Berbagai tuduhan dan pertanyaan yang tidak sedap sering kita terima dari kalangan yang membenci Islam dan tidak mengetahui Islam secara komprehensif. Penilaian mereka biasanya didasarkan kepada kedengkian dan atau kebodohan.
Padahal dalam catatan sejarah dan bebarapa riwayat bahkan kitab suci mereka sendiri disebutkan betapa nabi-nabi mereka (seperti Nabi Daud dan Nabi Sulaiman) memiliki jumlah isteri yang jauh lebih banyak daripada Nabi Muhammad saw.
Sementara, pernikahan yang dilakukan oleh Rasulullah dengan sejumlah wanita adalah demi sebuah kemaslahatan besar yang hendak dicapai. Secara singkat isteri-isteri beliau adalah:
1. Khodijah binti Khuwailid RA, beliau dinikahi oleh Rasulullah SAW di Mekkah ketika usia beliau 25 tahun dan Khodijah 40 tahun. Bayangkan andaikan Rasulullah gila wanita tentu dia akan memilih wanita yang sebaya atau lebih muda dari beliau yang ketika itu sangat ramai di daerah Mekkah. Namun, beliau justeru memilih wanita yang jauh lebih tua. Dari pernikahnnya dengan Khodijah Rasulullah SAW memiliki sejumlah anak lelaki dan perempuan. Akan tetapi semua anak lelaki beliau meninggal. Sedangkan yang anak-anak perempuan beliau adalah: Zainab, Ruqoyyah, Ummu Kaltsum dan Fatimah. Rasulullah SAW tidak menikah dengan wanita lain selama Khodijah masih hidup. Baru sesudah Khadijah meninggal, yakni ketika beliau sudah tua, ketika itulah beliau menikah lagi. Yaitu dengan:
2. Saudah binti Zam’ah RA, dinikahi oleh Rasulullah SAW pada bulan Syawwal tahun kesepuluh dari kenabian beberapa hari setelah wafatnya Khodijah. Beliau adalah seorang janda yang ditinggal mati oleh suaminya yang bernama As-Sakron bin Amr.
3. Aisyah binti Abu Bakar RA, dinikahi oleh Rasulullah SAW bulan Syawal tahun kesebelas dari kenabian, setahun setelah beliau menikahi Saudah atau dua tahun dan lima bulan sebelum Hijrah. Beliau dinikahi ketika berusia 6 tahun dan tinggal serumah di bulan Syawwal 6 bulan setelah hijrah pada saat usia beliau 9 tahun. Beliau adalah seorang gadis dan Rasulullah SAW tidak pernah menikahi seorang gadis selain Aisyah. Kita lihat betapa bahawa beliau hanyalah digauli dan tinggal serumah bersama Rasulullah SAW saat sudah baligh dan dewasa. Lalu, mengapa dia dinikahi?
Dengan menikahi Aisyah, maka hubungan beliau dengan Abu Bakar menjadi sangat kuat dan mereka memiliki ikatan emosional yang khusus. Posisi Abu Bakar sendiri sangat penting di dalam dakwah Rasulullah SAW baik selama beliau masih hidup dan setelah wafat. Abu Bakar adalah khalifah Rasulullah yang pertama yang di bawahnya semua bentuk perpecahan menjadi terhapus.
Selain itu Aisyah ra adalah sosok wanita yang cerdas dan memiliki ilmu yang sangat tinggi dimana begitu banyak ajaran Islam terutama masalah rumah tangga dan urusan wanita yang sumbernya berasal dari sosok ibunda muslimin ini.
4. Hafsoh binti Umar bin Al-Khotob RA, beliau ditinggal mati oleh suaminya Khunais bin Hudzafah As-Sahmi, kemudian dinikahi oleh Rasulullah SAW pada tahun ketiga Hijriyah. Beliau menikahinya untuk menghormati bapaknya Umar bin Al-Khotob.
Dengan menikahi Hafshah puteri Umar, maka hubungan emosional antara Rasulullah SAW dengan Umar menjadi sedemikian akrab, kuat dan tak tergoyahkan. Tidak hairan kerana Umar memiliki peranan sangan penting dalam dakwah baik ketika fajar Islam baru mulai merekah mahupun saat perluasan Islam ke tiga peradaban besar dunia. Di tangan Umar, Islam berhasil membuktikan hampir semua khabar gembira di masa Rasulullah SAW bahawa Islam akan mengalahkan semua agama di dunia.
5. Zainab binti Khuzaimah RA, dari Bani Hilal bin Amir bin Sho’sho’ah dan dikenal sebagai Ummul Masakin kerana dia sangat menyayangi orang-orang miskin. Sebelumnya dia bersuamikan Abdulloh bin Jahsy akan tetapi suaminya syahid di Uhud, kemudian Rasulullah SAW menikahinya pada tahun keempat Hijriyyah. Dia meninggal dua atau tiga bulan setelah pernikahannya dengan Rasulullah SAW .
6. Ummu Salamah Hindun binti Abu Umayyah RA, sebelumnya menikah dengan Abu Salamah, akan tetapi suaminya tersebut meninggal di bulan Jamadil Akhir tahun 4 Hijriyah dengan meninggalkan dua anak lelaki dan dua anak perempuan. Dia dinikahi oleh Rasulullah SAW pada bulan Syawwal di tahun yang sama.
Alasan beliau menikahinya adalah untuk menghormati Ummu Salamah dan memelihara anak-anak yatim tersebut.
7. Zainab binti Jahsyi bin Royab RA, dari Bani Asad bin Khuzaimah dan merupakan puteri bibi Rasulullah SAW. Sebelumnya dia menikahi dengan Zaid bin Harits kemudian diceraikan oleh suaminya tersebut. Dia dinikahi oleh Rasulullah SAW di bulan Dzul Qoidah tahun kelima dari Hijrah.
Pernikahan tersebut adalah atas perintah Allah SWT untuk menghapus kebiasaan Jahiliyah dalam hal pengangkatan anak dan juga menghapus segala konskuensi pengangkatan anak tersebut.
8. Juwairiyah binti Al-Harits RA, pemimpin Bani Mustholiq dari Khuzaah. Dia merupakan tawanan perang yang sahamnya dimiliki oleh Tsabit bin Qais bin Syimas, kemudian ditebus oleh Rasulullah SAW dan dinikahi oleh beliau pada bulan Sya?ban tahun ke 6 Hijrah.
Alasan beliau menikahinya adalah untuk menghormatinya dan meraih simpati dari kabilahnya (kerana dia adalah anak pemimpin kabilah tersebut) dan membebaskan tawanan perang.
9. Ummu Habibah Ramlah binti Abu Sufyan RA, sebelumnya dia dinikahi oleh Ubaidillah bin Jahsy dan hijrah bersamanya ke Habsyah. Suaminya tersebut murtad dan menjadi nashroni dan meninggal di sana. Ummu Habibbah tetap istiqomah terhadap agamanya. Ketika Rasulullah SAW mengirim Amr bin Umayyah Adh-Dhomari untuk menyampaikan surat kepada raja Najasy pada bulan Muharrom tahun 7 Hijrah. Nabi meminang Ummu Habibah melalu raja tersebut dan dinikahkan serta dipulangkan kembali ke Madinah bersama Surahbil bin Hasanah.
Sehingga alasan yang paling kuat adalah untuk menghibur beliau dan memberikan sosok pengganti yang lebih baik baginya. Serta penghargaan kepada mereka yang hijrah ke Habasyah kerana mereka sebelumnya telah mengalami seksaan dan tekanan yang berat di Mekkah.
10. Shofiyyah binti Huyay bin Akhtob RA, dari Bani Israel, dia merupakan tawan perang Khoibar lalu Rasulullah SAW memilihnya dan dimerdekakan serta dinikahinya setelah menaklukan Khoibar tahun 7 Hijriyyah.
Pernikahan tersebut bertujuan untuk menjaga kedudukan beliau sebagai anak dari pemuka kabilah.
11. Maimunah binti Al- Harits RA, saudarinya Ummu Al-Fadhl Lubabah binti Al-Harits. Dia adalah seorang janda yang sudah berusia lanjut, dinikahi di bulan Dzul Qa?dah tahun 7 Hijrah pada saat melaksanakan Umroh Qadho.
Dari kesemua wanita yang dinikahi Rasulullah SAW, tak satupun dari mereka yang melahirkan anak hasil perkahwinan mereka dengan Rasulullah SAW, kecuali Khadijatul Kubra seperti yang disebutkan di atas. Namun Rasulullah SAW pernah memiliki anak lelaki selain dari Khadijah yaitu dari seorang hamba yang bernama Mariah Al-Qibthiyah yang merupakan hadiah dari Muqauqis pembesar Mesir. Anak itu bernama Ibrahim namun meninggal saat masih kecil.
Demikianlah sekelumit data singkat para isteri Rasulullah SAW yang mulia, dimana secara khusus Rasulullah SAW diizinkan mengahwini mereka dan jumlah mereka lebih dari 4 orang, batas maksima poligami dalam Islam.
Dari kesemuanya itu, umumnya Rasulullah SAW menikahi mereka kerana pertimbangan kemanusiaan dan kelancaran urusan dakwah.
Selain itu ada hikmah yang sangat mendalam di masa kini yaitu semakin banyaknya sumber-sumber ajaran Islam terutama yang berkaitan dengan fiqih wanita, kerana memang dari sanalah umumnya pelajaran Rasulullah SAW tentang wanita itu berasal. Seandainya Rasulullah SAW hanya beristerikan satu orang saja, maka kajian fiqih wanita sekarang ini akan menjadi sangat sempit kerana sumbernya terbatas hanya dari satu orang. Namun alhamdillah atas tadbir ilahi, dengan beristeri sampai 11 orang, maka sumber itu menjadi cukup banyak. Dan sempurnalah Islam sebagai agama yang syamil mutakamil.
Di samping itu, kalau kita melihat masa muda beliau, maka sangat berbeza dengan para pemuda Arab pada umumnya. Beliau tumbuh menjadi pemuda yang bersih; tidak pernah melakukan maksiat dan pergaulan bebas; bahkan secara khusus dilindungi oleh Allah dari kehidupan bebas para pemuda lainnya.
Jadi, tuduhan non muslim bahawa Rasulullah SAW adalah tukang kahwin dan kemaruk dengan wanita adalah tuduhan yang sangat menjijikkan sekaligus menyesatkan, kerana semuanya hanya dipenuhi dengan kebencian dan kebodohan serta mencerminkan penuduhnya sebagai orang yang tidak pernah lengkap membaca sirah nabawiyah dengan sumber yang benar. Semoga Allah menghancurkan angkara murka musuh-musuhnya dan menghinakan orang-orang yang menghina nabi-Nya di dunia ini dan di akhirat kelak, Amien Ya Rabbal `Alamien.
Wallahu A`lam Bish-Showab,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan