Isnin, April 07, 2008

Di Sebalik Batas Aurat

Aurat berasal dari bahasa Arab yang secara literal atau harfiahnya bererti 'celah', 'kekurangan', 'sesuatu yang memalukan atau sesuatu yang dipandang buruk pada anggota tubuh manusia dan yang Aurat berasal dari bahasa Arab yang secara literal atau harfiahnya bererti 'celah', 'kekurangan', 'sesuatu yang memalukan atau sesuatu yang dipandang buruk pada anggota tubuh manusia dan yang menjadikan malu bila dipandang'.36 Di dalam Al-Qur'an, perkataan aurat disebut sebanyak empat kali, dua kali dalam bentuk tunggal (mufrad) dan dua kali dalam bentuk perkataan berganda (jama'). Bentuk tunggal disebut dalam surah al-Ahzab (33:13) manakala bentuk berganda disebut dalam surah an-Nur (24:31 dan 58).

Perkataan aurat dalam surah al-Ahzab (33:13)37 diterjemahkan oleh sebahagian besar ulama tafsir sebagai 'celah yang terbuka kepada musuh', atau 'celah yang memungkinkan orang lain (musuh) mengambil kesempatan untuk menyerangnya' ,38 Perkataan aurat di dalam surah An-Nur (24:31 dan 58) pula bermakna 'sesuatu dari anggota tubuh manusia yang menjadikan malu bila dipandang, atau dipandang buruk untuk diperlihatkan',39

Dalam tatacara ilmu fiqh, perkataan 'aurat' difahami mengikut penafsiran yang dibuat untuk surah an-Nur tadi; iaitu yang bererti 'sebahagian anggota tubuh manusia yang pada pandangan umum dianggap buruk atau malu bila diperlihatkan dan bila dibiarkan terbuka mungkin boleh menimbulkan fitnah seksual'.40 Oleh kerana itu, ulama fiqh bersependapat menyatakan bahawa aurat harus ditutup dari pandangan orang dengan pakaian yang tidak tembus pandang dan tidak mengikut lekuk bentuk tubuh.

Dalam kitab-kitab fiqh, perbahasan mengenai aurat dimasukkan dalam bab mengenai syarat-syarat melaksanakan ibadah solat kerana menurut sebahagian besar ulama fiqh, menutup aurat termasuk dalam salah satu syarat sah bagi ibadat solat. Abu Hanifah dan Shafi'e mengatakan bahawa menutup aurat termasuk dalam kewajipan-kewajipan sembahyang (furudh as-sholah) sementara Imam Malik mengatakan bahawa menutup aurat dalam solat adalah sunnah (sunan as-solah). Perbezaan ini berlaku akibat perbezaan pandangan dalam memahami perintah 'menghias diri ketika pergi beribadah' (Al-A'raf 7:31). Bagi yang melihat perintah ini sebagai kewajiban, maka menutup aurat dalam ibadah adalah wajib. Bagi yang pemahamannya tidak sedemikian pula, maka menutup aurat dalam ibadah itu dianggap tidak wajib.41

Mengenai batas anggota tubuh yang dianggap aurat, pandangan fiqh membezakan antara lelaki dan perempuan. Walaupun ada perbezaan pendapat mengenai aurat lelaki, secara umumnya sebahagian besar ulama berpendapat bahawa lelaki mesti menutup bahagian anggota tubuh antara pusat dan kedua lutut mereka.42 Ulama fiqh juga berbeza pendapat dalam perkara aurat perempuan walaupun secara umumnya mereka berpendapat yang perempuan mesti lebih tertutup dari lelaki.

A. Batas Aurat Perempuan

Dalam perspektif fiqh, aurat perempuan dibahagi kepada dua kategori iaitu perempuan merdeka (al-hurrah) dan perempuan hamba (al-amah). Batas aurat perempuan merdeka berbeza dari perempuan hamba. Ada beberapa pendapat yang dinyatakan oleh ulama fiqh tentang aurat perempuan merdeka. Menurut mazhab as-Shafi'e, an-Nawawi dan al-Khatib as-Syirbini, aurat perempuan merdeka adalah seluruh tubuh kecuali muka dan kedua telapak tangan (bahagian atas/luar dan bawah/dalam) sehingga ke pergelangan tangan. Al-Muzani malah mengatakan bahawa kedua telapak kaki juga tidak termasuk aurat yang wajib ditutup.43

Imam al-Marghinani dari mazhab Hanafi mengatakan bahawa aurat perempuan merdeka adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali muka dan kedua telapak tangan. Akan tetapi, pendapat yang paling tepat (asah) menurut mazhab itu adalah bahawa kedua telapak kaki juga tidak termasuk aurat yang wajib ditutup. Abu Yusuf malah membolehkan hampir separuh dari betis kaki dan menurut beliau lengan tangan perempuan juga tidak termasuk aurat yang wajib ditutup.44

Dalam mazhab Maliki juga ada dua pendapat iaitu pendapat yang mengatakan muka dan telapak tangan perempuan merdeka bukan aurat dan pendapat yang seterusnya mengatakan kedua-dua telapak kaki juga termasuk bukan aurat. Akan tetapi, Imam Muhammad bin Abdullah al-Maghribi mengatakan bahawa kalau perempuan merasa khuatir terhadap fitnah, mereka harus menutup muka dan kedua telapak tangan mereka.45

Mazhab Hanbali berpendapat yang aurat perempuan merdeka adalah keseluruhan anggota tubuhnya, kecuali dalam solat atau dalam hal-hal bagi keperluan tertentu di mana mereka diperbolehkan membuka muka dan telapak tangan mereka. Namun, ada sebahagian ulama dari mazhab Hanbali yang tetap mewajibkan menutup selurut anggota tubuh walaupun di dalam solat. Menurut Abu Bakar al-Harith, seluruh anggota tubuh perempuan merdeka adalah aural yang wajib ditutup, termasuklah kukunya.46

As-Syaukani dalam buku Nail al-Authar menyimpulkan perbezaan ulama mengenai batas aurat perempuan merdeka sebagai berikut:


"(Ulama) berbeza (pendapat) mengenai batas aurat perempuan merdeka; ada yang mengatakan seluruh tubuhnya adalah aurat kecuali muka dan kedua telapak tangan. Ini dinyatakan oleh al-Qasim dalam satu daripada dua pendapatnya, as-Syafi'e dalam salah satu dari beberapa pendapatnya serta Abu Hanifah dalam satu dari dua riwayat darinya dan Malik. Ada yang mengatakan (auratnya adalah seluruh tubuhnya kecuali muka, kedua telapak tangan) dan kedua telapak kaki hingga ke pergelangan kaki. Ini dikatakan oleh al-Qasim dalam satu kenyataannya, Abu Hanifah dalam satu riwayatnya, at-Thauri dan Abu al-Abbas. Ada yang mengatakan bahawa aurat perempuan adalah seluruh tubuhnya kecuali muka. Ini dinyatakan oleh Ahmad bin Hanbal dan Daud. Ada yang mengatakan bahawa seluruh anggota tubuh perempuan adalah aurat tanpa sebarang pengecualian. Ini dinyatakan oleh sebahagian murid as-Shafi'e dan diriwayatkan juga dari Ahmad."47

Dalam perkara batas aurat perempuan hamba, juga terdapat beberapa pendapat. An-Nawawi mengatakan bahawa ada tiga pendapat iaitu:

Pertama, seperti yang dinyatakan oleh sebahagian besar murid Imam as-Syafi'e bahawa aurat perempuan hamba sama seperti lelaki iaitu anggota tubuh antara pusat dan kedua lutut kaki saja.

Kedua, seperti yang dinyatakan oleh Imam at-Thabari, aurat perempuan hamba adalah sama seperti perempuan merdeka kecuali kepala, yang tidak termasuk aurat.

Ketiga, aurat perempuan adalah seluruh anggota tubuh, kecuali yang diperlukan dibuka ketika bekerja (khidmah), iaitu tidak termasuk seluruh kepala, leher, dan kedua-dua tangan.48

Kitab-kitab fiqh klasik lain juga memuatkan pandangan-pandangan yang tidak jauh berbeza dari tiga pendapat di atas. Ada sebahagian kecil ulama yang berpendapat bahawa apabila perempuan hamba telah dikahwini oleh seseorang, atau menjadi hak milik seseorang, maka auratnya adalah sama dengan perempuan merdeka.49

Ibnu Hazm ad-Dhahiri juga berpendapat bahawa batas aurat perempuan hamba dan perempuan merdeka adalah sama dalam keadaan apa pun iaitu seluruh tubuh kecuali muka dan kedua telapak tangan kerana tidak ada nas syara' yang sahih dan berwibawa untuk membezakan antara perempuan merdeka dengan perempuan hamba.50

Walaubagaimanapun, menurut pandangan sebahagian besar ulama fiqh, aurat perempuan merdeka mesti lebih tertutup dari aurat perempuan hamba, atau yang hamba lebih terbuka dari yang merdeka, bahkan ramai di antara ulama tersebut telah menyamakan perempuan hamba dengan lelaki. Ini bererti bahawa tidak ada batasan aurat yang sama untuk semua perempuan.

Pandangan-pandangan di atas tentunya berdasarkan kepada pelbagai hukum-hakam yang dijadikan rujukan dan sandaran, baik dari nas-nas syara' yang berwibawa, mahupun dari logik ('illat) hukum yang berkaitan dengan penentuan batas aurat.

B. Dasar Hukum

Di antara rujukan yang banyak dijadikan rujukan untuk isu ini adalah surah an-Nur ayat 31:

( ‏وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ )
التوبة آية 31

Ertinya: "Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kehormatannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) kelihatan daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya." QS an-Nur 24:31.


Menurut Ibnu Rusyd dan as-Syaukani, semua pendapat ulama mengenai batas aurat perempuan merujuk pada ayat ini. Perbezaan pendapat muncul kerana adanya perbezaan dalam menafsirkan ayat illa ma zhahara minha (kecuali yang biasa kelihatan terbuka).51

Dalam ayat tersebut, perempuan dianjurkan agar tidak membuka auratnya (zinat) kecuali yang memang biasa terbuka (ma dzahara minha). Terdapat beberapa tafsiran tentang pengecualian "yang (biasa/memang) terbuka" ini. Ada yang mengatakan bahawa yang termasuk kategori ma dzahara minha adalah muka dan telapak tangan. Oleh kerana itu, muka dan kedua telapak tangan boleh dibiarkan terbuka dan tidak termasuk aurat perempuan yang wajib ditutupi. Ada pula yang mengatakan bahawa muka, kedua telapak tangan dan kedua telapak kaki termasuk dalam pengecualian (ma dzahara minha), yang biasa terbuka, sehingga tidak termasuk aurat perempuan yang wajib ditutup, bahkan sehingga setengah dari lengan tangan dan sedikit di atas tumit masih boleh dibiarkan tidak bertutup.

Sebahagian ulama mengatakan bahawa ma zhahara minha bermakna sesuatu yang terbuka secara tidak sengaja, seperti tersingkap angin, terjatuh, tersangkut atau terkena benda-benda lain yang tanpa disengajakan terbuka auratnya.

Menurut pendapat ini, seluruh anggota tubuh perempuan termasuk muka, telapak tangan dan telapak kaki adalah aurat yang wajib ditutup tanpa sebarang pengecualian.52

Perbezaan penafsiran di kalangan ulama di atas didasarkan pada beberapa perkara: nas hadis, kata-kata para sahabat dan logik hukum (illat) yang berkait secara langsung dengan realiti budaya yang berkembang.

Dalam tulisan ilmu fiqh Syafi'e, Hanafi dan Maliki, rujukan yang sering dibuat dalam memperkuatkan tafsiran mereka terhadap ungkapan ma dzahara minha adalah kata-kata seorang Sahabat, Ibnu Abas r.a., bahawa yang dikecualikan adalah muka dan kedua telapak tangan. Kenyataan Ibnu Abas r.a. ini sering dijadikan rujukan para ulama yang memilih untuk mengatakan bahawa muka dan telapak tangan perempuan adalah bukan aurat.

Antara hadith yang dijadikan rujukan dalam penafsiran ayat an-Nur di atas pula ialah :

Dari Aisyah bahawa Asma binti Abu Bakar masuk ke rumah / kamar (?) Rasulullah saw dengan memakai pakaian tipis, maka baginda berpaling darinya seraya berkata: "Wahai Asma! Sesurigguhnya, perempuan itu kalau sudah sampai (umur) haid, tidak elok untuk dilihat dari (tubuh)nya kecuali ini dan ini." Baginda menunjukkan ke muka dan telapak tangan baginda. Riwayat Abu Daud.53

Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud ini sendiri dianggap terputus kerana perawinya, Khalid bin Duraik, tidak bertemu dengan Aisyah r.a.54

Bagi banyak pakar hadith, hadith ini dikatakan lemah kerana diriwayatkan oleh Khalid bin Duraik dari Aisyah r.a.. Khalid adalah orang yang tidak dikenali (majhul) oleh kalangan pakar hadith dan dia juga tidak bertemu dengan Aisyah.55

Antara hadith lain yang dijadikan dasar untuk mengatakan bahawa aurat perempuan adalah seluruh tubuhnya melainkan muka dan telapak tangan ialah:

Dari Aisyah r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Allah tidak menerima
solat perempuan yang sudah haid kecuali dengan memakai tutup
kepala." Riwayat Ibnu Majah.56

Al-Tarmidzi menilaikan hadis ini sebagai baik (hasan), sementara Ibnu Hibban Shahih dan ad-Daruqthni menilaikannya sebagai "dari sahabat saja" (mauquf) dan al-Hakim menganggap hadith ini sebagai bermasalah (ma lul).57

Di dalam hadis ini disebutkan bahawa perempuan yang sudah haid ketika solat harus memakai tutup kepala (khimar). Ini bererti kepala harus ditutup ketika sembahyang, tetapi adakah muka, telapak tangan dan telapak kaki juga harus ditutup?

Perkara ini tidak disebutkan dalam hadis di atas. Tetapi, ulama sepakat mengatakan bahawa muka dan telapak tangan bukanlah aurat yang wajib ditutup ketika mengerjakan solat. Walaubagaimanapun, ulama berbeza pendapat mengenai telapak kaki dan aurat di luar sembahyang. Hadith ini hanya boleh dijadikan dasar bagi pernyataan bahawa kepala perempuan dalam solat harus ditutup dengan tudung (khimar). Itu pun, sebahagian besar ulama hanya mengkhususkannya untuk perempuan merdeka dan tidak pada perempuan hamba.

Hadis lain mengatakan:

Dari Ummu Salamah, dia bertanya kepada Nabi s.a.w tentang perempuan yang sembahyang memakai baju dan kain penutup kepala, tanpa memakai kain sarung. Nabi bersabda: "(Boleh) kalau baju itu panjang sehingga menutup bahagian atas telapak kakinya." Riwayat Abu Daud58

Hadis ini dianggap sahih oleh sebahagian ulama, tetapi menurut ulama mazhab Hanafi, teks hadis ini lemah (dha'if). Al-Zaila'i menyebutkan beberapa ulama hadith yang menyatakan teks hadith ini lemah, seperti Ibnu al-Jauzi dan Abu Hatim.59

Oleh kerana itu, ulama mazhab Hanafi membolehkan telapak kaki perempuan terbuka di dalam dan di luar sembahyang, padahal hadis ini secara jelas menyatakan bahawa telapak kaki perempuan harus ditutup ketika sembahyang, iaitu bermakna telapak kaki adalah aurat.

Ulama Hanbali yang mengatakan bahawa seluruh tubuh perempuan adalah aurat tanpa sebarang pengecualian, telah merujuk pada hadith berikut:

Nabi bersabda: "Bahawa perempuan adalah aurat yang (harus)
ditutup."

Banyak tulisan fiqh klasik yang merakam hadis ini seperti yang tertulis di atas, padahal menurut Muhammad bin Abdul Wahid as-Siwasi al-Hanafi (w. 681 H) dan lain-lain, penulisan sedemikian tidak ada dalam himpunan hadis.60

Yang ada hanyalah riwayat at-Tarmidzi:

Dari Ibnu Mas'ud, dari Nabi saw: " Bahawa perempuan adalah aurat, apabila ia keluar (dari rumah) akan disambut oleh setan." Riwayat at-Tarmidzi * At-Tarmidzi mengatakan: (Ini) hadith Hasan Shahih Gharib.61

Walaupun ulama mazhab Hanbali merujuk kepada hadith ini, mereka tetap mengecualikan (takhshish) muka dan telapak tangan, yakni sebagai anggota yang tidak wajib ditutup.

C. Antara teks dan hakikat sebenar

Kita dapati bahawa secara amnya dasar hukum yang berkaitan dengan batas aurat perempuan tidak bersandarkan pada nas syara' yang kukuh yang dengan jelas dan tegas menyebutkan tentang batas aurat perempuan. Ini membuatkan para ulama dari pelbagai mazhab menafsirkannya mengikut fahaman masing-masing yang mungkin sekali berkait rapat dengan realiti kehidupan yang berlaku dan berkembang pada zaman mereka. Ini jelas kelihatan apabila kita dapati para ulama mengecualikan (takhshish) segolongan perempuan (perempuan hamba / al-amah) dari rangkuman seluruh teks yang menyentuh isu tersebut. Para ulama melonggarkan batas aurat perempuan hamba tanpa berdasarkan pada sebarang pernyataan atau nas syara', samada dari Al-Qur'an atau pun hadith62, sehingga rangkuman teks di atas (yang dianggap sahih untuk menganggap hampir seluruh tubuh perempuan sebagai aurat) menjadi terbatas pada kelompok perempuan tertentu. Pada pandangan ulama fiqh, pembatasan dan pengecualian ini berdasarkan kepada taraf dan fungsi sosial seseorang perempuan pada ketika itu, samada dia seorang perempuan merdeka yang telah dibudayasosialkan supaya hanya bekerja di dalam urusan rumah tangga sahaja, tidak keluar rumah dan tidak banyak berjumpa orang, atau dia seorang hamba yang memang ditugaskan untuk mengabdi, melayani, bekerja dan berbuat segala sesuatu untuk kepentingan tuan-tuannya.

Berdasarkan penjelasan di atas, perempuan dalam kategori pertama (berperanan seperti perempuan merdeka) harus lebih tertutup dari perempuan di kategori kedua (berperanan seperti perempuan hamba).

Oleh itu, adalah sesuatu yang tidak boleh dinafikan bahawa realiti keadaan turut mempengaruhi dan menentukan taf siran ulama terhadap sesuatu nas atau teks. Hal ini menjadi lebih jelas lagi apabila, sebagai contohnya, ulama memperbolehkan muka, telapat tangan, telapak kaki atau lengan perempuan merdeka untuk dibuka kerana alasan keperluan (li al-hajah), atau kerana menutup anggota tersebut termasuk sesuatu yang menyusahkan dan memberatkar (daf'an li al-haraj wa al-masyaqqah).

Alasan yang sama juga diberikar ketika mereka mengatakan bahawa kepala, leher, lengan, kaki bahkan seluruh tubuh perempuan hamba selain di antara pusat dar lutut sebagai bukan aurat, sehingga tidak dianggap salah apabib tidak ditutup.

Di dalam buku seorang ulama mazhab Hanafi bernam; Muhammad bin Abdul Wahid as-Siwasi (w. 681 H) yang berjudul Syarh Path al-Qadir, telah diriwayatkan pandangan-pandangan ulama mazhabnya tentang lengan perempuan. Sebahagian dari mereka mengatakan ia adalah aurat yang wajib ditutup, sebahagiai mengatakan bukan aurat dan tidak wajib ditutup, manakala sebahagian lagi mengatakan lengan wajib ditutup semasa bersolat tetapi di luar solat tidak wajib.

Di antara yang mengatakan bahawi lengan perempuan itu bukan aurat adalah Imam Abu Yusuf, iaiti anak murid yang berguru dengan Imam Abu Hanifah. Alasan beliau adalah bahawa lengan tangan adalah anggota tubuh yang perlu dibuka ketika melayani dan bekerja.63

Ibnu Qudamah mengatakan dalam bukunya bertajuk Al-Mughni:

Sebahagian ulama kita .berkata: "Bahawa (tubuh) perempuan, seluruhnya adalah aurat kerana ada hadith diriwayatkan dari Nabi s.a.w. bahawa perempuan adalah aurat. (Riwayat at-Tarmidzi). Mereka menambah bahawa: Ini adalah hadith hasan sahih. Akan tetapi, diperbolehkan baginya (perempuan) untuk membuka muka dan telapak tangan, kerana menutup anggota tersebut menyusahkan."

Al-Marghinani berkata dalam buku Al-Hidayah:

"Yang menjadi batas aurat lelaki adalah juga menjadi batas aurat perempuan hamba (al-amah), perut dan punggungnya adalah aurat, selain itu seluruh tubuhnya adalah bukan aurat, kerana kata Umar: Lepaskan tutup kepalamu wahai Daffar (nama seorang amat), apakah kamu ingin menyerupai wanita merdeka? Juga kerana biasanya dia keluar untuk keperluan tuannya dengan pakaian kerjanya, maka (dalam hal aurat) dia dianggap keluarga sedarah (muhrim) bagi semua lelaki, untuk menghindari kesulitan."64

Ulama kontemporari, Muhammad Ali as-Shabuni, menyokong pendapat sebahagian besar ulama mengenai aurat perempuan hamba.

Beliau berkata:
"Perempuan hamba sebagai perempuan bekerja, banyak keluar rumah dan pergi balik ke pasar untuk melayani dan memenuhi segala keperluan tuannya; apabila diperintahkan untuk berpakaian serba tertutup ketika keluar adalah suatu hal yang menyusahkan (haraj) dan memberatkannya (masyaqqah), lain halnya dengan perempuan merdeka yang memang diperintahkan untuk tetap berada di dalam rumah dan tidak keluar kecuali kerana keperluan mendesak, maka ia tidak menimbulkan kesukaran atau keberatan seperti yang dialami oleh perempuan hamba."65

Kenyataan-kenyataan di atas menunjukkan dengan jelas bahawa nas-nas berkaitan dengan aurat didasarkan pada realiti yang ada pada masa itu dan pada suatu budaya yang semakin berkembang. Ungkapan "demi keperluan" (talbiat al-hajah) dan "menghindari kesukaran" (daf'an li al-haraj) adalah ungkapan yang berkaitan dengan realiti kehidupan manusia dan sangat relatif, iaitu berbeza dari satu masa ke masa yang lain dan dari satu tempat ke tempat yang lain.

Apabila dipersetujui bahawa "kesulitan" dan "keperluan" merupakan penentu dalam menafsirkan nas-nas berkenaan aurat, maka aurat bukanlah suatu istilah agama, yakni batasan aurat bukan ditentukan oleh nas-nas agama. Istilah 'aurat' dan istilah-istilah lain seperti 'aib' dan 'memalukan' atau sebaliknya 'wajar' dan 'sopan', bukanlah suatu istilah agama tetapi adalah istilah sosial budaya yang sangat relatif iaitu berbeza dari satu tempat ke tempat yang lain dan dari sesuatu masa ke masa yang lain.

Perintah menutup aurat adalah dari agama (nas syara'), tetapi batas mengenai aurat adalah ditentukan oleh pertimbangan-pertimbangan kemanusiaan dalam segala bidang. Oleh itu, dalam menentukan batas aurat samada untuk lelaki ataupun perempuan, suatu sistem tertentu diperlukan. Sistem ini haruslah boleh menerima dan bertimbalbalas terhadap segala nilai yang berkembang di dalam sesebuah masyarakat sehingga pada tahap tertentu, apa yang difahami sebagai batas aurat adalah apa yang ditakrifkan serta diterima oleh sebahagian besar masyarakat tersebut. Dalam hal ini, pertimbangan khauf al-fitnah yang sudah dikembangkan oleh ulama fiqh juga harus dijadikan salah satu penentu pertimbangan, agar tubuh manusia tidak dieksploitasi untuk kepentingan-kepentingan rendah dan murahan yang bahkan mungkin boleh menimbulkan fitnah yang mengakibatkan kerosakan yang tidak diinginkan dalam susunan kehidupan masyarakat.

Tiada ulasan: