Jumaat, November 12, 2010

Pesanan Buat Suami

Sekiranya anda telah menjadi suami yang sah kepada orang yang kita cintai (isteri), adakah anda pernah berfikir sejenak dalam beberapa perkara yang mungkin kita terlepas tahu. Adapun suami yang tahu, namun hal ini di pandang remeh seolah-olah tiada apa yang perlu difikirkan.

BILA ISTERIKU BERSOLEK ADAKAH UNTUK SUAMI ATAU SEBALIKNYA

Wahai para suami pernahkah anda bertanya di dalam hati perlukah isteri anda menyolek wajahnya secantik mungkin serta berbau wangi semerbak mungkin tatkala ia keluar dari rumah bersama mu atau seorang diri. Pernah kah anda berfikir di dalam hati kenapakah isteri kita tidak menyolek wajahnya secantik mungkin dan berwangian seperti di luar rumah apabila dia berada di rumah bersama anda . Ketahuilah wahai para suami apa yang disabdakan oleh Rasulullah saw di dalam hadisnya:

“Usamah bin Zaid ra berkata: Rasulullah saw bersabda: Tiada kutinggalkan sesudah matiku suatu fitnah (ujian) yang lebih berbahaya bagi lelaki dari fitnah perempuan”
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Andainya isteri kita seorang muslimah sejati pastinya mempunyai akhlak terbaik yang dapat membezakan yang mana perlu atau sebaliknya. Akhlak isteri yang solehah pandai menjaga diri dan pemalu yang bertempat. Apabila ia bersolek dan berwangian hanyalah untuk suaminya yang tercinta. Apatah lagi bila serumah bersama suami inilah masanya ia berhias untuk suaminya semata-mata mengharap redha Ilahi.

“Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan
kepada suami mereka”
(Surah An Nur, ayat 31)

Berbeza dengan isteri yang jahiliyah apabila ia bersolek secantik mungkin dan berwangian seharum mungkin untuk tujuan menarik perhatian lelaki lain sehingga memandang rasa syawat kepadanya. Hatinya bertambah riang gembira apabila ramai lelaki memandang kecantikan wajahnya dan merelakan menghirup sepuas-puasnya wangian yang dipakainya. Lebih merbahaya lagi apabila perhatiannya menjadi sasaran semua mata lelaki yang laparkan gelora ghairah nan syawat. Oleh itu wahai suami pernahkah anda terfikir semua ini? Tidak cemburukah anda dan terasa bertanggungjawabkah kita bila isteri telah berniat sedemikian. Pernah anda menegur isteri anda dan menasihatinya? Atau anda menjadi bangga bila isteri sebegitu rupa. Jika anda bangga isteri sedemikian tadi, para suami jangan lupa tentang dosa yang bakal ditanggung anda kerana andalah pemimpin keluarga. Maka pilihlah yang mana satu berkenan di hati kalbu anda sama ada jalan ke syurga atau jalan ke neraka.

“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluargamu dari neraka yang bahan-bahan bakarnya dari manusia dan batu (berhala). Neraka itu di jaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasarnya. Mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan”
(Surah At Tahrim, ayat 6)

Di dalam hadis Rasulullah saw ada juga menerangkan:

“Tiga golongan yang Allah haramkan masuk syurga iaitu peminum arak, orang yang derhaka terhadap ibu bapanya, dan orang yang dayus menanamkan perbuatan dosa kepada keluarganya”
( Hadis riwayat Nasai )

BILA ISTERI KU BERTUDUNG LITUP TETAPI MASIH SEKSI DAN MENGGHAIRAHKAN

Wahai para suami fesyen pakain apakah menjadi pilihan isterimu apabila berada di luar rumah. Isteriku bertudung litup tetapi menampakkan leher dan sedikit dadanya yang lapang yang menjadi jelingan lelaki-lelaki lain. Isteriku bertudung litup tetapi memakai pakain yang ketat sehingga terjadi ukiran bentuk menawan di dada dan punggungnya yang menjadi tatapan lelaki-lelaki lain. Isteriku bertudung litup tetapi memakai baju berlengan pendek sehingga menampakan ketiaknya apabila tangannya diangkat yang menjadi perhatian curi oleh lelaki-lelaki lain. Jika isteri anda tidak malu adakah diri anda juga tidak malu atau sebaliknya. Maka ingatlah sebuah hadis dari Rasulullah saw ini:

“Sesungguhnya Allah itu apabila Dia mengkehendaki untuk membinasakan seseorang, Dia mencabut rasa malu dari dalam dirinya. Apabila rasa malu sudah tercabut, kamu tidak akan menjumpainya melainkan dalam keadaan benci (Allah dan manusia)”
(Hadis riwayat Ibnu Majah)

Bersambung semula tentang fesyen pilihan tadi. Isteri ku bertudung litup tetapi berseluar panjang serta berbaju sendat. Apabila ia duduk maka nampaklah seluar kecilnya yang tersembunyi dari bahagian belakang yang menjadi pandangan indah buat lelaki-lelaki yang lain. Isteriku bertudung litup dan berpakain labuh namun kainya semuanya jarang dan nipis sehingga menjadi tayangan percuma untuk lelaki-lelaki lain. Isteriku bertudung litup dan berpakaian sopan, namun kainya telah dibelahkan dengan harapan ternampaknya peha yang menjadi lelehan air liur lelaki-lelaki lain. Isteriku bertudung litup namun terkeluar juga anak rambutnya yang menjadi fesyen sehariannya.

" Wahai anak Adam, telah kami turunkan buat kamu pakaian yang boleh menutup aurat-aurat kamu dan untuk perhiasan"
( Al-A'raf : 26)

Amat jelas dari ayat ini, penutupan aurat ditujukan kepada sesiapa sahaja tidak kira sama ada lelaki atau pun perempuan. Justeru barangsiapa yang berpaling dari firman Allah swt ini, secara langsung ia menjatuhkan tahapnya selari dengan haiwan yang tiada cukup kemampuan dan akal bagi menjalankan arahan penutupan aurat berdasarkan kehendak di dalam syariat Islam..

Ketahuliah wahai wanita apabila lelaki memandangmu ia akan memandang wajahmu, kemudian ke dadamu dan terus ke punggungmu. Dari mata jatuhlah ke hati. Inilah pandangan yang membawa kepada pandangan mata sebagai cara yang paling berkesan untuk membakar nafsu lelaki yang di bantu sedaya upaya oleh jentera perjuangan bisikan syaitan serta iman yang lemah. Apabila nafsu syawat mula terangsang maka terjadilah beberapa perkara yang tidak diingini. Sesungguhnya nafsu sering mengajak kepada kejahatan. Kepada para suami sukakah anda dan berkenankah anda jika ada lelaki lain yang memandang isterimu sedemikian rupa. Jika ada lelaki lain memandung nafsu syawat kepada isteri kita, pandai pula kita marah dan bengang tanpa memikirkan apakah puncanya.

Sumber: http://subiharon.blogspot.com/

Tiada ulasan: