Khamis, Disember 01, 2011

Tanggapan Salah Di Kalangan Muallaf

Apabila seseorang telah minat kepada Islam sehingga membantutkan keinginan tersebut. Salah tanggapan tersebut berpunca daripada media massa yang memburuk-burukkan Islam dan perangai segelintir muslim yang tidak mengamalkan Islam. Contoh-contoh buruk di kalangan masyarakat muslim seperti pembuangan anak, sumbang mahram, rogol dan dadah tertinggi di kalangan Muslim sungguhpun perkara tersebut berlaku juga di kalangan bukan Islam tetapi media tidak menjadikan sebagai berita utama dalam surat kabar.Selain itu masyarakat muslim yang majoriti akan menunjukkan lagi keburukan yang lebih ketara berbanding bangsa-bangsa yang lain.

Media berperanan penting dalam menciptakan salah faham tersebut dengan membuat pernyataan negatif dan tidak adil tentang Islam, ditambah lagi oleh segelintir muslim yang tidak mengamalkan Islam menambahkan keyakinan mereka tentang kebenaran berita yang dipaparkan oleh media massa. Islam dituduh menggalakkan keganasan, menindas perempuan dan ketinggalan zaman. Salah faham tersebut akan melemahkan semangat orang-orang yang sedang mengkaji Islam dan mahu memeluk Islam. Pelbagai tuduhan oleh media telah mempengaruhi minda orang-orang bukan Islam terhadap Islam

a. Islam adalah Melayu

Kebanyakan orang bukan Islam menganggap Islam adalah Melayu dan Melayu adalah Islam. Anggapan tersebut wujud kerana penduduk Islam paling ramai di dunia adalah melayu bahkan lebih ramai daripada bangsa Arab sendiri. Sungguhpun demikian Islam bukan hak milik sesuatu bangsa baik Melayu atau Arab. Sungguhpun Islam diturunkan di Arab dan panduan utama iaitu al-Qur’an berbahasa Arab bukan bermakna Islam adalah hak milik orang-orang Arab, kerana Islam adalah agama universal yang diturunkan kepada seluruh alam. Ini dapat dibuktikan bahawa muslim bukan bangsa Arab lebih ramai daripada bangsa Arab. Firman Allah:

Tiada Kami mengutus Engkau (Muhammad), melainkan untuk seluruh umat manusia sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui” (Surat Saba’, ayat 28)

Pada masa yang sama terdapat juga orang Arab atau Melayu yang bukan beragama Islam. Sungguhpun sebahagian besar keturunan Melayu adalah beragama Islam tetapi terdapat segelintir Melayu yang tidak beragama Islam seperti masyarakat Bali di Indonesia. Pada zaman sekarang terdapat juga segelintir Melayu yang telah keluar daripada Islam seperti di Indonesia, Singapura ataupun Malaysia. Anggapan muslim adalah melayu kerana perlembagaan Persekutuan mendefinasikan Melayu adalah orang-orang yeng beragama Islam dan mengamalkan adat resam Melayu.
Anggapan memeluk Islam adalah masuk melayu diperkuat lagi oleh amalan muslim di Malaysia apabila seseorang memeluk Islam menjadikan saudara Muslim menjadi Melayu dengan mengajarkan dan memaksa mereka mengamalkan adat resam Melayu. Saudara Muslim lebih ditekankan untuk mengamalkan budaya dan adat resam melayu berbanding Islam selepas terlebih lagi yang berkahwin dengan Melayu. Majelis perkahwinan hanya dilakukan dalam budaya dan adat resam Melayu semata-mata.

b. Semua agama adalah sama

Kebanyakan bukan islam menganggap semua agama adalah sama kerana mereka menganggap semua agama mengajarkan kebaikan. Mereka selalu berkata kenapa perlu memeluk Islam? Bukankah agama lain juga mengajarkan kebaikan?

a. Pada asalnya semua agama mengajarkan kebaikan dengan menyeru manusia untuk beriman dan menyembah Allah, kemudian agama selain Islam telah dipesongkan oleh pengikutnya sehingga mensyirikkan Allah. Contohnya, Apabila ditanyakan kepada bukan Islam siapakah Tuhan mereka? Mereka jawab Allah, yang membezakan Allah yang difahami oleh muslim dengan bukan Islam adalah Islam tidak mensyirikkan Allah dengan sekutu-Nya manakala agama lain mensyirikkan Allah dengan sekutu-Nya seperti kristian beriman Tuhan mempunyai anak dan bagi Hindu Tuhan menjelma menjadi Krisna, Rama dan lain-lain. Dalam Islam Allah tidak sekali-kali mempunyai anak dan menjelma menjadi manusia kerana Allah suci daripada sifat manusia.

b. Hanya Islam sahaja yang tidak mensyirikkan Allah dan mengajarkan cara untuk mencapai kabaikan tersebut dan mempunyai penyelesaian apabila manusia tidak mengamalkan kebaikan dengan balasan baik dan buruk serta tindakan undang-undang Islam sehingga menggalakkan manusia untuk mengamalkannya. Selain itu, hanya Islam yang diiktiraf oleh Allah sebagai agama yang diridhai-Nya. Firman Allah :

Sesungguhhnya agama yang diridhai di sisi Allah adalah Islam....(Ali-Imran 3:19)

c. Hanya Islam tidak mengamalkan syirik kepada Allah sedangkan agama lain mengamalkan syirik. Syirik merupakan dosa besar yang tidak diampunkan oleh Allah maka semua amalan lain akan tertolak kerana mengamalkan syirik. Firman Allah :

Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa selain daripada syirik itu, bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya. Barang siapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah melakukan dosa besar. (Surat An-Nisa’, ayat 48)

d. Agama selain Islam tidak diterima oleh Allah, firman Allah :

Sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima agama tersebut daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi.” (Surat Ali-Imran, ayat 85)

2. Akhlak Negatif Masyarakat Melayu

Terdapat segelintir melayu yang beragama Islam tetapi tidak mengamalkan ajaran Islam serta menunjukkan perangai yang tidak baik dan mereka mewakili umat Islam. Akhlak negatif segelintir masyarakat Melayu telah memburukkan imej muslim yang lain sehingga melemahkan semangat orang yang sedang mengkaji Islam. Sungguhpun terdapat ramai Melayu yang berjaya dan mempunyai akhlak yang mulia, tetapi disebabkan sebahagian kecil masyarakat Melayu yang berakhlak buruk menyebabkan mereka takut kepada Islam.
Orang bukan Islam menganggap bangsa Melayu sebagai bangsa yang malas, jahat dan pelbagai akhlak negatif lainnya. Perkara ini berlaku kerana media massa lebih banyak melaporkan tentang keburukan segelintir masyarakat melayu berbanding kebaikannya. Media sentiasa melaporkan tentang perangai buruk melayu seperti bohsia, mat rempit, penagih dadah dan kes buang bayi tertinggi di kalangan masyarakat melayu. Media hanya menonjolkan perangai negatif tersebut sehingga minda masyarakat bukan Islam menganggap bahawa Muslim adalah agama yang mengajarkan keburukan.

Sungguhpun amalan ini juga berlaku di kalangan masyarakat bukan melayu tetapi tidak dilaporkan kepada media kerana amalan tersebut sudah menjadi amalan biasa sehingga dapat diterima oleh mereka. Selain itu, jumlah melayu majoriti di malaysia akan menyebabkan masalah sosial yang direkodkan lebih tinggi berbanding bangsa-bangsa yang lain sungguhpun peratusannya sama. Jika kita melihat di luar negara, masyarakat majoriti akan merekodkan kes sosial yang lebih tinggi berbanding masyarakat minoriti.

3. Hampir tiada dakwah daripada orang Islam

Sungguhpun orang bukan Islam berkawan dengan orang Islam cukup mesra tetapi hampir tidak ada dakwah daripada orang Islam kepada mereka. Maklumat salah tentang Islam ditambah lagi oleh perangai buruk segelintir muslim akan menyebabkan mereka semakin jauh daripada Islam. Pada masa yang sama tidak ada muslim yang menyampaikan tentang keindahan Islam kepada mereka sehingga mereka tidak minat untuk belajar Islam.

Keadaan ini sangat berbeza dengan penganut kristian, mereka bersungguh-sungguh dalam menyampaikan mesej tentang agama mereka kepada orang selain kristian. Jika ada yang berminat untuk mengetahui tentang Islam dan bertanya tentang Islam maka layanan yang diberikan sangat mengecewakan. Mereka dilayan dengan kasar dan dipenuhi perasaan curiga. Ada juga yang mahu memeluk Islam tidak dilayan dengan baik dan tidak diberi sokongan bahkan ditakut-takutkan dengan perkara-perkara yang memberatkan seperti sembahyang lima kali sehari, puasa satu bulan dan kena potong bagi lelaki.

Kurangnya muslim menyampaikan Islam kepada bukan Islam kerana ada anggapan jika muslim telah membawa seseorang memeluk Islam kemudian saudara muslim tersebut keluar semula daripada Islam maka dosa tersebut akan ditanggung oleh muslim tersebut. Pandangan tersebut sangat daif kerana tidak ada nash yang menerangkan perkara tersebut. Selain itu kebanyakan Muslim tidak suka berkawan dengan bangsa lain dan mementingkan diri sendiri, mereka hanya mahu mempastikan diri dan keluarga dapat beramal dengan baik maka tidak perlu ambil tahu perihal orang lain.

4. Saudara Muslim tidak yakin dapat menjadi muslim sejati

Harapan yang terlampau menyebabkan mereka takut tidak dapat menjadi muslim yang baik. Ini juga akan membantutkan keinginan seseorang untuk memeluk Islam buat seketika, tetapi semangat untuk memeluk Islam akan datang semula dan hilang semula. Hanya keazaman yang kuat dan sokongan daripada Muslim serta hidayah daripada Allah akan menyakinkan mereka untuk memeluk Islam. Berikan sokongan kepada saudara muslim yang akan memeluk Islam berupa sokongan moral dan material jika diperlukan. Bimbinglah saudara muslim selepas memeluk Islam supaya mereka tidak merasa keseorangan.

Sumber: http://teaching4muallaf.blogspot.com