1. Kitab Bible King James Version (KJV) telah diterbitkan pada tahun 1611.
2. The Holy Scriptures telah diterbitkan pada tahun 1917. Kitab ini adalah perjanjian lama untuk bangsa Yahudi. Ia adalah kitab lebih tua dalam bahasa Inggeris.
3. Revised Standard Version diterbitkan pada tahun 1952. Dikeluarkan oleh Mazhab Prostestan Amerika Syarikat dengan perubahan atas dasar naskhah-naskhah yang lebih hebat. Terus menerus disemak dengan APOCRYPHA untuk mazhab Katholik dan Orthodok Timur.
4. New Testament In Modern English telah diterbitkan pada tahun 1958. Kitab ini telah diterbitkan oleh seorang pendeta berbahasa Inggeris, J.B Philips yang mengubah kitab injil dan surat-surat ini supaya mudah difahami.
5. Todays English Version telah diterbitkan pada tahun 1966. Sebuah terjemahan dari perjanjian baru dalam bahasa yang ringkas, dari American Bible Society.
6. The Living Bible telah diterbitkan pada tahun 1966. Kitab ini telah dipopularkan oleh seorang bernama Kenneth Taylor.
7. The Yerusalem Bible diterbitkan pada tahun 1966. Dalam kitab ini perkataan Tuhan ditulis sebagai "YAHWEH". Bersejarah lain dari naskah Latin oleh Jerome dan ia terdapat percanggahan-percanggahan dan kritik moden.
8. New English Bible telah diterbitkan pada tahun 1970, walaupun di bawah perlindungan Anglican-Protestan tetapi mudah dibaca. Bersumber dari naskah-naskah kuno tanpa bergantung kepada terjemahan-terjemahan yang terdahulu.
9. The American Bible diterbitkan pada tahun 1970. Terbitan oleh Katholik Amerika Syarikat. Terjemahan daripada bahasa-bahasa yang lama. Kitab ini dan kitab Yerusalem Bible mendesak Bible dari Douay Rheimis Bible Katholik di mana lebih rendah mutunya dari KJV.
10. New American Standard Bible telah diterbitkan pada tahun 1971, disusun semula agar tidak diabaikan perkataannya. Bible ini menjadi kesukaan Fundamentalis kerana ia dipandang lebih tepat.
11. New International Version yang telah diterbitkan pada tahun 1973. Terbitan terakhir dari Perjanjian Baru oleh satu panel antarabangsa iaitu seramai 108 orang. Panel ini telah menerbitkan Bible yang lengkap pada tahun 1978.
Sumber: Hakikat Injil Serta Menjawab Persoalan-Persoalan Bible oleh Saifuddin Abdullah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan