Para ulama ternyata memang berbeza pendapat ketika bicara masalah yang satu ini.
Sebahagian besar ulama (jumhur) mengatakan bahawa mengucapkannya secara jahr (suara dikeraskan termasuk sunnah, sedangkan sebahagian lainnya mengatakan bahawa lafadz itu dibaca sirr (perlahan) saja dan itu lebih utama.
1. Mazhab Abu Hanifah
Dalam hal ini mazhab Abu Hanifah termasuk yang berbeza dengan pendapat mazhab jumhur lainnya. Dalam pandangan mazhab ini, bacaan Amin lebih utama untuk diperlahankan, tidak dibaca keras sebagaimana yang umumnya kita kenal selama ini.
Hal ini cukup menarik, saat kami ke Turki dan shalat berjamaah Maghrib di masjid Abu Ayyub Al-Anshari dan shalat Shubuh di masjid dekat hotel, kami sempat sedikit terkecoh. Sebagai bangsa Indonesia yang tinggal bersama dengan kalangan mazhab Syafi’i, begitu mendengar imam selesai mengucapkan lafadz waladhdhaaalliin, maka secara naluri kami pun langsung siap-siap mengucapkan Amin dengan suara keras.
Tapi apa yang berlaku, ternyata suasana tetap hening, sepi dan tak seorang pun yang melafadzkannya. Sempat juga bingung sebentar, tapi setelah itu langsung tersadar. Oh, iya. Ini kan Turki. Bagaimana boleh lupa, mereka ini kan bermazhab Hanafi. Dan dalam pelajaran waktu kuliah dulu, kami jadi teringat bahawa dalam mazhab Abu Hanifah memang tidak disunnahkan mengeraskan bacaan Amin dalam shalat berjamaah.
Jadi, kenapa mazhab Hanafi ini tidak menyunnahkan untuk menjahar lafadz Amin? Apa landasannya?
Begini, sebagaimana yang dituliskan oleh Al-Qurthubi dalam kitab tafsir yang masyhur-Jami’ li Ahkamil Quran, kita menemui sedikit penjelasan, tepatnya kalau kita buka pada jilid 1 halaman 200. Di sana dijelaskan bahawa ternyata mereka punya landasan dan berhujjah dengan ayat Al-Quran berikut ini:
Berdo’alah kepada Tuhanmu dengan berendah diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas .(QS. Al–A’raf: 55)
Makanya para ulama mazhab ini tidak mengajarkan bacaan doa yang dikeraskan. Sebab bagi mereka, kedudukan ayat ini mengikat dan lebih kuat dari hadits nabawi. Sehingga tidak dianjukan untuk berdoa dengan lafadz yang dikeraskan.
Dan kerana lafadz Amin itu bahagian daripada doa, maka yang lebih utama tidak dibaca keras, cukup dibaca secara lirih saja.
Mungkin anda akan protes, yang merupakan doa itukan lafadz surat Al-Fatihah-nya, sedangkan lafadz ‘Amin’ itu kan bukan doa?
Maka kalangan mazhab Hanafi menjawab bahawa mengucapkan lafadz ‘Amin’ itu juga bahagian dari doa. Sebagaimana firman Allah SWT:
AlIah berfirman, “Sesungguhnya telah diperkenankan permohonan kamu berdua, sebab itu tetaplah kamu berdua pada jalan yang lurus dan janganlah sekali-kali kamu mengikuti jalan orang-orang yang tidak mengetahui”.(QS. Yunus: 89)
Ayat ini sedang mengisahkan Musa dan Harun ‘alaihimassalam yang berdoa. Dan diriwayatkan meski dengan sanad yang dhaif sekali, bahawa Musa yang mengucapkan lafadz doa itu dan Harun yang mengaminkan. Makanya, mengucapkan lafadz ‘Amin‘ pun termasuk berdoa.
2. Mazhab Jumhur (Majoriti) Ulama
Adapun hujjah majoriti ulama tentang kesunnahan mengeraskan bacaan ‘Amin‘ ada banyak, di antaranya hadits yang berstatus muttafaqun ‘alaihi berikut ini:
Apabila Imam mengucapkan Amin maka ucapkanlah Amin. Siapa yang amin-nya sesuai dengan amin para malaikat, diampuni dosanya yang sudah lewat. (HR al-Bukhari dan Muslim)
Namun di kalangan jumhur ulama sendiri ternyata masih juga ada perbezaan, yakni apakah imam ikut mengeraskan juga bacaan Amin-nya ataukah membaca dengan perlahan.
* Menurut mazhab Asy-Syafi’i dan Maliki dalam riwayat madaniyyin, Imam hendaklah ikut mengeraskan juga bacaan ‘Amin’ itu, sehingga terdengar juga oleh makmum.
* Sedangkan dalam pandangan Ath-Thabari dan Ibnu Hubaib, imam tidak perlu mengucapkannya secara keras, demikian juga pandangan kalangan Kufiyyin dan Madaniyyin.
* Sedangkan dalam pandangan Ibnu Bukair, imam boleh memilih antara mengeraskan bacaan amin atau melirihkannya.
Namun yang lebih kuat dari perbezaan pandangan ini menurut kami adalah pendapat pertama, kerana ada hadits yang kuat dan boleh menjadi dasarnya.
Dari Wail bin Hujr berkata bahawa Rasulullah SAW kalau membaca Waladhdhaallin, maka beliau mengucapkan Amin dengan suara yang keras. (HR Ad-Daruquthny dengan sanad yang shahih menurutnya)
Rasanya sampai di sini dulu penjelasan yang teramat singkat tentang hukum mengucapkan lafadz ‘amin’ di belakang imam shalat. Dan yang mana saja dari pendapat di atas, tidak ada yang bertentangan secara prinsip sehingga mengakibatkan dosa besar. Ini hanya sekadar perbezaan yang tidak terlalu prinsip, yakni tentang apakah bacaan amin itu sebaiknya dikeraskan atau diperlahankan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan