Isnin, April 02, 2012

Sisters in Islam (SIS)

Apa itu Sisters in Islam? (SIS)?

SIS telah ditubuhkan pada 1988 dan didaftar sebagai Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) pada 1993 di bawah nama SIS Forum (Malaysia) Berhad, satu entiti perniagaan atas nama syarikat.

Tumpuan SIS pada awalnya adalah untuk mencabar undang-undang dan dasar atas nama Islam yang SIS dakwa sebagai mendiskriminasikan wanita (pre-conception and mind set of SIS). Tumpuan SIS kemudiannya diperluaskan kepada isu lebih besar seperti demokrasi, hak asasi manusia dan perlembagaan (kita akan lihat penglibatan mereka dalam BERSIH, Sesksualiti Merdeka).

Menurut http://ms.wikipedia.org/wiki/Sisters_in_Islam, pada tahun 1988, sekumpulan peguam, aktivis, ahli akademik dan wartawan wanita termasuk Zainah Anwar dan Marina Mahathir- anak sulung mantan perdana menteri Malaysia- bersama-sama menubuhkan satu pergerakan untuk menyelesaikan masalah wanita Islam di mahkamah syariah.

SIS dianggotai oleh wanita bertaraf profesional termasuk peguam, doktor perubatan, dan pensyarah. Di awal penubuhannya ia dianggotai oleh sebahagian pensyarah dari Jabatan Ansos (anthropology-sociology), Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UKM. UKM menjadi sarang penetas telur SIS dan mereka bergerak atas nama penyelidikan dan selalu mendapat geran penyelidikan dari Jerman. Kini sebahagian besar daripada pensyarah berkenaan telah bersara. Mereka kemudian bergeraka di bawah payung lain di luar universiti. Walaupun terdapat sebahagian ahli akademik terlibat dengan projek-projek penyelidikan di bawah payung SIS di universiti, ahli akademik berkenaan bukan ahli SIS dan ada yang tidak bersetuju dengan prinsip perjuangan SIS yang berselindung atas nama Islam tetapi sebenarnya mempromosi cara hidup Islam Liberal dan hak asasi dari perspektif barat.

SIS tidak menggalakan ahlinya memakai tudung atau menutup aurat dan mereka berhujah bahawa dalam AlQuran tidak disebut tentang memaki tudung dan mereka mengatakan mereka berhak sebagai manusia untuk memilih memakai apa sahaja pakaian yang mereka mahu, dan itulah asa kepada hak asasi manusia.

Kebanyakan ahli utamanya menggalakkan gaya hidup single parent, dan bagi mereka perkahwinan merugik kaum wanita dari sudut harta dan hak bersuara dalam rumah tangga.

Apakah tindakan SIS yang kelihatan salah pada pandangan Islam?

mempromosi seks bebas, http://www.sistersinislam.org.my/BM/media/02062008-star.htm
menyokong penubuhan Pesatuan Mak Nyah, Kelab Homoseks, Kelab Lesbian
mempromosi anti-poligami, antaranya http://www.sistersinislam.org.my/BM/kenyataan%20akhbar/08012002.htm, Pada 8 Januari 2002, SIS turut mempersoalkan sama ada poligami patut terus dibenarkan di bawah Undang-Undang Keluarga Islam.
mempromosi anti-hudud, http://www.sistersinislam.org.my/news.php?item.908.121, http://www.sistersinislam.org.my/comment.php?comment.news.301
bantah Majlis Fatwa Kebangsaan terhadap pengharaman yoga, http://www.sistersinislam.org.my/news.php?item.172.27
membantah hukuman rotan, pada 17 Februari 2010, mengecam pihak-pihak seperti MAIS kerana melakukan hukuman rotan ke atas 3 pesalah wanita
menyokong dan mempromosi hak wanita menjadi imam dalam sembahyang seperti yang dilakukan oleh Aminah Wadud dari Amerika, http://ms.wikipedia.org/wiki/Amina_Wadud
mempromosi pengedaran kondom kepada remaja dan belia atas nama bagi mengelakkan penularan HIV/AIDS dengan kerjasama Malaysia AIDS Council http://www.sistersinislam.org.my/BM/media/02062008-star.htm
mencadangkan kes perceraian dalam kalangan Muslim dibicarakan di mahkamah sivil bukan mahkamah syariah http://www.sistersinislam.org.my/news.php?item.917.8
mempertahankan hak wanita Muslim bertukar agama atau murtad atas nama hak asasi manusia, http://www.sistersinislam.org.my/BM/media/09052008-star.htm
memprotes pengharaman program seksualiti merdeka http://www.themalaysianinsider.com/litee/bahasa/article/seksualiti-merdeka-sisters-in-islam-kecam-tindakan-polis/ (program ini percubaan untuk mengajak masyarakat mengiktiraf seks songsang dalam kalangan homoseks dan lesbian dalam negara ini; mereka akan cuba lagi pada masa akan datang)

Apalah SIS tidak membela sesiapa?

SIS dalam masa yang mengambil kesempatan di atas beberapa isu terpilih yang menggambarkan seolah-olah SIS membela orang atau kelompok tertindas.

memprotes tindakan ke atas Prof Aziz Bari oleh UIA http://www.sistersinislam.org.my/comment.php?comment.news.918 ) kerana Prof Aziz Bari banyak membantu mempertahankan hak rakyat di sisi undang-undang; SIS mengambil kesemapatan ke atas Prof Aziz Bari bagi melaksanakan agenda mereka)
memprotes cadangan supaya uniform pelajar perempuan di sekolah disemak semula bagi mengelakkan ciri-ciri kain baju yang nipis/jarang dan lutsinar yang bleh membawa kepada gangguan seks dan rangsangan kepada kes rogol http://www.sistersinislam.org.my/BM/media/23052008-star.htm
menuntut hak persamaan gender http://www.sistersinislam.org.my/BM/media/01052008-star.htm,
SIS memprotes di atas tindakan kerajaan menggunakan ISA ke atas 5 aktivis India/Hindu atas nama hak asasi manusia iaitu kebebasan bersuara dan Islam Hadari http://www.sistersinislam.org.my/BM/kenyataan%20akhbar/13122007.htm (5 orang yang ditahan ISA itu adalah rakan-rakan Ambiga, salah seorang peguam hak asasi manusia)
memprotes cadangan MPKB iaitu tidak terlalu banyak gincu dan berkasut tumit tinggi yang merupakan salah satu etika dalam Islam untuk wanita Muslim) http://www.sistersinislam.org.my/BM/media/24062008-mkini.htm

Apakah rangkaian mereka?

Ahli-ahli dalam kumpulan ini diiktiraf dalam masyarakat dalam dan luar negara sebagai idola dalam aktivis sosial. Kerajaan Malaysia juga turut sama mengiktiraf aktiviti mereka dan , sumbangan mereka serta memberi tempat kepada mereka di pelbagai platform termasuk di TV dan Radio arus perdana. Antaranya

The Casa Asia Award 2011
One of five winners of the Putra Brand Awards 2010 – Special Merit: Community Service – Social
One of five winners of the Annexe Heroes 2009 by The Annexe Gallery
One of three winners of the 2nd Civil Society Award
(SIS received the civil society award trophy, RM 5,000 and testimonials)
Anugerah Her World di http://www.sistersinislam.org.my/BM/media/03062008-bh.htm

Rakan-rakan dalam SIS juga rapat dengan peguam-peguam hak asasi manusia di Malaysia, antaranya ialah Ambiga dan rakan-rakannya. Ambiga juga turut sama membantu SIS dalam beberapa kes yang membabitkan hak asasi manusia seperti hak tukar agama. Dalam masa ahli-ahli SIS juga membantu kelompok peguam hak asasi manusia dalam kes BERSIH 2.0 dalam beberapa kes lain termasuk Seksualiti Merdeka.

MUSAWA, adalah sebuah organisasi yang berselindung di bawah hak kesamaan dan keadilan dalam Islam dan hak asasi manusia yang diusahakan oleh SIS http://www.musawah.org/

Telenisa Hotline Legal ttp://www.sistersinislam.org.my/news.php?extend.443.16 (nisa, perkataan Arab bermaksud wanita, perkataan in menjadi penarik kepada wanta Muslim yang akan menganggap bahawa SIS ini prihatin terhadap kebajikan wanita Muslim)

Rakan jaringan yang SIS kuasai bagi melaksanakan agenda mereka (atas nama wanita dan hak asasi) termasuklah

Women’s Aid Organisation (WAO) http://www.wao.org.my/Contact+Us_29_29_1.htm
Empower for Change http://empowermalaysia.org/e10/index.php
AWAM http://www.awam.org.my/ di mana mereka menggunakan seperti Telenita
Women’s Center for Change http://www.wccpenang.org/
Sabah Women Action Resource Group (SAWO) http://en.sawo.org.my/

Apakah perkhidmatan yang berikan oleh SIS?

Bantuan guaman dalam kes terpilih khususnya melibatkan undang-undang Islam yang kononnya didakwa mendriskminasi wanita, kes perlembagaan dan hak asasi bersuara atau hak asasi manusia dari perspektif barat
Menganjurkan kursus, bengkel, meja bula, persidangan, dialog untuk berbincang isu-isu terpilih
Membentangkan kertas kerja dalam isu terpilih
Membuat kenyataan akhbar/media sebagai advokasi kepada prinsip perjuangan SIS

Siapa yang tidak setuju dengan SIS?

Beberapa pihak yang telah membantah SIS dan mencadangkan kerajaan mengambil tindakan ke atas SIS ialah:

Haramkan Sisters In Islam, kata Pemuda PAS WP April 2005. http://www.malaysiakini.com/news/35378
Pada 7 Jun 2009, dalam Muktamar PAS 2009 ke-55 di Stadium Malawati Shah Alam, usul PAS Shah Alam (Khalid Abd Samad) diterima tanpa bahas. Usul itu mendesak Majlis Fatwa Kebangsaanmembuat penyelidikan ke atas SIS yang membawa aliran Islam liberal. Seterusnya mengharamkan sister in Islam sekiranya terbukti bertentangan dengan syariat Islam serta membuat program pemulihan ke atas ahli-ahlinya.
Pada 12 Jun 2009, Mutfi Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria juga anggota Majlis Fatwa Kebangsaan menggesa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia menyiasat kenyataan ganjil SIS. Antaranya berhubung isu poligami dan pembahagian harta pusaka yang membelakangkan ayat al-Quran. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan mantan Perdana Menteri Malaysia Tun DrMahathir Mohamad dan Karpal Singh membantah cadangan tersebut.

Siapa penggerak SIS?

Antaranya ialah

Zainah Anwar, wartawan, tokoh utama http://www.youtube.com/watch?v=rOC8e2Ynxck&NR=1:
Prof. Dr. Noraini Othman, UKM
Norhayati Kaprawi, adik kpd YB UMNO -BN di Johor
Ratna Osman, Executive Director Sisters in Islam – SIS Forum (Malaysia)
..akan disenaraikan lagi…

Siapa penyokong SIS yang kuat? Antaranya ialah

Marina Mahathir
Astora Jabat (bekas ketua pengarang Al-Islam dan bekas kolumnis soal jawab agama di Utusan Malaysia)
Malaysian Insider
..akan disenaraikan lagi…

Apa kesimpulannya?

SIS selalu memberi gambaran yang salah dan kekeliruan terhadap Islam kepada orang Islam dan kepada orang bukan Islam samada di dalam mahupun di luar negara. Kumpulan ini bukan sahaja membayahakan akidah umat Islam tetapi menjadi gunting dalam lipatan dalam negara ini serta boleh merosakkan etika dan moral rakyat Malaysia, tanpa mengira agama, sepertimana yang berlaku di negara barat.

Dimanakah anda boleh baca lagi mengenai SIS?

http://halaqah.net/v10/index.php?topic=4964.0

Sumber: http://albangi.wordpress.com

Tiada ulasan: