MUQADDIMAH
Agama Islam dan Yahudi merupakan antara agama samawi yang
diturunkan oleh ALLAH S.W.T kepada rasul-Nya untuk memimpin kaum-kaum yang telah
diamanahkan. Namun demikian hanya agama Islam yang diturunkan kepada junjungan
besar Rasulullah S.A.W untuk menjadi ikutan umat hingga akhir zaman. Malangnya,
hingga ke hari ini masih ada lagi yang bertuhankan ataupun bertunjangkan agama
Yahudi.
Walaupun agama Yahudi merupakan salah satu dari agama
Samawi tetapi ia tetap berbeza daripada agama Islam dan Nasrani. Ini dapat
dibuktikan daripada hubungan sejarah dan ajaran agama Yahudi. Dalam satu
buku yang bertajuk ‘Sejarah Agama Yahudi Dan Kitab Perjanjian Lama: Satu
Pengenalan Dan Analisa’ tulisan Mohd Fikri Bin Che Hussain
berjaya mengupas persoalan-persoalan mengenai agama Yahudi yang mana telah
dirakamkan dalam al-Quran dan al-Hadith. Dalam buku ini banyak menerangkan
tentang kitab perjanjian lama Yahudi. Bukan itu sahaja ideologi Kabbalah
juga ada dihuraikan di sini. Yang mana ideologi Kabbalah ini
adalah satu bentuk amalan mistik yang paling popular di dalam fakta-fakta
konspirasi dunia.
Apa yang perlu diperhatikan ialah agama Yahudi
merupakan satu bangsa yang sukar untuk difahami kerana mereka tidak sahaja
memusuhi Islam sejak zaman nabi Ibrahim malah antara mereka sendiri juga
berkonflik dalam menegakkan cabang-cabang ideologi pemikiran suku masing-masing.
Di sini pengkaji akan membawakan perbezaan antara
agama Islam dan Yahudi untuk dikongsi kepada semua. Semoga dengan perkongsian
ilmu yang sedikit ini dapat menambah pemahan kita semua. Segala yang terlebih
dan terkurang dalam kajian ini harap dimaafkan.
1.0
SEJARAH KEDATANGAN DAN ASAL USUL
BANGSA YAHUDI
Asal usul Yahudi tradisinya bertarikh sekitar alaf kedua SM
kepada patriakh, Abraham, Isaac dan Jacob. Stala Merneptah, bertarikh 1200 SM, adalah salah
satu dari rekod arkeologikan terawal dari orang Yahudi di Tanah Israel, dimana agama Yahudi, satu agama monotheisme dibangunkan. Menurut pada akaun Biblikal, orang Yahudi menikmati tempoh keazaman-sendiri pertama dibawah kehakiman
Biblikal dari Othniel melalui Samson, kemudian pada tahun 1000an SM, Raja David mendirikan Baitulmuqaddis sebagai ibu kota dari Negeri
Kerajaan Kesatuan Israel dan Judah (Kesatuan Monarki) dan dari sana memerintahnya
Duabelas
Suku Israel.
Pada 970 SM, anak lelaki David, Solomon menjadi raja Israel.
Kurang dari sedekad Solomon mula membina Kuil Suci yang dikenali sebagai Kuil
Pertama. Selepas kematian Solomon tahun 930 SM, sepuluh suku utara
berpisah membentuk Kerajaan Israel. Pada 722 SM orang Assyria menakluk Kerajaan
Israel dan mengusir Yahudi yang bermula di Aspora Yahudi.
Tempoh Kuil Pertama berakhit sekitar 586 SM setelah orang
Babylon menakluk Tanah Israel dan memusnahkan Kuil Yahudi. Pada 538 SM selepas
lima puluh tahun dari tawanan Babylon, Raja Parsi Cyrus membenarkan orang
Yahudi kembali membina semula Baitulmaqdis dan Kuil suci. Pembinaan Kuil kedua
telah siap pada 516 SM semasa pemerintahan Darius. Apabila Iskandar agung
menakluk Empayar Parsi, Tanah Israel jatuh dibawah kawalan Greek Hellenistik.
Lewat abad ke-18, istilah Yahudi dan penganut
Yahudi telah menjadi sinonim dan agama Yahudi adalah ikatan prima dari
orang yahudi tanpa mengira darjat keanutan. Berikutan zaman Enlightenment dan
saudara Yahudinya Haskalah, satu transformasi berlaku semasa dimana ramai
Yahudi datang menjadi satu ahli dari bangsa Yahudi.
Kata nama Ibrani “Yehudi” (plural Yehudim)
asalnya dirujuk kepada suku Judah. Kemudian, apabila Kerajaan Israel utara
berpisah dari Kerajaan Israel Selatan, Kerajaan Israel Selatan mula merujuk
dirinya dengan nama dari suku pradominannya atau sebagai Kerajaan Jodah.
Istilah ini asalnya dirujuk kepada orang dari Kerajaan Selatan. Walaupun
istilah B’nei Yisrael (Bani Israel) masih digunakan untuk
kedua-dua kumpulan. Kata Inggeris Jew diperolehi dari Yehudi
yang digunakan pertama kalinya dalam kitab Ibjil untuk merujuk kepada orang
Yahudi.
PERBEZAAN AQIDAH ANTARA ISLAM DAN YAHUDI
1.1
TAUHID DAN KETUHANAN
Yahudi
Orang-orang Yahudi beriktiqad bahawa keesaan Allah itu
bererti satu Tuhan yang khusus untuk kaum Bani Israil sahaja disamping percaya
bahawa wujudnya lain-lain Tuhan untuk kaum manusia-manusia yang lain. Bani
Israil percaya bahawa Tuhan juga melakukan perbuatan sama seperti gerak geri
manusia seperti makan, minum, bersiar-siar di dalam Syurga dan sebagainya.
Bahkan bagi mereka Tuhan adalah berjasad sama seperti manusia.
Tuhan Bani Israil (Yahweh) disifatkan sebagai Tuhan
yang bengis, jahat, pendendam, tidak kuat, lemah, letih, berbuat kerosakan,
menumpahkan darah, menyesal dan sebagainya. Kenyataan ini selaras dengan firman
Allah dalam al-Quran yang bermaksud:
64.
Orang-orang Yahudi berkata: “Tangan Allah terbelenggu", Sebenarnya tangan
merekalah yang dibelenggu dan merekalah yang dila'nat disebabkan apa yang Telah
mereka katakan itu. (Tidak demikian), tetapi kedua-dua tangan Allah terbuka;
dia menafkahkan sebagaimana DIA kehendaki…”
(Surah al-Maidah: 64)
Mereka
juga mengatakan bahawa Tuhan mempunyai anak seperti firman Allah yang
bermaksud:
116.
Mereka (orang-orang kafir) berkata: "Allah mempunyai anak". Maha Suci
Allah, bahkan apa yang ada di langit dan di bumi adalah kepunyaan Allah; semua
tunduk kepada-Nya.
(Surah al-Baqarah: 116)
Islam
Dalam Islam Allah tidak dikhususkan untuk sesuatu bangsa, bahkan Dia berhak
disembah oleh setiap makhluk ciptaanNya yang mengaku akan keesaanNya. Dan
sesungguhnya tidak ada Tuhan selain Allah. Orang-orang Islam beriktiqad bahawa
kewujudan Allah swt dan kejadianNya tidak sama dengan kewujudan dan kejadian
makhluk-makhlukNya. Bahkan juga segala apa yang terlintas difikiran manusia itu
bukanlah sifat Allah yang hakiki. Hal ini dapat dibuktikan melalui firmanNya
yang bermaksud:
11. “
... tidak ada sesuatupun yang serupa dengan Dia…”
(Surah
al-Syura: 11)
4. “Dan
tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia."
(Surah al-Ikhlas: 4)
Sesungguhnya Allah pada iktikad orang-orang Islam
mempunyai nama-nama yang baik jdan sifat-sifat yang sempurna yang layak
bagiNya. Mahasuci Allah dari segala sifat-sifat kekurangan lebih-lebih lagi
sifat yang mengaibkan. Dalam aqidah Islam Allah tidak beranak apatah lagi diberanakkan.
Mahasuci Allah dari perkara-perkara sedemikian. FirmanNya yang bermaksud:
Katakanlah:
"Dia-lah Allah, yang Maha Esa. Allah adalah Tuhan yang bergantung
kepada-Nya segala sesuatu. Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan, Dan
tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia.
(Surah
al-Ikhlas: 1-4)
1.2
KONSEP KENABIAN
Yahudi
Nabi di sisi mereka adalah gsama seperti manusia biasa yang
terdedah kepada dosa dan maksiat dan mereka itu tidak ‘maksum’.
Antaranya sebagai pemabuk, penzina, pembunuh, penipu, penyembah berhala dan
sebagainya. Bangsa Yahudi ini hanya percaya kepada sesetengah nabi sahaja dan
mengengkari sesetengahnya yang lain. Bahkan mereka sanggup membunuh nabi mereka
jika tidak selarian dengan nafsu dan kehendak mereka.
Bangsa Yahudi juga mempercayai bahawa syari’at lhanyalah
satu. Iaitu bermula dan berakhir dengan nabi Musa. Mereka tidak mengharuskan
berlakunya ‘nasakh’ syari’at nabi Musa sama sekali. Mereka mengharuskan
berlakunya ‘raj’ah’ dengan mengatakan nabi Harun mati ataupun hilang dan
akan kembali semula.
Islam
Dalam Islam, mereka percaya bahawa para nabi adalah ‘maksum’
iaitu suci dari segala dosa dan maksiat. Ini kerana ianya boleh menjatuhkan
maruah sesorang nabi dan akan menghilangkan hikmah diutuskan nabi sebagai
pembimbing manusia. Firman Allah yang maksudnay:
75. “Allah memilih utusan-utusan-(Nya) dari malaikat dan dari
manusia; Sesungguhnya Allah Maha mendengar lagi Maha Melihat”.
(Surah al-Hajj: 75)
Orang-orang Islam mempercayai akan setiap rasul yang diutuskan oleh Allah tanpa
membeza-bezakan mereka. Mereka beriman dengan kesemua para rasul sebagaimana
yang telah diperintahkanNya. Barang siapa tidak percaya pada mana-mana rasul
maka dia akan menjadi kafir. Dalam kepercayaan Islam juga dalam konteks
kenabian, sesungguhnya Allah swt telah menurunkan beberapa syari’at melalui
beberapa orang rasul-rasulNya. Ianya tidak terhad kepada seorang rasul sahaja.
Menurut iktiqad orang-orang Islam, nabi Muhammad saw adalah penutup kepada
perutusan nabi-nabi yang diutuskan untuk semua bangsa manusia. dengan itu tidak
ada lagi rasul hsesudah baginda. Ini dengan sendirinya menunjukkan bahawa
syari’at yang dibawa oleh baginda telah memansuhkan syari’at yang terdahulu.
Ini kerana agama yang diredhai Allah hanyalah agama Islam. Justeru itu, hanya
syari’at yang terkandung dalam ajaran Islam sahaja yang layak diguna pakai oleh
manusia.
Islam adalah agama yang menentang akan keharusan terjadinya ‘raj’ah’.
Dalam Islam seseorang yang telah mati setelah sampai ajalnay hanya akan
dibangkitkan semula setelah berlakunya kiamat.
1.3
KEDUDUKAN DI SISI TUHAN
Yahudi
Bagi agama Yahudi mereka beranggapan bahawa agama mereka
mendapat kedudukan yang tertinggi di sisi Tuhan. Orang Yahudi percaya bahawa
mereka adalah bangsa yang mempunyai darjat tertinggi. Bangsa ini juga
berkeyakinan bahawa mereka adalah anak-anak Allah dan kekasih-kekasihNya. Allah
berfirman di dalam al-Quran yang bermaksud:
18. Orang-orang Yahudi dan Nasrani mengatakan: "Kami Ini
adalah anak-anak Allah dan kekasih-kekasih-Nya". Katakanlah: "Maka
Mengapa Allah menyiksa kamu Karena dosa-dosamu?" (kamu bukanlah anak-anak
Allah dan kekasih-kekasih-Nya), tetapi kamu adalah manusia(biasa) diantara
orang-orang yang diciptakan-Nya dan menyiksa siapa yang dikehendaki-Nya dan
menyiksa siapa yang dikehendaki-Nya. dan kepunyaan Allah-lah kerajaan antara
keduanya. dan kepada Allah-lah kembali (segala sesuatu).
(Surah al-Maidah: 18)
Islam
Berbeza dengan agama Islam, mereka diajar dengan ajaran bahawa semua manusia
itu sama sahaja darjatnya. Hanya yang membezakan kedudukan mereka di sisi Allah
adalah ketakwaan mereka terhadap Allah. Sesiapa yang melakukan kebajikan akan
dibalas dengan balasan Syurga dan sesiapa yang melakukan kejahatan akan
disiksa. Sesungguhnya Allah berkuasa ke atas hamba-hambaNya. Rasulullah saw
telah bersabda pada Haji Wida pada tahun ke 10 H yang bermaksud:
‘Orang
yang termulia dikalangan kamu di sisi Allah ialah orang paling bertaqwa dari
kalangan kamu, tidak ada kelebihan orang-orang arab ke atas orang-orang ‘ajam
melainkan taqwa’
1.4
AKHLAK
Yahudi
Menurut Yahudi “Tujuan menghalalkan cara”.
Menghalalkan khianat, dusta dan perbuatan keji sebagai jalan untuk mencapai
tujuan.
Islam
Menurut ajaran Islam pula, segala perbuatan maksiat dan keji
adalah terlarang sama sekali untuk diamalkan. Segala cara yang membawa kepada
berlaku perkara tersebut walaupun bertujuan baik adalah diharamkan. Islam
berpegang dengan kata-kata “Tujuan tidak menghalalkan cara”
1.5
IBADAT
Yahudi
Tempat peribadatan orang Yahudi dikenali sebagai Sinagog
ataupun Synagogue. Cara pengibadatan mereka dilakukan pada hari jumaat malam
sabtu secra berjemaah di mana sekurang-kurangnya sepuluh orang lelaki.
Cara ibadat mereka dimulai dengan seorang pembaca berjubah
dan bersongkok hitam, membaca rangkaian pujian kepada Tuhan, pengakuan tentang
keesaanNya dan berterima kasih di atas bantuanNya di atas mimbar. Ianya
diiringi dengan bacaan amidah iaitu pujian kepada Tuhan atas kebajikan dan
penjagaan yang dilimpahkan kepada bani Israel. Segala doa dan pujian tersebut
dibacakan dalam bahasa Ibrani.
Islam
Bagi umat Islam mereka melakukan ibadat khususnya solat
dilakukan di Masjid atau pun Surau. Umat Islam mengerjakan sembahyang lima kali
sehari semalam. Pada hari jumaat umat Islam akan mengerjakan sembahyang Jumaat
yang dilakuka pada waktu zohor. Ianya juga mempunyai syrat pelaksanaan iaitu
mestilah mempunyai empat puluh orang jemaah lelaki. Solat Jumaat ini merupakan
peringatan yang dikhususkan untuk kaum lelaki.
Ibadat-ibadat lain seperti puasa, zakat, haji akan dilakukan
pada waktu-waktu yang tertentu. Namun, iabadat-ibadat sunat lain boleh
dilakukan pada bila-bila masa aslkan ianya tidak bertentangan dengan syariat
Islam.
KITAB
2.1
YAHUDI
Taurat
Kitab Taurat ialah salah satu daripada empat buah kitab
Islam. Kitab ini mengandungi wahyu Allah Taala kepada nabi Musa as. Ia
diturunkan khusus untuk nabi Musa as. Sesungguhnya Allah telah menurunkan kitab
Taurat yang bermaksud Syari’at (perundangan) kepada nabi Musa as yang menjadi
panduan bagi Bani Israil disepanjang kehidupan mereka. Firman Allah yang
bermaksud:
44.
Sesungguhnya kami Telah menurunkan Kitab Taurat di dalamnya (ada) petunjuk dan
cahaya (yang menerangi), yang dengan Kitab itu diputuskan perkara orang-orang
Yahudi oleh nabi-nabi yang menyerah diri kepada Allah, oleh orang-orang alim
mereka dan pendeta-pendeta mereka, disebabkan mereka diperintahkan memelihara
kitab-kitab Allah dan mereka menjadi saksi terhadapnya. Karena itu janganlah
kamu takut kepada manusia, (tetapi) takutlah kepada-Ku. dan janganlah kamu
menukar ayat-ayat-Ku dengan harga yang sedikit. barangsiapa yang tidak
memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, Maka mereka itu adalah
orang-orang yang kafir.
(Surah al-Maidah:
44)
Diantara ajaran-ajaran asal Taurat
ialah apa yang dikenali juga dengan “Wasiat Sepuluh” (Kitab
Ulangan). Namun seperti yang diketahui bahawa kitab Taurat yang asli yang Allah
turunkan kepada nabi Musa as telah tiada lag, disebabkan berlakunya
penyelewengan terhadap ajaran-ajaran dalam kitab tersebut.
Keadaan ini terhasil apabila kerajaan Israi dan Yahuda
yang memerintah Bani israil Berjaya dihancurkan termasuk juga kitab Taurat yang
asli yang berada di dalam peti besi, sehingga menyebabkan Eizra (imam besra
Bani Israil) menulisnya kembali.
Disebabkan itu, bagi bangsa Yahudi, kitab
suci mereka terkandung di dalam Bible iaitu kitab hasil dari sekumpulan
tulisan-tulisan agama Yahudi dari zaman lebih kurang 1000 tahun SM. Khasnya apa
yang dinamakan sebagai “Perjanjian Lama” oleh orang-orang
Kristian mereka meyakini bahawa tulisan-tulisan yang terkandung di dalamnya
adalah wahyu Ilahi yang diturunkan kepada nabi-nabi Bani Israil.
Bahagian yang tersuci daripada
kitab Bible itu adalah Torah (Taurat) iaitu kitab yang terletak
pada pangkal Bible yang disebut “Pentateuch” dalam bahasa Yunani
yang bermaksud “lima buah kitab” iaitu yang terdiri daripada:
- Kitab Kejadian (Genesis) / Sifru al-Takwim:
Ø Meriwayatkan
kejadian langit dan bumi
Ø Menjelaskan
kisah nabi Adam hingga nabi Yusuf
Ø Memaparkan
tentang kejadian alam sehingga kepada anak cucu nabi Yaakob dan bani Israil
- Kitab Keluaran (Exodus) / Sifru al-Khuruj
Ø Menceritakan
tentang kisah Bani Israil di Mesir dan kisah seruan nabi Musa as, kisah
perpindahan mereka menuju Palastin dan kisah bani Israil yang tersesat di
padang pasir selama 40 tahun
Ø Menjelaskan
tentang hukum-hukum, cara ibadat, muamalat dan hukum jenayah
Ø Menceritakan
tentang 10 wasiat yang diwahyukan oleh Allah kepada nabi Musa sebagai ajaran
dan larangan untuk bani Israil
- Kitab Imamat (Leviticuc) / Sifru al-Lawiyin
Ø Menceritakan
tentang syariat atau perundangan yang perlu dipatuhi oleh orang-orang Yahudi
dalam kehidupan seharian mereka meliputi persoalan ibadat khusus tentang
sembelihan dan korban, hari kebesaran, nazar dan tebusan dosa.
- Kitab Bilangan (Numbers) / Sirfu al-A’daad
Ø Sempena
peristiwa nabi Musa yang membilang pemuda-pemuda yang berumur dalam lingkungan
20 tahun ke atas selepas mereka terselamat dari Firaun iaitu seramai 603550
orang kecuali puak Levi
Ø Berkaitan
dengan undang-undang cemburu, laknat kerana tuduhan berzina dan
pengakuan-pengakuan.
- Kitab Ulangan (Deutronomy) / Sifru al-Tahnih
Ø Menceritakan
tentang hukum Syariah Yahudi khususnya dalam peperangan, politik, ekonomi,
muamalat harian, hukum denda serta hal ehwal peribadatan.
Selain Taurat yang terdiri dari lima kitab/safar itu, ada
lagi dalam 34 kitab/safar (Asfar Lampiran Taurat) yang menjadi
pegangan orang-orang Yahudi. Ianya merupkan himpunan (majmu’) dari pelbagai
catatan sejarah, riwayat dan kisah-kisah, wasiat dan pengajaran dari nabi-nabi
Bani israil sesudah nabi Musa dan sebelum pembuangan Babylon sehingga ke zaman
sebelum lahirnya nabi Isa. Juga mengandungi riwayat dan kisah raja-raja,
pendeta serta orang-orang terkemika bani Israil.
Walupun jelas ianya bukan bersumberkan dari wahyu Ilahi,
kitab-kitab tersebut tetap memiliki kedudukan dan kesucian yang sama seperti
kitab Taurat. Hasil gabungan dari Kitab Torah (5 Kitab) dan kitab-kitab 34
tersebut maka menjadikan jumlah keseluruhannya 39 kitab yang juga dikenali
dengan nama “Perjanjian Lama”
Talmud
Kitab Talmud merupakan salah sebuah kitab yang disucikan
oleh orang-orang Yahudi di sisi Taurat. Ianya disusun sesudah Perjanjian
Lama. Ianya berasal dari perkataan “Lumud” yang bererti “ajaran”.
Talmud adalah sebuah kitab yang berisi ajaran-ajaran Yahudi
yang berbentuk riwayat-riwayat yang diterima dari mulut ke mulut, generasi ke
generasi secara turun temurun yang dikenali sejak dahulu hinggalah sekarang.
Riwayat-riwayat tersebut ada yang berupa kisah, riwayat pengajaran,
hukum-hukum, nasihat-nasihat dan sebagainya yang disusun oleh ratusan tokoh
agama Yahudi sejak lebih 5000 tahun yang silam.
Ianya merupakan kitab aqa’id (kepercayaan)
ornag-orang Yahudi yang berperanan sebagai penafsir dan ringkasan dari semua
pengetahuan dan ajaran yang diyakini oleh Bani Israil. Sekitar tahun 150 masihi
seorang “hakham” (Pendeta) bangsa Israil bernama Yudas telah
mengumpulkan ajaran-ajaran berbentuk “syafawi” itu ke dalam sebuah kitab
kemudian menyusunkannya dan menamakannya dengan “Misyna” atau “Midrash”.
Sehubungan dengan itu kitab Misyna ini telah menghimpunkan
riwayat-riwayat yang ditulis oleh hakhamaat / pendeta Yahudi dari masa Yudas
150M hinggalah kepada Yahuza 216M. Disebabkan sebahagian orang-orang
Yahudi ada yang merasa sukar untuk memahamkan secara langsung akan isi-isi
kitab Misyna itu, maka para hakhamaat Yahudi mula menuliskan huraian-huraian
atau tafsir dan syarah bagi kitab Misyna itu yang mereka namakan “Gemara”
yang bermaksud penyempurnaan. Melalui Misyna dan Gemara inilah timbulnya sebuah
kitab yang mereka namakan dengan Talmud.
Adapun Misyna yang mengandungi tambahan dan huraian dari
hakhamaat Yahudi Juruselem maka dinamakan dengan “Talmud Juruselem”.
Ini bermakna Misyna yang mengandungi tambahan-tambahan dan huraian dari
hakhamaat Yahudi Babylon maka dinamakan dengan “Talmud Babylon”. Sesungguhnya
hampir kesemua bangsa Yahudi mempercayai bahawa Talmud itu adalah wahyu Allah.
Mereka berkeyakinan bahawa Allah telah menurunkan kitab Taurat kepada nabi Musa
di Bukit Thursina secra bertulis, tetapi Allah memberikan Talmud kepadanya
secara lisan.
Dengan itu kedudukan Talmud pada pandangan mereka setaraf
dengan Taurat, bahkan ada dikalangan Yahudi ramai yang berkeyakinan bahawa
Talmud lebih tinggi kedudukannya dari Taurat, dengan alasan bahawa Talmud ini
sudah ada sebelum terjadinya alam semesta. Disebabkan itu tidak dikira sempurna
iman seseorang Yahudi itu jika tidak beriam bersungguh-sungguh akan ajaran tersebut.
Di antara keutamaan dan kesucian Talmud ialah meeka
mengatakan bahawa di dalam Taurat terdapat hukum-hukum orang yang melanggarnya
tidak dihukum mati, tetapi orang-orang yang melanggar Talmud walaupun hanya
sehuruf sahaja dia mesti dihukum bunuh. Didalam kitab Talmud yang asli
juga ada menyebut bahawa ucapan-ucapan pendeta adalah benar. Apa yang diucapkan
oleh pendeta ditetapkan merupakan syariat Allah. Bahkan pendeta itu adala
Tuhan. Kerana dia dipandang “Yehova” bahkan lebih besar dari
Tuhan. Sekiranya terdapat hukum yang berlainan antara hukum Allah dengan
pendeta, maka yang benar adalah pendeta.
2.2
ISLAM
Al-Quran
Al-Quran ialah kitab suci bagi umat Islam. Menurut ajaran
Islam, al-Quran ialah wahyu yang Allah turunkan kepada nabi Muhammad saw
melalui perantaraan malaikat Jibril yang sampai ke zaman sekarang secara
mutawatir. Perihal diturunkan al-Quran mempunyai kaitan rapat dengan Lailatul
Qadar. Al-Quran diturunkan kepada nabi Muhammad secara beransur-ansur selama 23
tahun.
Bukti al-Quran
Mengenai bukti bahawa al-Quran itu datang dari Allah, dapat
dilihat dari kenyataan bahawa Al-quran adalah sebuah kitab berbahasa Arab yang
dibawa oleh Rasulullah s.a.w.
Orang-orang arab telah berusaha keras mencubanya, akan
tetapi tidak terhasil. Ini membuktikan bahawa AQuran bukan berasal dari
perkataan mereka. Mereka tidak mampu menghasilkan karya yang serupa, ada
tentangan dari Al-Quran dan usaha dari mereka untuk menjawab tentangan itu.
Kemungkinan kedua yang mengatakan bahwa A-Quran itu karangan Nabi Muhammad
s.a.w adalah kemungkinan yang juga tidak dapat diterima oleh akal. Sebab, Nabi
Muhammad adalah orang arab juga. Bagaimanapun cerdiknya, tetaplah ia sebagai
seorang manusia yang menjadi salah satu anggota dari masyarakat atau bangsanya.
Selama seluruh bangsa arab tidak mampu menghasilkan karya yang serupa, maka
masuk akal pula apabila Nabi Muhammad s.a.w yang juga terrmasuk salah seorang
dari bangsa Arab tidak mampu menghasilkan karya yang serupa. Oleh kerana itu,
jelas bahawa Al-Quran itu bukan karangan Nabi Muhammab s.a.w.
KEDUDUKAN
WANITA DALAM AGAMA
4.1 YAHUDI
Setelah diperhatikan melalui kitab-kitab agama Yahudi maka dapat disimpulkan
bagaimana kedudukan jwanita yang begitu hina sekali dalam agama mereka. Wanita
dianggap najis atau kotoran, sumber dosa dan kederhakaan, asas kepada segala
bentuk kecurangan, seorang yang tidak boleh dipercayai. Mereka dianggap beracun
dan berbahaya dimana mereka mesti dihapuskan dan dimusnahkan daripada ala mini.
Kaum wanita dilarang untuk mendapatkan ilmu pengetahuan apatah lagi untuk
mengajarkan kaum lelaki. Inilah diantara penghinaan terhadap kedudukan kaum
wanita dalam agama Yahudi.
Setelah kita memerhati
pandangan dan adat yang ada samada mengikut bangsa atau pun agama selain
daripada Islam khususnya kepada agama Yahudi yang menjadi topik perbincangan
kita dapatlah disimpulakan bagaimana martabat kaum wanita yang begitu hina dan
rendah di sisi mereka. Wanita tidak pernah diakui keistimewaan dan hak mereka
dengan sewajarnya.
4.2 ISLAM
Setelah kedatangan Islam kedudukan martabat
wanita telah diangkat dan tidak lagi seperti zaman Jahiliyah dahulu. Pada zaman
sekarang, wanita boleh mewarisi harta peninggalan, ini jelas bezanya daripada
wanita pada zaman dahulu yang langsung tidak mempunyai hak. Kedudukan wanita
sudah dipandang mulia malah sudah setanding dengan kaum lelaki jika dilihat
dari sudut ekonomi dan juga didalam sesuatu profesion dalam sesuatu pekerjaan.
Dari segi tampuk kepimpinan pula, ramai dari golongan wanita yang menjadi
tunjang utama dalam mengemudi sesuatu urusan penting syarikat mahupun urusan
negara.
Walaubagaimanapun wanita Islam sekarang tidak sampai
kepada tahap melanggar syariat-syariat Islam yang sudah menetapkan bahawa kaum
lelaki yang mempunyai hak tertinggi contohnya dalam perkahwinan dan lain-lain
lagi. Jelas kita lihat bahawa kedudukan wanita sejak kedatangan Islam hingga ke
hari ini telah terbela. Di mana mereka telah mendapatkan hak yang sewajarnya.
Dalam aspek perkahwinan contohnya mereka juga mempunyai hak sebagai seorang
isteri yang mesti dipenuhi oleh suami. Tetapi dalam perkara yang
berhubung dengan talak tetap menjadi hak suami. Hak-hak keistimewaan wanita
dalam Islam sangat berbeza dengan agama lain khususnya agama Yahudi.
PERUNDANGAN
5.1 YAHUDI
Pengakuan dan Penyucian
Anasir-anasir dosa banyak terdapat dalam pemikiran Yahudi. Sesiapa yang berbuat
dosa, yang mana ia merupakan suatu perkara yang mengotorkan diri seseorang.
Selain itu, memberikan sedekah, menghadiahkan korban-korban dan membacakan
doa-doa adalah satu cara untuk menembus dosa tersebut, dengan syarat diberikan
kepada kahin-kahin selepas membuat pengakuan sepenuhnya terhadap dosa yang
telah dilakukan.
Perhambaan
Taurat telah membolehkan perhambaan melalui pembelian hamba atau peperangan.
Seorang yang miskin juga boleh manjualkan dirinya kepada orang kaya atau orang
yang berhutang kepada pemiutang sehingga ia dapat menebus atau tetap menjadi
hamba kepada mereka sehingga 6 tahun, barulah dia bebas tanpa apa-apa bayaran.
Berkhatan
Bagi orang-orang Yahudi, berkahtan adalah berkait dengan korban untuk mencari
keampunan dan keredhaan tuhan. Pada zaman dahulu, mereka menyerahkan diri
sebagai korban tetapi selepas itu, cukuplah dengan sebahagian sahaja anggota
badan manusia dipotong ketika berkhatan.
Bangsa Yahudi menjadikan berkhatan sebagai kewajipan sebagai tanda kebangsaan
dan bukti mereka adalah Yahudi. Cara berkhatan mereka mestilah membuang kesemua
kulitnya supaya tidak bercampur aduk dengan orang-orang bukan Yahudi dari umat
Islam.
Pewarisan
Anak lelaki sulung mendapat dua kali ganda daripada saudaranya yang lain.
Tetapi jika ada anak perempuan yang belum baligh. Maka dia akan diberikan
nafkah dan pendidikan sehingga umur 12 tahun. Selepas 12 tahun, tidak ada hak
lagi. Jika tidak ada anak lelaki, akan berpindah warisan kepada cucu lelaki
daripada anak lelaki, cucu lelaki daripada anak perempuan dan kebawah.
Jika dalam sesebuah keluarga itu, harta itu akan
dipegang oleh orang yang pertama sekali menguasainya sehingga 3 tahun sebagai
wadi’ah atau amanah. Dalam masa tersebuat tidak dijumpai juga warisan yang
berhak, maka harta itu akan menjadi kilik pemagang amanah tadi.
Perkahwinan
Bagi bangsa Yahudi, umur yang sesuai untuk berkahwin ialah 13 tahun bagi lelaki
dan bagi perempuan pula berumur 12 tahun dengan syarat sudah baligh. Orang yang
belum berkahwin selepas umur 20 tahun berhak mendapat laknat. Poligami amatlah
diharuskan dalam bangsa Yahudi. Dalam berpoligami bagi bangsa Yahudi, seberapa
ramai yang dikehendaki (Puak Rabbani hadkan 4 orang sahaja).
Tidak boleh berkahwin dengan orang selain bangsa
Yahudi kerana bangsa lain adalah wasani (penyembah berhala). Bagi bangsa Yahudi
juga, tidak boleh berkahwin dengan bekas isteri bapa saudara atau saudara
lelaki setelah mempunyai anak. Tidak haram sekiranya berkahwin dengan saudara
susuan. Perempuan yang kematian suami dan tiada anak wajib kahwin dengan
saudara lelaki bekas suaminya dan anak sulung yang lahir mesti diberikan nama
bekas suaminya yang meninggal tadi agar nama itu tidak luntur dari keturunan
Israel.
KESIMPULAN
Tidak ada kriteria yang disepakati bersama di dalam
penggolongan setiap agama. Setiap individu membuat kriterinya sendiri untuk
tujuan meninggikan agamanya dan merendahkan agama orang lain.
Penggolongan agama-agama menjadi agama langit dan agama bumi
jelas menunjukkan sikap merendahkan pihak lain. Bahkan sikap kebencian yang
akhirnya menimbulkan kekerasan bagi pihak yang dipandang sesat, menjijikkan dan
tidak bernilai. Pihak lain akan meresa tersinggung, kemarahan dan akhirnya
kebencian. Apabila kebencian bertemu dengan kebencian maka hasilnya adalah
kekerasan.
Melihat berbagai catatan dari kitab suci mereka, khususnya
ajarannya yang penuh kebencian dan kekerasan, maka isi kitab suci itu tidak
datang dari Tuhan, tetapi dari manusia.
Kesimpulannya, disepanjang perbincangan kita terhadap agama
Yahudi dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa kitab Taurat walaupun ianya
telah diubah dan diselewengkan namun ia masih mampu membentuk bangsa Yahudi
daripada sebuah bangsa yang lemah dan hina menjadi bangsa yang paling berkuasa.
Kita sebagai umat Islam akhir zaman perlu memikirkankan
kembali semangat dan perjuangan Rasulullah saw dalam menegakkan agama Islam.
Oleh itu kita perlu bersatu hati untuk meneruskan syiar Islam dipersada dunia
agar tidak ada agama lain yang cuba untuk memecahbelahkan umat Islam serta
agama Islam itu sendiri.
Sumber: hanzostad91.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan