Khamis, April 19, 2012

Hukum Mencukur dan Menyimpan Janggut

Berikut kita rumuskan empat madzhab mengenai hukum mencukur janggut (bagi mereka yang ada hormon dan berupaya menyimpan rambut pada dagunya):

* Hanbali & Maliki: haram hukum mencukur janggut;

* Hanafi: Makruh Tahrim

* Syafi'iy: Makruh (Qadhi 'Iyadh (fuqaha' Syafi'iy) berpendapat makruh dalam madzhab Syafi'iy ialah tidak dikenakan sebarang hukuman atau celaan).

(Lihat: Prof Dr Wahbah Zuhaili, Fiqh Islami, Jld 1; Prof Dr Abd Karim Z, al Mufassal)

alQardhawi (Fatawa Mu'asirat; `Awaamil as Sa'at wal Murunah fi asSyari'at alIslamiyah; Bagaimana kita berinteraksi dengan asSunnah; Fiqh al Awlawiyat) berpendapat Kesunnahan menyimpan janggut ini termasuk sunnah peringkat kamaliat (kesempurnaan ummat dan rupadiri umat Islam yang unik dan unggul di mata dunia); sunnah ini ditekan oleh Nabi ketika mana umat Islam telah melaksanakan kesemua sunnah yang dharuriat (asas) dan hajiat (keperluan); yang menjadi masalah sekarang ialah umat Islam kini mereka hanya nampak hanya sunnah yang kamaliat dan meninggalkan sunnah-sunnah yang asas dan bersifat wajib dilaksanakan terlebih dahulu untuk membina sebuah umat yang kuat dan berwibawa. Sunnah sejenis dengan menyimpan dan menjaga janggut-misai termasuklahlah dlm urusan memilih jenis pakaian, warna pakaian, tutup kepala, sunnah alfitrah (sikat rambut, potong kuku, mencukur bulu kemaluan, cara makan-minum, adab ke tandas, dsbnya)

Selasa, April 10, 2012

Susunan Makmum dalam Solat Berjemaah

1. Apabila jemaah itu terdiri daripada seorang makmum.

Apabila dalam solat jemaah yang akan dilakukan itu hanya terdiri daripada seorang imam dan seorang makmum, maka disunatkan makmum berdiri di sebelah kanan imam dan agak terkebelakang sedikit.


2. Apabila jemaah itu terdiri daripada dua orang makmum.

Apabila dalam solat berjemaah yang dilakukan itu terdiri daripada seorang imam dan dua orang makmum, maka disunatkan makmum berdiri disebelah kiri imam. Setelah itu hendaklah imam ke hadapan dan kedua orang makmum merapatkan semula saf.

Namun sekiranya keadaan tidak mengizinkan makmum yang kedua bolehlah berdiri di belakang imam kemudian yang pertama mundur kebelakang untuk menyamai saf.

Solat Berjemaah - Masbuq

Takrif Masbuq:

Merujuk Kamus Istilah Fiqh, masbuq bererti orang yang datang lambat ketempat solat berjemaah, sedangkan imam sudah menyelesaikan satu rakaat lebih, tetapi belum mengucapkan salam.

Menurut Al Ustaz Dato’ Hj Ismail Kamus, masbuq ialah, makmum yang ketinggalan (tidak sempat takbiratul ihram bersama imam) dan tidak mendapat masa yang cukup untuk membaca fatihah bersama imam. Ini di sebabkan semasa ia masuk berjemaah, imam sedang rukuk atau hampir-hampir akan rukuk.

Contoh: apabila seseorang makmum memasuki solat jemaah, lalu ia takbiratul-ihram dan mendapati imam sedang rukuk, maka perlu makmum mengikuti rukuk imam itu dengan tanpa wajib menyelesaikan rukun fatihah.

Rabu, April 04, 2012

Kenapa Perlu Sembelih Sebelum Makan?

Barat termasuk aktivis hak asasi haiwan menganggap perbuatan menyembelih haiwan yang dilakukan umat Islam mempamerkan sikap tidak berperikemanusiaan kerana banyak darah tertumpah ke bumi terutama ketika amalan korban pada Aidiladha.

Malah, ketika kempen keganasan sibuk dilancarkan oleh Barat, mereka menggunakan alasan amalan korban ini sebagai satu daripada hujah mereka bagi membuktikan betapa Islam mengajar umatnya menjadi ganas.

Di Barat, undang-undang mereka memperuntukkan supaya haiwan dikenakan kejutan elektrik di kepala sebelum dibunuh, kononnya bagi memastikan haiwan itu pengsan terlebih dulu sebelum ia dibunuh.Selain itu, kononnya tindakan mereka itu bertujuan untuk menghalang binatang berasa sakit sebelum ia mati.Tetapi sekali lagi apakah pandangan Barat ini benar?

10 Jenis Orang Islam yang Kejam

Sufyan Atsauri berkata: "Sepuluh macam daripada kekejaman ialah:

1. Seorang yang berdoa untuk dirinya sendiri, dan tidak mendoakan untuk anak-anaknya dan kaum mukmin.

2. Seorang yang pandai membaca Al-Quran, tetapi tiap harinya tidak membaca seratus ayat.

3. Seorang yang masuk masjid lalu keluar dan tidak sembahyang dua rakaat.

4. Seorang yang berjalan melalui kuburan kemudian tidak memberi salam dan mendoakan ahli kubur.

5. Seorang yang sampai di suatu kota pada hari Jumaat kemudian tidak sembahyang jemaah.

6. Seorang yang di daerahnya didatangi oleh seorang alim, tiba-tiba tidak mahu belajar apa-apa daripadanya.

7. Dua orang yang bertemu di perjalanan dan masing-masing tidak menanyakan nama kawannya itu.

8. Seorang diundang pada jamuan tiba-tiba tidak datang.

9. Pemuda yang tidak ada kerja dan tidak mahu belajar ilmu dan kesopanan.

10. Seorang yang kenyang sedang dia tahu bahawa tetangganya lapar, tetapi tidak diberi dari makanannya itu.

Hikmah Bersujud

Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia. Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama. Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud pula boleh:

- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
- melegakan sakit hernia. (burut)
- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
- melegakan paru-paru daripada ketegangan.
- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
- meringankan bahagian pelvis.
- memberi dorongan supaya mudah tidur.
- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.
- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
- mengurangkan kegemukan.
- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).
- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.

Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentality seseorang. Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

Sumber: http://mr-tazkirah.blogspot.com

Selasa, April 03, 2012

15 Seksaan Di Dunia Jika Tinggal Solat

RASULULLAH SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa meninggalkan solat dengan sengaja, maka sesungguhnya dia kafir yang nyata."

Berdasarkan hadis ini, sebahagian ulama berfatwa tidak wajib menyembahyangkan jenazah seseorang yang meninggal dan mengaku Islam, tetapi tidak pernah mengerjakan solat. Malah, ada yang mengatakan haram menyembahyangkan individu berkenaan.

Seksaan dan azab bagi orang yang lalai serta meninggalkan solat seperti sabda Rasulullah SAW: "Siapa meringan dan melalaikan solat lima waktu yang difardukan ke atasnya, akan menerima seksaan atau azab Allah dengan 15 azab."

Enam daripada seksaan itu diterima di dunia, tiga ketika hampir ajalnya, tiga ketika berada di dalam kubur dan tiga lagi ketika berjumpa Allah pada hari kiamat.

10 Gangguan Syaitan dalam Solat

1) Berasa was-was ketika melakukan takbiratul ihram
Saat membaca takbiratul ihram, ‘Allahu Akbar’, seseorang akan berasa ragu-ragu apakah takbir yang dilakukannya itu sah atau belum sah.

Sehingga dia mengulanginya sekali lagi dengan membaca takbir. Perasaan itu akan berterusan kadang-kadang sampai imam hampir rukuk.

Ibnu Qayyim berkata, “Termasuk tipu daya syaitan yang banyak mengganggu mereka adalah was-was dalam bersuci (berwuduk) dan niat atau saat takbiratul ihram dalam solat”. Was-was itu membuat mereka terseksa.

2) Tidak memberi tumpuan ketika membaca bacaan dalam solat.
Sahabat Rasullullah S.A.W, Uthman bin Abil ‘Ash datang kepada Rasullullah S.A.W dan mengadu, “Wahai Rasullullah, sesungguhnya syaitan hadir dalam solatku dan membuat bacaanku salah.” Rasullullah S.A.W menjawab, “Itulah syaitan yang disebut dengan khinzib."

“Apabila kamu berasakan kehadirannya, ludahlah ke kiri tiga kali dan berlindunglah kepada Allah. Aku pun melakukan hal itu dan Allah S.W.T gangguan itu dariku” (Hadis Riwayat Muslim).

Jangan Menipu Allah S.W.T Dengan Tudung

Awal tahun 80 an dahulu, tidak ramai wanita yang bertudung. Ketika itu wanita bertudung terpaksa menghadapi cabaran yang besar kerana sering menjadi bahan umpatan masyarakat. Mereka dituduh ekstreem, sesat dan ketinggalan zaman. Bahkan ada juga yang mengatakan itu fesyen ala Arab padang pasir. Kita tidak pelik hal begini boleh terjadi.

Ini disebabkan masyarakat jahil terhadap hukum menutup aurat sehingga mereka tidak dapat menerima, malah memandang serong terhadap syariat menutup aurat. Berkat kesabaran wanita-wanita yang bertudung di waktu itu, akhirnya masyarakat semakin sedar dan faham bahawa memakai tudung itu adalah untuk memenuhi tuntutan syariat. Seperkara yang menarik di waktu itu, apabila seseorang wanita itu bertudung, maka akan nampak beza tingkah lakunya berbanding dengan wanita yang tidak menutup aurat dan peribadinya sendiri sebelum memakai tudung.

Kalau dahulu dia senang bergaul bebas dengan lelaki, tetapi bila sudah bertudung, pandangannya sudah mula ditundukkan, bercakap dengan lelaki pun jarang sekali, tidak seronok malah tidak menghadiri majlis yang ada percampuran bebas lelaki dan perempuan, tidak suka berkeliaran di tempat-tempat awam, cenderung untuk mendalami ilmu-ilmu Islam, suka untuk beribadah, akhlak dan tutur katanya menjadi semakin lembut dan lunak. Suka menolong orang, bibir sentiasa menguntum senyum sebagai sedekah sesama muslim, sedia membantu kesusahan orang lain, sudah benci kepada kemewahan dunia, tahan diuji dan sentiasa mencari-cari peluang untuk mengajak masyarakat wanita yang lainnya agar sama-sama menutup aurat.

Lantaran berbezanya mereka dengan wanita yang lain, maka orang pandang tinggi kepada wanita yang bertudung, walaupun masih ramai yang tidak suka kepada mereka. Waktu itu, kalau wanita sudah sanggup bertudung, ertinya di dalam dadanya sudah ada sedikit sebanyak ilmu- ilmu agama. Sekurang-kurangnya dia sudah hafal dalil-dalil Al Quran dan hadith mengenai hal penutupan aurat. Ini disebabkan mereka sering dihujani dengan berbagai pertanyaan mengenai apa yang mereka buat. Untuk menjawapnya, mereka sudah bersedia memberi jawapan yang sesuai dengan nas Al-Quran dan hadith untuk menyakinkan orang ramai. Oleh sebab itu orang ramai memandang tinggi kepada mereka.

Malaikat Izrail Mencabut Nyawanya

Abu Hurairah berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda, "Apabila Allah telah selesai menjadikan langit dan bumi, maka Allah menciptakan sangkakala lalu diserahkan kepada malaikat Israfil. Malaikat Israfil meletakkannya di mulut sambil melihat Arasy dan menantikan perintah Allah."

Tanya Abu Hurairah: "Wahai Rasulullah, apakah yg dikatakan sangkakala itu?" Jawab Rasulullah: "Sangkakala itu bentuknya seperti tanduk dari cahaya dan besarnya, demi Allah yang mengutuskan aku sebagai Nabi, besar bulatannya itu seluas langit dan bumi."

Apabila telah sampai hari kiamat, maka sangkakala itu akan ditiup sebanyak tiga kali dengan cara berasingan. Kali pertama ditiup untuk menakutkan, kali kedua ditiup untuk mematikan segala makhluk yang berada di muka bumi dan kali ketiga ditiup untuk membangkitkan.

Malaikat Maut Mengintai Kita 70 Kali Sehari

Memang tiada siapa pun dapat menduga bila saat kematian mereka akan tiba. Sebab itu ramai yang masih leka dan tiada persediaan ‘menanti’ saat kematian mereka.

Allah S.W.T berfirman yang bermaksud: “Setiap yang hidup akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu akan kembali.” (Surah al-Anbiyak ayat 35)

Tahukah kita bahawa malaikat maut sentiasa merenung serta melihat wajah seseorang itu 70 kali dalam sehari? Andainya manusia sedar hakikat itu, nescaya mereka tidak lalai mengingati mati.

Oleh kerana malaikat maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak dapat melihat kehadirannya, sebab itu manusia tidak menyedari apa yang dilakukan malaikat Izrail.

Hadis Nabi S.A.W yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa.

Isnin, April 02, 2012

Sisters in Islam (SIS)

Apa itu Sisters in Islam? (SIS)?

SIS telah ditubuhkan pada 1988 dan didaftar sebagai Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) pada 1993 di bawah nama SIS Forum (Malaysia) Berhad, satu entiti perniagaan atas nama syarikat.

Tumpuan SIS pada awalnya adalah untuk mencabar undang-undang dan dasar atas nama Islam yang SIS dakwa sebagai mendiskriminasikan wanita (pre-conception and mind set of SIS). Tumpuan SIS kemudiannya diperluaskan kepada isu lebih besar seperti demokrasi, hak asasi manusia dan perlembagaan (kita akan lihat penglibatan mereka dalam BERSIH, Sesksualiti Merdeka).

Menurut http://ms.wikipedia.org/wiki/Sisters_in_Islam, pada tahun 1988, sekumpulan peguam, aktivis, ahli akademik dan wartawan wanita termasuk Zainah Anwar dan Marina Mahathir- anak sulung mantan perdana menteri Malaysia- bersama-sama menubuhkan satu pergerakan untuk menyelesaikan masalah wanita Islam di mahkamah syariah.

SIS dianggotai oleh wanita bertaraf profesional termasuk peguam, doktor perubatan, dan pensyarah. Di awal penubuhannya ia dianggotai oleh sebahagian pensyarah dari Jabatan Ansos (anthropology-sociology), Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UKM. UKM menjadi sarang penetas telur SIS dan mereka bergerak atas nama penyelidikan dan selalu mendapat geran penyelidikan dari Jerman. Kini sebahagian besar daripada pensyarah berkenaan telah bersara. Mereka kemudian bergeraka di bawah payung lain di luar universiti. Walaupun terdapat sebahagian ahli akademik terlibat dengan projek-projek penyelidikan di bawah payung SIS di universiti, ahli akademik berkenaan bukan ahli SIS dan ada yang tidak bersetuju dengan prinsip perjuangan SIS yang berselindung atas nama Islam tetapi sebenarnya mempromosi cara hidup Islam Liberal dan hak asasi dari perspektif barat.

SIS tidak menggalakan ahlinya memakai tudung atau menutup aurat dan mereka berhujah bahawa dalam AlQuran tidak disebut tentang memaki tudung dan mereka mengatakan mereka berhak sebagai manusia untuk memilih memakai apa sahaja pakaian yang mereka mahu, dan itulah asa kepada hak asasi manusia.

Pakai Tudung vs. Tutup Aurat

Di zaman70an, cukup sukar untuk melihat wanita Muslim pakai tudung. Nisbahnya sekitar 1:50. Satu pakai, 50 tak pakai. Di pertengahan zaman 80an, sudah ada kelihatan ramai wanita Muslim pakai tudung. Nisbahnya 1:10. Satu pakai, sepuluh tak pakai. Zaman 90an menyaksikan lebih ramai pakai tudung, dan yang tak pakai tudung sudah berkurangan. Nisbah 10:3. 10 pakai tudung, 3 tak pakai. Di zaman 2000 ke atas, 10 pakai tudung, 1 orang tak pakai tudung.

Tetapi yang pakai tudung ada bermacam ragam dan ada yang pakai tudung kerana pelbagai tujuan.

* Ada yang pakai sebab ikut-ikut
* Ada yang pakai sebab malu kalau tak pakai
* Ada yang pakai sebab trend wanita Muslim pakai tudung
* Ada yang pakai sebab ia adalah uniform sekolah atau sebahagian dari pakaian tempat kerja
* Ada yang pakaia sebab ada perturan suruh pakai seperti di dalam masjid atau di pasar Kadijah
* Ada yang pakai sebab takut pada mak ayah
* Ada yang pakai kerana iman dan taqwa