Jumaat, Mac 31, 2017

"Kecelakaan" Tatkala Lahirnya Pemimpin yang Menyesatkan

"Kecelakaan" Tatkala Lahirnya Pemimpin yang Menyesatkan ( Al-Aimmah Al-Mudhillin / أئمة مضلين )
Mendengar dua ucapan dlm clips Presiden Pas di bawah (klik di sini), saya merujuk satu hadith panjang akan betapa bahayanya kecelakaan yg akan berlaku pada ummah (yg dinisbahkan seperti kerosakan Dajjal) tatkala datangnya pemimpin-pemimpin yg berbohong dan menyesatkan pengikut, atau anak buah mereka, apabila demi matlamat politik dan kekuasaan mereka tealah sanggup lakukan pelbagai pembohongan, seperti amaran Rasulullah ini;
عن أبي ذر رضي الله عنه قال " كنت أمشي مع رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال لغير الدجال أخوفني على أمتي ( قالها ثلاثًا ) " قال قلت : يا رسول الله ! ما هذا الذي غير الدجال أخوفك على أمتك ؟ قال أئمة مضلين [ Hadith Riwayat Imam Ahmad ]
Maksud jelas hadith ini; Rasulullah memberi amaran bahawa selain kecelakaan yg bakal dibawa Dajjal, perkara yg turut baginda takuti terjadinya pada ummat baginda ini adalah tatkala wujudnya dalam masyarakat segolongan pemimpin-pemimpin yg terus melakukan kesesatan pada pengikut atau masyarakat itu sendiri.

Bahkan terdapat juga beberapa hadith lain yg sama maksudnya "pemimpin yg menyesatkan" diistilahkan oleh Rasulullah sbg satu kerosakan yg amat ditakuti pada satu masa kelak.
Apa pula kaitannya "pemimpin yg menyesatkan" dan gerakan Islam?

Ikhwah yg dirahmati;
Tulisan ini merujuk juga pada pelbagai kupasan terdahulu yg lebih terperinci pada persoalan yg hampir sama, ie: salah laku pada gerakan Islam. 

[1]. Satu wabak yg sgt jelas berlaku pada sesetengah gerakan Islam adalah, bermulanya dari tujuan dakwah sbg sebab penubuhan mereka, akhirnya apabila wujudnya elemen "kuasa dan pengaruh (politik)" tatkala kepelbagaian pendapat berlaku, maka ia akhirnya membawa kepada persaingan sesama gerakan Islam pula. Yg tinggal selepas itu adalah survival utk mengekalkan pengaruh dan pengikut kumpulan masing-masing, bukan lagi mencapai natijah dakwah semata.
[2]. Bahkan ada kalangan gerakan Islam itu merasakan tidak boleh lagi kekal wujud tanpa gerakan mereka itu dikuatkan dgn memilih sesuatu fahaman indoktrinasi pengikut utk mereka terus kekal "intimak" bersama kumpulan mereka. Maka disitulah bagi gerakan Islam itu mula mengadaptasikan kaedah paling mudah iaitu dgn melaksanakan "indoktrinasi melalui sistem tarbiyyah", yg dijadikan premise pembentukan minda dan sikap pengikut kumpulan terhadap kumpulan (atau jamaah) lain.
[3]. Bahayanya adalah kerana, tatkala indoktrinasi telah mengambil-alih peranan sebenar tarbiyyah, maka perlaksanaan indoktrinasi itu TIDAK SESEKALI berjaya tanpa wujudnya ciri plg asas indoktrinasi, iaitu "pembohongan" dlm mencapai matlamat sesebuah gerakan itu. Dan jelas disebut melalui pelbagai literature dan kajian sikap, bahawa kejayaan indoktrinasi adalah sgt berkait pada betapa tingginya perlakuan "deception" (disebut pembohongan atau lakonan bohong) yg disuburkan di dalam sesebuah gerakan atau organisasi itu.
[4]. Dan jika kita soroti juga contoh yg lebih extremme berkaitan indoktrinasi agama, maka kita akan faham bahawa ajaran Syiah itu sendiri adalah process indoktrinasi agama yg sgt hebat yg asalnya hanyalah bermula dari perbezaan pandangan pada perlantikan Khalifah Islam pengganti Rasulullah sahaja, namun diangkat sehingga menjadi isu aqidah sehingga berleluasanya pembunuhan sesama muslim dlm sejarah Islam.
[5]. Ini kerana satu ciri plg utama Syiah yg diakui ulamak adalah terbinanya sikap wajib "taqiyyah" / deception sbg asas pada pegangan ajaran Syiah tersebut. Bahkan ada sesetengah ajaran Syiah itu sendiri yg telah dikategorikan ulamak sudah tergelincir dari aqidah Islam itu sendiri.
[6]. Namun dalam kes perbezaan politik Malaysia yg kecil ini, pun sama kita dapati wujudnya kalangan organisasi (NGO, persatuan, atau pun parti) yg berlabelkan Islam yg turut menjadikan "perbuatan atau percakapan bohong" (deception) mereka itu sbg keperluan dlm mereka berorganisasi, atas beberapa perkiraan berikut, antaranya;
(a) Berbohong (secara sengaja atau tidak) adalah satu kaedah "marketing" / kempen utk menarik dan meyakinkan pengikut menyertai mereka, atau utk terus kekal bersama mereka menolak kumpulan lain. Tanpa pembohongan dilakukan, pasti ahli kumpulan akan mudah teruja atau terpesona pada kumpulan lain, yg akan menjadikan mereka semakin hilang pengaruh dan dipinggirkan.
(b) "Deception" / pembohongan turut berlaku tatkala kepimpinan hanya mendiamkan diri sahaja apabila fitnah terkena pada ahli atau kumpulan lain yg mereka musuhi, sekali pun mereka tahu ianya satu yg tidak benar. Kerana bagi mereka, berdiam pada satu kesalahan (atau kezaliman) yg kena pada pihak musuh itu adalah kekuatan untuk mereka mara ke depan.
(c) Dan ketiga, berbohong juga terpaksa dilakukan demi membangkitkan rasa "izzah" (rasa mulia dan berbangga) ahli atau pengikut utk kagum pada Ketua / Presiden atau kumpulan yg mereka anggotai itu. Maka selaku kepimpinan, pelbagai khayalan, pencapaian, rekaan kejayaan, atau jumlah sokongan pertambahan ahli (inflation), dan lain-lain perkara yg boleh membanggakan ahli dicanangkan semaksimanya, sekalipun ianya salah, agar terbina "feel good factors" pemikiran ahli atau masyarakat luar yg mehu menyokong mereka tersebut.

Contoh yg pernah saya bawakan adalah kenyataan; (Contoh pembohongan pimpinan yg sengaja dibiarkan)
"... kita hendaklah yakin bahawa hanya Pas sahajalah sebuah jamaah Islam yg diredhoi Allah yg pertama di Malaysia yg hukumnya adalah wajib semua bersama dengannya, dan haram para pelajar menyertai mana-mana jamaah atau gerakan Islam bathil yg lain disebabkan jamaah lain itu ditubuhkan selepas tertubuhnya Pas...".
Kenyataan spt di atas adalah "analogi paling mudah" yg suka digunakan oleh sbhgn kepimpinan party berlabel Islam itu demi memastikan ahli dan penyokong mereka setia bersama mereka..., walau mungkin ada kalangan mereka itu pada anggapan saya tidak pun terfikir untuk berbohong atau menyesatkan ahli-ahli bawahan mereka. adalah perlakuan secara langsung disebabkan kejahilan atau naifnya kefahaman politik mereka atau "kefahaman jamaah Islam" itu sendiri.
Itu hanyalah contoh yg biasa berlaku, di mana keperluan deception itu sangat mendesak bagi sesetengah kepimpinan parti itu sbg modal pentarbiyyahan kalangan ahli mereka.
[7]. Dan seperti biasa pula, setiap kali sesuatu pembohongan itu ditegur atau dibawakan hujjah benar yg lain, apa yg pasti berlaku adalah "tukang bohong" itu cuba menutup pula dgn pembohongan baru lain demi memastikan matlamat asal indoktrinasi itu terus tercapai. Dan process itulah akan berterusan sehingga seolahnya mereka tidak boleh lagi wujud (tidak boleh survive) tanpa terlaksananya "pembohongan demi pembohongan" dlm setiap program atau perbincanganmencari pengaruh kumpulan itu.
Dan itulah definisi sebenar "indoktrinasi" & deception dlm kajian kamus modern kini.
[8]. Cuma bagi ahli atau penyokong bawahan pula, penghalang utama utk mereka dan pengikut pengikut bawahan bagi menerima kebenaran adalah kerana perasaan "yakin yg keterlaluan" (tsiqah sgt tinggi) yg terbina pada susuk seseorg ketua atau pemimpin kumpulan tersebut, yg akhirnya menjadikan apa pun jua teguran atau bantahan terhadap ketua itu akan langsung diabai atau tidak diendahkan. Bahkan dianggap sbg serangan atau fitnah pula!
[9]. Begitulah pada Syiah, apabila susuk Ayatullah atau keputusan 12 Imam mereka itu sudah dianggap menghampiri maksum yg haram dibantah atau dipertikaikan, melainkan hanya wajib ditaati secara total oleh semua.
Dan sekarang;
Apa yg berlaku di hadapan kita, indoktrinasi atas nama agama inilah terjadi pada Pas dan kepimpinannya kini, termasuklah contoh terbaru pada dua ucapan Presiden Pas tersebut!
[10]. Bagi ahli bawahan, setiap kali ucapan Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (dipanggil mereka sbg Ayah Cik, atau Tok Guru etc), mereka hanya dilatih hanya utk dengar dan patuh sahaja. Tak patut wujudnya elemen bertanya, pertikai, atau cubaan menegur sekalipun tahu ianya salah dan melanggar perjanjian dan hukum-hakam agama. Kerana tindakan menegur atau mempertikaikan itu akan membawa kepada tuduhan khianat atau menderhaka pada jamaah Islam, atau lebih tragis disebut sbg "munafiq haraki"!
[11]. Dan disitulah lahir salah guna istilah yg paling mudah dan gemar oleh kepimpinan Pas iaitu "mesti walak" (daripada perkataan mulia "wali" dlm Al-Quran) yg disalahertikan sbg kepatuhan total dan totok hanya pada Presiden party semata. Hatta kini terbinalah pula terma balas "walaun" (atau kumpulan walak total) yg merujuk sikap kepimpinan atau ahli Pas yg sanggup berlaku apa pun sahaja demi pertahankan ketua dan pemimpin tanpa berani pun berhujjah balas dgn baik. Ikhwah, sahabat seperjuangan yg dirahmati;
[12]. Dan jika kita rujuk pada awal video yg dikongsikan di bawah, saya yakin bahawa kenyataan dlm ceramah Presiden Pas pada petugas pilhanraya Pas itu hanyalah bertujuan mengajak ahli terus bekerja kuat utk PAS atas alasan pembahagian kerusi antara Umno dan Pas telah berjaya dilakukan dan sgt menguntungkan Pas apabila 5 negeri dipersetujui kepunyaan Pas, tanpa Umno mengganggu lagi Pas! Pastinya ia kejayaan sgt besar buat Pas. Dan dibanggakan pendengar apabila Pas bakal menjadi Menteri Besar bukan sahaja di Kelantan, tetapi di 4 buah lagi negeri dlm PRU14 kelak!
[13]. Natijahnya ahli yg "percayakan total" pada Presiden Pas dan walak buta itu akan teruja dan bersemangat utk terus bekerja keras, kerana selama ini belum pernah pun Pas berjaya memerintah 5 negeri secara serentak. Barangkali akan ada yg sebut pula sesama mereka "...inilah karamah nya apabila ulamak memimpin, kerana keberkatan Allah turun dan digeruni musuh....". Presiden Pas pula menyebut itu adalah sandaran pada "politik Matang dan Sejahtera" yg dilakukan terhadap Umno kini demi keuntungan Melayu dan Islam...
[14]. Tapi sekali kenyataan itu tersebar, dan ditanyakan langsung oleh media pada Presiden Pas, Hj Hadi Awang hanya memilih untuk berbohong secara terbuka daripada mengiyakan persepsi umum bahawa Pas sedang membuat komplot politik bersama Umno yg cukup dibenci oleh rakyat pada masa ini. Ini kerana bagi Pas, adalah tidak baik pada perkiraan politik mereka utk persekongkolan dgn Umno itu terbocor umum dlm bentuk pengakuan Presiden, kerana kebencian pada Najib Umno/BN itu akan turut memberikan kerugian pada mereka juga, jika kesepakatan 5 negeri itu diakui benar.
Ikhwah yg dirahmati Allah;
Saya / kita memandang sgt serious kejadian "pembohongan atas nama agama" oleh mana-mana pun kepimpinan kumpulan / organisasi berlabel Islam sebegini. Kita cukup takut pelbagai kenangan pahit indoktrinasi agama sesama gerakan Islam yg pernah berlaku di Malaysia zaman 1980/1990an itu berulang kembali.
Saya bawakan kembali beberapa kisah pahit yg saya sendiri lalui sebelum dlm berhadapan dan menegur segelintir sikap pembohongan agama yg, antaranya;
(a) Selepas tertubuhnya Pakatan Rakyat, pada hujung 2009, saya terpaksa mengambil keputusan membuat "laporan tatatertib" pada Pas Pusat terhadap usaha Pas di Selangor pada masa itu yg cuba meruntuhkan perjanjian PR atas pelbagai alasan dan fitnah ditujukan pada PKR / Dap "sebagai anti Islam", dan juga usaha dalaman utk menjatuhkan Menteri Besar pada masa itu. Gambaran dilontarkan bahawa tak salah utk Pas berbuat sedemikian pada Pkr/Dap kerana "kita parti Islam" sedangkan Pkr/Dap itu bukan perjuangkan Islam. Pas katanhya perlu memimpin dan menjadi Menteri Besar di Selangor, kerana itu kehendak Sultan dan rakyat (walau hanya menangi 8 kerusi sahaja!)
Pahitnya, luka dari tindakan itu cukup mendalam. Walau sekalipun Hasan Ali dan Nasharuddin Mad Isa tidak lagi bersama Pas, namun doktrin "parti Islam" vs parti bukan Islam itu terus dimainkan pula oleh ustaz-ustaz muda dan mentah Pas yg cuba bertindak menolak keputusan syura utk Pas terus kekal bersama PR sehinggalah terbubarnya PR pada 6 Jun 2015.
(b) Kedua, bermula 2010 juga, saya pernah menulis berkaitan Mufti Perak yg berkali-kali melontarkan pelbagai pembohongan dalam syarahannya dalam dan luar negara demi menunjukkan betapa bahayanya Dap / PKR dan beliau berkempen utk memastikan bahawa Umno/BN wajib terus dikekalkan dlm PRU13 lepas. Dahshyar sekali cerfcaan ada Tuan Guru Nik Aziz pada masa itu oleh beliau!
(c) Masa polemik itu juga (hingga kini), kami terpaksa berhadapan dgn sebahagian besar kepimpinan utama Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) termasuklah Kepimpinan Pusat mereka, Ust Abdullah Zaik, Ketua Wanita dan Ketua Majlis Syura ISMA yg dihantar ke pelbagai pgm luar dan dalam negeri utk menyebarkan pelbagai pembohongan politik demi memastikan pelajar tidak memberikan sokongan pada Pas/PR dlm PRU13 lepas. Ahli-ahli ISMA dan penyokong perjuangan Melayu Islam dibentangkan dgn bahan fitnah dan tohmahan terhadap Pas/PR demi menunjukkan betapa bahayanya Dap/Pkr jika menguasai Malaysia dlm PRU13 lepas.
Pernah satu ketika, saya bersemuka langsung dgn Ketua / YDP Majlis Syura ISMA (Ustaz Sharipuddin Ab. Kadir) selepas beliau berbohong hadapan pelajar "... sebenarnya ISMA telah dua tahun menulis utk berjumpa kepimpinan Pas bagi menegur kesalahan tahaaluf Pas dgn Dap/Pkr, tapi Pas tidak menolak dan tidak mahu bertemu dgn kami...".
Saya berhubung dgn kepimpinan Pas, kesemua SU Pas pada masa itu yg kesemua mereka membuat penafian langsung bahawa tidak pernah menerima apa-apa pertanyaan dari ISMA utk berjumpa. Dan akhirnya penafian dibuat sendiri oleh Ustaz Nik Ab Rahim Nik Abdul Aziz (anak TGNA yg juga pimpinan ISMA Kelantan) yg menegaskan bahawa kenyatan Ketua Majlis Syura ISMA itu adalah palsu kerana hakikatnya ISMA tidak pernah pun menulis surat untuk berjumpa Pas, atau berjumpa arwah ayahnya. ISMA katanya hanya bersuara di media utk tidak bersetuju dgn Pas tetapi tidak sanggup berhujjah balas secara berhadapan dgn pimpinan Pas pada masa itu!
Selain itu, saya dan beberapa ikhwah dari JIM/IKRAM pada masa itu terpaksa berhadapan dgn berbelas lagi kes pembohongan yg dibuat atas nama NGO Islam itu demi usaha menarik pelajar kepada NGO mereka demi melonjakkan nama NGO tersebut di dalam dan luar negeri pada masa itu.
(c) Yang ketiga, dlm PRU13, saya lihat tindakan yg jelas pembohongan atau pengkhianatan atas nama agama yg begitu ketara adalah apabila dengan sengaja Presiden Pas sendiri melakukan pertembungan 3 penjaru di Kota Damansara (dan beberap kerusi lain) sehingga PKR kalah satu kerusi DUN di situ.
(d) Dan segala teguran-teguran oleh kepimpin dalaman Pas, Dap/PKR pada masa itu sehinggalah 2015 terus dibalas oleh Presiden Pas dgn pelbagai lagi pembohongan dan pengkhianatan pada janji-janji PR termasuklah dlm kemelut pertukaran MB Selangor oleh PR. Presiden Pas dilihat seolahnya langsung tak berasa salah utk berbohong dlm ucapan dan tindakan sepanjang peristiwa itu, hinggalah PR terbubar pada 2015 atas keputusan yg dilakukan oleh Presiden Pas sendiri!.
Dan itulah sebenarnya cabaran yg kami lalui dalam berhadapan pelbagai kemelut bohong dan indoktrinasi agama yg berlaku tersebut!
Dan itulah juga nilainya yg terpaksa dilalui oleh sebahagian kepimpinan Pas pada masa dulu utk bertindak meninggalkan parti yg lama mereka dokongi itu tidak sanggup lagi bergelumang dgn doktrin pembohongan dan pengkhianatan Presiden parti sendiri pada masa tersebut.
Kesimpulannya;
Berdasarkan video di bawah, antara kupasan yg dapat dilakukan adalah;
(1) Dalam video ucapan Hj Hadi yg pertama, ianya sudah sangat jelas dan terang pembohongan Hj Hadi pada ahlinya adalah bahawa Umno dan Pas telah bersetuju pada pembahagian kerusi untuk saling menguasai hanya beberapa negeri sahaja, tanpa Umno mengganggu 5 Negeri lain yg ditandingi oleh Pas.
(2) Dan dalam video kedua pula, apabila ucapan pertama Hj Hadi itu telah terbongkar, atau mungkin Hj Hadi langsung tidak sedari ia telah menjadi viral, beliau memilih utk berbohong di hadapan media, kerana jika pengakuan dilakukan, ianya pastinya bakal disanggah oleh ahli dan kepimpinan Umno sendiri,
(3) Dan ketiga, sikap "walak buta" yg paling jelas berlaku adalah, tiada siapa pun yg berani menegur pembohongan Presiden Pas atau dikenali sbg ulamak dunia yg sgt mereka yakini itu. Termasuklah Setiausaha Politik (Dr Samsuri) dan Nik Abduh yg berada disebelahnya hanya tunduk membiarkan sahaja perlakuan bohong itu berlalu tanpa rasa bersalah atau atau cuba diperbetulkan.
Dan kesemua itulah conoh jelas pada ciri-ciri positif "kejayaan sesebuah indoktrinasi agama" yg sedang berlaku dlm gerakan berlabel Islam pada masa ini.
Bersaksilah Allah aku telah berkata kebenaran ini, walau ianya pahit.
W'alam
Ahmad Sayuti Bashiron | Shah Alam 19 Mac 2017

Tiada ulasan: