Jumaat, April 11, 2008

Adakah Bible itu Injil yang Asli?

Saya amat tertarik dengan berita yang satu ini (kisah murtad Aishah Bukhari), dan merasa sedih dengan berbagai-bagai cerita murtad yang dapat kita dengar dewasa ini. Rasa-rasanya janggal, kerana saya, suatu masa dahulu, meninggalkan ugama asal saya, Kristian, untuk memeluk ugama Islam dan kini orang Islam pula beriya-iya nak masuk Kristian. (Agaknya Cik Aishah kita ni tak erti nak baca Quran dan tak pernah baca Bible). Saya ingin mengulas 'Kisah Aishah' ni kerana saya tertarik dengan kenyataan beliau yang mengagung-agungkan Bible dan meninggikan (menurut pendapat beliau) Nabi Isa dari Nabi Muhammad.

Mungkin selama ini, para netters cuma mengetahui secara kasar bahawa Injil itu telah mengalami perubahan, penghapusan dan sebagainya. Mungkin kebanyakan para netters yang tidak pernah 'buka' Bible, dan ini mengakibatkan pengetahuan tentang Bible itu tidak berapa berkesan. Maka, saya rasa ada baiknya, mengulas mengenai Bible secara mendalam kerana banyak perkara-perkara yang boleh kita ambil sebagai pengetahuan untuk memantapkan diri kita bilamana berdepan dengan penganut ugama lain. "Aku, kalau Aishah ni aku kenal, siap aku hentam dia cukup-cukup. Meluat aku!" Oleh itu, saya akan mengulas topik-topik berikut setakat kemampuan saya untuk renungan kita bersama:-

1) Percanggahan Surah dan Pengubahsuaian dalam Bible.
2) Bible- Satu Kitab yang menghina para Nabi.
3) Doktrin Trinity (KeESAan Tiga).
4) Doktrin Ketuhanan Nabi Isa.
5) Doktrin Ketuhanan Isa ANAK Tuhan.
6) Kristian mengatakan Nabi Isa mati disalib. Namun ada surah-surah (kira surah la ye) dalam Bible yang maksudnya tidak membenarkan kenyataan tersebut. Jadi di mana benarnya ajaran Kristian?
7) Doktrin Penebusan Dosa Awal dan Akhir.
8) Ramalan mimpi Isaiah tentang kedatangan Nabi Muhamad dan pengakuan Nabi Isa dalam Bible. Benarkah pendapat Cik Aishah yang mendakwa 'Isa greater than Muhammad'.
9) Apakah ayat dalam Injil Barnabas yang menurut pendapat Ulamak Kristian, diragui kebenarannya.
10) Nabi Muhamad SAW dalam Bible. (Ada! Diorang saja buat tak tahu)
11) Yang ni gempaq. Mungkin para netters tidak pernah dengar. Sesungguhnya kisah penurunan Surah yang pertama, Al-'Alaq, termaktub di dalam Bible. Allahhu Akbar!

Insyaallah, saya akan kemukakan surah tersebut untuk pengetahuan semua.

Dari itu, untuk tatapan dan pengetahuan bersama, marilah kita lihat apakah benar kenyataan Cik Aishah kita tu yang bangga sangat dengan Kristian dia.

1) PERCANGGAHAN SURAH DAN PENGUBAHSUAIAN DALAM BIBLE.

Benarkah kitab Injil yang ada sekarang benar-benar suci? Cik Aishah kurang faham maksud Al-Quran yang membenarkan kitab Injil. Al-Quran sememangnya membenarkan, meriwayatkan, mengiyakan dan mengakui bahawasanya Injil merupakan salah satu kitab yang diturunkan Allah untuk Nabi Isa. Tidak ada keraguan tentang perkara itu. Namun Al-Quran hanya membenarkan Injil asli yang mula-mula sekali diturunkan dan bukan Injil yang ada sekarang. Sejarah telah membuktikan bahawa Injil mengalami banyak perubahan selama berabad-abad yang mana perubahan tersebut telah membawa kepada senario penerbitan dua versi Injil iaitu Perjanjian Lama dan Baru. The Revised Standard Version, 1952 dan 1971, The New American Standard Bible dan The New World Translation of the Holy Scriptures telah menghapuskan beberapa versi berbanding dengan King James Version. Mana satu nak pakai ni? Apakah pengubahsuaian yang sedemikian rupa dapat mengekalkan ke'suci'an Injil? Apakah pengubahsuaian oleh tangan manusia menjamin kekalnya satu pegangan ke'Tuhan'an?. Perhatikan percanggahan surah-surah dalam Injil Perjanjian Lama dan Baru.

II Samuel 8 : 9-10 "Dan Daud mengambil darinya seribu kereta perang dan tujuh ratus lelaki berkuda dan dua puluh ribu lelaki berjalan kaki"

I Chronicles 18 : 4 "Dan Daud mengambil darinya seribu kereta perang dan tujuh ribu lelaki berkuda dan dua puluh ribu lelaki berjalan kaki"

II Samuel 6 : 23 "Oleh kerana itu Michal anak perempuan Saul tidak punya anak sehinggalah pada hari kematiannya"

II Samuel 21 : 8 " Tetapi raja telah mengambil dua orang anak lelaki Rizpah anak perempuan kepada Aiah, di mana dia telah melahirkan Armoni dan Mephibosheth untuk Saul; dan lima anak lelaki Michal iaitu anak perempuan Saul yang dibesarkan untuk Adriel, anak lelaki Barzilai suku Meholath"

Soalannya. "Adakah Michal mempunyai anak?"

Nota. Nama Michal dalam II Samuel 21 : 8 masih ada dalam versi King James dan The New World Translation of the Holy Scriptures yang digunakan oleh The Jehovah's Witnesses, tetapi telah ditukar kepada 'Merab' dalam The New American Standard Bible 1973.

II Kings 24 : 8 "Jehoiachim berumur lapan belas tahun ketika dia mula memerintah, dan dia memerintah Baitul Maqdis selama tiga bulan".

II Chronicles 22 : 2 "Jehoiachim berumur lapan tahun ketika dia mula memerintah dan dia memerintah selama tiga bulan sepuluh hari di Baitul Maqdis"

Nak tahu lagi?... Terlalu banyak. Lihat Genesis 6 : 3 Ayat ini mengenai Nabi Nuh.

"Dan Tuhan berkata: Rohku tidak akan selalu berjuang bersama manusia, kerana dia juga nafsu dan daging; namun hari-harinya akan seratus dua puluh tahun".

Akan tetapi, berapakah umur Nabi Nuh semasa dia wafat? Lihat Genesis 9 : 29

"Dan jumlah hari-hari Nuh itu ialah sembilan ratus lima puluh tahun semasa dia wafat"

Ajaran Kristian juga mempercayai bahawa Tuhan mencipta manusia dalam imejnya : putih, hitam atau apa saja, lelaki atau perempuan ? Hal ini tertulis dalam Genesis 1 : 26 .

"Dan Tuhan berkata : mari kita membuat manusia dalam imej kita, demi persamaan kita"

Tetapi hal ini bertentangan dengan Isaiah 40 : 18 dan 25.

"Lalu kepada siapa engkau mahu mempersamakan Tuhan? Atau persamaan apa yang engkau ingin bandingkan dengan dia?.....lalu kepada siapa engkau ingin menyamakan aku, atau apa serupa dengan aku? Kata Tuhan yang suci"

Lihat Psalm 89 : 6

"Demi langit, siapa yang boleh dibandingkan dengan Tuhan?"

Dan Jeremiah 10 : 6 - 7.

"Kerana sebanyak mana pun tiada yang menyamai engkau wahai Tuhan.....tiada yang dapat sama dengan engkau".

Fahami catatan ini. Luke 1 : 2 - 3.

" Bahkan sedang mereka menghantarkannya kepada kita, di mana dari awalnya ialah SAKSI-SAKSI MATA, dan PARA PENDITA YANG TERBAIK DI DUNIA; Ia nampak baik juga untuk aku mengetahui kefahaman yang sempurna tentang semua benda dari mula-mula sekali untuk MENULIS SEMUA PERINTAH engkau, Theophilus yang unggul"

Luke sendiri mengakui bahawa dia bukan saksi mata dan ilmu pengetahuan dan bukannya perkataan-perkataan yang diilhamkan oleh Tuhan. Apakah penulisan Luke itu sama dengan apa yang diturunkan. Terjaminkah kesahihan tulisannya. Apapun,catitannya dijadikan salah satu surah dalam Bible.

Fahami pulak catatan . II Timothy 2 : 8

" Ingatlah bahawa Tuhan Isa dari benih Daud itu telah dibangkitkan dari mati MENURUT KATA-KATAKU SENDIRI "

Lalu di mana benarnya ajaran Kristian?. Tidakkah itu satu bukti bahawa Bible yang ada sekarang telah ditokoktambah dan telah hilang kesuciannya?

Itulah serba sedikit perubahan percanggahan yang jelas ketara dalam Bible yang masih dinafikan oleh ulamak dan penganut ugama Kristian. Masih terdapat banyak lagi percanggahan surah-surah yang boleh kita dapati dalam Bible seperti dalam surah John, Matthew dan banyak lagi dalam Perjanjian Lama dan Baru. Tidak seperti Al-Quran yang terjamin keasliannya. Firman Allah dalam Surah Al-Hijr, ayat 9 yang bermaksud,

"Sesungguhnya, Kamilah yang menurunkan Al-Quran dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya"

Saya tak pernah jumpa satu jaminan yang sedemikian rupa dalam Injil. Lalu tanya diri kita. Seandainya kedua-dua Injil dan Al-Quran datangnya dari Allah dan hanya Al-Quran sahaja yang dijamin keasliannya sedang ia 'override' kitab-kitab yang lain, maka yang mana satu kita nak ambil. Manusia yang menggunakan akalnya akan mengatakan sudah pasti Al-Quran. Maka patutkah umat Kristian (lebih-lebih lagi Cik Aishah kita tu) mengakui injil yang ada sekarang sememangnya dari Tuhan dan bukan doktrin ciptaan manusia?

Sekian dulu buat kali ini. Dah penat dah ni. Insyaalah, kita akan bertemu lagi di topik yang kedua dan seterusnya. Sekian. Assalammualaikum untuk semua para netters.

Ahmad Redzwan Bin Abdullah @ Charles Rundi.

Tiada ulasan: