As-Syaikh Bakr bin Abdullah Abu Zaid dalam bukunya “Tashih al-Du’a” menyebutkan bahawa “Takmin” ( الــتأمين ) menyebut amin itu terbahagi kepada 2 bahagian :
1. Takmin dalam solat ( menyebut amin selepas imam menyebut “waladhdhollin” )
2. Takmin di luar solat .
Takmin di luar solat ini sebagaimana katanya adalah termasuk dalam bab doa secara mutlak.Seperti meng’amin’kan doa khatib ketika solat jumaat , doa semasa Istisqa , khusuf dan sebagainya.Ianya juga termasuklah meng’amin’kan doa oleh jamaah yang dibaca oleh seseorang dalam sesuatu majlis sebagaimana suatu riwayat dari ‘Atho secara marfu’ yang dinukilkan oleh Ibnu Jarir dalam kitab tafsirnya : bahawa ketika turunnya ayat 286 surah al-Baqarah yang dibaca oleh Jibril ‘Alaihissalam , yang mana selepas daripada Nabi saw mengucapkan “Amin ya rabbal ‘Alamin”
(Tafsir Ibnu Jarir 6/146)
Maka kesimpulannya , adalah tidak salah jika kita meng’amin’kan doa yang dibaca oleh seseorang dalam sesuatu majlis dan sebagainya , lebih-lebih lagi jika ianya mendatangkan kemudahan kepada masyarakat yang tidak mampu untuk berdoa dalam bahasa arab.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan