Anjing adalah binatang peliharaan yang jinak dan berguna kepada manusia. Untuk itu kenapa ia diharamkan? Dari segi pendekatan saitifik, kajian membuktikan air liur anjing mengandungi bakteria yang membahayakan manusia. Ini kerana anjing tidak berpeluh tetapi pengomoskawal-aturannya adalah melalui lelehan air liur dari mulutnya yang sentiasa ternganga.
Kesan gigitan anjing, jika tidak dirawat segera akan memudaratkan manusia. Ini terbukti dari kajian yang diterbitkan di dalam journal sains barat, di mana mereka telah mengkaji tentang bahaya anjing sebagai binatang peliharaan. Rasulullah SAW sendiri menyuruh supaya dibunuh anjing gila kerana penyakit merbahaya yang mungkin merebak dalam masyarakat akibat gigitannya. Memandangkan kepada bahaya air liur anjing ini, nabi Muhammad SAW telah menyuruh kita menyamak bekas yang dijilat oleh anjing, sebagaimana yang termaktub dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Muslim, dengan enam kali air bersih dan satu kali air yang bercampur dengan lumpur.
Kajian saintifik menunjukkan kuman-kuman yang terdapat di dalam mulut anjing itu dapat dimatikan dengan lumpur yang digunakan untuk menyamak bekas yang dijilat oleh anjing itu. Air liur anjing adalah najis Mughallazah. Anjing tidak boleh dimakan bukan sahaja kerana ia binatang yang najis, malah ia juga binatang yang bertaring dan menangkap binatang dengan cara menerkam. Walau bagaimanapun jika anggota badan kita kering, tersentuh dengan bulu anjing yang juga kering, hukumnya tidak najis. Anjing boleh digunakan untuk berburu dan bahagian yang digigit oleh anjing hendaklah dibuang. Bakinya boleh dimakan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan