly melaporkan beberapa anggaran sebelum ini meramalkan dalam tempoh 30 tahun lagi, bilangan Muslim Eropah adalah 65 juta orang.
Aliran penduduk berbilang bangsa dan agama di Eropah bukan andaian tetapi hakikat sukar dibendung.
Ketakutan dan kegerunan sesetengah pihak terhadap Islam membuat mereka tertutup hati untuk menerima kebenaran dan kenyataan. Bagi mereka semua kekacauan dan keganasan dilakukan oleh orang Islam. Di Amerika Syarikat tidak lama dulu terjadi satu aksi keganasan yang dengan tanpa selidik dituduh kepada umat Islam padahal selepas itu
terbukti ia dilakukan oleh orang Amerika sendiri yang berkulit putih.
Menurut Fuller pada 2006 sejumlah 498 serangan keganasan dilaporkan di negara Kesatuan Eropah. Daripada jumlah itu, 424 dilakukan oleh kelompok pemisah, sejumlah 55 oleh kaum pelampau berhaluan kiri, 18 oleh kekuatan keganasan lainnya, dan hanya satu keganasan oleh kelompok Islam. Bagaimanapun, kerana Islam dijadikan agama tertuduh, akibat tindakan sekelompok kecil pemeluknya, maka segala macam
keganasan yang terjadi di pelbagai negara langsung saja dikaitkan dengan Islam.
Dunia tanpa Islam adalah satu ilusi yang jauh daripada kenyataan yang sudah wujud di hadapan kita hari ini. Bagaimana mereka hanya membayangkan kekacauan yang dilakukan oleh segelintir umat Islam walaupun pada hakikatnya ia mungkin dilakukan oleh pihak tertentu yang memusuhi Islam.
Untuk berilusi dunia tanpa Islam adalah satu fantasi yang tidak berguna bahkan hanya membuang masa dan memenatkan fikiran. Ia hanya dilakukan oleh orang yang putus asa terhadap kemuliaan Islam dan hidup mereka diselimuti kegelapan di atas kegelapan. Bagaimanapun, mereka masih akan berleluasa dan dengan mudah melakukan serangan demi
serangan terhadap Islam dan umatnya. Beberapa perkara termasuk yang dikatakan oleh Ibrahim Zahmul, penyelidik dan pengkaji Mesir-Perancis dalam artikelnya yang disiarkan Ad-Dakwah pada 28 Ogos 1995.
Dalam tulisannya, Zahmul berkata: "Dugaan ke atas umat Arab dan Islam seluruhnya yang mengelilingi mereka hari ini adalah satu daripada siri dugaan paling berbahaya di antara semua siri kekacauan yang menimpa mereka. Masalah perpecahan yang berlaku di kalangan negara Islam menyebabkan dunia Islam terus mundur dan ketinggalan di belakang negara lain. Mereka menanggung kesengsaraan dengan luka akibat serangan bertubi-tubi yang tiada tandingannya, sama ada serangan yang datang secara terang-terangan mahupun secara tersembunyi. Sesetengahnya dalam bentuk peperangan langsung seperti berlaku dalam Perang Teluk Pertama dan Kedua. Sebahagian lagi dalam
bentuk fitnah yang ditimbulkan oleh bangsa Yahudi yang tidak pernah senang hati dengan Islam kecuali apabila mereka dapat melaga-lagakan bangsa Arab dan umat Islam dengan saudara mereka sendiri.
Dengan itu, kaum Yahudi dan konco mereka yang terdiri daripada golongan Kristian berjaya mencapai tujuan dan matlamat mereka untuk melemahkan umat Islam dan memecah-belahkan perpaduan mereka.
Kaum Yahudi dan puak Kristian adalah tentera bersekutu yang sentiasa bersatu padu serta saling membantu antara satu sama lain. Mereka sentiasa berusaha untuk mencapai matlamat dan kepentingan bersama. Meskipun pelbagai cara digunakan oleh mereka sepanjang sejarah silam dan pertengahan, pencapaian mereka adalah sama, iaitu berjaya
memfitnah bangsa Arab dan umat Islam.
Sepanjang sejarah moden pula fitnah itu adalah dalam bentuk sokongan dan perjanjian yang dilakukan di antara mereka (Yahudi dan Kristian) dengan bangsa Arab. Sesetengah mereka menonjol di permukaan arus, manakala sebahagian lain pula berlindung di sebalik tabir.
Ia membenarkan sikap yang menggabungkan dua personaliti - berahsia dan menonjol. Pada pertengahan abad ke-20, seorang tokoh veteran diplomatik Perancis, Cont Ugest De' San, cuba menjelaskan hubungan di antara dua perwatakan yang berlainan ini dengan katanya: "Sebenarnya dunia ini diperintah oleh peribadi yang tidak dapat kita gambarkan keperibadian mereka. Mereka inilah yang berdiri di belakang pentas dan kita tidak dapat melihat mereka dengan pancaidera mata."
Itulah hakikat yang berlaku di hadapan kita. Fitnah, fitnah dan fitnah seperti diingatkan Baginda 1,400 tahun yang lalu dalam sabdanya bermaksud: "Hari Kiamat tidak akan terjadi sehingga melimpah ruah harta benda dan timbul fitnah (ujian kepada keimanan) dan banyak berlaku 'al-harj'". Sahabat bertanya, "Apakah al-harj itu hai
Rasulullah? Nabi SAW bersabda, "Peperangan demi peperangan demi peperangan". (Riwayat Ibnu Majah)
Islam menerusi al-Quran dan Nabi Muhammad SAW dianugerahkan Allah kepada umat manusia untuk mengeluarkan mereka daripada gelap gelita kepada cahaya. "Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad) dari Allah, dan sebuah kitab (al-Quran)yang jelas nyata keterangannya. Dengan (al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredaan-Nya, dan (dengannya) Tuhan keluarkan mereka daripada gelap gelita (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang benderang, dengan izin-Nya; dan (dengannya juga) Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus." (Surah al-Maidah: 15-16)
Mereka mengharapkan tidak ada Islam di dunia ini dan berusaha untuk memadamkan cahaya rahmatnya. Bagaimanapun, perbuatan mereka akan sia-sia kerana maksudnya: "Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahaya-Nya, sekalipun orang kafir tidak suka (akan
yang demikian)." (Surah al-Saf: 8)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan