Antara objektif individu
Muslim menziarahi kubur adalah untuk memperolehi faedah daripadanya,
terdapat beberapa amalan dan adab yang sunat dilakukan; samada sebelum
atau semasa berziarah. Amalan ini bukan sahaja menghasilkan ganjaran
kepada orang yang berziarah itu sendiri, bahkan juga akan mendatangkan
manfaat kepada si mati. Marilah kita perhatikan antara amalan-amalan
tersebut secara ringkas: Antara amalan yang sunat dilakukan sebelum
pergi menziarahi kubur ialah:
Berwudhu’ dan memakai pakaian
yang sopan dan menutup aurat. Kemudian, barulah kita bertolak menuju ke
tanah perkuburan dengan membulatkan hati, berniat ikhlas selari dengan
tujuan-tujuan ziarah sebagaimana yang telah disebutkan terdahulu.
Apabila tiba di tanah perkuburan pula, antara perkara yang sunat
dilakukan ialah:
Pertama: Memberi salam kepada
ahli atau penghuni kubur. Maka cara yang afdhal salam ini dilakukan
ialah dalam keadaan kita berdiri di tepi perkuburan, dengan membelakangi
qiblat dan menghadap ke arah muka ahli kubur yang diziarahi.
Sekurang-kurang lafaz salam ketika menziarahi kubur ialah:
Maksudnya: “Mudah-mudahan Allah limpahkan salam sejahtera kepada kamu sekalian.”
Ataupun, doa yang telah diajarkan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dalam hadits riwayat Muslim :
السلام عليكم يا اهل الديار من الموءمنين و المسلمين و إن إنشا الله تعالى بكم لا حقون نسأل الله لنا ولكم العافية
Maksudnya: “Mudah-mudahan Allah
limpahkan salam sejahtera kepada kamu sekalian, wahai penghuni
kampung-kampung dari kalangan mukminin dan muslimin, dan sesungguhnya
kami, Insya Allah, akan bertemu kamu, kami memohon kepada Allah ‘afiat
untuk kami dan untuk kamu sekalian.”
Kedua: Disunatkan membaca
Al-Qur’an dalam keadaan duduk, terutamanya membaca Surah Al-Ikhlash
sebanyak sebelas kali atau membaca Surah Yasin, kemudian menghadiahkan
pahala bacaan itu kepada mereka. Sabda Baginda Shallallahu ‘alaihi
wasallam yang diriwayatkan oleh Ad-Daruquthni:
Maksudnya:
“Siapa yang masuk ke kawasan
perkuburan lalu membaca Surah al-Ikhlash sebelas kali, kemudian
menghadiahkan, pahala bacaan itu untuk orang-orang yang mati, maka dia
akan diberi pahala sebanyak bilangan (pahala) orang-orang yang mati.”
Sebuah
hadits pula yang diriwayatkan oleh Ma‘qil bin Yasar Radhiallahu ‘anhu,
Abu Daud, dan dianggap shahih oleh Ibnu Hibban, berbunyi:
Maksudnya:
“Bacalah ke atas keluarga kamu yang telah mati akan Surah Yasin.”
Ketiga: Setelah selesai membaca al-Qur'an, untuk menghadiahkan pahala bacaan kepada si mati sebaiknya dibaca:
اللهم أوصل ثواب ما قرأته الى فلان
Maksudnya: “Ya Allah, sampaikanlah pahala apa yang telah ku baca ini kepada si Polan.”
Keempat: Setelah itu, disunatkan
kita berpaling ke arah qiblat serta mengangkat kedua-dua belah tangan
untuk berdoa. Dalam kita memilih mana-mana doa yang akan dibacakan, apa
yang lebih penting ialah kesungguhan kita dalam memahami maknamaknanya,
kerana ianya dapat menolong ke arah melahirkan matlamat ziarah itu
sendiri. Di antara doa-doa itu ialah:
Maksudnya: “
Mudah-mudahan Allah limpahkan
keselamatan ke atas kamu, wahai penghuni kubur dari kalangan mukminin
dan muslimin, dan sesungguhnya, sekiranya diizinkan Allah, kami akan
bertemu dengan kamu. Kamu telah mendahului kami, dan kami akan menyusuli
kamu, dan kami memohon kepada Allah ke‘afiatan bagi kami dan bagi kamu
juga.”
Maksudnya:
“Mudah-mudahan Allah limpahkan
keselamatan ke atas kamu, wahai ahli kubur, semoga Allah mengampuni kami
dan kamu, kamu orang yang mendahului kami, dan kami akan menyusuli
kamu.”
Selain itu, kita juga disunatkan
memberi salam ketika melintasi mana-mana kubur orang-orang Islam;
walaupun tanpa niat untuk ziarah, dan juga berdoa untuk keselamatan
mereka.
Kelima: Selepas berdoa,
antara amalan yang sunat kita lakukan ialah merenjiskan atau memercikkan
air ke kubur dan meletakkan pelepah daun atau bunga yang masih hijau di
atas kubur.
Kesemua perkara ini
adalah berdasarkan kepada Sunnah atau amalan Rasulullah Shallallahu
‘alaihi wasallam seperti yang diriwayatkan oleh Imam asy-Syafi‘e
Rahimahullah, bahawa sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi
wasallam memercikkan air di kubur anaknya, Ibrahim. Manakala meletakkan
pelepah daun atau bunga yang masih hijau di atas kubur merupakan ikutan
daripada perbuatan Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam. Baginda meletakkan
pelepah kurma yang masih hijau di atas kubur anaknya, Ibrahim.
Disebabkan berkat tasbih pelepah atau bunga tersebut, maka siksa orang
yang telah mati di dalam kubur diringankan.
Larangan-Larangan Yang Perlu Dijauhi
Di samping mengerjakan
perkara-perkara sunat, terdapat juga larangan yang perlu dijauhi oleh
mereka yang hendak menziarahi kubur. Antaranya ialah:
(1) Janganlah meratap, memekik, serta memukul-mukul pipi, kerana terlalu dukacita.
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi
wasallam, telah melarang perbuatan sedemikian, berdasarkan sebuah hadits
daripada Buraidah Radhiallahu ‘anhu:
Maksudnya:
“Tidak termasuk di dalam
golongan kami orang yang memukul-mukul pipinya, mengoyak-ngoyak
koceknya, berteriak-teriak seperti yang dilakukan oleh orang-orang
Jahiliah.” (Hadits muttafaq ‘alaih)
Adapun sedih atau mengalirkan
airmata tanpa ratapan tidaklah dilarang, kerana kesedihan dan
mengalirkan airmata itu merupakan tanda rasa kasih kepada ahli kubur
atau merasa insaf tentang hari kematian.
(2) Makruh duduk di atas kubur. Akan tetapi duduk di sekitar atau di sekeliling kubur tidaklah dilarang.
Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu meriwayatkan sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:
Maksudnya:
“Seseorang yang duduk di atas
bara api lalu terbakar pakaiannya sehingga terkupas kulitnya, adalah
lebih baik baginya daripada dia duduk di atas kubur.”(Hadits riwayat
Muslim)
(3) Jangan (tidak harus) memijak
kubur tanpa keperluan ataupun hajat, kerana memijak itu sama hukumnya
seperti duduk. Walau bagaimanapun, jika tidak ada jalan menuju ke kubur
yang hendak diziarahi itu melainkan memijak kubur yang lain, maka ketika
itu harus memijak kubur kerana adanya keuzuran.
(4) Haram melakukan
perkara-perkara khurafat yang menjejaskan aqidah seperti mencium kubur,
mengusap-usap tanah perkuburan dan yang seumpamanya.
Maka berdasarkan penjelasan yang
ringkas ini, hukum asal bagi perempuan Islam menziarahi kubur adalah
makruh. Ia tertakluk kepada seluruh aspek yang berkaitan dengan hukum
Ziarah itu; seperti tujuan
ziarah, keupayaan menjaga adab dan tuntutan syara‘, serta menjauhi
larangan. Mereka juga boleh, bahkan sunat, membaca ayat-ayat al-Qur’an
dan berdoa untuk simati.
Sumber: http://pepitasngo.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan