Selasa, November 30, 2010

Jeritan Siksa Kubur

Ada satu kisah yang disebarkan di Nusantara ini oleh beberapa pihak (orang Islam) mengenai seorang saintis Rusia bernama Dr. Azzacove yang telah secara tidak sengaja terakam suara-suara jeritan yang sedang mengalami siksaan jauh di bawah bumi. Beliau diberitakan memperoleh rakaman itu menggunakan 'super-sensitive microphone'. Saya sendiri telahpun mendengar rakaman yang dikatakan itu dan mendapati bahawa bunyinya memanglah agak menyeramkan.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, anda boleh muat-turun 2 rakaman suara jeritan siksa kubur (.mp3) itu melalui pautan berikut:

1) Rakaman Suara Siksa Kubur
http://www.megasutra.com/sounds/jeritanbawahtanah.mp3 (596 kb)
2) Rakaman Suara Siksa Kubur 2
http://www.megasutra.com/sounds/hellscreams.mp3 (2.42 mb)

Kedasyatan Seksaan Kubur

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Albaraa' bin Aazib r.a. berkata: "Kami bersama Nabi Muhammad s.a.w keluar menghantar jenazah seorang sahabat Anshar, maka ketika sampai kekubur dan belum dimasukkan dalam lahad, Nabi Muhammad s.a.w duduk dan kami duduk disekitarnya diam menundukkan kepala bagaikan ada burung diatas kepala kami, sedang Nabi Muhammad s.a.w mengorek-ngorek dengan dahan yang ada ditangannya, kemudian ia mengangkat kepala sambil bersabda: "Berlindunglah kamu kepada Allah dari siksaan kubur.". Nabi Muhammad s.a.w mengulangi sebanyak 3 kali." Lalu Nabi Muhammad s.a.w bersabda:

"Sesungguhnya seorang mukmin jika akan meninggal dunia dan menghadapi akhirat (akan mati), turun padanya malaikat yang putih-putih wajahnya bagaikan matahari, membawa kafan dari syurga, maka duduk didepannya sejauh pandangan mata mengelilinginya, kemudian datang malaikulmaut dan duduk didekat kepalanya dan memanggil: "Wahai roh yang tenang baik, keluarlah menuju pengampunan Allah dan ridhaNya."

Rahsia Iblis Laknat

Allah SWT telah memerintahkan seorang Malaikat berjumpa Iblis supaya dia berjumpa dengan Rasulullah saw untuk memberitahu segala rahsianya; samada yang disukai mahupun yang dibencinya.

Hikmatnya ialah untuk meninggikan darjat Nabi Muhammad saw dan juga sebagai peringatan dan perisai kepada umat manusia.

Maka Malaikat itu pun berjumpa Iblis dan berkata, "Hai Iblis! Bahawa Allah Yang Maha Mulia dan Maha Besar menyuruh engkau menghadap ke hadrat Rasullullah saw.

Godaan Iblis Dalam Solat

Dalam Islam sembahyang yang dilakukan oleh seseorang itu boleh mencegah seseorang daripada melakukan kejahatan dan kemungkaran. Atas alasan ini, iblis dan syaitan itu akan memperhebatkan seseorang itu supaya tidak mendirikan sembahyang atau mendirikan sembahyang tetapi dalam keadaan tidak sempurna, mengganggunya, seperti yang saudara alami. Inilah yang dinamakan ``was was syaitan''.

Apabila seseorang itu berdiri mendirikan sembahyang, iblis sama berdiri, ikut orang itu sembahyang. Ikut rukuk ketika rukuk dan sebagainya. Ketika itu ia akan menyelinap dalam ingatan dan mendatangkan berbagai-bagai gambaran serta ingatan dalam fikiran contohnya diperingatkan kembali kerja-kerja yang belum sempurna, masalah yang sedang dihadapi, gambaran indah yang telah berlaku dan lain-lain lagi.ingatan datang menyelinap itu berlaku ketika sedang bersembahyang kerana sembahyang merupakan faktor utama yang boleh mencegah seseorang daripada melakukan kejahatan dan kemungkaran.

Jumaat, November 26, 2010

Solat Tahajud

Amalan Solat Tahajud

SATU cara paling berkesan untuk berhubung dengan Allah s.w.t ialah dengan bangun mengerjakan ibadat, khususnya sembahyang Tahajud atau sembahyang di tengah malam. Allah mahu menguji sejauh mana taatnya seseorang makhluk yang mengaku bertuhankan Allah. Dengan kata lain, amalan bangun bertahajud adalah perbuatan amat berat untuk dikerjakan.

17 Amalan Menghapus Dosa

Manusia pasti berbuat dosa dan pasti memerlukan ampunan Allah. Oleh kerana itu Allah memberikan keutamaan dan kemurahan kepada hamba-Nya dengan mensyariatkan amalan-amalan yang dapat menghapus dosa disamping taubat. Sebagiannya (amalan ini) dijelaskan dalam Al-Qur’an dan sebagiannya lagi dalam sunnah Rasulullah s.a.w.

Di antaranya sebagai berikut :

1. Menyempurnakan wudhu dan berjalan ke masjid, sebagaimana disampaikan Rasulullah s.a.w., “Mahukah kalian aku tunjukkan sesuatu yang dapat menghapus dosa dan mengangkat darajat. Mereka menjawab: ya, wahai Rasulullah. Beliau berkata: sempurnakan wudhu ketika masa sulit dan memperbanyak langkah ke masjid serta menunggu solat satu ke solat yang lain, kerana hal itu adalah ribath.” (Riwayat Muslim dan At-Tirmidzi)

Juga dalam sabda beliau yang lain: “Jika seseorang berwudhu lalu menyempurnakan wudhunya kemudian berangkat solat dengan niat hanya untuk solat, maka tidak melangkah satu langkah kecuali Allah angkat satu darjat dan hapus satu dosa.” (Riwayat At-Tirmidzi)

Tiga Tanda-Tanda

Tanda-tanda orang kafir ada tiga :
Ragu terhadap eksistensi (keberadaan) Allah, enggan menyembah Allah dan lengah berbuat taat kepada Allah.

Tanda-tanda orang munafik ada tiga :
Apabila berbicara ia dusta (berbohong), apabila berjanji ia ingkar dan apabila dipercaya ia khianat.

Selasa, November 16, 2010

Ibadah Korban

Hari Raya Aidildha merupakan salah satu dari hari kebesaran dan perayaan bagi seluruh umat Islam. Dalil disyariatkan Aidiladha adalah sebagaimana dikhabarkan
oleh Anas bin Malik r.a, dia berkata:

Nabi s.a.w. pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua Hari Raya yang pada keduanya lagi mereka berdua merupakan imam yang layak mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliyyah, maka baginda bersabda:

Maksudnya:
“Aku datang kepada kalian sedangkan kalian memiliki dua hari (raya) yang menjadi medan permainan kalian pada masa jahiliyyah. Dan sesungguhnya ALLAH telah menggantikan keduanya dengan yang lebih baik iaitu Hari Raya Aidiladha dan Aidilfitri.” - Hadis riwayat Imam al-Nasa’i, di dalam Sunan al-Nasa’i, hadis no: 959.

Hari Raya AidilAdha

selamat menyambut

HARI RAYA AIDILADHA

dan

selamat mengerjakan
ibadah korban.

Isnin, November 15, 2010

Islam Liberal - Antara Ciri-ciri Golongannya

Cuba Mengubah Syariat

Golongan ini sesuka hati cuba mengubah syariat mengikut selera mereka.Selalunya mereka mempunyai autoriti dalam melakukan kerja kotor ini disebabkan kebanyakan mereka terdiri dari cerdik pandai Islam dan pengamal undang-undang.Cerdik pandai Islam ini nampaknya telah tersesat dari apa yang mereka pelajari ataupun disesatkan oleh pihak-pihak tertentu.Mereka terasa hebat dan ego mereka semakin menjadi-jadi sehingga hukum-hukum agama pun mereka cuba mencabarnya.Para pengamal undang-undang pula (Islam Liberal) sebenarnya golongan yang teramat jumud dan sempit pemikiran mereka apabila menganggap syariat Islam boleh diubah dan dipinda sebagaimana undang-undang manusia.Mereka memandang agama mengikut tempurung akta,peraturan dan pindaan.Mereka tidak dapat membezakan yang mana satu hukum Tuhan,yang mana satu hukum manusia.Mereka tidak cuba memahami hikmah di setiap suruhan Tuhan tetapi cuba mencabarnya seolah-olah Tuhan itu manusia biasa yang terhad pengetahuannya.

Hikmah dan Makna Simbolik Ibadah Haji

IHRAM

Ihram yakni, pakaian yang terdiri dari hanya selembar kain, tanpa sepatu dan
tutup kepala, pakaian ini seperti pakaian pengemis yang menjadi simbol dari
peminta-minta, pengemis tidak pantas menggunakan pakaian yang menggambarkan
kehebatan manusia dari sisi duniawi. Karena itu, pada diri seorang jamaah
haji, tidak boleh lekat tubuhnya simbol kesombingan dan pada saat menunaikan
haji itu, manusia tidak boleh memiliki kesibukan lain kecuali kesibukan
dalam rangka mencari perhatian dari Allah Swt. Dihadapan Allah, semua
manusia sama, kecuali ketaqwaannya, sementara pakaian seringkali bisa
menjadi simbol perbedaan dan menggambarkan status sosial dan pengaruh
kejiwaan. Ini berarti, seorang haji harus menanggalkan segala macam
perbedaan, keangkuhan dan status sosial dalam berinteraksi dengan kebenaran
yang datang dari Allah Swt. Karena itu sebagai seorang muslim kita tidak
boleh mengukur kebenaran dari jabatan status sosial, harta dan sebagainya.

Antara Rezeki dan Api Neraka

Mereka yang benar-benar beriman akan menjaga sumber rezeki dengan berhati-hati. Apa lagi dengan yang haram, yang syubhat pun dijauhi sedaya mungkin.. Ini kerana rezeki HARAM akan ragut ketenangan.

Suatu kisah dimana seorang ibu yang mengeluh tentang kelakuan buruk anaknya yang suka mencuri. “Hari-hari ada sahaja barang orang lain dicurinya, hari ni pensil esok pemadam… puas saya nasihatnya tapi tak juga berkesan. Saya sudah ambil pensil, pemadam di pejabat saya bekerja, saya berikan kepadanya, namun tetap juga ia mencuri..”

Jumaat, November 12, 2010

Hukum Memakan Haiwan Jallalah

Haiwan yang menjadikan najis sebagai makanan asasinya disebut sebagai الجلالة .Para ulama berbeza pendapat di dalam meletakkan takrif bagi Jallalah.

Maksud Jallalah

Menurut para ulama Hanafiyah radhiyallahu anhum: Jallalah adalah merupakan binatang yang hanya menjadikan najis sebagai makanan asasinya tanpa memakan makanan yang lain.Bau dagingnya juga akan berubah disebabkan pemakanannya yang sedemikian.

Manakala para ulama Malikiyah, Syafieyah dan Hanabilah radhiyallahu anhum pula berpendapat bahawa maksud jallalah ialah binatang yang selalunya menjadikan najis sebagai makanannya tetapi turut memakan makanan yang lain selain daripada najis.

Pesanan Buat Suami

Sekiranya anda telah menjadi suami yang sah kepada orang yang kita cintai (isteri), adakah anda pernah berfikir sejenak dalam beberapa perkara yang mungkin kita terlepas tahu. Adapun suami yang tahu, namun hal ini di pandang remeh seolah-olah tiada apa yang perlu difikirkan.

Sekadar Ingin Mengingatkan

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali ....

1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan "Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

Tegahan Lelaki Mendirikan Solat Tanpa Memakai Baju

Terdapat tegahan dari Rasulullah S.A.W tentang lelaki mendirikan solat tanpa memakai baju.

لاَ يُصَلِّي أَحَدُكُمْ فِي الثَّوْبِ الْواحِدِ، لَيْسَ عَلَى عَاتِقَيْهِ مِنْهُ شَيْء

"Janganlah sesiapa dari kamu mengerjakan solat dengan satu pakaian sahaja di mana tidak ada di atas bahunya satu pakaian pun"
(HR Imam al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

Menurut mazhab Hanbali dan Hanafi; tegahan hadis di atas menunjukkan kepada pengharaman. Jadi menurut pandangan ini; wajib ketika mengerjakan solat kita menutup atas badan kita dengan sebarang kain sekalipun nipis sekadar tidak menampakkan warna kulit.

Khamis, November 11, 2010

2 Tabiat Wanita Yang Menyebabkan Mereka Ke Neraka

Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di suatu Eid, di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemu dengan Rasulullah SAW untuk meminta baginda SAW memberi ucapan khusus untuk kaum wanita. Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di Baabun Nisaa'. Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggil Rasulullah SAW. Baginda pun pergi ke sana, dan memberi salam dan mberi tazkirah seperti berikut:

"Assalamu'alaikum, wahai kumpulan/kaum wanita. Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka".

Seorang wanita lalu bangun bertanya, "Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?'

Kenapa Allah Cipta Neraka?

Kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama.

Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Saya tidak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan.

Rabu, November 10, 2010

Seksa Bagi Orang Kafir

Al-Maraghi berkata: Setelah Allah SWT menerangkan kenikmatan yang disediakan kepada orang yang beriman kepada-Nya dan rasul-Nya serta melakukan kebaikan yang diperintahkan, Dia menunjukkan apa yang disediakan kepada penderhaka sebagai balasan dosa-dosa mereka.

Dia juga menjelaskan keadaan orang kafir menghadapi orang yang beriman di dunia dan bagaimana orang beriman menghadapi orang kafir di akhirat kelak sebagai balasan terhadap sikap mereka di dunia dahulu.

Firman Allah SWT: Sesungguhnya orang-orang yang derhaka, mereka selalu tertawakan orang-orang yang beriman.

Nikmat Bersin, Bahana Menguap Tanpa Tutup Mulut

ANAS bin Malik RA bercerita, ada dua orang bersin dekat Nabi Muhammad SAW. Baginda mendoakan (tasymit) seorang daripada keduanya, namun tidak mendoakan seorang yang lain. Ditanya alasannya, Rasulullah menjawab: "Sebab yang seorang mengucapkan 'alhamdulillah', sedangkan yang seorang lagi tidak membacanya." (Hadis riwayat Bukhari).

Jadi orang bersin dan tidak membaca alhamdulillah tidak layak didoakan kerana tidak bersyukur nikmat yang Allah SWT kurniakan. Pada hal bersin termasuk antara nikmat daripada Allah yang manfaatnya sangat besar dan mustajab.
Menurut Ibnu Qaiyyim, bersin dapat mengeluarkan wap dari dalam otak yang jika dibiarkan (tidak dimanfaatkan) akan berbahaya. (Kitab Zadul Ma'ad). Bersin adalah mekanisme pertahanan tubuh untuk mencegah masuknya zat luar ke dalam tubuh. Ketika bersin, udara kotor keluar dengan keras melalui hidung dan mulut berkecepatan sekitar 161 kilometer/jam. Dr Michael Roizen, pegawai kesihatan Cleveland Clinics menegaskan, bersin kegiatan positif kerana berfungsi membersihkan faring (rongga antara hidung, mulut, dan tenggorakan). Dalam Syarh Riyadhus Salihin, Syeikh Usaimin mengutarakan, bersin dapat menggiatkan otak dan meringankan tubuh.

Pengertian Sebenar Haji Mabrur

TUNTUTAN ISLAM: Niat menunaikan haji mesti ikhlas bermula dari keluar rumah dan tidak boleh berniat selain daripada Allah.

Keikhlasan tunai ibadat perlu bermula dari rumah, tidak boleh riak

ISTILAH mabrur lebih mashyur di bibir masyarakat daripada mengetahui maknanya yang sebenar. Apakah yang dimaksudkan haji mabrur?

Ibn Kholawaih mentakrifkan al-Mabrur sebagai al-Maqbul iaitu diterima. Dan ada yang mengatakan sesuatu yang tidak bercampur dengan dosa. Kemudian, diabsahkan (tarjih) oleh Imam Nawawi dengan pendapat itu (tidak bercampur dosa).

Khamis, November 04, 2010

Bahaya Mengkafirkan Seseorang

Setiap orang yang berikrar dan mengucapkan Syahadat telah dianggap Muslim. Hidup (jiwa) dan hartanya terlindung. Dalam hal ini tidak diharuskan (tidak perlu) meneliti batinnya.

Menghukumi (menganggap) seseorang bahwa dia kafir, hukumnya amat berbahaya dan akibat yang akan ditimbulkannya lebih berbahaya lagi, di antaranya ialah:

1. Bagi istrinya, dilarang berdiam bersama suaminya yang kafir, dan mereka harus dipisahkan. Seorang wanita Muslimat tidak sah menjadi istri orang kafir.

2. Bagi anak-anaknya, dilarang berdiam dibawah kekuasaannya, karena dikhawatirkan akan mempengaruhi mereka. Anak-anak tersebut adalah amanat dan tanggungjawab orangtua. Jika orang tuanya kafir, maka menjadi tanggungjawab ummat Islam.

Rabu, November 03, 2010

13 Pesanan Luqmanul Hakim

“Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, diwaktu ia memberi pelajaran kepada anaknya :

“Hai anakku.. janganlah kamu mempersekutukan ALLAH, sesungguhnya mempersekutukan ALLAH adalah benar-benar kedzaliman yang besar..” (QS. Luqman 13)

Wahai anakku.. Sesungguhnya laut ini dalam, banyak sudah manusia yang tenggelam, maka jadikanlah TAQWA sebagai bahteramu, IMAN sebagai kemudinya, dan TAWAKAL sebagai
layarnya.. Semoga kamu selamat..

Orang-orang yang Didoakan Malaikat

Allah SWT berfirman, “Sebenarnya (malaikat–malaikat itu) adalah hamba–hamba yang
dimuliakan, mereka tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah–perintah-Nya. Allah mengetahui segala sesuatu yang dihadapan mereka dan yang di belakang mereka, dan *mereka tidak memberikan syafa’at melainkan kepada orang – orang yang diridhai Allah*, dan mereka selalu berhati – hati karena takut kepada-Nya” (QS Al Anbiyaa’ 26-28)

Manfaat Jilbab Menurut Islam dan Sains

Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan pakaian untuk MENUTUPI AURATmu
dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang baik. Yang demikian itu adalah sebagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat. (QS.7:26)

Allah memerintahkan sesuatu pasti ada manfaatnya untuk kebaikan manusia. Dan setiap yang benar-benar manfaat dan dibutuhkan manusia dalam kehidupannya, pasti disyariatkan atau diperintahkan oleh-Nya. Di antara perintah Allah itu adalah berjilbab bagi wanita muslimah.

Keistimewaan bagi Kaum Wanita

Di akhir zaman ini ada sekelompok Kaum Hawa yang dinamakan kaum FEMINIS tidak
henti-hentinya berpromosi "MEMERDEKAKAN WANITA" (emansipasi ala western) mereka
bilang susah menjadi WANITA untuk menjalankan Syariat Islam, lihat saja peraturan mereka di bawah ini :

1. Wanita auratnya lebih susah dijaga (lebih banyak) dibanding lelaki.
2. Wanita harus meminta izin dari suaminya apabila mau keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
3. Wanita saksinya (apabila menjadi saksi) kurang, dibanding laki-laki.
4. Wanita menerima warisan lebih sedikit daripada laki-laki.
5. Wanita menghadapi kesusahan dalam mengandung dan melahirkan anak
6. Wanita wajib taat kepada suaminya, sementara suami tak perlu taat pada isterinya.
7. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
8. Wanita kurang dalam beribadat karena adanya masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.
9. Dll.

22 Sifat Bani Israel Dalam Al-Quran

Dalam Al-Quran disebutkan 22 sifat buruk bangsa Yahudi, yakni:

1. Keras hati dan dzalim (Al-Baqarah:75,91,93,120,145,170; An-Nisa:160; Al-Maidah:41)

2. Kebanyakan fasik dan sedikit beriman kepada Allah SWT (Ali Imran:110; An-Nisa:55)

3. Musuh yang paling bahaya bagi orang-orang Islam (Al-Maidah:82)

4. Amat mengetahui kekuatan dan kelemahan orang-orang Islam seperti mereka mengenal anak mereka sendiri (Al-An’am:20)

5. Mengubah dan memutarbalikkan kebenaran (Al-Baqarah:75,91,101,140,145,211; Ali Imron:71,78; An-Nisa:46; Al-Maidah:41)

20 Prinsip Memahami Islam

Berikut ini adalah teks dari 20 prinsip yang dihimpun oleh Syaikh Hassan Al-Banna rahimahullah. Prinsip ini bukanlah hal yang baru dalam Islam, akan tetapi merupakan perspektif Hassan Al-Banna mengenai bingkai bagi pemahaman Islam yang komprehensif dan keluasan khazanah intelektual dan peradaban islam itu sendiri. Bila kita selami kedalamannya maka ia menghasilkan syarah yang sangat panjang (telah terdapat berbagai buku yang mensyarah 20 prinsip tersebut) dan terasa mewakili berbagai pembahasan tentang islam dari berbagai macam pemikiran yang telah berkembang. Dr Yusuf Qardhawy bahkan menempatkan 20 prinsip ini sebagai prinsip yang bisa diterima bersama dan hendaknya dijadikan titik tolak oleh berbagai macam gerakan islam (baca : Menuju Kesatuan Fikrah Aktivis Islam, buku yang ditulis Dr. Yusuf Qardhawy).

Adapun dalam risalah ta’alim untuk aktivis gerakan Ikhwanul Muslimin (ataupun yang mengadopsi prinsip-prinsipnya), 20 prinsip ini menjadi bingkai yang wajib dipahami oleh setiap kadernya. Ia merupakan bagian dari penjelasan rukun “al-fahmu”, sehingga adalah suatu kesalahan memahami al-fahmu tanpa memahami 20 prinsip ini, sebagaimana yang dijadikan alasan oleh sebagian aktivis untuk menolak sesuatu tugas/amanah dakwah, seolah sekarang al-fahmu berarti : dapat ia terima menurut akalnya sendiri, padahal tidak hanya demikian. Prinsip inilah yang menjadi ruh dari pilar komitmen pertama seorang aktivis dakwah sebelum memahami permasalahan lain secara lebih detail dan juga sebelum melangkah menuju pilar-pilar komitmen berikutnya.