Selasa, Ogos 26, 2008

Rasuah

Sejauh mana buruknya Rasuah? Ianya bergantung kepada setiap individu. Setiap lapisan masyarakat dan agama mempunyai pengertian tersendiri atau tafsiran yang akan kita sebut ‘persepsi’.

Orang kata rasuah jahat, ada orang kata dosa tetapi ada juga orang yang tidak mengatakan apa-apa mengenainya.

Cerita ini akan cuba mengupas persepsi rasuah dan politik wang pada peringkat pemahaman tahap masyarakat Malaysia masa kini.

Apabila perkataan rasuah diucapkan pada anda, apakah yang anda fikirkan?

1) Kesalahan melanggar hukum Negara

2) Dosa melanggar perintah Allah

3) Tidak kisah

Setiap individu di Negara Malaysia patut mengetahui KENAPA Badan Pencegah Rasuah wujud sebagai jabatan di Negara ini dimana di negara lain mungkin tidak wujud jabatan yang serupa.

Jabatan ini wujud kerana penggubalan undang-undang anti rasuah yang digubal oleh penggubal undang-undang yang tidak lain dan tidak bukan ialah oleh ahli Parlimen sendiri yang sebenarnya adalah wakil Yang Berhormat yang anda pilih sendiri dalam pilihan raya.

Adalah perlu diketahui bahawa wakil DUN tidak mempunyai kuasa sebagai individu yang terlibat dalam penggubalan undang-undang. Hanya Ahli Parlimen yang mempunyai kuasa untuk menentukan apakah undang-undang yang perlu dibuat, dipindah atau dihapuskan. (Ini menjelaskan kenapa BN risau apabila mendapat kurang 2/3 pada pilihan raya lepas kerana kekurangan ahli mengakibatkan kesukaran melaksanakan keputusan tertentu)

Keputusan Parlimen bukanlah muktamad kerana ianya harus melalui sebutan pertama dan kedua.

Sebenarnya setiap undang-undang yang sedang digubal harus melalui tapisan mesyuarat Majlis Raja-raja sebelum dikuatkuasakan (Walaupun sebenarnya parlimen mempunyai kuasa untuk melaksanakan sesuatu undang-undang walaupun dibatalkan oleh Majlis Raja-Raja)

Berbalik kepada rasuah, di negara Malaysia, setiap individu yang melakukan rasuah boleh ditangkap dan dijatuhi hukuman penjara menurut apa yang sudah digubal terlebih dahulu.



Apakah rasuah? Rasuah itu apa? Wang!

Setiap individu fikir ianya pasti duit kerana akhbar pun sebut duit! Jika anda membaca akhbar, seseorang itu ditangkap kerana menerima duit (Rasuah) yang memang dikaitkan dengan tujuan untuk melepaskan diri setelah melakukan kesalahan.

Satu pertanyaan ialah bagaimana jika seseorang yang tidak melanggar undang-undang memberikan duit kepada sesorang supaya menolongnya, contohnya majikan memberi duit kepada orang yang sudi membantunya buat kerja? Memang tak salah pun!

Bagaimana jika seorang menteri memberi wang kepada orang-orang supaya menyokongnya? Adakah itu rasuah?

Tidak! Kerana menteri itu tidak melanggar mana-mana akta atau undang-undang Negara, kerana memang tiada undang-undang yang digubal untuk itu di Negara Malaysia.

Apa yang kita boleh katakan ialah menteri itu MENGAMALKAN POLITIK WANG.

Untuk pengetahuan, tiada sebarang undang-undang yang digubal untuk menangani politik wang kecuali tindakan disiplin parti (yang masih boleh diragui) di Malaysia.



Dosakah rasuah itu?

Ianya bergantung kepada kepercayaan agama dan pemahaman individu masing-masing kerana penduduk Malaysia terdiri dari pelbagai bangsa,agama dan kaum yang majmuk maka sukar untuk penulis mengatakan sama ada ‘ya’ atau sebaliknya. Tetapi jika dilihat individu yang melakukan kesalahan lalu ‘mengupah’ duit kepada individu tertentu supaya melepaskannya, sudah pastinya itu dosa.

Namun persoalannya ialah, bagaimana jika seorang yang terpaksa memandu kereta walaupun cukai jalan telah tamat (kerana kecemasan) lalu ditahan dan disaman oleh pegawai trafik tapi untuk bebas dari saman maka orang tersebut telah sanggup memberi duit RM 50 supaya pegawai trafik tidak menyamannya?

Bolehkah orang itu dianggap BERDOSA kerana tamat cukai jalan kerana tamat cukai jalan BUKAN hukum Allah dan orang tersebut sanggup membayar RM50 kepada pegawai tersebut supaya melepaskannya daripada membayar denda yang lebih mahal kerana orang itu sedang dalam kecemasan?

Namun satu yang pasti ialah jika laporan dibuat kepada pegawai itu dibuat atas menerima rasuah, pegawai itu pasti menerima akibatnya kerana wujudnya undang-undang menerima rasuah dalam Negara Malaysia.



JIKA DUIT DITUKAR DENGAN MAKANAN SEBAGAI RASUAH

Katakan seseorang yang sepatutnya mendapat saman RM300.00 tetapi sebaliknya memberikan belanja dalam bentuk makanan kepada pegawai tersebut supaya tidak rasuah?

Pernahkah anda berfikir bahawa kemungkinan rasuah duit boleh ditukar kepada benda atau makanan atau minuman atau kepada satu bentuk lain yang merupakan perkhidmatan?

Perkara begini merupakan suatu masaalah kepada penguatkuasa undang-undang.

Seorang menteri boleh menggantikan politik wang kepada politik yang BUKAN WANG supaya tidak boleh dianggap politik wang!



BAGAIMANA KALAU POLITIK WANG DITUKAR DENGAN POLITIK BENDA?

Jika seseorang menteri itu tidak memberi wang, tetapi sebaliknya menjanjikan PROJEK untuk dilaksanakan kepada individu tertentu sekiranya menolong beliau untuk mendapat kedudukan penting dalam sesuatu kedudukan tertentu? Bolehkah itu dikatakan politik wang?

Atau seorang menteri yang lebih kanan ingin mengekalkan kedudukan beliau lalu bersongkol dan memberi janji kedudukan jawatan penting kepada beberapa orang bawahan yang ingin menyokongnya. Bolehkah itu dikatakan politik wang atau rasuah? Sudah tentu tidak!

Setiap orang harus memahami istilah rasuah, atau kaitannya dengan dosa dan apabila sesuatu itu tidak boleh dianggap rasuah.

Pertimbangkan hal ini,

A) Seorang ayah memberikan ganjaran RM1.00 kepada anaknya supaya menyiram bunga di halaman rumah kerana ayah itu ingin menyiramnya tetapi terlalu penat pada hari itu.

B) Seseorang telah memberi ganjaran RM10.00 kepada kawannya supaya membeli tiket untuk untuknya menonton perlawanan diantara pasukan bola sepak Malaysia dengan Chelsea.

Kedua-dua hal diatas BUKAN rasuah kerana tidak melibatkan kesalahan pelanggaran undang-undang. Ianya samalah dengan seorang menteri yang memberi duit kepada orang tertentu untuk menyokongnya yang kita namakan POLITIK WANG.

Tetapi yang berikut adalah rasuah jika:-

A) Anda baru saja ditahan pegawai Polis trafik kerana cukai jalan tamat dan anda menawarkan RM untuk pegawai tersebut supaya membebaskan anda.

B) Anda menerima duit daripada seseorang yang cuba menpengaruhi anda melakukan sesuatu yang akan bertentangan dengan polisi syarikat, kerajaan atau sesuatu jabatan itu.

Ringkasnya, jika anda menerima duit RM10 yang boleh dianggap rasuah, maka rasuahlah itu. Tetapi jika seseorang itu tidak memberi anda duit, tetapi sebaliknya memberi anda makanan enak (atau barang) bernilai RM10, tiada orang akan mengatakan itu rasuah, atau jika orang itu tidak memberi duit tetapi sebaliknya menolong anda membayar bil letrik berjumlah RM10, maka itu bukan rasuah lagi.

Kalau dilihat, rasuah itu wujud dengan jahatnya atau rasuah itu sebenarnya bukan rasuah. Tiada undang-undang maka tiadalah rasuah.

Kekecewaan segelintir rakyat adalah apabila Badan Jabatan Pencegah Rasuah digunakan oleh kepentingan tertentu sebagai alat politik.

Datuk Seri Anwar pernah dituduh rasuah pada tahun 1998 sebelum pertuduhan itu dipindah kepada menyalahgunakan kuasa. (pertuduhan liwat kemudian menyusul selepas itu)

Keputusan Hakim ketika itu menyebut dalam penghakimannya “oleh kerana DS Anwar memegang jawatan tertinggi tetapi menyalahgunakan kuasanya, maka Makhamah menjatuhkan hukuman ‘yang lebih berat’ (6 Tahun) kerana DSAI sepatutnya menjadi contoh tetapi sebaliknya”

Namun ketika hakim menjatuhkan hukuman kepada Ketua Polis Negara ketika itu yang “dituduh cuba membunuh’ kerana memukul titik tertentu pada badan DS Anwar yang boleh menyebabkan kematian,’ hakim tersebut mengatakan, “…oleh kerana menghargai jasa-jasa tertuduh yang telah ‘menjalankan tugas dengan baik’ selama tugasnya sebagai Ketua Polis Negara, maka Makhamah menjatuhkan penjara dua (2) bulan”.

Sebenarnya kuasa Hakim boleh disalah guna juga, tapi tidak ada peruntukan undang-undang yang digubal untuk itu.

Kalau saja Hakim itu menghargai jasa DS Anwar, pastinya Anwar mendapat 2 bulan penjara dan kalau Hakim itu tidak menghargai jasa Ketua Polis Negara itu, pastinya Ketua Polis itu mendapat penjara 6 tahun. Bukankah begitu?

Penulis tertanya-tanya kalau-kalau sebenarnya Hakim itu telah menerima rasuah yang tidak boleh dianggap rasuah dalam kasus undang-undang Negara Malaysia untuk memutuskan dua hal itu, seseorang yang menyalahgunakan kuasa dan seorang lagi kerana pertuduhan percubaan bunuh, seorang menteri kewangan dan seorang Ketua Polis (Ketua Keselamatan) kerana setahu penulis, Ketua Polis Negara wajib mematuhi menteri pertahanan dan bukannya daripada seorang menteri kewangan.

Rasa-rasanya DS Anwar tidak memberi duit kepada Ketua Polis itu, kalau ya, pastinya Ketua Polis itu tidak memukul Anwar dan rasa-rasanya DS Anwar tidak memberi duit kepada Hakim itu, kalau ya, pastinya Hakim itu berusaha menolong Anwar.

Rasuah itu, rasuahlah kalau sesuatu itu rasuah. Kalau saya ini kerajaan dan beri anda duit RM625 percuma untuk subsidi minyak (sebab saya mahu anda sokong saya) tentu orang tak kata itu rasuah.

Bagaimana kalau POLITIK WANG? Ya inilah politik wang. Orang memang tak kisah pun kalau menerima duit itu. Semua orang pun gembira. Malangnya hal ini tidak akan berterusan kerana akan sampainya masanya kerajaan akan menarik balik subsidi RM625 seperti mana ia menarik subsidi minyak petrol dan diesel sebelum ini.

Tiada ulasan: