Khamis, Ogos 04, 2011

Tips Solat Tarawih Yang Gemilang

Solat tarawih adalah solat yang paling di tuntut untuk dilakukan ketika dalam bulan Ramadhan. Walaupun ianya sunat tetapi ganjaran pahalanya sangat lah besar dan orang Islam hanya bertemu dengan solat tarawih hanya setahun sekali. Jadi janganlah lepaskan peluang ini untuk topup amal ibadat kita. Di sini saya kongsikan beberapa tips untuk dapatkan solat tarawih yang terbaik Insyaallah.

Tips Solat Tarawih Yang Gemilang

1. Berbuka puasa yang tidak terlalu kenyang agar badan ringan, mudah untuk solat jemaah.

2.Solat tarawih yang afdhal adalah di sepertiga malam. Sebagaimana Rasulullah SAW dengan para sahabatnya solat berjemaah lebih afdhal daripada bersolat bersendirian.

3.Jauhkan daripada bersolat dengan tergesa-gesa. Solatlah dengan tuma’ninah. Rasakan nikmatnya bacaan yang di hayati dari ayat ke ayat.

4. Usaha agar dapat tidur dan rehat seketika ketika qailulah agar dapat kekuatan untuk menghidupkan malam serta tidak merasa letih dan mengantuk.

5. Ambillah saf yang di hadapan agar tidak diganggu oleh keaktifan kanak-kanak kecil.

6. Bawalah budget akhirat sesuai dengan kemampuan untuk diinfaqkan ke dalam tabung amal.

7. Setelah selesai solat, jangan terus pulang. Bediam sejenak untuk niat beri’tikaf di masjid samabil membaca Al Quran dan berwirid.

8. Ketika menunggu azan Isya seelok-eloknya sudah berniat iktikaf di masjid.

9. Usahakan menjaga kesempurnaan tarawih dengan tidak berdebat menenai jumlah rakaat tarawih . Jika kita ambil yang lapan rakaat sementara jemaah di sekitar kita membuat 20 rakaat, sebaiknya ikut sahaja berjemaah.

10. Apabila sampai rakaat kelapan berehatlah,. Saat itu niat sahaja I’tikaf. Ketika witir kita sambung lagi berjemaah. Demikian sebaliknya jika kita biasa laksanakan 20 rakaat, sementara imam melaksanakan 8 rakaat, maka ketika imam solat witir kita tidak perlu ikiut. Selebihnya kita sempurnakan di rumah.

11.Perhatikan selepas solat tarawih, jika ada jemaah yang tadarus Al Quran, sebaiknya kita bawakan makanan atau minuman ikut kemampuan untuk para jemaah tersebut.

12. Para wanita seeloknya jangan berlebih-lebihan menghias diri dan memakai perhiasan emas, kerana ia dapat mengundang fitnah.

13. Bagaimana dengan telefon bimbit, teman setia kita. Tinggalkan sahaja di rumah atau matikan sahaja. Berlatihlah untuk lepaskan diri dari dunia ketika berkomunikasi dengan Allah.

Sumber: http://inspirasicyber.com

Tiada ulasan: