Sabtu, Mei 31, 2008

Adab-adab Di Dalam Masjid

BERANGKAT KE MASJID

1. Mulai dengan kaki kanan.
2. Berjalan dengan tenang dan tidak tergesa-gesa. Doa Nabi ketika dalam perjalanan menuju Masjid: "Ya Allah jadikanlah dalam hatiku cahaya dan lidahku cahaya dan jadikanlah pada pendengaranku cahaya dan penglihatanku cahaya dan jadikanlah di belakangku cahaya dan di hadapanku cahaya dan di bawahku cahaya, Ya Allah berikanlah kepadaku cahaya"

ADAB MASUK KE MASJID

1. Membuka kasut dan masuk dengan mendahulukan kaki kanan. Ketika masuk masjid, Rasululah mengajar kita membaca doa " Ya Allah, bukakanlah untukku pintu RahmatMu"
2. Memberi salam kepada sesiapa yang berada didalam masjid, sekira tiada oarang dalam masjid tersebut maka ucapkanlah: " Selamat keatas kami dan atas hamba Allah yang solih"
3. Mengerjakan solat sunnah Tahiyatul Masjid ( Menghormati Masjid )

ADAB DALAM MASJID

1. Duduk menghadap Qiblat.
2. Memohon doa supaya Allah membuka pintu rahmatNya.
3. Sentiasa menyebut nama Allah.
4. Menghadirkan Ahhala dalam hati.
5. Menghentikan percakapan tentang hal-hal dunia.
6. Jauhi dari menghina Islam.
7. Bezikir dengan suara perlahan.

ADAB KETIKA MENDENGAR AZAN

1. Berdiam diri.
2. Menjawab seruan Azan.
3. Berdoa setelah selesai Azan.
4. Ditambah dengan doa permohonan kerana doa antara Azan dan Iqamah di maqbulkan.
5. Kerjakan solat sunat Rawatib.

ADAB KELUAR MASJID

1. Mohon ampun dan bimbingan Allah agar selamat selama di luar.
2. Berniat untuk datang kembali.
3. Mendahulukan kaki kiri sambil berdoa: "Aku berlindung dengan nama Allah Yang Maha Agung dengan Zat Yang Maha Mulia dan kekuasaanNya yang qadim dari syaitan yang terkutuk".
4. Memberi salam kepada orang yang masih tinggal di masjid.

MASJID PALING MULIA DALAM ISLAM

Masjid paling mulia di sisi Allah di dalam Islam ialah Masjid Al-Haram di Mekah, Masjid An-Nabawi di Madinah dan Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis, Sabda Rasullullah s.a.w :

" Sebaik-baik kamu hendak musafir ialah ke masjidku ini ( Masjid Madinah ), Masjid Al-Haram ( Mekah ) dan masjid Al-Aqsa ( Baitul Maqdis ) "

Rabu, Mei 28, 2008

Mengenal ALLAH

Dalam kitab dikatakan, awaluddin makrifatullah (awal-awal agama ialah mengenal ALLAH). Apabila seseorang itu tidak mengenal ALLAH, segala amal baktinya tidak akan sampai kepada ALLAH SWT. Sedangkan, segala perintah suruh yang kita buat, baik yang berbentuk fardhu maupun sunat, dan segala perintah larang yang kita jauhi, baik yang berbentuk haram maupun makruh, merupakan persembahan yang hendak kita berikan kepada ALLAH SWT.

Kalau kita tidak kenal ALLAH SWT, maka segala persembahan itu tidak akan sampai kepada-Nya. Ini berarti, sia-sialah segala amalan yang kita perbuat.

Bila seseorang itu sudah kenal ALLAH, barulah apabila dia berpuasa, puasanya sampai kepada ALLAH. Apabila dia sholat, sholatnya sampai kepada ALLAH. Apabila dia berzakat, zakatnya sampai kepada ALLAH. Apabila dia menunaikan haji, hajinya sampai kepada ALLAH SWT. Apabila dia berjuang, berjihad, bersedekah dan berkorban, serta membuat segala amal bakti, semuanya akan sampai kepada ALLAH SWT.

Kerana itulah, makrifatullah (mengenal ALLAH) ini amat penting bagi kita. Jika kita tidak kenal ALLAH, kita bimbang segala amal ibadah kita tidak akan sampai kepada-Nya, ia menjadi sia-sia belaka. Boleh jadi kita malah hanya akan tertipu oleh syaitan saja. Kita mengira amalan yang kita perbuat sudah kita persembahkan pada ALLAH, padahal itu adalah jebakan syaitan. Ini karena kita tidak mengenal ALLAH, sehingga kita tidak mampu membedakan ilah (tuhan) yang kita ikuti, apakah itu ALLAH, atau syaitan yang menipu daya. Sebab itulah mengenal ALLAH itu hukumnya fardhu 'ain bagi tiap-tiap mukmin.

Mengenal ALLAH dapat kita lakukan dengan cara memahami sifat-sifat-Nya. Kita tidak dapat mengenal ALLAH melalui zat-Nya, karena membayangkan zat ALLAH itu adalah suatu perkara yang sudah di luar batas kesanggupan akal kita sebagai makhluk ALLAH. Kita hanya dapat mengenal ALLAH melalui sifat-sifat-Nya.

Untuk memahami sifat-sifat ALLAH itu, kita memerlukan dalil aqli dan dalil naqli.
Dalil aqli adalah dalil yang bersumber dari akal (aqli dalam bahasa Arab = akal).
Dalil naqli adalah dalil yang bersumber dari Al-Qur'an dan As-Sunnah.
Melalui dalil aqli dan dalil naqli ini sajalah kita dapat mengenal ALLAH. Tanpa dalil-dalil itu, kita tidak dapat mengetahui sifat-sifat ALLAH, dan kalau kita tidak mengetahui sifat-sifat ALLAH, berarti kita pun tidak mengenal ALLAH.

Ajaran Sesat

PENGERTIAN AJARAN SESAT

Ajaran sesat ialah ajaran atau amalan yang didakwa sebagai ajaran Islam sedangkan pada hakikatnya bercanggah dengan Al-Quran dan Al-Sunnah.

SEBAB-SEBAB KEMUNCULAN AJARAN SESAT

Terdapat individu yang mempunyai kepentingan diri seperti untuk mendapatkan kedudukan, harta, dan sebagainya.

Terdapat golongan yang ingin melemahkan ajaran Islam dengan memesongkan akidah orang Islam.

CIRI-CIRI AJARAN SESAT


Mencemarkan kesucian Al-Ouran dan hadis seperti memansukh, mengubah, mempertikai, atau membuat tafsiran menyeleweng terhadap Al-Quran dan hadis. Contohnya kumpulan Bahai beriktikad bahawa kitab sucinya Al-Bayan memansukhkan semua kitab samawi.

Mengubah prinsip-prinsip asas dalam akidah Islam seperti mendakwa menyatukan semua agama termasuk Islam ke dalam agama baru atau mendakwa semua agama adalah sama sebagaimana ajaran Bahai.

Mendewa-dewakan pemimpin sehingga menganggapnya bersifat maksum, sebagai Imam Mahdi, sebagai nabi, sebagai tuhan, atau jelmaan tuhan sebagaimana ajaran Oadiani.

Menolak perkara yang qat'ie dalam Islam seperti menghapuskan jihad sebagaimana ajaran Qadiani dan Bahai.

Mengubah bentuk-bentuk ibadat seperti mengurangkan ibadat puasa kepada 19 hari dan bersolat hanya dengan niat sebagaimana ajaran Bahai.

Mengubah konsep dosa dan pahala seperti memberi kuasa penebusan dosa kepada seseorang seperti ajaran Tariqat Al-Mufarridiah.

Mendakwa boleh melakukan perkara-perkara pelik yang bersangkutan dengan perkara-perkara ghaib seperti memanggil roh orang mati termasuk roh para nabi, wali, dan malaikat.

Mendewa-dewakan sesuatu selain Allah S.W.T. seperti menyeru nama orang-orang yang telah meninggal dunia di dalam doa atau jampiansebagaimana yang dilakukan oleh bomoh atau dukun yang mengamalkan ilmu hitam.

Menolak hadis mutawatir atau hadis secara umum seperti golongan anti hadis.

KESAN BURUK MENGAMALKAN AJARAN SESAT

1. Kesan terhadap individu:

(a) akidah seseorang akan rosak. Orang Muslim yang mempercayai atau beramal dengan ajaran sesat boleh merosakkan akidah.Mereka wajib bertaubat dan kembali kepadaajaran Islam;

(b) masa terbuang. Masa banyak terbuang dengan aktiviti yang tidak sihat dan bertentangan dengan ajaran Islam seperti memuja dan melakukan amalan-amalan syirik serta khurafat;

(c) minda seseorang akan tertutup. Pemikiran mereka sering dikongkong oleh pemimpin yang mendakwa mendapat wahyu. Tindakan dan kelakuan mereka menjadi tidak rasional dan fanatik;

(d) kehidupan tidak stabil. Penglibatan dengan ajaran sesat membawa kepada pengabaian tanggungjawab sebagai pelajar, suami, isteri, ibu, atau bapa.

2. Kesan terhadap masyarakat:

(a) keruntuhan institusi kekeluargaan. Keretakan boleh berlaku di kalangan ahli keluarga yang menganut ajaran sesat disebabkan perbezaan akidah dan rasa curiga sesama mereka;

(b) perpaduan tergugat. Sikap fanatik penganut ajaran sesat terhadap kumpulan dan pemimpin mereka menyebabkan mereka tidak menghormati masyarakat sekeliling.Ini menjejaskan perpaduan dan keharmonian hidup dalam masyarakat;

(c) berlaku keganasan. Kepatuhan membutatuli kepada pemimpin ajaran sesat memudahkan pengikutnya dipergunakan untuk melakukan keganasan.

3. Kesan terhadap negara:

(a) negara akan mundur. Penglibatan dalam ajaran sesat menjadikan diri seseorang tidak proaktif dan membuang masa. Perkara itu akan menjejaskan prestasi ekonomi negara yang bergantung kepada sumbangan dan produktiviti individu;

(b) negara tidak stabil. Penglibatan dalam ajaran sesat akan mengancam perpaduan dan keharmonian masyarakat. Ini boleh menggugat kestabilan politik dan ekonomi negara. Akibatnya negara terpaksa menghabiskan banyak masa dan perbelanjaan untuk mengekalkan kestabilan negara.

CONTOH-CONTOH AJARAN SESAT

Qadiani

1. Pengasasnya ialah Mirza Ghulam Ahmad yang meninggal dunia pada tahun 1908 Masihi.
2. Nama Qadiani ialah sempena tempat lahir pengasasnya di Qadian iaitu sebuah kampung di Daerah Gusdapur, India.
3. Ajaran ini mula muncul pada tahun 1889 Masihi.
4. Ajaran ini dibawa ke Malaysia oleh Maulana Muhammad Sadiq bin Barakatullah pada tahun 1949 Masihi.
5. Ciri-ciri kesesatan ajaran Qadiani ialah:
(a) beriktikad bahawa Mirza Ghulam Ahmad sebagai Imam Mahdi, nabi, dan jelmaan Krisyna (tuhan mengikut kepercayaan Hindu);
(b) beriktikad bahawa Allah S.W.T. menurunkan kepada Mirza Ghulam Ahmad sebuah kitab suci yang bernama Al-Tazkirah;
(c) beriktikad bahawa Mirza Ghulam Ahmad memiliki sejuta jenis mukjizat;
(d) menghapuskan jihad;
(e) mengubah ayat Al-Quran seperti ayat 6 surah Al-Saf, ayat 52 surah Al-Haj, dan ayat pertama surah Al-Qadr;
(f) mendakwa malaikat sebagai pancaindera Allah S.W.T;
(g) mengisytiharkan Qadian sebagai tanah suci dan tempat menunaikan haji;
(h) mendakwa bahawa Nabi Isa meninggal dunia dan dimakamkan di Srinegar, India;
(i) menghukum kafir selain penganut Qadiani.

Bahai

1. Bahai diasaskan oleh Husain Ali Al-Mazandani yang meninggal dunia pada tahun 1892 Masihi.
2. Bahai adalah nama sempena pengasasnya yang digelar sebagai Baha'ullah.
3. Ajaran Bahai adalah lanjutan kepada ajaran Al-Babiah yang diasaskan oleh Ali Muhammad Al-Syirazi yang meninggal dunia pada tahun 1850 Masihi.
4. Ajaran Bahai muncul di Iran pada tahun 1847 Masihi.
5. Ajaran Bahai mula tersebar di Malaysia pada tahun 1953 melalui Yan Kee Leong.
6. Ciri-ciri kesesatan ajaran Bahai ialah:
(a) beriktikad bahawa pengasasnya ialah jelmaan Allah S.W.T.;
(b) beriktikad bahawa semua agama adalah sama dan digabungkan dalam ajaran Bahai;
(c) beriktikad bahawa alam ini bersifat baqa'(kekal);
(d) beriktikad bahawa kitab suci mereka iaitu Al-Bayan memansukhkan semua kitab samawi;
(e) beriktikad bahawa Nabi Isa mati disalib;
(f) mengagungkan kod 19 hingga kononnya Al-Quran dipengaruhi oleh kod tersebut;
(g) menolak kewujudan mukjizat, malaikat, syurga, dan neraka;
(h) memansukhkan agama Islam;
(i) menganggap Acre di Palestin sebagai kiblat baru;
(j) mengubah bentuk-bentuk ibadat seperti puasa 19 hari, solat sebanyak 9 rakaat dan dikerjakan 3 kali sehari, dan berwuduk dengan air mawar atau diganti dengan bacaaan Bismillahil Athar sebanyak lima kali; menghapuskan jihad.

Taslim

1. Taslim diasaskan oleh Haji Muhammad Syafie atau lebih dikenali dengan panggilan Haji Muhammad Matahari.
2. Ajaran ini mula wujud pada tahun 1870-an di Kampung Seronok di Bayan Lepas, Pulau Pinang.
3. Ajaran ini merupakan ajaran sesat yang paling tua di Malaysia. Ajaran ini juga mempunyai persamaan dengan kepercayaan Syiah Ismailiah Batiniah.

Ciri-ciri kesesatan ajaran Taslim ialah:

(a) beriktikad bahawa diri batin manusia ialah Allah dan diri zahir manusia ialah nur Muhammad;
(b) beriktikad bahawa alam ini bersifat qadim;
(c) mentafsirkan ayat-ayat Al-Quran mengikut hawa nafsu;
(d) mengharuskan perzinaan melalui konsep nikah batin;
(e) menolak kewujudan hari kiamat, syurga,dan neraka;
(f) solat secara niat tanpa rukun qauli(perkataan) dan fikli (perbuatan);
(g) menganggap Haji Muhammad Matahari sebagai pemimpin yang maksum.

LANGKAH-LANGKAH MENANGANI AJARAN SESAT

1. Melengkapkan diri dengan kefahaman Islam yang sebenar. Pengaruh ajaran sesat dapat ditangkis dengan kefahaman Islam yang sebenar melalui proses pembelajaran secara formal atau tidak formal.
2. Menyebarkan ajaran Islam. Ajaran Islam hendaklah sentiasa didedahkan kepada masyarakat menerusi pelbagai kaedah seperti media cetak, elektronik, ceramah, seminar, forum, dan simposium.
3. Kerjasama dalam penguatkuasaan undang-undang Penguatkuasaan undang-undang secara bersepadu oleh semua pihak akan dapat membendung kegiatan ajaran sesat daripada terus menular dalam masyarakat.
4. Program pemulihan akidah. Orang yang terlibat dengan ajaran sesat amat memerlukan kepada program pemulihan akidah, Di Malaysia terdapat beberapa buah pusat pemulihan akidah seperti Pusat Pemulihan Akidah Jelebu, Negeri Sembilan dan Pusat Pemulihan Akidah Ulu Yam, Selangor.

Ada paderi peluk Islam

Dan di kalangan orang Yahudi juga, yang menyihirkan Nabi s.a.w. Ertinya, mereka menggunakan pelbagai cara untuk membunuh Nabi s.a.w. termasuk melalui peperangan dan perancangan jahat yang lain termasuk sihir dan meracun Nabi s.a.w.

Golongan yang kedua adalah musyrikin termasuk penyembah berhala, penyembah api, penyembah bintang dan seumpamanya, merupakan golongan yang paling bermusuh dengan orang Islam.

Firman Allah yang bermaksud, "Dan demi sesungguhnya engkau dapati juga (wahai Muhammad s.a.w.) mereka yang paling hampir kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman adalah orang-orang yang berkata, "Kami adalah orang-orang Nasara (Kristian), sebabnya mereka itu terdiri daripada kalangan orang alim dan ahli ibadat dan mereka itu tidak sombong." (Surah al-Maidah: 82)

Di kalangan mereka terdiri daripada orang alim yang benar, bukan orang alim yang menyeleweng.

Diriwayatkan oleh al-Qurtubi dalam tafsirnya dari Urwah bin Az-Zubair bahawa orang-orang alim Kristian telah meminda Injil yang diturunkan kepada Nabi Isa a.s.

Yang bertanggungjawab meminda Injil ini terdiri daripada empat orang termasuk Luqos, Marqos, Yuhannas dan Mettius.

Bahkan Injil dipinda sehingga menjadi beratus-ratus kitab. Ini menandakan bahawa kitab Allah itu telah diubah. Yang pertama menyeleweng isi kandungan Injil adalah seorang yang bernama Shaul yang mendakwa mendapat ilham daripada Allah dan Nabi Isa a.s.

Kemudian mereka yang menyeleweng ini berhijrah ke Eropah. Ketika itu benua Eropah dikuasai oleh Rom (Kerajaan Romawi).

Mereka berjaya mengkristiankan Raja Rom yang ketika itu menganut agama keberhalaan sesuai dengan Kristian yang menyembah Solib yang telah dipinda dan diubah itu.

Dengan perintah Raja Rom, dianjurkan satu persidangan Kristian antarabangsa, yang diadakan di sebuah pulau di Laut Mediterranean.

Dalam persidangan itu mereka mengambil keputusan mengiktiraf empat Injil sahaja iaitu Injil yang dikarang oleh Luqos, Marqos, Yuhannas dan Mettius.

Manakala yang lain diharamkan. Antara yang diharamkan adalah Injil Barnaba di mana Injil ini lebih hampir dengan Injil yang sebenar yang menyatakan Nabi Isa itu adalah Rasulullah dan hamba-Nya.

Injil ini telah dicuri dari perpustakaan Gereja Vatican, Pusat Kristian Roman Katolik terbesar di dunia yang terletak di Itali.

Seorang pekerja di gereja besar ini telah melihat di kalangan buku-buku lama yang disimpan itu, sebuah Injil bernama Barnaba lalu membacanya dan kemudian melarikan diri dari Vatican bersama Injil berkenaan.

Injil ini kemudian dibeli salah seorang Putera Mahkota Austria dan disimpan dalam Muzium Vienna sehingga sekarang dan ia juga telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa dan orang Kristian menganggap Injil itu sebagai kitab lama bukan mengambil pengajaran daripada apa yang terkandung di dalamnya.

Injil ini menyatakan bahawa Muhammad s.a.w. adalah Rasulullah, nabi akhir zaman yang akan zahir dan inilah yang diberitahu oleh Nabi Isa a.s.

Paderi-paderi Kristian mengetahui hakikat ini. Justeru ada di antara mereka, apabila dibaca al-Quran mereka masuk Islam.

Kerana mereka mengetahui benarnya apa yang ada di dalam al-Quran. Salah seorang daripadanya adalah paderi di Mesir, apabila mendengar Surah at-Tin, dia memeluk Islam.

Surah itu bermula dengan firman Allah yang bermaksud, "Demi buah Tin dan Zaitun, Demi gunung Turi Saina' dan negeri yang Aman ini (Makkah)." (Surah at-Tin: 1-3)

Buah Tin dan Zaitun digambar sebagai negeri Palestin sebagai tempat tumbuhnya pokok-pokok tersebut, sekali gus sebagai tempat lahirnya Nabi Isa a.s.

Sementara Gunung Saina'�yang terletak di Semenanjung Sinai, merupakan tempat bermunajat Nabi Musa a.s. manakala Makkah adalah negeri tempat lahirnya Nabi Muhammad s.a.w., menujukkan hubungan ketiga-tiga orang rasul ini.

Maka paderi yang mendengar ayat ini memeluk Islam kerana mengetahui benarnya Islam.

Bahkan ada di kalanagn paderi di Amerika Syarikat dan Eropah yang menasihatkan penganut mereka supaya jangan bermusuh dengan orang Islam kerana pengikut Nabi Muhammad s.a.w. juga adalah penganut agama Samawi.

Tidak dinafikan ada di kalangan mereka yang bersikap sebaliknya. Sebenarnya orang Kristian sudah menyeleweng daripada Kristian. Dalam ajaran Kristian diharamkan berperang kerana di dalam kitab Injil (Bible), ada satu ayat yang bermaksud, "Barangsiapa menampar pipi kananmu, kamu surunglah mereka menampar pipi kirimu pula."

oleh : Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Selasa, Mei 27, 2008

Iktibar Zaman Jahiliah

GEJALA sosial bukan fenomena baru, malah berlaku sejak zaman Jahiliah, iaitu sebelum keputeraan Rasulullah s.a.w, sehingga apabila meningkat usianya baginda menyaksikan sendiri kerosakan dilakukan kaum Arab.

Jika mutakhir ini Amerika kuasa besar, ketika itu Rom dan Parsi yang berkuasa dengan empayar tamadun begitu tinggi. Dua kuasa ini bapa penjajah, sentiasa mencengkam negara dan bangsa yang lemah.

Bangsa Parsi dan Rom ketika itu mempunyai pentadbiran yang bersistem, malah bala tentera yang besar lagi kuat dan menempa kemajuan dalam pelbagai bidang, terutama pada struktur bangunan, sedangkan kaum Arab sebaliknya.

Kehidupan orang Arab ketika itu primitif, tetapi daripada aspek lain mereka cemerlang misalnya dalam bidang kesenian - sering mengadakan pertandingan sayembara sastera ma nakala hasil karya digantung di Kaabah.

Selain itu, diadakan Pesta Ukaz, yang turut diwarnakan dengan pelbagai acara seperti pertandingan ratu cantik, angkat berat, tari menari dan lawan pedang.

Masyarakat Arab ketika itu putus hubungan dengan Tuhan dan langsung tidak mengenali pencipta. Mereka sekadar mengaku Tuhan wujud, tetapi tidak mengimani kekuasaan Tuhan dalam kehidupan mereka.

Jiwa mereka kosong. Apabila berhadapan dengan masalah hidup, ramai yang cepat kecewa, putus asa dan membunuh diri, akibat tidak tahan dengan masalah dihadapi.

Pemujaan terhadap berhala begitu menebal. Di sekitar Kaabah ada kira-kira 360 berhala, malah ada yang membuat sendiri patung dan menyembah `tuhan' buatan itu.

Saidina Umar ada bercerita selepas beliau menjadi Muslim: "Kadang-kadang `tuhan' itu diperbuat daripada kuih. `Tuhan' itu akan aku bawa ke mana-mana pada masa aman damai, pada masa perang, mengembara dan bermusafir.

Apabila keletihan ia akan aku letakkan di depan dan aku puja tetapi jika lapar, aku makan, kemudian aku buat tuhan baru."

Pada zaman Jahiliyah juga persengketaan lumrah. Mereka saling berdendam, malah disebabkan rasa tidak puas hati dan atas dasar menebus maruah, mereka memerangi satu puak atau kabilah lain, sehingga pertumpahan darah menjadi kebiasaan.

Golongan yang kuat menindas yang lemah, menyebabkan golongan lemah, miskin dan hidup merempat sentiasa men jadi mangsa, tanpa pembelaan.

Perempuan misalnya tiada tempat di dalam masyarakat, hanya dijadikan pemuas nafsu lelaki terutama si kaya. Mereka akan mengambil secara paksa mana-mana wanita yang mereka berkenan tanpa peduli anak atau isteri orang.

Tindakan ini juga menjadikan mana-mana keluarga yang ada anak perempuan hidup tertekan. Anak gadis akan diambil dan dirogol.

Sudah tentu bagi ibu bapa yang memiliki anak perempuan berasa malu, hingga ada membunuh anak perempuan apabila dilahirkan.

Dalam bidang ekonomi, kaum Arab mengamalkan riba, supaya si kaya dapat menekan si miskin.

Amalan riba menjadi budaya dalam sistem ekonomi ketika itu, mengakibatkan orang miskin terperangkap dalam hu tang- piutang, sehingga apabila tidak terbayar kerana terlalu banyak wang faedahnya, orang miskin diambil menjadi hamba.

Kehidupan mereka bersifat individualistik. Susah dan senang ditanggung sendiri, tiada yang datang menghulurkan bantuan, sekiranya tiada kepentingan.

Rompak, penipuan dan pelbagai bentuk kesalahan gara-gara bertuhankan nafsu menjadi-jadi pada zaman Jahiliyah se hingga masyarakat berada dalam keadaan tidak aman, malah yang lemah dalam dilanda ketakutan sepanjang masa.

Tetapi dengan pengutusan Rasulullah s.a.w, semua kebejatan penyakit sosial itu dapat dirawat, malah sistem nilai ma syarakat dapat diperbetulkan dalam tempoh singkat, jika dibandingkan dengan umat nabi lain, sehingga amalan yang buruk bertukar menjadi baik.

Dari sebuah masyarakat yang suka hidup atas dasar ke pentingan diri sendiri, hasad dengki dan bersengketa, ber tukar kepada masyarakat yang bekerjasama, berkasih sayang dan saling hormat antara mereka..

Jika sebelum itu patung berhala dipuja, malah membuat sendiri patung pujaan terbabit, tetapi dengan kedatangan Rasulullah, mereka menjadi manusia yang mengenal Tuhan Yang Esa, malah menjadi hamba yang taat setia.

Perubahan dalam segenap aspek baik dari sudut ideologi, amalan seharian, keperibadian dan sistem nilai menunjukkan kejayaan cukup cemerlang dalam perjuangan Rasulullah s.a.w.

Tetapi pada zaman orbit dunia berputar laju kini, gejala yang serupa makin bertapak, sedangkan dalam masa yang sama Islam semakin diterima ramai, seolah-olah contoh yang terkandung dalam lipatan sejarah dilupai dan tidak dijadikan pedoman.

Boss Said to Secretary ...

Boss said to Secretary: For a week we will go abroad, so make arrangement.

Secretary makes call to Husband: For a week my boss and I will be going abroad, you look after yourself.

Husband makes call to secret lover: My wife is going abroad for a week, so lets spend the week together.

Secret lover makes call to small boy whom she is giving private tution: I have work for a week, so you need not come for class.

Small boy makes call to his grandfather: Grandpa, for a week I don't have class 'coz my teacher is busy. Lets spend the week together.

Grandpa (the 1st boss) makes call to his secretary: This week I am spending my time with my grandson. We cannot attend that meeting.

Secretary makes call to her husband: This week my boss has some work, we cancelled our trip.

Husband makes call to secret lover: We cannot spend this week together, my wif e has cancelled her trip.

Secret lover makes call to small boy whom she is giving private tution: This week we will have class as usual.

Small boy makes call to his grandfather: Grandpa, my teacher said this week I have to attend class. Sorry I can't give you company.

Grandpa makes call to his secretary: Don't worry this week we will attend that meeting, so make arrangement.

Lawak Opis

Some rules cannot be followed

A lady manager of a big reputed office noticed a new man one day and told him to come into her office.

"What is your name?" was the first thing she asked the new guy.

"John," the new guy replied.

She scowled, "Look... I don't know what kind of a namby-pamby place you worked before, but I don't call anyone by their first name. It breeds familiarity and that leads to a breakdown in authority.

I refer to my employees by their last name only ... Smith, Jones, Baker ...that's all.

I am to be referred to only as Mrs. Robertson. Now that we got that straight, what is your last name?"

The new guy sighed, "Darling.... ........ My name is John Darling."

"Okay John, the next thing I want to tell you is . . . "

Kenapa Air Liur Anjing Dianggap Najis Mughallazah?

Anjing adalah binatang peliharaan yang jinak dan berguna kepada manusia. Untuk itu kenapa ia diharamkan? Dari segi pendekatan saitifik, kajian membuktikan air liur anjing mengandungi bakteria yang membahayakan manusia. Ini kerana anjing tidak berpeluh tetapi pengomoskawal-aturannya adalah melalui lelehan air liur dari mulutnya yang sentiasa ternganga.

Kesan gigitan anjing, jika tidak dirawat segera akan memudaratkan manusia. Ini terbukti dari kajian yang diterbitkan di dalam journal sains barat, di mana mereka telah mengkaji tentang bahaya anjing sebagai binatang peliharaan. Rasulullah SAW sendiri menyuruh supaya dibunuh anjing gila kerana penyakit merbahaya yang mungkin merebak dalam masyarakat akibat gigitannya. Memandangkan kepada bahaya air liur anjing ini, nabi Muhammad SAW telah menyuruh kita menyamak bekas yang dijilat oleh anjing, sebagaimana yang termaktub dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Muslim, dengan enam kali air bersih dan satu kali air yang bercampur dengan lumpur.

Kajian saintifik menunjukkan kuman-kuman yang terdapat di dalam mulut anjing itu dapat dimatikan dengan lumpur yang digunakan untuk menyamak bekas yang dijilat oleh anjing itu. Air liur anjing adalah najis Mughallazah. Anjing tidak boleh dimakan bukan sahaja kerana ia binatang yang najis, malah ia juga binatang yang bertaring dan menangkap binatang dengan cara menerkam. Walau bagaimanapun jika anggota badan kita kering, tersentuh dengan bulu anjing yang juga kering, hukumnya tidak najis. Anjing boleh digunakan untuk berburu dan bahagian yang digigit oleh anjing hendaklah dibuang. Bakinya boleh dimakan

Tahukah Anda Akan Orang Yang Mendustakan Agama?

Tahukah Anda Akan Orang Yang Mendustakan Agama?

Apabila ditanya soalan di atas, kemungkinan besar ramai yang akan menjawab: “Para peguam yang membela orang murtad, para aktivis Islam Liberal, golongan Anti Hadis……” dan seterusnya. Yang pasti ia bukan kita kerana kita mendirikan solat lima kali sehari, berpuasa pada bulan Ramadan, mengeluarkan zakat harta dan menunaikan haji. Justeru kita bukan di kalangan mereka yang mendustakan agama.

Sebenarnya yang bertanya soalan di atas adalah Allah Subhanahu wa Ta‘ala melalui firman-Nya yang bermaksud:

Tahukah engkau akan orang yang mendustakan agama (meliputi Hari Pembalasan)? [al-Maun 107:1]

Jawapannya yang mengikuti persoalan ini sangat jauh berbeza daripada apa yang disangkakan oleh kebanyakan kita. Ia bukan para peguam atau aktivis di atas dan ia juga bukan orang yang sengaja enggan solat, enggan puasa. Ini kerana jawapan-jawapan tersebut sudah diketahui ramai. Namun Allah menjawab dengan sesuatu yang jarang-jarang diberi perhatian oleh umat Islam, iaitu:

Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim, Dan dia tidak menggalakkan untuk memberi makanan yang berhak diterima oleh orang miskin. [al-Maun 107:2-3]

Demikian dua sifat orang-orang yang mendustakan agama dan Hari Pembalasan. Pertama adalah mereka yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim. Kedua adalah mereka yang tidak mengajak orang ramai melakukan kebajikan kepada mereka yang kurang bernasib baik, khasnya orang miskin.

Demikian dua kategori yang pada pengamatan saya, memang kurang diberi perhatian oleh umat Islam masa kini. Di antara dua kategori tersebut, saya ingin memberi tumpuan kepada kategori pertama agar ia menjadi nasihat serta bimbingan kepada diri saya dan para pembaca sekalian.

Berbuat baik kepada anak yatim termasuk kesempurnaan tauhid.

Dalam surah al-Nisa, ayat 36, Allah Subhanahu wa Ta‘ala berfirman:

Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik (ihsan) kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim ……

Setelah memerintahkan kita beribadah kepada-Nya dan larangan daripada menyekutukan-Nya dengan apa jua, Allah Subhanahu wa Ta‘ala melanjutkan kepada perintah berbuat ihsan kepada ibubapa, kaum kerabat dan anak yatim. Paling kurang terdapat dua pengajaran penting daripada ayat ini.

Pertama, ciri-ciri seorang Muslim yang mentauhidkan Allah tidak cukup sekadar beribadah kepadanya dan menjauhi perkara-perkara syirik, tetapi ia perlu disempurnakan dengan menjaga hubungan dengan sesama manusia. Hubungan ini dimulai dengan ibubapanya, kaum kerabatnya, anak yatim dan seterusnya. Seseorang yang tidak menjaga hubungan ini, bererti tauhidnya kepada Allah masih belum sempurna.

Kedua, hubungan yang perlu dijaga bukan sekadar kebiasaan, tetapi dengan kebaikan yang melebihi kebiasaan. Demikian maksud perkataan “ihsan” sebagaimana yang diterangkan oleh para ahli tafsir. Sifat ihsan ini lebih mudah difahami dengan cara kita mengandaikan anak yatim tersebut adalah anak kita sendiri yang pada satu ketika kita tinggalkannya kepada seseorang untuk menjaganya. Sudah tentu kita mahu agar orang tersebut melayan anak kita tidak sekadar kebiasaan tetapi dengan penuh kasih sayang, belaian dan perhatian. Andaian ini disebut sendiri oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala dalam ayat berikut:

Dan hendaklah takut (kepada Allah daripada melakukan aniaya kepada anak-anak yatim oleh) orang-orang (yang menjadi penjaganya), yang jika ditakdirkan mereka pula meninggalkan anak-anak yang dhaif (yatim) di belakang mereka, (tentulah) mereka akan merasa bimbang terhadap (masa depan dan keselamatan) anak-anak mereka; oleh itu hendaklah mereka bertaqwa kepada Allah, dan hendaklah mereka mengatakan perkataan yang betul (menepati kebenaran). [al-Nisa’ 4:09]

Justeru berdasarkan ayat-ayat di atas, dapat kita ketahui betapa pentingnya Islam memandang kepada anak yatim. Bagaimana kita berinteraksi dengan anak yatim bakal menentukan kedudukan di Hari Pembalasan, sama ada syurga atau neraka. Mudahnya, anak yatim mampu menolak kita ke neraka atau menarik kita ke syurga. Jika ke syurga, tidak cukup sekadar syurga tetapi kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam sebagaimana janji baginda:

Aku dan orang yang menanggung anak yatim di syurga adalah seperti ini…baginda mengisyaratkan jari telunjuk dengan jari tengahnya. [Shahih al-Bukhari, hadis no: 6005]

Menyentuh tentang bagaimana kita berinteraksi dengan anak yatim, terdapat beberapa perkara yang saya rasa perlu diketengahkan.

Pertama: Boleh memarahi anak yatim dalam rangka mendidiknya.

Sebahagian orang ada yang berpandangan bahawa kita dilarang daripada memarahi anak yatim. Memarahi anak yatim dipandang sebagai menindas dan berlaku zalim, yang dilarang oleh ayat pertama dan kedua surah al-Maun di atas. Ini sebenarnya adalah satu salah faham. Larangan di atas ditujukan kepada mereka yang memandang hina anak yatim, lalu memarahinya kerana dia adalah anak yatim. Orang sebeginilah yang merupakan pendusta agama dan Hari Pembalasan.

Selain dari itu, sebagai langkah terakhir dalam proses pendidikan, kita dibolehkan memarahi anak yatim sebagaimana anak-anak yang biasa. Jika anak yatim tersebut tetap malas, degil dan nakal setelah nasihat yang hikmah lagi bijaksana sudah disampaikan, maka memarahinya dibolehkan dalam rangka mendidiknya.

Ditekankan, bahawa kebolehan memarahi anak hanya sebagai langkah terakhir dan ia dilakukan dalam proses pendidikan. Memarahi anak secara kerap tidak akan membawa manfaat kepada proses pendidikan, malah merosakkannya. Di sini kita perlu berada dipertengahan antara dua ekstrim dalam pendidikan anak, iaitu di antara mereka yang asyik memarahi anak dan mereka yang asyik memanjakan anak.

Kedua: Anak yatim tidak mewarisi kesalahan ibubapanya.

Salah satu kepercayaan kurafat yang merupakan aqidah sebahagian besar masyarakat Islam kita adalah dosa warisan. Iaitu seseorang anak akan mewarisi dosa kesalahan yang dilakukan oleh ibubapanya. Jika kita membaca di akhbar laporan anak kecil yang sakit sekian-sekian memerlukan derma untuk menanggung kos perubatan, akan ada di kalangan kita yang ke hadapan menghulurkan derma: “Inilah adalah kesan daripada kesalahan ibubanya satu masa dahulu”. Berbeza dengan kaum bukan Islam, mereka ke hadapan dengan mengambil pen dan menulis cek sumbangan RM sekian-sekian.

Anak yatim tidak terlepas daripada menjadi mangsa aqidah kurafat ini. Saya biasa menemui orang yang memandang hina kepada anak yatim dengan alasan kerana mereka adalah produk hubungan terlanjur sebelum bernikah. Ada juga yang pada mulanya diam, namun apabila melihat kerenah anak yatim yang malas, kebelakang dalam pelajaran atau nakal, mereka memberi komen: “Inilah kesan-kesan kesalahan ibubapanya yang telah terlanjur”. Padahal tidak semua anak yatim berasal daripada hubungan yang terlanjur.

Terlebih penting, sekali pun anak yatim tersebut berasal daripada hubungan yang terlanjur, mereka tidak sedikit jua mewarisi kesalahan “ibubapa” mereka. Ini kerana konsep dosa warisan, iaitu konsep dosa yang diperoleh secara automatic oleh anak daripada kesalahan ibubapanya, adalah aqidah yang berasal dari agama lain. Bagi Islam, setiap individu adalah dengan pahala atau dosanya sendiri tanpa dizalimi dengan cara dibebani secara automatic oleh dosa orang lain, termasuk ibubapanya. Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

Sesiapa yang membawa amal kebaikan (pada Hari Kiamat), maka baginya (balasan) sepuluh kali ganda (dari kebaikan) yang sama dengannya; dan sesiapa yang membawa amal kejahatan, maka dia tidak dibalas melainkan (kejahatan) yang sama dengannya; sedang mereka tidak dizalimi (sedikitpun). [al-An’aam 6:160]

Demikian juga tidak ada konsep “pahala warisan” dalam Islam sehingga seorang anak secara automatic mendapat pahala daripada amal kebajikan ibubapanya. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam sendiri telah berpesan kepada kaum kerabatnya bahawa mereka tidak mewarisi pahala daripadanya di hadapan Allah kelak:

Wahai Fathimah! Peliharalah diri engkau daripada api neraka. Sesungguhnya aku tidak memiliki apa-apa kekuasaan di hadapan Allah kecuali bahawa bagi kalian kekerabatan yang akan aku sambung dengan kalian. [Shahih Muslim, hadis no: 204]

Oleh itu kita semua perlu membersihkan aqidah kurafat “dosa dan pahala warisan” yang diyakini selama ini. Merujuk kepada anak yatim, mereka tidak mewarisi apa-apa dosa dan kesalahan daripada keterlanjuran “ibubapa” mereka. Seandainya anak yatim tersebut malas, kebelakang dalam pelajaran atau nakal, maka ia adalah sifat fitrah mereka sebagai kanak-kanak. Ia tiada kaitan langsung dengan status diri mereka sebagai anak yatim.

Ketiga: Bijak dalam mengurusi harta anak yatim.

Menyentuh persoalan harta anak yatim, ada empat ayat yang perlu kita kaji dan fahami:

Pertama:

Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak-anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu hanyalah menelan api ke dalam perut mereka; dan mereka pula akan masuk ke dalam api neraka yang menyala-nyala. [al-Nisa’ 4:10]

Kedua:

Dan janganlah kamu hampiri harta anak yatim melainkan dengan cara yang baik (untuk mengawal dan mengembangkannya), sehingga ia baligh (dewasa, serta layak mengurus hartanya dengan sendiri). [al-An’aam 6:152 dan al-Isra’ 17:34]

Ketiga:

Dan sesiapa (di antara penjaga harta anak-anak yatim itu) yang kaya maka hendaklah dia menahan diri (dari memakannya); dan sesiapa yang fakir maka bolehlah dia memakannya dengan cara yang sepatutnya. [al-Nisa 4:06]

Keempat:

Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (masalah) anak-anak yatim. Katakanlah: “Memperbaiki keadaan anak-anak yatim itu amatlah baiknya”, dan jika kamu bercampur gaul dengan mereka (maka tidak ada salahnya) kerana mereka itu ialah saudara-saudara kamu; dan Allah mengetahui akan orang yang merosakkan (harta benda mereka) daripada orang yang hendak memperbaikinya. Dan jika Allah menghendaki tentulah Dia memberatkan kamu (dengan mengharamkan bercampur gaul dengan mereka). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. [al-Baqarah 2:220]

Ayat pertama mengharamkan penggunaan harta anak yatim oleh mereka yang menjaga secara khusus dan umat Islam secara umum. Ia membentuk hukum dasar bagi harta anak yatim, iaitu kita dilarang daripada menggunakannya. Namun terhadap pelarangan ini terdapat pengecualian (ayat kedua), iaitu apabila seseorang itu ingin menjaga keselamatan harta tersebut dengan menyimpannya dalam bank, atau mengembangkan harta tersebut melalui pelaburan, maka ia dibolehkan selagi mana dipastikan bahawa kemungkinan meraih keuntungan adalah jauh lebih tinggi daripada kemungkinan mendapat kerugian.

Pengecualian kedua merujuk kepada ayat ketiga (al-Nisa 4:06) dimana seorang penjaga anak yatim yang fakir dibolehkan mengambil sebahagian harta anak yatim untuk menampung kos penjagaannya. Pengambilan ini hendaklah dilakukan secara amanah dan pada kadar yang berpatutan. Setiap sen yang diambilnya akan diaudit semula oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala pada Hari Akhirat nanti.

Imam Ibn Katsir rahimahullah ketika membicara ayat keempat (al-Baqarah 2:220) mengemukakan beberapa riwayat bahawa apabila turun ayat pertama dan kedua di atas, para sahabat mengalami kesukaran untuk membezakan antara harta mereka dan harta anak yatim dalam hal-hal yang mudah bercampur. Antaranya berkenaan makanan, dimana dipisahkan antara makanan anak yatim dan makanan mereka. Jika makanan anak yatim ada yang terlebih, mereka tidak berani menyentuhnya sehingga makanan tersebut akhirnya rosak dan dibuang begitu sahaja.

Kesukaran ini kemudian dipermudahkan oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala dimana mereka disuruh untuk tidak begitu ketat apabila berinteraksi dengan harta anak yatim dalam hal-hal yang mudah bercampur. Para penjaga anak yatim tidak dituntut sehingga ke tahap memisah dan membezakan sesuatu perkara untuk kegunaan mereka atau kegunaan anak yatim. Sebaliknya dibolehkan menggunakannya secara bersama: “…jika kamu bercampur gaul dengan mereka (maka tidak ada salahnya) kerana mereka itu ialah saudara-saudara kamu…” Namun semua ini hendaklah tetap dilakukan dengan sikap amanah kerana: “…Allah mengetahui akan orang yang merosakkan (harta benda mereka) daripada orang yang hendak memperbaikinya.”

Keempat: Anak-anak yatim memerlukan keihsanan kita sepanjang tahun.

Berbuat ihsan kepada anak yatim tidak secukup sekadar sebulan. Maksud saya, alhamdulillah, memang ada sebahagian umat Islam yang prihatin berbuat ihsan kepada anak yatim. Namun kelihatannya keihsanan tersebut hanya dicurahkan dalam bulan Ramadhan. Ya! Dalam bulan Ramadan anak-anak yatim dicurahi dengan pelbagai jamuan berbuka puasa dan baju Raya.

Akan tetapi selepas bulan Ramadhan, anak-anak yatim kembali daripada Nasi Tomato dan Ayam Kurma kepada nasi keras dan ikan kering. Baju-baju yang diberi dipakai seharian berulang kali. Paling memberi kesan kepada mereka adalah kembalinya daripada perasaan diterima masyarakat kepada perasaan dipinggiri masyarakat.

Justeru bagi mereka yang berbuat ihsan kepada anak yatim pada bulan Ramadhan, lanjutkanlah ia pada bulan-bulan selepas Ramadhan, sepanjang tahun. Bagi mereka yang baru hendak mencuba-cuba berbuat ihsan kepada anak yatim, maka tak perlu tunggu pada bulan Ramadhan. Lakukanlah ia pada bila-bila masa anda berkesempatan. Firman Allah:

Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, Hari Akhirat, segala malaikat, segala Kitab, dan sekalian Nabi; serta mendermanya seseorang akan hartanya sedang dia menyayanginya kepada kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, orang yang terlantar dalam perjalanan, orang-orang yang meminta dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi;

Dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat; dan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan, kesakitan dan dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil. Orang-orang yang demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang-orang yang bertaqwa. [al-Baqarah 2:177]

Sifat Wuduk Rasulullah

Hadis Sayidina Othman bin Affan r.a:
Diriwayatkan daripada Humran r.a katanya: Sayidina Othman bin Affan r.a telah meminta air untuk berwuduk, setelah memperolehi air beliau terus membasuh dua tangan sebanyak tiga kali, kemudian berkumur-kumur serta memasuk dan mengeluarkan air dari hidung. Kemudian beliau membasuh muka sebanyak tiga kali dan membasuh tangan kanannya hingga ke paras siku sebanyak tiga kali. Selepas itu beliau membasuh tangan kirinya sama seperti beliau membasuh tangan kanan kemudian menyapu kepalanya dan membasuh kaki kanan hingga ke paras buku lali sebanyak tiga kali. Selepas itu beliau membasuh kaki kiri, sama seperti membasuh kaki kanannya. Kemudian Sayidina Othman r.a berkata: Aku pernah melihat Rasulullah s.a.w berwuduk seperti cara aku berwuduk. Aku juga telah mendengar baginda s.a.w bersabda: Sesiapa yang mengambil wuduk seperti cara aku berwuduk kemudian dia mendirikan sembahyang dua rakaat dan tidak berkata-kata antara wuduk dan sembahyang, maka Allah akan mengampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.

(Riwayat Muslim)

Dosa-Dosa Besar

Mengikut imam Azzahabiyy dalam kitabnya "Al-Kabaair" beliau menghimpunkan jenis dosa-dosa besar sebanyak 70 perkara seperti berikut:

01 - Belajar ilmu dan sembunyi pengetahuan
02 - Bersaksi palsu
03 - Berjudi
04 - Bersumpah palsu dan bohong
05 - Berbohong
06 - Bergambar di baju (bila sembahyang)
07 - Perempuan pelacur
08 - Berbuat buruk terhadap yang lemah
09 - Berdebat dan memusuhi
10 - Bersifat dayus
11 - Bercakap kasar dengan orang tua
12 - Dusta nama Allah dan rasulnya
13 - Derhaka pada suami
14 - Derhaka pada hamba Allah, anggap baik dirinya
15 - Hakim derhaka
16 - Homosek (seagama/sejenis)
17 - Mengurangi timbangan
18 - Lari seorang hamba dari tuannya
19 - Lelaki menyerupai wanita
20 - Lari dari medan perang di jalan Allah
21 - Membunuh manusia
22 - Membunuh diri sendiri
23 - Mengamalkan sihir
24 - Meninggalkan sembahyang lima waktu
25 - Meninggalkan sembahyang jumaat
26 - Menderhaka kepada kedua ibu bapa
27 - Memutuskan hubungan silaturrahim
28 - Melakukan zina
29 - Makan harta anak yatim secara tidak betul
30 - Makan dari kekayaan haram
31 - Memberi dan menerima rasuah
32 - Melabuhkan pakaian kerana berlagak sombong
33 - Makan riba
34 - Minum arak
35 - Mencuri
36 - Merompak
37 - Melakukan kezaliman
38 - Melakukan pengkhianatan
39 - Menyebut-nyebut pemberian
40 - Mengingkari janji
41 - Memfitnah
42 - Mengutuk orang islam
43 - Merasa aman dari kemurkaan Allah
44 - Menipu harta rampasan
45 - Melampaui batas
46 - Menuduh zina terhadap orang baik
47 - Memakai emas dan sutera (bagi lelaki)
48 - Mempercayai nujum dan sihir
49 - Menjadi bapa sanggup
50 - Mencari kesalahan orang lain
51 - Menganggu orang lain
52 - Menganggu tetangga
53 - Menyakiti dan memaki orang islam
54 - Mengintip dan membuka rahsia orang
55 - Mencaci sahabat Nabi
56 - Mengurangi wasiat
57 - Mengingkari takdir
58 - Putus asa dari rahmat Allah
59 - Penipuan dan kezaliman terhadap rakyat
60 - Riak dan mempamerkan diri
61 - Syirikkan Allah dengan sesuatu yang lain
62 - Sombong serta angkuh
63 - Sembelih untuk selain Allah
64 - Tidak mengeluarkan zakat
65 - Tidak berpuasa di bulan ramadhan
66 - Tidak mengerjakan haji jikalau mampu
67 - Tidak istinjak selepas kencing
68 - Tidak mendengar cakap ibu bapa
69 - Tipu daya
70 - Wanita menyerupai lelaki

Bankrap Pahala Kerana Dosa

Suatu hari dalam sebuah majlis Rasulullah S.A.W bertanya kepada para sahabatnya "Tahukah kalian siapakah yang dinamakan orang bankrap itu?"

Para sahabat yang hidup di tengah masyarakat pedagang masa itu menjawab "Orang bankrap itu menurut fahaman kami adalah orang yang kehilangan harta dan seluruh hak miliknya"

"Bukan" jawab Nabi

"Orang yang bankrap itu adalah orang yang datang pada hari kiamat dengan membawa pahala daripada puasanya, pahala zakatnya dan hajinya, namun ketika pahala-pahala itu ditimbang datanglah orang-orang mengadu 'Ya Allah dahulu orang ini pernah mendakwa saya berbuat sesuatu padahal aku tidak pernah melakukannya' Kemudian Allah menyuruh
orang yang pernah mendakwa secara palsu itu membayar orang yang didakwa dengan sebahagian pahalanya. Kemudian datang orang lain lagi yang mengadu 'Ya Allah, hakku
pernah diambil orang ini dengan cara yang batil' Allah lalu menyuruh orang itu untuk
membayar dengan pahala amal solehnya kepada orang yang mengadu itu; sehingga akhirnya
seluruh pahala solat, puasa, zakat dan hajinya itu habis dipakai untuk membayar orang-orang yang pernah dirampas haknya, dizaliminya dan dituduh dengan alasan palsu. Ketika semua pahala ibadahnya telah habis, masih datang lagi untuk mengadu meminta tanggungjawabnya di hadapan Allah. Maka Allah memutuskan agar kejahatan orang yang mengadu itu dipindahkan kepada orang ini" Mengakhiri penjelasannya itu Rasulullah S.A.W bersabda 'Itulah orang yang bankrap di hari kiamat nanti, iaitu orang yang rajin beribadah tetapi dia tidak memiliki akhlak yang baik, merampas hak orang lain dan menyakiti hati mereka'

Sikap Manusia Terhadap Al Quran

Renungan dari Imam Syahod Hasan Al Banna:

Seseorang layak merasa hairan terhadap sikap kebanyakan manusia terhadap Allah swt.: Al Quranul Karim. Ikhwan sekalian, sebagaimana saya katakan sebelumnya, sikap kebanyakan manusia di masa kini terhadap kitab Allah ibarat kelompok manusia yang dilitupi kegelapan dari segala penjuru.

Mereka kebingungan, berjalan tanpa apa-apa petunjuk apa pun. Kadang-kadang mereka terjatuh ke jurang, terkadang mereka berkeras hati seperti batu dan terkadang saling mundar mandir kebingungan seperti kehilangan punca. Keadaan mereka terus demikian, tersesat membabi buta dan berjalan dalam kegelapan yang pekat.

Sedangkan di hadapan mereka ada sebuah suis elektrik yang andaikata mereka tekan dengan jari, maka gerakan sedikit itu dapat menyalakan sebuah lampu yang terang benderang. Inilah saudaraku perumpamaan umat manusia sekarang dan sikap mereka terhadap kitab Allah.

Hari ini, manusia tidak menemui jalan selain berdoa, bersedih dan menangis, sungguh aneh kerana di hadapan mereka sebenarnya terdapat Al Quranul Karim, kitab Allah swt. Ibarat satu perumpamaan:

“Bak unta mati kehausan di padang pasir, sedangkan air terpikul di atas punggungnya.”

Firman Allah swt yang bermaksud:
”Tetapi kami jadikan Al Quran itu cahaya, yang Kami tunjuki dengannya sesiapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya Kami benar-benar memberi petunjuk kepada jalan yang lurus.” (Asy-Syura: 52)

”Adapun orang-orang yang beriman kepadanya, memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya terang yang diturunkan kepadanya, mereka itulah orang-orang yang beruntung.” (Al-A’raf: 157)

”...Ini ialah Kitab (Al-Quran) Kami turunkan Dia kepadamu (Wahai Muhammad), supaya Engkau mengeluarkan umat manusia seluruhnya dari gelap-gelita kufur kepada cahaya iman - Dengan izin Tuhan mereka - ke jalan Allah Yang Maha Kuasa lagi Maha Terpuji.” (Ibrahim:1)

”Wahai ahli Kitab! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul Kami (Muhammad, s.a.w) dengan menerangkan kepada kamu banyak dari (keterangan-keterangan dan hukum-hukum) yang telah kamu sembunyikan dari Kitab suci, dan ia memaafkan kamu (dengan tidak mendedahkan) banyak perkara (yang kamu sembunyikan).

Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad) dari Allah, dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata keterangannya. Dengan (Al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredaanNya, dan (dengannya) Tuhan keluarkan mereka dari gelap-gelita (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang-benderang, Dengan izinNya; dan (dengannya juga) Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus.” (Al-Maidah:15-16).

Isnin, Mei 26, 2008

Mengapa Lidah Kelu di Saat Kematian?

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud:
"Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya."

Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang. Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.

Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.

"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin.. amin.. amin Yarobbal a'lamin.."

April Fool

Setiap kali menjelang 1hb April, sesetengah orang kita begitu taksub dengan budaya 'pandang kebarat' menjadi begitu sibuk sekali. Kepala mereka penuh dengan senarai mangsa-mangsa untuk dipermain-mainkan. Bahkan sewaktu memandu atau sedang makan pun kepala mereka ligat berputar merangka-rangka rancangan 'penganiayaan' ini. Yang penting mereka puas melihat muka mangsa-mangsa mereka merah padam kerana dipermain-mainkan. Bagaimanapun, tanpa mereka sedari, kadang kala lawak-lawak biasa atau 'practical joke' yang dilakukan boleh mencetuskan pergaduhan dah menyebabkan penyesalan berpanjangan.

Sewaktu zaman persekolahan dahulu, penulis pernah terbaca tentang suatu trajedi yang berlaku pada 1hb April ini. Seorang suami yang jahil tentang agama, telah mengucapkan 'Aku ceraikan kau dengan talak 3' pada isterinya dengan niat untuk melawak. Isterinya yang pada mulanya terpinga-pinga terus meraung apabila si suami dengan muka selamba
kemudiannya mengucapkan 'April Fool!'. Selepas itu, giliran si suami pula untuk meraung apabila diberitahu bahawa talak yang dilafazkan telah pun jatuh!!!

Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini, adalah dipercayai bahawa ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian. Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dr Sepanyol. Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan.

Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi ke pelabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1 April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan lalu menuju ke perlabuhan. Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini. Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil.

Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian. Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia. Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri. Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.

Petikan drpd Risalah Fikrah

Rabi'atul Adawiyah: Kisah-kisah teladan

Rabi'atul Adawiyah merupakan salah seorang srikandi agung dalam Islam. Beliau terkenal dengan sifat wara' dan sentiasa menjadi rujukan golongan cerdik pandai
kerana beliau tidak pernah kehabisan hujjah. Ikutilah antara kisah-kisah teladan tentang beliau....

KISAH 1:

Suatu malam yang sunyi sepi, di kala masyarakat sedang khusyuk tidur, seorang pencuri telah menceroboh masuk ke dalam pondok Rabi'atul Adawiyah. Namun setelah menyelongkar sekeliling berkali-kali, dia tidak menemui sebarang benda berharga kecuali sebuah kendi untuk kegunaan berwuduk, itupun telah buruk. Lantas si pencuri tergesa-gesa untuk keluar dari pondok tersebut.

Tiba-tiba Rabi'atul Adawiyah menegur si pencuri tersebut, "Hei, jangan keluar sebelum kamu mengambil sesuatu dari rumahku ini."

Si pencuri tersebut terperanjat kerana dia menyangka tiada penghuni di pondok tersebut. Dia juga berasa hairan kerana baru kini dia menemui tuan rumah yang begitu baik hati seperti Rabi'tul Adawiyah. Kebiasaannya tuan rumah pasti akan menjerit meminta tolong apabila ada pencuri memasuki rumahnya, namun lain pula yang berlaku.

"Sila ambil sesuatu." kata Rabiatul Adawiyah lagi kepada pencuri tersebut.

"Tiada apa-apa yang boleh aku ambil daripada rumah mu ini." kata si pencuri berterus-terang.

"Ambillah itu!" kata Rabi'atul Adawiyah sambil menunjuk pada kendi yang buruk tadi.

"Ini hanyalah sebuah kendi buruk yang tidak berharga." Jawab si pencuri.

"Ambil kendi itu dan bawa ke bilik air. Kemudian kamu ambil wudhu' menggunakan kendi itu. Selepas itu solatlah 2 rakaat. Dengan demikian, engkau telah mengambil sesuatu yang sangat berharga daripada pondok burukku ini." Balas Rabi'tul Adawiyah.

Mendengar kata-kata itu, si pencuri tadi berasa gementar. Hatinya yang selama ini keras, menjadi lembut seperti terpukau dengan kata-kata Rabi'tul Adawiyah itu. Lantas si pencuri mencapai kendi buruk itu dan dibawa ke bilik air, lalu berwudhu' menggunakannya.. Kemudian dia menunaikan solat 2 rakaat. Ternyata dia merasakan suatu kemanisan dan kelazatan dalam jiwanya yang tak pernah dirasa sebelum ini.

Rabi'atul Adawiyah lantas berdoa, "Ya Allah, pencuri ini telah menceroboh masuk ke rumahku. Akan tetapi dia tidak menemui sebarang benda berharga untuk dicuri.
Kemudian aku suruh dia berdiri dihadapan-Mu. Oleh itu janganlah Engkau halang dia daripada memperolehi nikmat dan rahmat-Mu."

KISAH 2 :

Pada suatu hari, sekumpulan golongan cerdik pandai telah datang ke rumah Rabi'atul Adawiyah. Tujuan mereka tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menguji beliau dengan pelbagai persoalan. Malah mereka telah bersedia dengan satu persoalan yang menarik. Mereka menaruh keyakinan yang tinggi, kerana selama ini Rabi'atul Adawiyah tidak pernah ketandusan hujah.

"Wahai Rabi'atul Adawiyah, semua bentuk kebajikan yang tinggi-tinggi telah dianugerahkan oleh Allah kepada kaum lelaki, namun tidak kepada kaum wanita."
Ketua rombongan itu memulakan bicara.

"Buktinya?" Balas Rabi'atul Adawiyah.

"Buktinya ialah, mahkota kenabian dan Rasul telah dianugerahkan kepada kaum lelaki.Malah mahkota kebangsawanan juga dikurniakan kepada kaum lelaki. Paling penting, tidak ada seorang wanita pun yang telah diangkat menjadi Nabi atau Rasul, malah semuanya dari golongan lelaki." Jawab mereka pula dengan yakin.

"Memang betul pendapat tuan-tuan sekalian. Akan tetapi harus diingat bahawa sejahat-jahat pangkat ada pada kaum lelaki juga. Siapa yang mengagung-agungkan
diri sendiri? Siapa yang begitu berani mendakwa dirinya sebagai Tuhan? Dan siapa pula yang berkata : "Bukankah aku ni tuhanmu yang mulia?" Dengan tenang, Rabi'atul Adawiyah membalas hujah mereka sambil merujuk kepada Firaun dan Namrud.

Kemudian Rabi'atul Adawiyah menambah lagi, "Anggapan dan ucapan seperti itu tidak pernah keluar dari mulut seorang wanita. Malah semuanya ditimpakan kepada kaum
lelaki."

KISAH 3 :

Suatu hari, Rabi'atul Adawiyah terlihat seseorang sedang berjalan-jalan dengan kepalanya berbalut sambil menagih simpati daripada orang ramai. Kerana ingin tahu sebabnya orang itu berbuat demikian, Rabi'atul Adawiyah bertanya, "Wahai hamba Allah! Mengapa engkau membalut kepalamu sebegini rupa?"

"Kepalaku sakit." Jawab orang itu dengan ringkas.

"Sudah berapa lama?" Tanya Rabi'atul Adawiyah lagi.

"Sudah sekian hari." Jawabnya dengan tenang.

Lantas Rabi'atul Adawiyah bertanya lagi,"Berapa usiamu sekarang?"

Orang itu menjawab,"Sudah 30 tahun"

"Bagaimana keadaanmu selama 30 tahun itu?" Tanya beliau lagi.

"Alhamdulillah, sihat-sihat saja." Jawabnya.

"Apakah kamu memasang sebarang tanda di badanmu bahawa kamu sihat selama ini?" Tanya Rabi'atul Adawiyah.

"Tidak." Jawab orang itu ragu-ragu.

"Masya Allah, selama 30 tahun Allah telah menyihatkan tubuh badanmu, tetapi kamu langsung tidak memasang sebarang tanda bagi menunjukkan kamu sihat sebagai tanda bersyukur kepada Allah. Jika sebaliknya, pasti manusia akan bertanya kepada kamu sebabnya kamu sangat gembira. Apabila mereka mengetahui nikmat Allah kepadamu, diharapkan mereka akan bersyukur dan memuji Allah." Jelas Rabi'atul Adawiyah.

"Akan tetapi, kini apabila kamu mendapat sakit sedikit, kamu balut kepalamu dan kemudian pergi ke sana sini bagi menunjukkan sakitmu dan kekasaran Allah terhadapmu
kepada orang ramai, Mengapa kamu berbuat hina seperti itu?" Sambung Rabi'atul
Adawiyah lagi.

Orang yang berbalut kepalanya itu hanya diam seribu bahasa dan tertunduk malu denga perlakuannya. Kemudian dia beredar meninggalkan Rabi'atul Adawiyah dengan perasaan kesal dan insaf.

Perihal Kenduri Arwah

"Hukumnya makruh, di cela oleh syara', amalan yang dibuat oleh orang ramai apa yang dinamakan kifarat dan wahsyah (maksudnya apabila keluarga si mati terputus dengan orang yang dikasihinya, mereka merasai dukacita, kesunyian, kesepian dan sebagainya. Lalu mereka berhimpun dan memberi makan kepada orang ramai seperti yang tersebut itu.) iaitu berkumpul dan berhimpun serta memberi makan kepada orang ramai pada malam pertama selepas dikebumikan mayat, berhimpun dan memberi makan pada 7 hari, 20 hari, 40 hari dan seumpamanya.

Teks atau nas asalnya berbunyi:
"Dan demikian lagi yang dikerjakan manusian dengan barang yang dinamakan dia dengan kafarat dan dairpada dikerjakan wahsyah yakni berhimpun memberi makan awal malam kemudian daripada ditanam mayat dan 7 harinya dan 20 dan 40 dan umapamanya, yang demikian itu haramkah atau makruh atau harus? (maka dijawabnya) Maka adalah segala yang tersebut makruh yang dicela pada syara' kerana tegah pada syarak kata syeikh Ibnu Hajar tiada sah wasiatnya"
(Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani, Furu' al-Masail Juzuk 1 halaman 183)

Kitab Sabil al-Muhtadin

Ringkasan dari kitab ini ialah:
a) Hukumnya bid'ah dan makruh jika dibuat kenduri makan selepas kematian dan dijemput orang ramai supaya memakan makanan itu, sama ada jamuan itu diberi sebelum mayat dikebumikan atau selepas dikebumikan.
b) Juga hukumnya makruh dan bid'ah kepada sesiapa yang menerima jemputan itu dan menghadirinya.

Nas asalnya berbunyi:
"Dan makruh lagi bid'ah bagi yang kematian memperbuat makan yang diserukannya manusia atas memakan dahulu daripada menanam dia dan kemudian daripadanya seperti yang telah teradat dan demikian olagi makruh lagi bid'ah bagi segala mereka yang diserunya perkenankan seruan."
(Syeikh Muhammad bin Abdullah al-Banjari, Sabil al-Muhtadin, juzuk 2 halaman 83)

Kitab Kasyfu al-Latsam

Ringkasan dari kitab ini ialah:
a) Hukumnya makruh, dicela oleh syarak bila ahli si mati memberi makan kepada orang ramai sebelum atau selepas pengkebumiannya mayat.
b) Hukumnyua makruh, dicela oleh syarak, membuat penyembelihan di kubur.
c) Hukumnya makruh, dicela oleh syara', apa yang dinamakan kaffarat dan wahsyah iaitu berhimpun dengan memberi makan kepada orang ramai pada malam pertama selepas pengkebumian mayat, 7 hari, 20 hari, 40 hari dan seumpamanya seperti yang tersebut.

Nas atau teks asalnya berbunyi:
"Barang dikerjakan oleh ahli mayat daripada mempersembahkan makanan dan perhimpunan manusia atas dahulu daripada tanam mayat dan kemudian lagi dikerjakan oleh manusia dengan barang yang dinamakan dengan kafarat dan daripada dikerjakan wahsyah yakni berhimpun memberi makan awal malam kemudian daripada ditanam mayat dan 7 hari dan 20 hari dan 40 hari dan umpamanya yang demikian itu yang diperbuat oleh kebanyakan orang itu maka adalah segala yang tersebut i tu makruh yang dicela oleh syara' kerana tegah pada syara."
(Kitab Kasyf al-Latsam, juzuk 1 halaman 85)

Kitab Bughyatu al-Tulab

Ringkasan dari kitab ini antara lain ialah:
a) Sunat kepada jiran ahli si mati, kepada kawan kenalan keluarga si mati dan kepada kaum kerabat yang jauh, membuat dan membawa makanan kepada ahli si mati yang boleh mengenyangkan mereka pada hari dan malamnya.
b) Hukumnya makruh dan bid'ah jika ahli si mati membuat makanan dan menjemput orang ramai supaya memakannya, sama ada sebelum atau selepas pengkebumian mayat.
c) Hukumnya bid'ah yang buruk lagi makruh jika diamalkan oleh orang ramai apa yang dinamakan kaffarat dan wahsyah iaitu perhimpunan dengan memberi makan kepada orang ramai selepas pengkebumian mayat, 7 hari, 40 hari dan seumpamanya seperti yang tersebut.
d) Asal sunat memberi makan ialah memberi makan kepada ahli si mati bukan keluarga si mati menjamu makan kepada orang lain, kerana sabda Nabi sallallahu alaihi wasallam :
"Buatlah kamu makan kepada ahli Ja'far, sesungguhnya telah datang kepada mereka perkara yang mengharukan mereka."

Teks asal kitab berbunyi:
"Dan sunat bagi jiran keluarga mayat dan orang yang berkenalan dengan keluarganya, jikalau bukan jirannya sekali pun, dan segala kerabatnya yang jauh, membawa makan makanan akan orang yang kematian yang mengenyangkan mereka itu pada hari dan malamnya (serta) menyungguh2 akan mereka itu suruh memakan kerana mereka itu terkadang meninggal akan memakan sebab sangat terkejut hati mereka itu....
dan makruh lagi bid'ah bagi orang kematian memperbuat makanan menserukan (menyerukan) segala manusia atas memakan dia, sama ada dahulu daripada menanam dia dan kemudian daripadanya seperti yang telah diadatkan kebiasaan manusia. Demikian lagi makruh lagi bid'ah bagi segala orang yang diserukan dia memperkenakan seruannya. Dan setengah daripada qabihat lagi makruh mengerjakan dia barang yang dikerjakan kebiasaan manusia barang dimakan dengan kafarat dan wahsyah dan 7 hari dan 40 hari dan umpamanya yang demikian itu.... Ada pun asal sunat mensediakan makanan itu pada barang yang dahlunya sabda Nabi sallallahu alaihi wasallam, tatkala datang khabar kematian saidina Ja'afar bin Abu Talib pada perang mu'tah, perbuat oleh mu bagi keluarga Ja'afar makanan maka sesungguhnya telah datang akan mereka itu barang yang membimbangkan mereka itu. "
( Syeikh Daud bin Abdullah alFatani Bughyatu al-Tulab, Juzuk 3 Halaman 33-34)

Kitab Bahru al-Mazi

Ringkasan yang diambil dari kitab ini mengenai tajuk berkenan antara lain seperti berikut:
a) Ahli si mati (isteri/suami, anak-anaknya) memasak makanan dan menghimpun orang ramai dan menjamu makanan kepada mereka, maka amalan itu tidak ada sedikit pun sandaran riwayat yang boleh dipegang dan di ikuti dari Nabi (sallallahu alaihi wasallam) dan dari sahabatnya.
b) Hukumnya bid'ah dan makruh jika ahli si mati memasak dan mengumpulkan orang ramai dan menjamu makanan itu kepada mereka kerana berpandu kepada hadis Jarir bin Abdullah katanya:
"Kami mengira perhimpunan orang ramai kepada ahli si mati dan membuat makanan selepas pengkebumian mayat adalah daripada perbuatan ratapan kematian."
c) sunat kepada kaum kerabat si mati dan jiran tetangganya memasak atau membuat makanan dan diberi makan kepada ahli si mati yang boleh mengenyangkan mereka pada hari dan malamnya.

Dan berkata Imam Syafie rahimahullah:
"Aku suka kepada kerabat si mati dan jiran tetangganya memasak makan kepada ahli si mati yang mencukupi sehari semalam kerana ianya sunat dan perbuatan golongan yang baik-baik.
(Bahru al-Mazi, juzuk 7 halaman 129-130)

Al-Quran Kitab Petunjuk Serba Lengkap

Menghayatinya mendatangkan ketenangan, hilangkan keresahan tanpa dikesan

SAMBIL santap pada pagi Jumaat lalu, penulis terbaca satu laporan AFP dari Jepun yang menyatakan sebuah syarikat penerbitan di negara itu memohon maaf kerana keterlanjuran memaparkan al-Quran dalam siri kartun terbitan mereka, Jojo's Bizarre Adventure.

Dalam filem siri kartun yang diilhamkan daripada cerita komik kanak-kanak yang sudah dicetak sebanyak 70 juta naskhah di Jepun, dipaparkan bagaimana seorang penduduk kampung membawa imej al-Quran dan juga satu pertempuran di dalam masjid.

Komik ini sudah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa dunia kecuali Bahasa Arab dan diedarkan ke merata tempat termasuk Amerika Utara, Eropah dan Asia..

Syarikat penerbitnya, Shueisha, pada satu sidang akhbar memohon maaf di atas kesilapan mereka itu yang boleh mengguris hati umat Islam. Permohonan maaf ini, menurut mereka, didasarkan kepada suatu fakta bahawa al-Quran adalah kitab suci umat Islam yang tidak boleh dipersenda apatah lagi sampai ke tahap penghinaan.

Pada 20 Mei lalu, Presiden Amerika Syarikat (AS), George W Bush juga sudah meminta maaf kepada Perdana Menteri Iraq atas tindakan seorang askar AS menjadikan naskhah al-Quran sebagai sasaran latihan menembak di Iraq. Permohonan maaf itu datang selepas Perdana Menteri Iraq itu memaklumkan kepada Bush mengenai kekesalan dan kemarahan rakyat serta kerajaan Iraq atas tindakan keji askar AS terbabit dan Kabinet Iraq menuntut askar berkenaan dikenakan tindakan keras dan memberi amaran 'tindakan keras' akan diambil jika insiden serupa berulang lagi.

Kadangkala kita tidak habis fikir bagaimana manusia boleh melakukan perbuatan demikian yakni menjadikan mushaf al-Quran sebagai sasaran menembak? Apa ada pada sebuah buku? Mengapa mereka sampai hilang akal sehingga sebuah kitab yang sememangnya tidak boleh buat apa-apa pun secara fizikal dijadikan tempat melampiaskan kemarahan, ketidaksukaan dan kebencian mereka kepada ajaran yang dibawanya iaitu Islam? Sungguh, kita sememangnya tidak pernah akan mengerti kecuali dengan memahami firman Allah yang bermaksud: "(Selepas diterangkan yang demikian) maka adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi al-Quran? Atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup (yang menghalangnya daripada menerima ajaran al-Quran?" (Surah Muhammad: 24)

Memahami serta memikirkan isi al-Quran adalah syarat keselamatan hidup di dunia dan akhirat bagi setiap insan tidak kira agama, bangsa, puak dan kedudukannya. Dan dalam syarat kedamaian dan keamanan dunia secara mikro adalah manusia mesti memahami umat Islam.

Akhbar ini, Khamis lalu menurunkan laporan yang menyatakan bahawa Menahem Froman, Pendeta Yahudi Ortodok paling terkenal Israel percaya satu-satunya cara untuk merapatkan jurang antara Islam dan Barat serta mencapai keamanan di Asia Barat ialah dengan menghormati dan memahami Dunia Islam. Katanya, keamanan tidak wujud di Tanah Suci kerana Barat tidak menghormati Dunia Timur dan Islam. Kesombongan, keangkuhan, tidak berakhlak yang ditonjolkan penduduk AS dan Yahudi memang tidak boleh diterima olehnya dan umat Islam.

Beliau mencadangkan sebagai satu daripada jalan penyelesaian masalah di atas supaya wakil pentadbiran AS di negara asing mengambil cuti selama setahun dan mengkaji al-Quran serta Hadis.

Dengan berbuat demikian, orang Barat akan menemui banyak keistimewaan dalam proses memahami agama dan budaya Dunia Islam. Beliau berkata: "Islam adalah empayar kerohanian dan ada perkara perlu dipelajari darinya." Sebuah kesaksian daripada seorang pendeta Yahudi yang mengharukan.

Al-Quran adalah kitab petunjuk yang mengeluarkan manusia daripada kegelapan kepada cahaya yang terang benderang. Firman Allah tafsirnya: "Ini ialah Kitab (al-Quran) Kami turunkan dia kepadamu (wahai Muhammad), supaya engkau mengeluarkan umat manusia seluruhnya daripada gelap gelita kufur kepada cahaya iman – dengan izin Tuhan mereka – ke jalan Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Terpuji." (Surah Ibrahim: 1)

Al-Quran diturunkan Yang Maha Mencipta, Allah untuk menjadi penengah dalam menyelesaikan sebarang perbezaan pandangan manusia. Al-Quran menyatakan maksudnya: "Pada mulanya manusia itu ialah umat yang satu (menurut agama Allah yang satu, tetapi setelah mereka berselisih), maka Allah mengutuskan nabi sebagai pemberi khabar gembira (kepada orang yang beriman dengan balasan syurga), dan pemberi amaran (kepada orang yang ingkar dengan balasan azab neraka); dan Allah menurunkan bersama nabi itu kitab suci yang (mengandungi keterangan-keterangan yang) benar, untuk menjalankan hukum di antara manusia mengenai apa yang mereka perselisihkan." (Surah al-Baqarah: 213)

Orang yang membenci al-Quran seperti Geert Wilder dengan filem dokumentarinya, Fitna di Belanda dan askar Amerika di Iraq itu mempunyai sebab tertentu mengapa mereka berbuat demikian. Malangnya, sebab itu tidak masuk akal selain ia hanya ilusi kebencian yang telah ditanamkan pihak tertentu selama ini sehingga al-Quran tidak mempunyai nilai apa-apa di mata mereka. Padahal al-Quran adalah kalam Ilahi Yang Maha Agung.

Mereka menyalah tafsir al-Quran dan membencinya mungkin kerana al-Quran menetapkan wujudnya Allah yang mencipta seluruh alam sedangkan mereka menginginkan bahawa Allah tidak wujud dan semua alam adalah terjadi dengan sendirinya.

Mereka menyalah tafsir al-Quran dan membencinya mungkin kerana al-Quran menyebutkan kesimpulan sifat kebesaran dan sifat kesempurnaan Allah sedangkan bagi mereka Allah tidak mempunyai sifat sedemikian agar mereka boleh melakukan apa saja yang mereka ingin lakukan.

Mereka menyalah fahami al-Quran dan membencinya mungkin kerana al-Quran menyatakan kepada manusia akan hari kiamat yang padanya kelak mereka akan menerima balasan amalnya sedangkan mereka menginginkan kebebasan sepenuhnya tidak ada pahala dan dosa yang ada adalah hidup di dunia saja.

Mereka menyalah fahami al-Quran dan membencinya mungkin kerana al-Quran menerangkan tugas yang kerananya manusia diciptakan Allah iaitu untuk beribadat kepada-Nya sedangkan mereka menginginkan tidak dibebani dengan apa-apa beban di dunia ini. Yang mereka inginkan tidak ada ibadat yang mengekang kebebasan mereka pada hal ibadat dengan segala jenisnya tidak dapat tidak diperlukan oleh manusia kerana ia menghidupkan iman, menyihatkan tubuh badan, memperbaiki akhlak dan menyucikan jiwa.

Mereka menyalah fahami al-Quran dan membencinya mungkin kerana al-Quran memperkatakan kelemahan manusia, bahawa dia tidak akan dapat melakukan sesuatu pun melainkan dengan pertolongan Allah dan izin-Nya sedangkan mereka menganggap bahawa mereka dapat melakukan apa saja kerana kekuasaan akal fikiran mereka.

Mereka menyalah fahami al-Quran dan membencinya mungkin kerana al-Quran menerangkan bahawa perkara utama dihajati dan dimohon dari Allah ialah memperoleh hidayah dan taufik ke jalan yang membawa kebahagiaan dan cara melaluinya sedangkan mereka dengan bangga dan sombong mengisytiharkan bahawa mereka tidak memerlukan apa-apa daripada yang dinamakan Tuhan kerana mereka boleh menempuh jalan yang mereka suka dan mencorak peribadi mereka seperti yang mereka inginkan.

Dan, mereka menyalah fahami al-Quran dan membencinya mungkin kerana al-Quran mengarahkan manusia kepada memerhati dan memikirkan kisah umat manusia yang lalu dan hal ehwalnya supaya dia memilih akan apa yang menyebabkan kebahagiaan mereka, dan berjaga-jaga serta menjauhkan diri daripada apa yang menyebabkan kecelakaan mereka sehingga dapatlah dihidu di dunia ini dalam keadaan yang selamat, dan berjaya mendapat nikmat yang kekal pada hari akhirat kelak dalam syurga, sedangkan mereka mendakwa bahawa mereka tidak perlu mengambil iktibar daripada kisah lalu kerana ia hanya akan merugikan mereka dan mereka berasa kuasa untuk melakukan apa jua dengan tidak perlu menoleh ke belakang.

Inilah, mungkin beberapa sebab mengapa al-Quran disalah faham seperti yang kita simpulkan daripada kandungan ajaran dalam surah al-Fatihah, (Pembuka) yang mempunyai tujuh ayat.

Al-Quran pernah berjaya mencorak dan membina sebuah generasi cemerlang yang dilahirkan dalam sejarah tamadun manusia di mana menerusi keberhasilan itu umat manusia yang lain membencinya. Al-Quran menegaskan maksudnya: "Pada hari ini, orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) daripada agama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepada-Ku." (Surah al-Maidah: 3)

Pada suatu ketika datanglah seseorang kepada Ibn Mas'ud, seorang sahabat Nabi yang faham benar mengenai al-Quran, meminta nasihat kepada beliau seraya berkata: "Wahai Ibn Mas'ud, berilah nasihat yang dapat aku jadikan ubat bagi jiwaku yang sedang gelisah. Dalam beberapa hari ini aku berasa tidak tenteram, jiwaku gelisah dan fikiranku kusut; makan tak enak tidur pun tak nyenyak."

Maka Ibn Mas'ud pun menasihatinya dengan katanya: "Kalau penyakit itu yang menimpamu, maka bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat iaitu ke tempat orang membaca al-Quran, engkau baca al-Quran atau engkau dengar baik-baik orang yang membacanya; atau engkau pergi ke majlis ilmu yang mengingatkan hati kepada Allah; atau engkau mencari waktu dan tempat yang sunyi, di sana engkau berkhalwat menyembah Allah seperti pada waktu tengah malam di mana manusia sedang nyenyak tidur, engkau bangun solat malam, meminta dan memohon kepada Allah ketenangan jiwa, ketenteraman fikiran dan kemurnian hati.

Seandainya jiwamu belum juga terubat dengan cara ini maka engkau minta kepada Allah agar diberikan-Nya hati yang lain, sebab hati yang kamu pakai itu, bukan lagi hatimu.

Selepas orang itu kembali ke rumahnya, diamalkannya nasihat Ibn Mas'ud itu. Dia mengambil air sembahyang kemudian diambilnya al-Quran terus dia baca dengan hati yang khusyuk. Selesai membaca al-Quran, berubahlah kembali jiwanya menjadi jiwa yang aman dan tenteram, fikirannya tenang, kegelisahannya hilang tanpa kesan.

Nampaknya, kelebihan al-Quran inilah yang orang membenci al-Quran tidak menyedarinya. Seandainya mereka dengan jiwa yang tenang dan bersih mahu merujuk al-Quran seperti cadangan Froman jika mereka tidak mahu dengar seruan al-Quran, sudah tentu hati, jiwa, dan fikiran mereka akan tenteram, damai dan sejahtera. Dan pada akhirnya, mereka tidak akan membuat Fitna atau menjadikan al-Quran sasaran tembak lagi. Ini bagi bukan Islam, bagaimana orang Islamnya? Wallahu a'lam. Intipati: Mengapa al-Quran disalah tafsir

# Kerana al-Quran menyatakan kepada manusia akan hari kiamat yang padanya kelak mereka akan menerima balasan amalnya sedangkan mereka menginginkan kebebasan sepenuhnya tidak ada pahala dan dosa.

# Kerana al-Quran menerangkan tugas yang kerananya manusia diciptakan Allah iaitu untuk beribadat kepada-Nya sedangkan mereka menginginkan tidak dibebani apa-apa beban di dunia ini. Yang mereka inginkan tidak ada ibadat yang mengekang kebebasan mereka pada hal ibadat dengan segala jenisnya tidak dapat tidak diperlukan oleh manusia kerana ia menghidupkan iman, menyihatkan tubuh badan, memperbaiki akhlak dan menyucikan jiwa.

# Kerana al-Quran memperkatakan kelemahan manusia, bahawa dia tidak akan dapat melakukan sesuatu pun melainkan dengan pertolongan Allah dan izin-Nya sedangkan mereka menganggap mereka dapat melakukan apa saja kerana kekuasaan akal fikiran mereka.

# Kerana al-Quran menerangkan bahawa perkara utama dihajati dan dimohon daripada Allah ialah memperoleh hidayah dan taufik ke jalan membawa kebahagiaan dan cara melaluinya sedangkan mereka dengan bangga dan sombong mengisytiharkan mereka tidak memerlukan apa-apa daripada yang dinamakan Tuhan kerana mereka boleh menempuh jalan yang mereka suka dan mencorak peribadi seperti yang mereka inginkan.

Oleh Abdurrahman Haqqi

Empat Syarat Pakai Gelang Bermagnet

Gelang bermagnet yang semakin popular dipakai lelaki dengan niat membaiki kesihatan harus memenuhi empat syarat, kata ketua penolong mufti Perak, Zamri Hashim.

Syarat-syarat tersebut:

pemakainya tidak beriktikad (yakin di dalam hati) bahawa gelang itu memberi kesan kesembuhan kerana yang memberi kesan itu hanyalah Allah,

pemakainya tidak berniat memakainya kerana menyerupai wanita dan bukan untuk bermegah-megah.

gelang mesti terbukti mempunyai kesan saintifik dan secara klinikal mempunyai pengaruh terhadap pengaliran darah di dalam tubuh seperti didakwa oleh pakar yang berwibawa.

jika pemakaian gelang itu menimbulkan fitnah terhadap maruah si pemakai, lebih baik lelaki itu memakai baju berlengan panjang yang dapat menyembunyikan gelang berkenaan.

Menurut Bernama, pandangan ketua penolong mufti diterbitkan oleh Jabatan Mufti Perak.

Jumaat, Mei 23, 2008

Hati-hati Makan Di Restoran Mamak

Sumber : Email dari seorang teman

Pada 29 April yang lepas, jam 9.30 pm, saya dan 2 anak bujang (Ikmal, Azrin) plus kawan anak namanya Frank Syazwan nak buat satu 'test-to-confirm' kat satu 'restoran mamak' - kami pilih Restoran Azhaar Maju di Taman Seremban Jaya, Senawang . Budak Frank ni jenis daring, joker, dare to prove something. Dia kata pada saya, "Kalau Uncle nak tahu, jom kita singgah satu kedai mamak and see what I'll ask". All right, pendekkan cerita, this was what transpired:-

Frank : "Ini kedai halal ka?"
Restaurant Attendant : Ya la, Itu awak tengok sana, itu Koran (tunjuk tulisan Qur'an, Allah, Muhammad di dinding restoran)
F : "Awak muslim ke?"
R.A : "Ya!" (dengan gaya confidence - 101%)
F : "Mengucap tengok!"
R.A : "Ahh?"
F : "Mengucap la, aii takkan tak tau!"
R.A : "Apa itu?"
F : " Dua kalimah syahadah, itu syahadah awak cakap saya mau dengar!"
R.A : (Start panicking...)
F : "Ei, awak kata Islam, takkan sebut syahadah pun awak tak tau!"
R.A : (truly panic, looked scared also)
F : "Oh, awak tipu sama saya, aah"
R.A : (Dia pegang bawah lengan Frank dan berkata) "Jangan buat ini macam laa...."

Pendekkan insiden perbualan sampai sini...

Yang obvious dia tanya order makan apa minum apa sampai 3 -4 kali, yes, 3 - 4 kali sebab dia lupa kerana dia resah, gementar dan gelabah. Padahal kita orang order milo ais, teh o ais (2) dan ais kosong saja. Kita org tak order makan pun (langsung jadi tak lalu nak makan dah), dia ulang-ulang tanya sebab memang betol dia gabrah...

Menurut kata anak bujang ni (Frank), 90 % 'restoran mamak' di Sekitar Seremban-Senawang yang dia dah test / checked satu persatu dgn method tu, Hindu belaka pekerjanya! Macam2 style depa pusing2 cakap, panggil member lain lah, buat2 tak paham cakap lah, tapi dek kerana kepandaian si budak ni, semua kantol belaka simple test yang dilakukan. Kalau yang ade Muslim dikalangan pekerjanya, pun terlalu sedikit nisbahnya - sorang dua sahaja, yang didapor memasak tentu jadi tanda soal. Dia bercerita in fact pernah sengaja masuk ke dapor dan jengok/perhati, dan ada restoran mamak dia nampak sendiri ada patong Hindu yang disembah dibilik belakang! (Kat luar sana ayat Qur'an digantong!).

So macamana ni? Boleh ke? Pada pandangan individu saya, kalau yang serve / masak makanan yang you makan tu bukan orang Islam, hakikat sebenarnya ape peduli dia barang yang you makan tu, halal ke, tak berapa halal ke, haram ke. Soal bersih kotor penyediaan makanan itu saya tak nak komen, bukan point perbincangannya disini. Kalau bukan isu halal haram pun lah, ada satu perkara lagi yang perlu kita ambil peduli iaitu mengenai hal air tangan spt di artikel yang saya pernah forward to some of you earlier.

Bayangkan, berapa ramai orang kita makan di kedai, dan 'restoran mamak' memang popular! Kira satu Malaysia tengok, berapa ratus (maybe ribu?) restoran ada, berapa juta orang Melayu ada, berapa banyak tahun dah berlalu. Saya sendiri dah bertahun-tahun balun roti canai dan toseh di restoran-restoran sedemikian.

Lepas insiden tu, saya akan lebih memilih dan berhati2 tempat mana nak makan. Saya bukan anti 'restoran mamak' atau nak tiup sentimen (perkauman), tapi kita mesti ambil berat bukan setakat apa yang kita makan tetapi siapa yang menyediakan makanan kita.

Khamis, Mei 22, 2008

Kisah Seorang Muallaf

Satu hal lagi yang peliknya dalam Judaism tak ada konsep neraka…yang ada syurga je… kalau macam tu kenapa nak buat baikkan? Kenapa hidup ni tak buat dosa je? kan elok? Kalau aku takde rasa takut dengan pembalasan atas kejahatan yang aku lakukan kenapa aku perlu berlaku baik dalam hidup

Aku dilahirkan sebagai seorang Yahudi Rusia . Perjuangan ku bermula semasa aku berumur 19 tahun. , Keyakinanku terhadap tuhan kerap berbolak-balik . cita-citaku dalam hidup ini mulanya adalah nak menjadi seorang bintang rock. Aku tinggal di US dan bekerja sebagai secretary….. sungguh melucukan..

Suatu malam aku berjalan ke dapur, tiba-tiba ternampak satu lembaga hitam rupanya kawan serumahku. Aku masih ingat bertanya dia " Boleh tak aku simpan vodka ini dalam peti ais ?. Lepas tu kami bersalaman dan kembali ke bilik tidur. Selepas itu , kehidupan aku berubah secara tiba-tiba.

Kawan aku ini adalah seorang muslim. Dia adalah oran Islam yang pertama aku kenali. Oleh sebab terlampau kuat semangat ingin tahu aku pun bertanya kepada dia tentang Islam….. Aku Tanya dia pasal sembahyang 5 waktu, perang jihad , siapa Muhammad?.

Perbualan kami turut disertai bersama dengan seorang kawan Kristian kami bernama Wade. Jadi kami pun membentuk dialog antara agama Islam, Yahudi dan Kristian. Dalam sesi tersebut kami telah menemui banyak perbezaan dan persamaan.

Tanpa kusedari minatku telah bertukar daripada sex, dadah dan berpesta kepada pencarian mendalam kepada agama. Satu pencarian yang aku perlu lengkapkan.. Pencarian kepada tuhan.dan pencarian bagaimana untuk mengikuti perintah tuhan.

Dalam kesungguhanku mencari kebenaran, aku bertanya kepada diriku’ OK kita mula cara mudah, ada berapa tuhan sebenarnya ? Aku yakin ada satu je..sebab kalau banyak tuhan akan jadi lemah sebab pasti berlaku perselisihan dan pergaduhan… Satu tuhan adalah keyakinanku. dan pilihanku.

Suatu ketika dulu aku buka mindaku kepada kemungkinan wujudnya tuhan. Aku analisa pandangan orang yang percaya dan tak percaya.. Yang membuat kan aku menyebelahi orang yang percaya adalah ungkapan ‘ setiap rekaan mesti ada perekanya" Dengan keyakinan sedemikian dalam diriku akhirnya aku sedar dengan yakin bahwa tuhan itu wujud. Aku masa tu masih tak dapat menjelaskannya tetapi jauh dalam lubuk hatiku aku percaya.

Ketakjuban yang baru aku jumpa ni diikuti dengan rasa tanggungjawab terhadap Penciptaku…. Dunia beragama kemudian menjadi tumpuanku.

Lepas tu aku bertanya pada diriku ‘ Mana aku akan mula? Secara lisan ada ribuan jenis kepercayaan. Aku perlu juruskan kepada hanya beberapa kepercayaan sahaja. Macam mana aku nak selesaikan masalah ini? Mula-mula cari yang percaya pada satu tuhan sahaja. Ini aku masukkan dalam kepala otakku .Tentu sekali ini logik sebab aku hanya percaya pada satu tuhan sahaja."

Ok, lepas tu .."ini maknanya kita tolak Ugama Hindu dan Buddha sebab keduanya percaya pada banyak tuhan. Jadai tinggal 3 saja ugama yang ada satu tuhan iaitu Islam , Yahudi dan Kristian…. Jadi oleh sebab aku ni Yahudi aku mula dengan Judaism ( Ugama Yahudi ) terdapat satu tuhan ,beberapa Rasul, 10 ‘commandments" , Taurat, jiwa Yahudi…apa..apa jiwa Yahudi?

Masa aku buat kajian perkara ini menghantui fikiranku. Ceritanya " Jika seseorang tu dilahirkan sebagai Yahudi dia ada jiwa Yahudi dan mereka mesti menganut Judaism ( ugama Yahudi )…’ tunggu jap..kalau macam tu ni dah jadi diskriminasi kan? Sedangkan ugama itu patut universal (menyeluruh) .

Jadi tuhan juga buat jiwa Yahudi, jiwa Krstian dan jiwa Muslim dan jiwa Hindu? Aku ingat semua manusia diciptakan sama sebagai manusia? Jadi kalau seseorang itu dilahirkan dalam sesuatu agama dengan ketentuan tuhan , maka dia mesti berada dalam agama tersebut walaupun akhirnya seseorang tu mendapati agamanya sesat?...hmmm aku tak percaya ..camtu zalim tuhan..ini mustahil..

Satu hal lagi yang peliknya dalam Judaism tak ada konsep neraka…yang ada syurga je…kalau macamtu kenapa nak buat baikkan? Kenapa hidup ni tak buat dosa je ? kan elok ? Kalau aku takde rasa takut dengan pembalasan atas kejahatan yang aku lakukan kenapa aku perlu berlaku baik dalam hidup?

Kita teruskan..Aku dapati Christianity ( agama Kristian) ok ada satu tuhan, seorang anak, seorang bapa dan roh suci…macam mana nak kata semua ni satu tuhan 1+1+1 =3 bukan satu? Jadi macam mana yang dikatakan percaya satu tuhan ?

Penjelasan lepas penjelasan, persamaan lepas persamaan dan perbandingan lepas perbandingan , analogi lepas analogi .. aku tak dapat terima konsep ini...Ok kita tengok isu lain pula…

Jesus mati disebabkan dosa kita dan dia lakukan sedemikian sebab kita telah dipenuhi dengan ‘dosa asli’. Jadi Jesus Christ anak tuhan perlu dikorbankan untuk menyelamatkan semua orang daripada neraka dan menyembuhkan kita daripada dosa yang diberikan kepada kita oleh Adam..

Ok kalau begitu maknaya kamu mengatakan bahwa kita dilahirkan sebagai orang yang telah sedia berdosa. ? Dan untuk jadi orang yang berdosa seseorang itu perlu melakukan satu dosa baru boleh jadi begitukan ? Jadi kamu beritahu aku yang bayi yang baru lahir telah melakukan kesalahan berdosa ? Yang ni pelik..takkan sebab kesalahan satu orang semua manusia kena pikul dosanya ? Apakah maksud pegangan sebegini? Seksa semua orang walaupun satu orang melakukan kesalahan ? Kenapa tuhan buat undang-undang macam tu ? Tuhan tak zalim..mustahil… tak logik… aku tak percaya.

Jadi Jesus Christ mati kerana beliau ‘ mengasihi manusia’ .. Nanti dulu dalam Bible disebut Jesus berkata " Bapa , kenapa aku dibuat begini? " Bermakna Jesus tak faham kenapa dia dibunuh secra kejam .. Tetapi kamu kata dia secara sukarela dikorbankan…. Walau apapun aku tetap tak dapat terima kepercayaan begini . Ok agama selanjutnya adalah Islam

Islam bermaksud penyerahan diri. Kpercayaan umumnya adalah satu tuhan, solat 5 waktu sehari semalam, infaqkan 2.5% zakat tahunan kepada fakir miskin, berpuasa bulan Ramadan..dan mengerjakan Haji sekali seumur hidup jika mampu. Ok tak ada yang sukar untuk difahami.

Tak ada yang bercanggah dengan logikku. Al-Quran adalah kitab mukjizat. Banyak bukti saintifik telah diperolehi daripadanya sejak 1400 tahu yang lalu.

Ok.Islam telah melepasi tapisan awalku tentang keagamaan.. Tetapi aku ingin bertanya beberapa soalan yang mendalam tentangnya.. Adakah Islam itu menyeluruh? Ya..semua orang boleh faham kepercayaan yang asas ini. Tiada analogi atau persamaan yang diperlukan.. Adakah ianya selaras dengan Sains? Sudah tentu.. terdapat berdozen ayat-ayat al-Quran yang menjelaskan tentang Sains moden dan teknlogi.

Semakin aku membuat kajianku keatas ratusan fakta logik yang aku baca dan buat kajian, satu perkara lagi mengetuk fikiranku…yang paling utama sekali Islam..nama agama . Aku dapati ianya disebutkan banyak kali didalam Al-Quran.

Walau bagaimanapun , mengingat semula kajianku yang lepas. Aku tak ingat pun melihat satu perkataan Judaism didalam ‘Old Testament" atau Christianity didalam ‘New Testament" . Perkara ini amat besar dan mustahak. Kenapakah kita tak jumpa nama agama masing-masing dalam kitab berkenaan? Sebab… memang tidak ada nama agama dalam kitab tersebut ..Saya pun berfikir..Judaism datang daripada perkataan "Juda" dan "ism" sementara Christinity daripada perkataan "Christ" dan " ianity"…

Jadi siapakah Juda ini? Dia adalah ketua kabilah Hebrew ketika tuhan menurunkan wahyu kepada manusia. Jadi agama ini dinamakan daripada nama seseorang..Ok. .kita tengok pula siapakah Jesus Christ ..Dia adalah orang yang menyampaikan risalah tuhan kepada golongan Yahudi. Jadi, kesimpulannya agama ini dinamakan dengan nama manusia.

Bercanggah dengan fakta, agama Judaism dan Christinity tidak ada disebutkan dalam kitab suci mereka..Bagi aku ini sangat pelik..aku tak boleh terima.

Kalaulah aku jual barang dari rumah ke rumah dan aku cakap pada tuan rumah" Tuan nak beli barangan (tiada nama ) ? Tentu sekali jawapan logik adalah ‘"Apakah barangan (tiada nama ) ini dipanggil ?..Pasti saya takkan dapat menjual walau satu produk pun yang tiadak ada nama bukan ?

Menamakan sesuatu adalah perkara asas manusia menentukan objek baik secara fizikal atau bukan fizikal. Kalau agama yang hendak dianuti dan sebar kepada manusia diatas mukabumi, tentu sekali ianya mesti ada nama.

Sudah tentu sekali nama agama adalah nama yang diberikan oleh tuhan yang maha Esa? Aku yakin macam tu…tepat sekali..Nama Judaism dan Christianity tidak ditulis dalam kitab suci mereka , manusia yang ciptakannya bukan tuhan. Kenyataan yang tuhan menurunkan agama untuk manusia ikuti tanpa nama adalah mustahil pada pendapat aku…..Tak masuk akal.

Pada hujah ini, Judaism dan Christianity dah hilang kredibiliti sebagai asli, logik dan menyeluruh sebagai sebuah agama daripada pandanganku.

Islam adalah hanya satu agama yang ada nama agamanya tercatat dalam kitab suci,,,, ini sangat penting dan bermakna bagiku.

Aku kini menyedari aku wajib mengikuti Islam…….kemudian aku mengucap syahadah…aku bersyukur diketemukan dengan kebenaran. Dulu aku dalam kegelapan ..kini aku dalam cahaya kebenaran. Allahu Akbar.

Oleh Michael David Shapiro

2 Segitiga Syaitan

Apakah dia 2 segitiga Syaitan ini?

2 Tempat popular itu ialah Segitiga Bermuda - Bermuda Triangle yang letaknya di antara perairan Florida, Amerika Syarikat - Puerto Rico, Mexico - dan kepulauan Bermuda (sila rujuk peta di bawah) di lautan Atlantik dan Segitiga Naga - Dragon’s Triangle (atau dikenali juga sebagai Laut Syaitan) yang letaknya diperairan Jepun iaitu di kepulauan Miyake, Lautan Pasifik, 100 km dari Tokyo. Dan segitiga ini berhampiran dengan satu lagi segitiga yang hebat sepertimana Segitiga Bermuda juga iaitu Segitiga Formosa yang berada di kepulauan Formosa, Taiwan. Dan bagi saya, Segitiga Formosa dan Segitiga Naga ini adalah seperti adik-beradik kerana ia amat hampir dan kejadian-kejadian aneh pun berlaku di sana sepertimana Segitiga Bermuda. Maka saya simpulkan bahawa ianya adalah kerajaan Iblis di sebelah timur , di samping Segitiga Bermuda yang mewakili kerajaan utama Iblis di sebelah barat.

Seperti yang anda dapat dilihat dalam peta-peta di atas, kedua-duanya berada di garisan tengah Bumi dan satu di sebelah barat (Segitiga Bermuda) dan satu di sebelah timur (Segitiga Naga). Kedua-duanya seperti sudah dirancang dan ada maksud yang tertentu. Cuma dalam firasat saya, yang sebelah barat itu adalah kerajaan yang mengawal sebelah barat Bumi manakala yang sebelah timur itu pula mengawal sebelah timur Bumi. Begitu strategik sekali pemilihan yang dibuat oleh mereka yang terlibat itu, isy7

Kedua-dua tempat ini sangat popular dengan kehilangan kapal, pesawat dan kehilangan-kehilangan misteri lain apabila melalui kawasan tersebut. Tetapi bukan kesemua yang melaluinya akan hilang, tetapi sejarah banyak membuktikan betapa terlalu banyak yang sudah menjadi korban dan akhirnya sepi tanpa berita (missing in action) di kawasan itu.

Mengapa kapal atau pesawat boleh ghaib dengan tiba-tiba di situ?

Ini lah yang menimbulkan tanda-tanya ramai manusia dan pelbagai pendapat telah diutarakan.

- Ada yang mengatakan kerana medan magnet yang menarik ke dasar laut, kerana tempat itu berada di garisan Agonik (Agonic line), di mana utara magnetik sama dengan utara geografik.

- Ia juga merupakan tempat pertemuan arus sejuk dan arus panas, yang boleh mewujudkan medan magnet. Juga diakui adanya wap yang naik dari air kawasan tersebut.

- Ada yang mengatakan kapal-kapal tenggelam kerana adanya gas methana dan terjadinya proses Methane hydrate yang mengurangkan ketumpatan air.

- Adanya satu kawasan yang diberi nama ‘Blue Hole’, tetapi ia masih diragui kerana Blue Hole tidak mampu untuk menyedut kapal-kapal besar.

- Terjadinya ribut dan ombak laut yang amat besar menenggelamkan kapal-kapal yang melaluinya.

- Ada pula pendapat mengatakan mereka diculik oleh makhluk asing yang tinggal di situ.

- Dan tidak kurang yang mengatakan mereka diculik oleh kerajaan jin dan iblis.

Maka teori sekadar tinggal teori. Tetapi pendapat yang terakhir itu ada banyak relevannya dari segi kerohanian kerana ada banyak sebab. Antaranya;

- Iblis dan jin telah banyak yang lari ke kawasan lautan dan dasar laut.

- Syaitan amat suka bermain-main di tempat antara cerah dan gelap, sejuk dan panas.

- Dajjal telah bersepakat dengan kerajaan Iblis, dan mereka mahu meniru dan melawan istana Nabi Sulaiman dahulu, lalu mereka bina singgahsana kristal di tengah lautan.

Maka timbul pula soalan, mengapa mereka mahu menculik manusia? Maka di situ tidak pastilah apa tujuan mereka. tetapi andaian-andaian boleh dibuat kerana mungkin mereka perlukan tenaga manusia untuk bekerja dengan mereka, mungkin mereka mahu mengkaji tentang tubuh badan manusia, mungkin mereka mahu mengawal manusia yang mereka culik itu dan menjadikannya spy bagi mereka dan macam-macam andaian lagi boleh dibuat kerana penculikan itu ada logiknya berdasarkan kepada banyak faktor.

Dan begitu juga dengan teori-teori yang berkaitan dengan sains tadi, semuanya ada logiknya. Cuma yang mana paling tepat masih menjadi misteri. Bukan sekadar misteri nusantara, tetapi Misteri Antarabangsa! Dan mungkin ia juga ada kaitan dengan misteri tenggelamnya benua Atlantis suatu masa dahulu.

Semua tempat yg merupakan pertemuan dua laut, yakni pertemuan antara aliran air panas dan sejuk, adalah kawasan yang dipilih oleh Iblis dan pembantu2nya sebagai pusat pemerintahan kerajaan dan negaranya. Seperti yg dimaksudkan oleh Nabi Muhammad saw. ketika beliau melarang seseorang untuk duduk di antara tempat yang panas dan yang teduh. Beliau mengatakan, “Itu adalah tempat duduk syaitan”.

Kerajaan-kerajaan jin di atas air

Kita tinggal di atas Bumi yang merupakan 71% adalah permukaan air manakala hanya 28% daratan. Secara terangnya kita hanya menghuni hanya 1/3 dari kawasan Bumi (walaupun kita tidak menghuni secara padat). Iblis dan jin pula telah Allah ciptakan beribu-ribu tahun terlebih dahulu dari Allah mencipta Nabi Adam a.s sebagai khalifah di muka bumi ini. Menunjukkan betapa mereka sudah tersangat maju dalam sains dan teknologi sehinggakan tempat tinggal mereka berada di mana-mana termasuk di atas air.

Maka tidak hairanlah apabila kita melihat sekarang ada manusia pun yang dapat berjalan atas air, walaupun dia bukannya seorang Islam yang warak. Tidak lain dan tidak bukan semua itu adalah dengan bantuan para jin.

Apa kesukaan jin dan kesukaan manusia?

Dan makhluk-makhluk halus yang terdiri dari unsur-unsur api, zarah-zarah mereka terdiri dari caj-caj elektrik, amat suka kepada tempat pertemuan antara panas dan sejuk. Maka Segitiga Bermuda dan Segitiga Formosa adalah antara tempat pertemuan arus panas dan sejuk yang terbaik di dunia kerana ia terletak strategik di tengah garisan khatulistiwa Bumi. Dan tidak lupa jin-jin juga suka makan asap, kerana asap juga berasal dari unsur api. Seperti mana kita manusia yang sukakan minuman segar, makanan yang hangat, buah-buahan segar dan menghirup oksigen dan udara segar kerana kita ini terdiri dari 4 unsur iaitu air, api, tanah dan angin. Air pasangannya api manakala tanah pasangannya angin.

Kesimpulan

Misteri 2 segitiga syaitan ini menghubung-kaitkan pula kepada beberapa misteri segitiga lain termasuklah

- piramid yang berbentuk segitiga,

- lambang syaitan dan kerajaan Israel yang berbentuk dua segitiga tonggang-terbalik dan gabungan segitiga-segitiga,

- konsep Trinity (3 dalam 1) di dalam agama kristian ,

- lambang-lambang segitiga yang banyak terdapat di serata dunia ,

- segitiga-segitiga emas (kawasan dadah),

- misteri UFO dan sebagainya.

Dan hendaklah kita ingat, bukan hanya manusia yang mempunyai kerajaan di dunia ini, tetapi ada lagi makhluk lain yang berkerajaan termasuklah kerajaan jin dan iblis laknatullah. InsyaAllah, bicara tentang pengetahuan bersangkutan hal ini akan disinambungkan dari semasa ke semasa. Segala komen adalah dialu-alukan untuk mengutarakan pendapat-pendapat anda. Wallahu a’lam

Rujukan :

1 - Dialog dengan jin muslim - Muhammad Isa Dawud.

2 - Wikipedia

dipetik dari : http://hikmatun.wordpress.com/