Jika pembaca antara
salah seorang yang percaya kewujudan Dinosaur, pembaca juga adalah salah
seorang antara jutaan manusia yang percaya wujudnya hidupan sebelum Nabi Allah,
Adam as. Kemungkinan ramai antara pembaca semua tidak sedar akan hakikat ini
bukan?.
Persetujuan daripada
ahli arkeologi menyatakan bahawa tamadun pertama yang wujud di muka bumi adalah
tamadun Mesopotamia iaitu sekitar 4000BC. Jika sekarang kita berada di tahun 2010,
ini bermakna tamadun Mesopotamia adalah berusia :
4000BC+2010AD=6010
tahun
Dan ia juga bermakna,
Tamadun Mesopotamia telah mencapai usia 60 abad. Manakala, agama pertama di
dunia yang di rekodkan iaitu agama Hindu telah dibentuk seawal 3000BC iaitu
ketika permulaan tamadun Indus di India. Disebabkan agama Hindu terlampau awal
dibentuk, sehingga kini tidak diketahui siapakah sebenarnya pengasas agama
Hindu ini.
Agama Hindu yang
terdapat pada hari ini tidaklah sama dengan agama Hindu yang pada mula-mula ia
diasaskan. Sepertimana agama lain, kecuali Islam, setiap agama mengalami
perubahan bahkan terdapat agama yang mengalami perubahan yang ketara
sepertimana agama Yahudi dan Kristian. Disebabkan agama Hindu adalah agama
tertua di dunia, ahli arkeologi yang ingin menyelidik tamadun-tamadun purba
akan mengkaji terlebih dahulu kitab-kitab purba agama Hindu terutamanya Veda
dan itulah yang berlaku sekarang.
Dalam kitab Taurat
dan Injil dalam Book of Genesis, umur Nabi Adam as ada dinyatakan. Nabi Adam as
dikatakan hidup di bumi selama 930 tahun sebelum baginda wafat. Bergitu juga
dengan Hawa yang wafat hampir dengan usia Nabi Adam. Namun, di dalam al-Quran
tidak pula dinyatakan usia Adam namun Rasullulah SAW pernah menyatakan dalam
sabdanya bahawa umur umat terdahulu adalah panjang dan sihat pula tubuh badan
mereka.
Rabbi daripada agama
Yahudi sepakat menyatakan bahawa umur Adam as diturun ke bumi adalah sekitar
4000BC selari dengan tamadun pertama di dunia di Mesopotamia iaitu juga sekitar
4000BC.
‘Adam’ Sebelum Adam
Berkenaan dengan
penciptaan Adam, majoriti ulama Islam percaya bahawa Adam dan Hawa telah
dicipta dengan lengkap di Syurga. Mereka kemudiannya dihantar ke bumi selepas
memakan buah yang terlarang. Keturunan mereka mengisi populasi bumi dan memulakan
sejarah manusia.
Akan tetapi Allah SWT
tidak menjelaskan di dalam al-Quran bagaimanakah Adam itu dicipta. Adakah dia
dicipta secara berperingkat atau dengan satu proses sahaja? Sebahagian ahli
Tafsir mendatangkan pandangan bahawa ketika Allah SWT mencipta Adam, tubuh Adam
itu dibiarkan selama 40 tahun sebelum ditiupkan ke dalamnya roh. Di sini kita
boleh melihat dengan jelas pengaruh tradisi Ancient Persian terhadap tafsiran
berkenaan.
Terdapat juga sebahagian
daripada ulama Islam yang menjelaskan bahawa Adam bukanlah manusia pertama yang
dicipta di muka bumi. Mereka berpandangan bahawa ratusan ribu ‘Adam’ telah
wujud sebelum Adam bapa kita. Setiap satu ‘Adam’ itu telah mempunyai keturunan
dan kehidupannya, mereka telah musnah sepenuhnya dan digantikan dengan ‘Adam’
yang berikutnya sehinggalah tiba kepada Adam, bapa kita. Adam bapa kita,
dianggap sebagai pusingan terakhir siri ‘Adam’ di muka bumi.
Ada juga ulama yang
berpendapat bahawa Adam dan Hawa dicipta bukan di Syurga tetapi di muka bumi
dan daripada bumi.
(Lihat al-Maqdisi:
Al-Bad’ wa al-Tarikh dan Ibn al-‘Arabi: al-Futuhat al-Makkiyyah)
Ikhwan al-Safa juga
ada menghuraikan tentang hal ini. Mereka menyatakan bahawa semua haiwan dicipta
dari tanah liat kering dan membiak di kawasan Khatulistiwa yang tidak terganggu
oleh perubahan cuaca yang ektrim. Hal ini memberi ruang kepada pembiakan. Di
dalam suasana inilah Adam tercipta (takawwana). Ikhwan al-Safa juga berpendapat
bahawa Adam dan Hawa hidup di peringkat pertama kehidupan mereka di bumi
(Rasaa’il Ikhwan al-Safa, jilid muka surat 181, 229. Ada kemungkinan konsep ini
diambil dari Bible kerana di dalam Bible, Syurga itu adalah Garden of Eden, di
mana Adam dan Hawa hidup dalam keadaan yang suci)
Zaman Dinasor?
Jika dari awal tadi
penulis berkata bahawa tamadun pertama di dunia adalah berusia 4000BC.
Sekarang, pembaca akan terkejut apabila menyedari bahawa zaman Dinosaur adalah
jauh lebih lama daripada itu. Penemuan rangka-rangka dinosour di serata dunia
membuatkan saintis percaya bahawa haiwan ini pernah mendiami bumi ini 61 juta
tahun sebelum manusia.
Arkeologi sepakat
menyatakan bahawa kepupusan secara besar-besaran Dinosaur adalah pada 65 juta
tahun yang lampau. Penulis ingin menekankan ayat ini iaitu Kepupusan. Kepupusan
adalah suatu titik di mana sesuatu spesies lenyap tanpa meninggalkan keturunan.
Inilah yang berlaku kepada Dinosaur.
Eskavasi di tapak
arkeologi yang menempatkan tulang-tulang Dinosaur kebanyakkannya mempunyai
tarikh Karbon-12 yang berusia 65 juta tahun yang lalu. Ia seterusnya membuatkan
ahli arkeologi sepakat mengeluarkan kenyataan bahawa Dinosaur mula pupus
sekitar 65 juta tahun yang lampau.
Namun apa yang
mengejutkan sebenarnya adalah tarikh kepupusan iaitu pada 65 juta tahun yang
lampau itu. Berbanding dengan permulaan tamadun manusia yang hanya bermula
4000BC, ia bagaikan langit dan bumi berbanding tarikh kepupusan Dinosaur.
Seperti penulis
tekankan di awal artikel tadi, barang siapa yang percaya Dinosaur wujud, maka
beliau adalah salah seorang daripada ribuan malah jutaan manusia yang percaya
terdapatnya hidupan sebelum wujudnya manusia. Dan tarikh kepupusan Dinosaur
membuktikan segala-galanya.
Perlu diketahui
bahawa ia adalah tarikh (jangka masa) kepupusan Dinosaur. Bagaimana pula tarikh
permulaan hidupan Dinosaur?. Bagaimana pula dengan usia Bumi?. Apabila
difikirkan daripada logik akal dan logik nakli, sememangnya terdapat hidupan
sebelum turunnya Adam as ke bumi Allah ini. Pernahkah pembaca mendengar perdebatan
antara malaikat dan Allah SWT semasa Allah mencipta Adam as?
Malaikat Bertanya
Kepada Allah SWT
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat;
“Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. mereka bertanya
(tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan
kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan
menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal Kami sentiasa bertasbih dengan
memujiMu dan mensucikanMu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan
apa yang kamu tidak mengetahuinya”
(Al-Baqarah
2: 30)
Baris ayat “orang
yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah”daripada hujah para
Malaikat telah menimbulkan seribu satu persoalan. Bagaimana Malaikat boleh
mengetahui tentang rahsia masa depan manusia sedangkan hanya Allah swt sahaja
yang Maha Mengetahui?.
Meskipun malaikat
memiliki keistimewaan berada di Syurga dan Arasy Allah namun pembaca jangan
lupa bahawa malaikat tidak boleh mengetahui rahsia masa hadapan tanpa izin
Allah. Hijab Allah sentiasa tertutup untuk makhluk-Nya kerana ia adalah
perancangan Allah swt untuk perjalanan setiap makhluk-Nya.
Jadi, bagaimana
malaikat boleh mengetahuinya?
Hari-Hari Terakhir
Bumi Sebelum Turunnya Adam - Muhammad Isa Dawud
Cendiakiawan agama
terutama Muhammad Isa Dawud (MID) percaya bahawa terdapatnya hidupan sebelum
penciptaan Adam. Dalam buku bertajuk "Siapa penghuni Bumi Sebelum
Manusia" karya MID, ada persoalan yang dibangkitkan iaitu bagaimana
malaikat tahu bahawa hamba Allah yang bakal dicipta nanti (Adam &
keturunannya) akan membuat ‘kerosakan’ dan ‘menumpah darah’ (berperang). Ini
membuktikan sudah ada kehidupan makhluk lain sebelum manusia yang telah
diturunkan syariat Islam. Cuma bezanya makhluk sebelum Adam berbeza dari segi
jasad dan kemampuan intelektual. Namun mereka derhaka kepada Allah SWT selepas
Allah melimpahkan kemewahan dunia kepada mereka. Akibat kebiadapan mereka
menyekutukan, Allah SWT telah mengazab mereka dengan ‘kiamat’ untuk keseluruhan
mereka sehingga tidak tertinggal walau sedikitpun.
Gambar (di atas) Saintis menunjuk
uranium-uranium yang terurai (lihat batuan kuning) yang dianggarkan berusia
jutaan tahun yang lampau di Oklo, Afrika.
Menurutnya ijtihad MID, perpecahan dan peperangan atom sudah terjadi dan menyaksikan kerosakan bumi yang teruk dan hanya beberapa tempat yang selamat. Ledakan itu jugalah yang menghancurkan sebahagian besar peninggalan peradaban sebelum Adam. Beberapa manuskrip dari Sweeden turut dilampirkan sebagai bukti walaupun ia masih dalam perdebatan para cendekiawan.
Menurutnya ijtihad MID, perpecahan dan peperangan atom sudah terjadi dan menyaksikan kerosakan bumi yang teruk dan hanya beberapa tempat yang selamat. Ledakan itu jugalah yang menghancurkan sebahagian besar peninggalan peradaban sebelum Adam. Beberapa manuskrip dari Sweeden turut dilampirkan sebagai bukti walaupun ia masih dalam perdebatan para cendekiawan.
Adakah selepas
tamatnya zaman dinosaur, kemudian muncul pula zaman jin?.
Jin Penghuni Bumi
Sebelum Manusia
Masih lagi
berpandukan pada hujah MID dalam bukunya, disini kita boleh merenung serta
membahaskan beberapa fakta dan hujah yang dikemukakan oleh beliau. MID
menegaskan bahawa, Iblis adalah bangsa Jin yang dididik oleh malaikat sehingga
‘alim seperti malaikat, namun sifat takabburnya telah membuatkan Allah murka
dan melaknatnya sehingga akhirat. Dengan itu, Iblis berikrar akan berusaha
menyesatkan anak-anak Adam. Kisah ini diriwayatkan oleh Imam At-Tabari.
Taurat Kuno menyebut
sebuah lagenda yang mengatakan semasa penghijrahan Nabi Musa a.s. bersama 70
orang Bani Israel, sebahagian pengikut Musa telah melihat gambar-gambar yang
aneh di dasar Sungai Nil. Dari gambaran penglihatan mereka gambar-gambar itu
mengisahkan kehidupan peradaban sebelum kedatangan Adam. Namun, Nabi Musa
melarang mereka untuk melengah-lengahkan perjalanan kerana bimbang tentera
Firaun akan sempat mengejar mereka. Pengikut-pengikut Musa yang telah melihat
gambar-gambar itu telah menulisnya di dalam manuskrip-manuskrip dan diwarisi
oleh anak cucu mereka.
Fakta serta hujah
berkenaan dengan kemampuan jin dalam menghasilkan teknologiatom dan fusion
turut dikemukakan oleh MID. Persoalannya disini ialah, adakah kesan radioaktif
yang ditemui di beberapa buah lokasi di dunia sejak beberapa tahun kebelakangan
ini merupakan suatu 'peninggalan' dari tamadun spesis makhluk yang disebut
sebagai 'jin'?.
MID mengakhiri hujah
dalam bukunya dengan satu kesimpulan yang kukuh :
“Nabi
Adam telah turun ke bumi sejak berjuta-juta tahun yang dahulu dan sebelum
turunnya Adam, bumi telah dihuni oleh makhluk mukallaf yang juga diturunkan
syariat agama iatu Jin. Bangsa Jin telah membangunkan peradaban-peradaban yang
moden sehingga menuntut mereka engkar terhadap seruan Allah. Mereka (Jin)
bertelagah sesama sendiri sehingga terjadinya ledakan atom yang menghancurkan sebahagian
besar peninggalan peradaban mereka.
Kemudian
Adam diturunkan dan dalam masa yang sama Allah memperkenankan doa para Jin yang
mahukan diri mereka tidak dapat dilihat oleh manusia. Maka Muhammad Isa Dawud
ingin memahamkan kita peradaban yang maju yang tersisa hingga sekarang itu
ialah peninggalan bangsa Jin kerana hanya golongan jin yang dapat terbang ke
langit, hidup di lautan dan berlari sepantas kilat.”
Penemuan Yang
Mengejutkan
Pada 2006, dua orang
penyelam Jerman telah tidak sengaja menemui rangka manusia yang mempunyai saiz
kanak-kanak. Dua penyelam daripada Jerman ini sebenarnya ingin menjelajah satu
Cenote di Mexico. Cenote adalah lubang besar yang ditenggalami air disebabkan
oleh luluhawa dan perubahan rupabumi. Rangka kanak-kanak itu ditemui dalam satu
gua di dalam Cenote tersebut.
Rangka kanak-kanak
ini ditemui di gua bawah tanah dekat Tulum, Mexico. Rangka kanak-kanak yang
digelar Young Hol Chan
telah diakui oleh pakar-pakar arkeologi sebagai rangka kanak-kanak tertua yang
pernah ditemui di benua Amerika. Rangka itu berusia 10,000 ribu tahun.!
Berbanding dengan
usia tamadun pertama iaitu sekitar 6010 tahun, rangka ini sebenarnya telah
membuka kunci rahsia tentang ‘manusia’ sebelum kedatangan Nabi Adam as.
Pada 1823, seorang
professor Geologi di Universiti Oxford, William Buckland telah menemui rangka manusia yang dianggar berusia
kira-kira 18,000 di sebuah gua di Goat’s Hole Cave di Pavillon, Gower. Di gua inilah rangka yang berusia
26,000 tahun itu dijumpai.
Namun, baru-baru ini
para pakar telah sekali lagi membuat kajian mengenai usianya dengan menggunakan
alatan yang terkini. Apa yang mengejutkan adalah usianya sebenarnya adalah 4000
tahun lebih tua daripada yang diketahui dahulu iaitu 26,000 tahun!.
Gambar (di atas)
adalah rangka Red Lady
dianggarkan berusia 26,000 tahun. Satu yang menarik mengenai rangka purba ini
adalah rangka Red Lady sebenarnya adalah rangka seorang pemuda dan bukan rangka
seorang wanita sebagaimana namanya.
Gambar (di atas) 600
lukisan purba di Lascaux Cave
di Dordogne River Valley, Perancis telah direkodkan mempunyai usia 17,000
tahun. Ia ditemui tidak sengaja oleh dua orang remaja pada 1940.
Manusia Sebagai
Khalifah Di Muka Bumi
Manusia telah
awal-awal lagi, Allah SWT nyatakan bahawa sebagai wakil Allah SWT di muka bumi.
Sememangnya penulis sangat bersetuju tentang kewujudan makhluk sebelum Adam as
namun tidaklah pula penulis bersetuju tentang teori evolusi yang Charles Darwin
asaskan. Bagi penulis, makhluk yang dicipta sebelum Nabi Adam adalah makhluk
misteri. Ada kemungkinan menyerupai manusia, ada pula kemungkinan menyerupai
haiwan akan tetapi yang pasti adalah mereka telah melakukan kerosakkan di muka
bumi. Antara kerosakan yang pernah mereka lakukan adalah peperangan dan
perebutan kuasa.
Baru-baru ini,
saintis bergitu terkejut dengan penemuaan rangka-rangka manusia yang
bergelimpangan di Mohenja-Daro di Lembah Indus. Apabila diselidik, rangka
tersebut telah dicemari dengan radioaktif akibat letusan nuklear. Apakah
makhluk purba pernah menggunakan senjata canggih sehingga menghuru-harakan bumi
Allah swt ini?
Bagaimana dengan
Dinosaur?. Apa yang penulis boleh simpulkan mengenai haiwan besar yang digelar
Dinosour ini adalah haiwan ini kemungkinan wujud sebelum wujudnya ‘makhluk’
yang melakukan kerosakan tersebut. Ini bermakna, sebelum wujudnya Adam as
sebagai khalifah di muka bumi, telah wujud berpuluh-puluh makhluk yang Allah
SWT wakilkan di muka bumi ini. Namun, sayangnya, mereka semua leka dengan
nikmat Allah swt dan akhirnya musnahlah tamadun mereka diazab Allah swt.
Akhirnya, manusia
adalah wakil terakhir Allah SWT di muka Bumi ini. Dan kita sebagai umat
Muhammad pula adalah khalifah terakhir daripada wakil terakhir Allah swt di
muka bumi sebelum Allah swt ‘sediakan’ kiamat untuk kita semua. Sesungguhnya,
Adam as bukanlah makhluk pertama tetapi ia adalah manusia pertama di muka bumi.
Waallahualam..
Sumber: zharifalimin.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan