Jumaat, Mei 09, 2008

Yahudi dan Nasrani (Kristian) Tidak Sekali-kali akan Redha ...

Kebencian dan dendam Yahudi dan Nasrani kepada Islam telah termaktub di dalam Al Quran. Allah berfirman:

"Sekali-kali tidak akan redha orang-orang Yahudi dan Nasrani sehinggalah kamu mengikut jalan-jalan hidup mereka." (Al Baqarah: 120)

Rasa permusuhan orang-orang Barat dan azam mereka untuk menjahanamkan Islam janganlah dipandang ringan dan kecil. Memang Islam tidak mengajar kita mencari musuh. tetapi Allah melalui Al Quran dan Hadis telah memberitahu kita siapa musuh umat Islam; iaitu:

1. Nafsu
2. Syaitan
3. Orang munafiq
4. Yahudi dan Nasrani serta orang kafir lainnya
5. Orang Islam yang hasad dengki.

Terhadap musuh, Islam meminta umatnya bersiap siaga. Kalau mereka menyerang, wajib umat Islam mempertahankan diri dan berperang. Teknik berperang tidak sama. Berperang dengan hawa nafsu dan syaitan tidak sama dengan berperang melawan orang kafir dan orang munafiq. Tidak sama juga dengan cara-cara menghadapi orang-orang musyrik, Yahudi dan Nasrani.

Hari ini umat Islam bukan sahaja tidak bersedia terhadap musuh-musuh lahir seperti Yahudi, Nasrani dan munafiq bahkan juga tidak pun memerangi musuh batin yang sangat jahat itu iaitu hawa nafsu dan syaitan.

Konon kerana semangat kerjasama dan tolak ansur, umat Islam sangat berbaik dan menjaga hati orang lain sekalipun musuh. Sebab itu mudah sahaja bagi musuh untuk memperdayakan umat Islam hari ini. Perangkap mereka sudah mengena, bahkan sudah penuh dengan orang-orang Islam. Sehingga musuh-musuh itu tidak payah lagi bekerja keras untuk mengalahkan umat Islam dalam apa bidang sekalipun.

Bahkan umat Islam sudah merasa bangga dan bahagia menjadi kakitangan musuh-musuh mereka itu. Rasa selamat dalam perangkap. Rasa gembira menyertai pasukan musuh. Inilah gambaran Allah di dalam Al Quran:

"Apakah kamu tidak perhatikan orang-orang yang mengambil nafsu sebagai Tuhannya? Maka apakah kamu hendak menjadi wakil (orang yang bertanggungjawab)? Atau apakah kamu mengira bahawa kebanyakan mereka itu mendengar atau memahami? Mereka itu tidak lain, hanya seperti binatang bahkan lebih sesat lagi." (Al Furqan: 43-44)

Nyatalah bahawa ada manusia yang bukan sahaja tidak bermusuh dengan musuh, bahkan sangat taat dengan musuhnya. Mereka bekerja untuk musuh dengaan bangganya. Itulah realiti umat Islam kini. Tidak sedar bahawa mereka menjadi ejen musuh untuk memusnahkan Islam.

Contohnya, lihatlah sikap Saudi yang sangat menaruh harapan dan kerjasama dengan Amerika, musuh Islam itu. Belumpun Iraq bertindak apa-apa ke atas negaranya, baru diandai-andai, mereka telah menjemput orang-orang kafir, musuh-musuh Allah itu menduduki buminya dengan terhormat. Mereka tidak pedulikan apa hukumnya lagi walaupun memasukkan orang kafir ke negara Islam dengan sukarela adalah bid'ah yang besar. Yahudi dan Nasrani sedang menggunakan umat Islam untuk menjahanamkan Islam melalui kebudayaan, pendidikan, perdagangan, kemasyarakatan, hubungan luar negeri dan lain-lain lagi. Sebaliknya tiada usaha dari pihak umat Islam untuk menyekat usaha-usaha musuh itu. Apalagi merancang untuk mengalahkan musuh.

Setelah agama Kristian kurang diterima di Barat, yang terbukti dengan banyaknya gereja-gereja telah bertukar kepada Masjid, dendam Yahudi dan Nasrani semakin membara. Mereka mengalih pandangan mereka kepada kebangkitan Islam di Timur. Kegiatan Islam yang semakin berkembang kian hari di Timur khususnya Malaysia telah menyakitkan hati mereka. Semakin Malaysia diiktiraf sebagai negara Islam contoh, kita lihat semakin banyak dan nyata perancangan mereka untuk menangani kerancakan amalan Islam di rantau ini.

Umumnya, antara langkah-langkah berkesan yang telah dan sedang mereka jalankan ialah:

a) Menyebarkan dakyah-dakyah memburukkan Islam melalui tulisan-tulisan serta media elektronik seperti video, televisyen, radio dan internet di kalangan umat Islam.
b) Merosakkan keimanan dan kekuatan beragama dengan menanamkan rasa cinta dunia dan takut mati dalam jiwa umat Islam. Perang saraf atau peperangan psikologi ini dilaksanakan secara besar-besaran.
c) Secara langsung atau tidak langsung, mereka cuba menaikkan badan-badan ekonomi atau politik atau kebajikan yang tidak bercorak Islam atau membantu negara-negara umat Islam yang anti Islam. Dengan cara ini dengan mudah mereka dapat memperkotak katikkan ekonomi negara tersebut.
d) Media massa mereka sengaja membesar-besarkan pemimpin Islam yang sekular, yang tidak ada cita-cita Islam. Terhadap pemimpin yang berjiwa Islam, ditulis atau digambarkan secara negatif.
e) Menggalakkan muda mudi mereka melancong ke negeri-negeri Islam, demi menyebarkan budaya hidup mereka di kalangan anak-anak watan.
f) Memperkenalkan cara hidup bebas, hedonisme, pergaulan lucah sehingga anak-anak muda Islam berfoyaa-foya dan lupa tanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara.

Penjajahan mental dan spiritual yang sedang berlaku ke atas umat Islam oleh bangsa Barat kini, adalah hasil perjuangan yang terancang rapi sejak lama. Kejayaannya sedang mereka kecapi sekarang. Alangkah bangganya mereka melihat keadaan umat Islam kini yang bukan sahaja tidak menegakkan Islam, malah prasangka dengan agama anutan mereka. Suasana inilah yaang mereka idam-idamkan sebagaimana yang telah diingatkan oleh Rasulullah SAW dalam sabdanya: "Akan tiba masanya umat Islam dikeronyok oleh musuh seperti si pelahap menghadapi makanan dalam hidangan."

Penyakit yang menyebabkan mereka jadi selemah dan sehina itu ialah al wahan yakni cinta dunia dan takut mati. Penyakit yang dirancang Yahudi dan Nasrani khususnya untuk diinjek ke dalam jiwa umat Islam. Dengan suntikan itu, iman tercabut dari hati dan akar umbinya. Sementelahan umat Islam sudah lemah.

Jangan kita ragu-ragu atau tidak percaya hakikat ini. Bencinya Yahudi dan Nasrani kepada Islam adalah kebencian yang mutlak dan tidak ada tolak ansur lagi. Orang Yahudi dalam rancangan untuk melemahkan umat Islam, telah mengkaji Al Quran dan Hadis untuk mencari di mana rahsia kekuatan dan kelemahan umat Islam bermula. Apabila mereka dapati bahawa faktor keturunan yang baik menjadi satu syarat untuk menjadi mukmin yang baik, mereka mengatur rancangan untuk merosakkan keturunan umat Islam. Iaitu dengan menyusun langkah supaya umat Islam melakukan perzinaan.

Seorang ulama pernah berpesan: "Janganlah kamu tidur di rumah orang Yahudi. Nanti kamu akan diperangkap untuk berzina deengan anak perempuannya." Ini menggambarkan Yahudi sanggup korbankan maruah anak perempuannya demi merosakkan keturunan umat Islam. Lihatlah sekarang, pelacuran menjadi-jadi, perzinaan berleluasa. Berjayalah perjuangan Yahudi. Dengan bangsa kita jadi korban perjuangan mereka dengan rela. Begitu halus dan licinnya perangkap Yahudi dan Nasrani.

Di antara perancangan mereka yang lain ialah dengan merancang makan minum yang haram untuk umat Islam. Sebab mereka tahu dengan makanan yang haram, hati-hati umat Islam akan rosak. Demikian juga rancangan merosakkan akhlak dan budaya Islam.

Apakah yang telah kita buat untuk menyelamatkan Agama Allah ini? Siapakah yang mahu menjadi pembantu agama Allah?

Wassalam,

Tiada ulasan: