Setiap tahun semenjak 1957 kita menyambut ulang tahun kemerdekaan dan pada tahun ini genap 51 tahun kita bebas daripada jajahan Portugis, Belanda, Jepun dan Inggeris. Dalam tahun-tahun lepas bulan Ogos memang dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia yang berbilang kaum kerana bulan Ogos merupakan bulan kemerdekaan dan kemuncaknya pada 31 Ogos dan sambutan bulan kemerdekaan akan tamat pada 16 September sempena lahirnya sebuah negara bernama Malaysia.
Pada tahun ini, mungkin bulan Ogos akan mencatat satu sejarah baru? Sekarang, di Permatang Pauh, Pulau Pinang, sedang berlangsung Pilihan Raya Kecil dan saingan hebat di antara DSAI dan calon BN. Jika DSAI menang, rakyat Malaysia akan menyambut satu lagi kemerdekaan iaitu merdeka dari pemerintahan BN sejak 1955. Ini menjadi titik permulaan era baru kerajaan Pakatan Rakyat yang telah bermula sejak PRU Mac 2008 lepas.
Walaupun DSAI diserang dengan bermacam-macam tuduhan, tak mustahil bagi DSAI untuk memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh yang telah dikosongkan oleh Datuk Seri Dr. Wan Azizah, isteri DSAI. Majoriti rakyat Malaysia tidak percayakan tuduhan-tuduhan yang dilemparkan ke atas DSAI. Malah DSAI berpendapat ini merupakan satu lagi konspirasi untuk menghalang beliau untuk ke Putrajaya.
Rakyat Malaysia semakin cerdik. Mereka tahu membezakan yang mana benar dan yang mana palsu. Walaupun media arus perdana digunakan untuk memburukan DSAI dan Pakatan Rakyat, namun rakyat Malaysia tidak mudah untuk diperdayakan.
Jika kita menonton berita di TV, tiap-tiap hari dipaparkan 'kebaikan' kerajaan BN dan 'keburukan' Pakatan Rakyat. Ini menunjukkan seolah-oleh kerajaan BN seperti DEWA yang tiada cacat cela. Media arus perdana sedaya upaya cuba menutup 'keburukan' kerajaan BN dan menutup 'kebaikan' Pakatan Rakyat.
Mujurlah di era IT ini, terdapat alternatif lain untuk memperoleh sumber berita. Kita tidak boleh hanya mendengar dari sebelah pihak sahaja. Itu tidak adil. Kita perlu menilai sesuatu berita ini dari kedua-dua belah pihak sambiul berfikir secara logik.
Tetapi, dalam politik Malaysia macam-macam boleh berlaku. BN juga tidak mustahil mencapai kemenangan di Permatang Pauh. Maklumlah mereka yang menguasai segala jentera kerajaan seperti SPR, BPR, Polis dan sebagainya. Dan BN akan melakukan apa sahaja untuk menghalang DSAI untuk sampai ke Putrajaya.
Kepada penduduk Permatang Pauh, andalah penentu masa depan Malaysia. Undi anda penentu segalanya. Walaupun berkemungkinan wujudnya 'pengundi-pengundi hantu', ia bukanlah satu penghalang untuk DSAI mencapai kejayaan. ALLAH SWT sentiasa bersama pihak yang benar.
ALLAHUAKBAR!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan