Selasa, Januari 04, 2011

Solat Jenazah

SYARAT-SYARAT SEMBAHYANG JENAZAH

Di antara syarat-syarat untuk mengerjakan sembahyang jenazah ialah:
Orang yang hendak menyolatkan jenazah mestilah sudah akil baligh, suci daripada hadas kecil dan besar , menutup aurat dan mengadap kiblat.

Tidak disyaratkan masuk waktu, terutama kalau ditakuti tubuh mayat itu rosak, maka hendaklah disegerakan sekalipun dalam waktu yang tidak baik (makruh)
Jenazah itu mestilah telah selesai dimandikan serta dikafankan.

Imam solat jenazah wajib menjelaskan rukun-rukun dan cara-cara solat jenazah itu kepada para makmum kerana ditakuti ada di antara yang hadir tidak tahu atau telupa.

Solat jenazah diadakan antara lain adalah untuk memohon keampunan serta limpahan rahmat Allah S.W.T bagi si mati dan mengharapkan suci dari dosa.

Manusia sebagaimana diketahui memang tidak sunyi dari melakukan kesilapan dan kesalahan .Allah sentiasa memberikan peluang kepada hamba-hambanya untuk bertaubat. Dengan mengadakan solat jenazah orang yang hidup diberi peluang untuk memohon keampunan dan kerahmatan daripada Allah untuk si mati. Solat jenazah juga adalah sebagai satu cara memberi penghormatan yang sopan kepada mayat.

Hukum mendirikan solat jenazah adalah fardu kifayah.Justeru itu,Islam menganjurkan supaya didirikan solat jenazah dengan jumlah yang ramai itu lebih baik dan afdhal.

Rukun Solat Jenazah

* Niat
* Berdiri jika berkuasa
* Takbir empat kali termasuk takbiiratul ihram
* Membaca surah al-Fatihah
* Membaca selawat ke atas nabi
* Mendoakan mayat
* Memberi salam

Cara-cara Solat Jenazah

* Letakkan mayat di hadapan imam melintangi kiblat
* Bagi mayat lelaki kepalanya di sebelah kiri imam dan imam pula berdiri di sebelah kepala atau dada mayat.
* Mayat lelaki bahagian kepala sebelah kiri imam dan imam berdiri setentang di antara kepala dengan badan ke arah kiblat
* Mayat perempuan bahagian kepala jenazah di sebelah kanan imam bahagian badan menghala ke kiri. Imam berdiri menghala arah kiblat


Panduan Solat:

Berdiri (Bagi yang berupaya)
Niat
Takbiratu Ihram

Selepas Takbir Pertama :
Membaca Al-Fatihah

Selepas Takbir Kedua :
Membaca Selawat Atas Nabi

Selepas Takbir Ketiga :
Membaca Doa

Selepas Takbir Keempat :
Memberi Salam

Lafaz-Lafaz Niat
i. Lafaz Niat : Jenazah lelaki dewasa (hadir)

Sahaja aku sembahyang ke atas mayat ini empat kali takbir imaman/makmuman kerana Allah Taala

Lafaz-Lafaz Niat
ii. Lafaz Niat : Jenazah wanitai dewasa (hadir)

Sahaja aku solat ke atas perempuan ini empat kali takbir imaman/makmuman kerana Allah Taala

iii. Lafaz Niat : Jenazah kanak-kanak lelaki (hadir)

Sahaja aku solat ke atas mayat kanak-kanak lelaki ini empat kali takbir imaman/makmuman kerana Allah Taala

iv. Lafaz Niat : Jenazah kanak-kanak perempuan hadir

Sahaja aku sembahyang ke atas mayat kanak-kanak perempuan ini empat kali takbir imaman/makmuman kerana Allah Taala

v. Lafaz Niat : Jenazah lelaki ghaib (hadir

Sahaja aku sembahyang ke atas mayat perempuan si anu yang ghaib ini empat kali takbir imaman/makmuman kerana Allah Taala

vi. Lafaz Niat : Jenazah hadir

Sahaja aku sembahyang ke atas semua mayat ini empat kali takbir imaman/makmuman kerana Allah Taala

Doa jenazah lelaki  / wanita


Sumber: http://www.masjidannur.com.my/

Tiada ulasan: