Islam menzalimi isteri dengan membenarkan suami memukul isteri seperti tercantum dalam ayat di bawah :
Suami (lelaki) itu pelindung bagi isteri (perempuan), kerana Allah telah melebihkan lelaki atas perempuan dan lelaki telah memberikan nafkah dan hartanya. Maka perempuan-perempuan yang soleh adalah mereka yang taat kepada Allah dan menjaga diri ketika suaminya tidak ada, kerana Allah telah menjaga mereka. Perempuan yang kamu syak berlaku nusyuz (melanggar perintah Allah), maka berikan nasihat kepada mereka, asingkan mereka dari tempat tidur, jika perlu pukullah mereka. Tetapi jika mereka mentaati mu janganlah kamu mencari alasan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, Maha Besar (Nisaa' ayat 34)
Merujuk kepada ayat di atas apabila isteri melanggar perintah Allah maka beberapa tindakan perlu diambil iaitu
* Menasihatkan isteri untuk meningalkan amalan tersebut dan bertaubat
* Sekiranya tidak berkesan maka asingkan tempat tidur, tindakan ini biasanya akan memberikan kesan yang kuat kepada isteri
* Sekiranya tindakan keduapun tidak memberikan kesan maka tindakan terakhir perlu diambil iaitu memukul isteri. Rasulullah bersabda :
Takutlah kamu tentang wanita, Sungguh kamu mengambil mereka sebagai amanah daripada Allah. Maka campurilah mereka sebagaimana ianya halal bagi kamu sebagai kalimah Allah. Mereka sepatutnya tidak membenarkan sesiapa yang kamu tidak suka berada di atas katil kamu, jika mereka melakukan perkara tersebut maka pukullah mereka tanpa mencederakan mereka. Hak mereka ke atas kamu adalah menyediakan rezeki dan pakaian yang baik untuk mereka (dilaporkan oleh Muslim)
Hadis di atas menyatakan bahawa pukul isteri hanya sekadar memberikan peringatan bukan menyakitinya. Syarat yang Rasulullha tetapkan adalah tidak mencederakan isteri. Adapun hikmah memukul isteri secara lembut adalah :
Ibu bapa sangat sayangkan anak-anaknya, apabila anak-anak melanggar perintah Allah maka kita akan ingatkan mereka kalau masih diualangi kita akan pukul mereka dengan menjentiknya bukannya pukul sampai berdarah. Apabila kita pukul isteri dengan kasih sayang bukan amarah maka isteri akan berfikir bahawa suami menyayanginya.
Merujuk kepada kekuatan lelaki boleh saja tampar sampai berdarah tetapi lelaki dapat mengawal nafsu amarah dengan memukulnya secara lembut akan memberikan keinsafan kepada isteri.
Sekiranya suami memukul isteri sampai mencederakan maka isteri boleh menuntut kepada hakim untuk mengadili suaminya kerana melanggar perintah Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan