Jumaat, Mei 09, 2008

Dari Makruh Menjadi Haram

Ada pendapat mengatakan: berterusan melakukan perbuatan makruh akan menjadikan ia suatu yg haram, sepertimana berterusan melakukan dosa kecil akan menjadikannya dosa besar. Malahan ada satu kata-kata masyhur: Berterusan dalam perkara harus membawa kepada makruh, dan berterusan dalam perkara makruh menjadikannya haram.

Tetapi pendapat yang kuat -Wallahu Taala A’lam- berterusan melakukan perkara makruh tidak mengubah hukumnya kepada haram KECUALI jika perbuatan makruh yang berterusan itu menjadi wasilah kepada perbuatan haram, maka ketika itu baru menjadi haram.

kerana:
1) Makruh dan Haram adalah dua hukum yang berbeza. Makruh ialah yang dilarang syarak bukan secara ilzam, manakala haram ialah larangan syarak secara ilzam.
2) Makruh termasuk dalam perkara yang halal, dan Nabi bersabda dalam hadis yang sahih: “Yang halal itu jelas, dan yang haram itu jelas“.
3) Tidak ada dalil yg menunjukkan suatu yg makruh jika selalu dilakukan akan menjadikannya sebagai haram.

walaupun begitu, amat tidak digalakkan berterusan dalam perkara makruh kerana:
-ia menunjukkan ketidakpedulian seseorang muslim terhadap hukum syarak terutama, hukum larangan.
-jika sikap bermudah-mudah dalam perkara makruh berterusan, maka tidak mustahil selepas ini, timbul sikap bermudah-mudahan dalam perkara haram.

wallahu Taala A’lam.

Tiada ulasan: