Mukadimah

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya ingin mengucapkan selamat datang dan terima kasih kerana sudi mengunjungi webblog ini.

Tujuan blog ini adalah untuk kita semua berkongsi bermacam-macam maklumat. Artikel-artikel yang dipaparkan diperolehi daripada kiriman email, buku, majalah dan dari blog yang lain. Diharap aktikel-arkitel yang disiarkan dalam blog ini memberi manfaat kepada kita semua.

Jika anda ingin memberi sebarang komen atau pendapat, sila tulis dalam ruangan komen / pesanan yang saya sediakan.

Saya ingin memohon maaf sekiranya terdapat artikel-artikel yang dipaparkan dalam blog ini menyinggung perasaan anda.

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka bersifat yang demikian ialah orang-orang yang berjaya. ( Surah Ali Imran : 104 )

Al-Quran dan Hadith Muslim

Al-Quran
Hadith Muslim

Khamis, Ogos 19, 2010

Ketika Akal Bertentangan dengan Wahyu

Walaupun akal boleh digunakan untuk merenungi dan memahami Al Qur’an, akal tidaklah boleh berdiri sendiri. Bahkan akal sangat memerlukan dalil syar’i (Al Qur’an dan Hadis) sebagai penerang jalan. Akal itu ibarat mata. Mata memang memiliki potensi untuk melihat suatu benda. Namun tanpa adanya cahaya, mata tidak dapat melihat apa-apa. Apabila ada cahaya, barulah mata boleh melihat benda dengan jelas.

Jadi itulah akal. Akal barulah boleh berfungsi jika ada cahaya Al Qur’an dan As Sunnah atau dalil syar’i. Jika tidak ada cahaya wahyu, akal sangatlah mustahil melihat dan mengetahui sesuatu.

Syaikhul Islam Ibnu Taimiah mengatakan:
“Bahkan akal adalah syarat untuk mengetahui sesuatu dan untuk beramal dengan baik dan sempurna. Akal pun akan menyempurnakan ilmu dan amal. Akan tetapi, akal tidaklah boleh berdiri sendiri. Akal boleh berfungsi jika dia memiliki instinct dan kekuatan sebagaimana penglihatan mata boleh berfungsi jika ada cahaya. Apabila akal mendapati cahaya iman dan Al Qur’an barulah akal akan seperti mata yang mendapatkan cahaya matahari. Jika bersendirian tanpa cahaya, akal tidak akan boleh melihat atau mengetahui sesuatu.” (Majmu’ Al Fatawa, 3/338-339)
Isinya di sini, akal boleh berjalan dan berfungsi jika dipandu oleh dalil syar’i iaitu dalil dari Al Qur’an dan As Sunnah. Tanpa cahaya ini, akal tidak akan berfungsi sebagaimana yang sepatutnya.

Ketika Akal dan Dalil Syar’i Bertentangan

Jika kita sudah mengetahui bahawa akal tidaklah boleh berfungsi kecuali dengan adanya penerang daripada Al Qur’an dan As Sunnah, maka tentu saja akal yang benar tidaklah mungkin bertentangan dengan dalil syar’i. Jika bertentangan, maka akal yang patut dipersoalkan dan dalil syar’i lah yang patut dimenangkan. Kami dapat memberikan penerangan tentang akal dan dalil syar’i sebagai berikut.
Ada orang awam ingin bertanya suatu hal kepada seorang ulama. Akhirnya dia dibantu oleh Ahmad. Ahmad pun menunjukkan orang awam tadi pada ulama tersebut. Dalam suatu masalah, Ahmad menyelisihi pendapat ulama tadi. Lalu Ahmad mengatakan pada orang awam tadi, “Aku yang telah membawa engkau kepada ulama tersebut, semestinya engkau mengambil pendapatku bukan pendapat ulama tadi.” Tentu saja orang awam tadi akan mengatakan, “Engkau memang yang telah mmbawakan aku kepada ulama tadi. Engkau menyuruhku untuk mengikuti ulama tadi, namun bukan untuk mengikuti pendapatmu. Jika aku mengikuti petunjukmu bahawa ulama tadi adalah tempat untuk bertanya, hal ini bukan bererti aku mesti mengikuti engkau dalam setiap yang engkau katakan. Jika engkau keliru dan menyelisihi ulama tadi padahal dia lebih berilmu darimu, maka kekeliruanmu pada saat ini tidaklah membuat cacat tentang keilmuanmu bahawa dia adalah ulama.”

Ini adalah permisalan dengan seorang ulama yang mungkin saja salah. Lalu bagaimanakah jika pada posisi ulama tersebut adalah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam yang tidak mungkin keliru di dalam penyampaian berita daripada Allah?

Daripada penerangan ini, akal dimisalkan dengan si Ahmad yang menjadi petunjuk kepada ulama tadi. Sedangkan ulama tersebut adalah analogi kepada dalil syar’i. Inilah sikap yang mesti kita miliki tatkala kita menemui bahawa akal ternyata bertentangan dengan dalil syar’i. Sikap yang benar ketika itu adalah seseorang mendahulukan dalil syar’i daripada logik. Sebagaimana kita mendahulukan ulama tadi dari si Ahmad sebagai petunjuk jalan. Jika dalil syar’i bertentangan dengan akal, maka dalil lah yang mesti didahulukan. Namun hal ini tidak membuat akal itu cacat kerana dia telah menunjukkan kepada dalil syar’i.
Inilah yang diakini oleh Ahlus Sunnah wal Jama’ah, iaitu jika akal bertentangan dengan dalil Al Qur’an dan As Sunnah, maka dalil syar’i lebih mesti kita dahulukan daripada akal.

Syaikhul Islam Ibnu Taimiah mengatakan:
“Jika seseorang mengetahui dengan akalnya bahawa ini adalah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Kemudian ada berita dari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, namun ternyata berita tersebut menyelisihi akal. Pada saat ini, akal mesti pasrah dan patuh. Akal mesti menyelesaikan perselisihan ini dengan menyerahkan kepada orang yang lebih tahu daripadanya iaitu daripada berita Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Pada saat ini, akal tidaklah boleh mendahulukan hasil pemikirannya daripada berita Rasul. Ini kerana sebagaimana diketahui bahawa akal manusia itu memiliki kekurangan dibandingkan dengan berita Rasul. Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam tentu saja lebih mengerti mengenai Allah Ta’ala, nama dan sifat-sifat-Nya, serta lebih mengetahui tentang berita hari akhir daripada akal.” (Dar-ut Ta’arudh, 1/80)

Akal Tidak Mungkin Bertentangan dengan Dalil Al Qur’an dan As Sunnah

Inilah yang diyakini oleh Ahlus Sunnah wal Jama’ah iaitu dalil akal tidak mungkin bertentangan dengan dalil Al Qur’an dan As Sunnah yang sahih sama sekali. Maka tidaklah tepat jika seseorang mengatakan bahawa logik (dalil akal) bertentangan dengan dalil syar’i. Jika ada yang menyatakan demikian, maka hal ini tidak terlepas daripada beberapa kemungkinan:

[Pertama] Itu sebenarnya syubhat (kekeliruan) dan bukan logik (dalil akal) yang benar.

[Kedua] Dalil syar’i yang digunakan bukanlah dalil yang boleh diterima, mungkin kerana dalilnya yang tidak sahih atau adanya salah pemahaman.

[Ketiga] Hal ini kerana tidak mampu membezakan antara sesuatu yang mustahil bagi akal dan sesuatu yang tidak difahami oleh akal dengan sempurna. Syari’at itu datang minimum dengan dalil yang tidak difahami oleh akal secara sempurna. Dan Syari’at ini tidak mungkin datang dengan dalil yang dianggap mustahil bagi akal.
Syaikhul Islam Ibnu Taimiah mengatakan,

وَالرُّسُلُ جَاءَتْ بِمَا يَعْجِزُ الْعَقْلُ عَنْ دَرْكِهِ . لَمْ تَأْتِ بِمَا يُعْلَمُ بِالْعَقْلِ امْتِنَاعُهُ

“Rasul itu datang dengan wahyu minima yang tidak digapai oleh akal dengan sempurna. Namun beliau tidaklah datang dengan wahyu yang mustahil bagi akal untuk memahaminya.” (Majmu’ Al Fatawa, 3/339). Semoga kita dapat memahami hal ini.

Sikap Ekstrim dan Pertengahan dalam Meletakkan Akal

Ada dua sikap ekstrim dalam meletakkan akal.

Sikap pertama: Yang menjadikan akal sebagai satu-satunya landasan ilmu sedangkan dalil Al Qur’an atau dalil syar’i hanya sekedar tabi’ (pengikut). Akal pun dianggap sebagai sumber pertama dan dianggap akal tidak perlu pada iman dan Al Qur’an. Inilah sikap yang dimiliki oleh Ahlul Kalam.

Sikap kedua: Yang sangat mencela dan menjelek-jelekan akal, juga menyelisihi dalil logik yang jelas-jelas tegasnya, serta mencela dalil logik secara mutlak. Inilah sikap kaum Sufiah. (Majmu’ Al Fatawa, 3/338)

Sikap yang benar dan pertengahan adalah sikap yang menjadikan akal sebagai berikut:

1. Akal adalah petunjuk untuk mengetahui dalil syar’i (dalil Al Qur’an dan As Sunnah)
2. Akal tidak boleh berdiri sendiri namun perlu pada cahaya dalil syar’i. Tanpa adanya cahaya dalil Al Qur’an dan As Sunnah, akal tidaklah mungkin boleh memandang atau memahami suatu perkara dengan benar.
3. Jika akal bertentangan dengan dalil syar’i, maka dalil syar’i yang mesti didahulukan kerana akal hanya sekedar petunjuk untuk mengetahui dalil sedangkan dalil syar’i memiliki ilmu dan pemahaman yang lebih dibanding akal.
4. Akal (logik) yang benar tidaklah mungkin bertentangan dengan dalil Al Qur’an dan As Sunnah.
5. Akal yang tercela adalah akal yang bertentangan dengan dalil Al Qur’an dan As Sunnah.

Meletakkan Akal dalam Beberapa Kes

Di antara penggunaan akal yang keliru adalah penggunaannya dalam memikirkan perkara-perkara ghaib seperti memikirkan sifat-sifat Allah dan keadaan hari kiamat.

[Contoh pertama]

Hadis tentang nuzul iaitu turunnya Allah ke langit dunia pada sepertiga malam terakhir.
Dari Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

يَنْزِلُ رَبُّنَا تَبَارَكَ وَتَعَالَى كُلَّ لَيْلَةٍ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا حِينَ يَبْقَى ثُلُثُ اللَّيْلِ الآخِرُ يَقُولُ مَنْ يَدْعُونِى فَأَسْتَجِيبَ لَهُ مَنْ يَسْأَلُنِى فَأُعْطِيَهُ مَنْ يَسْتَغْفِرُنِى فَأَغْفِرَ لَهُ

“Rabb kita tabaraka wa ta’ala setiap malamnya turun ke langit dunia hingga tinggal sepertiga malam terakhir. Rabb mengatakan, “Barangsiapa yang berdoa kepadaKu, maka akan Aku kabulkan. Barangsiapa meminta padaKu, maka akan Aku berikan. Barangsiapa meminta ampun padaKu, Aku akan mengampuninya”.” (HR. Al-Bukhari no. 1145 dan Muslim no. 758)

Sebahagian orang menanyakan, “Bagaimana mungkin Allah turun ke langit dunia? Ini bererti ‘Arsy-Nya kosong. ” Atau mungkin ada yang menyatakan, “Kalau begitu Allah akan terus turun ke langit dunia kerana jika di daerah A adalah sepertiga malam terakhir, bahagian bumi yang lain beberapa saat akan mengalami sepertiga malam juga. Ini akan berlangsung terus menerus.”

Inilah akal-akal yang muncul daripada sebahagian orang. Jawapannya sebenarnya cukup mudah. Ingatlah dalam masalah ini, kita mesti bersikap pasrah, tunduk dan menerima dalil. Tugas Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam hanyalah menyampaikan wahyu, sedangkan tugas kita adalah menerima secara lahir dan batin. Kalau kita tidak memahami hal ini, itu mungkin saja logik atau akal kita yang tidak memahaminya dengan sempurna. Jadi, sama sekali logik kita tidak bertentangan dengan dalil tersebut. Hanya saja kita kurang sempurna dalam memahaminya.
Lalu jika ada yang mengemukakan kekeliruan di atas, cukup kita katakan, “Hal semacam ini tidaklah pernah dijelaskan oleh Allah dan Rasul-Nya. Begitu pula para sahabat radhiallahu ‘anhum tidak pernah mendapatkan tafsiran mengenai hal ini. Jadi, dalam masalah menanyakan hakikat (kaifiah) turunnya Allah, kita hendaknya berhenti dan tidak berbicara tentangnya. Kita meyakini dan memahami adanya sifat nuzul (turunnya Allah ke langit dunia), namun mengenai hakikatnya kita katakan wallahu a’lam (Allah yang lebih mengetahui).”
Jadi pertanyaan semacam di atas tidak pernah dicontohkan oleh para sahabat, sehingga dalam hal ini kita semestinya tidak menanyakannya pula.

Mungkin yang kita bayangkan tadi: “Bagaimana Allah boleh turun ke langit dunia? Bererti ‘Arsy-Nya kosong”; yang kita bayangkan sebenarnya adalah keadaan yang ada pada makhluk. Dan ingatlah bahawa Allah itu jauh berbeza dengan keadaan makhluk, janganlah kita samakan. Allah Ta’ala berfirman,

لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ

“Tidak ada sesuatu pun yang serupa dengan Dia, dan Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (QS. Asy Syuraa: 11). Jika sesuatu tidak mungkin terjadi pada makhluk, maka ini belum tentu tidak boleh terjadi pada Allah yang Maha Besar.

[Contoh kedua]

Disebutkan dalam suatu hadis bahawa pada hari kiamat nanti posisi matahari akan begitu dekat dengan manusia.
Dari Al Miqdad bin Al Aswad, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

تُدْنَى الشَّمْسُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنَ الْخَلْقِ حَتَّى تَكُونَ مِنْهُمْ كَمِقْدَارِ مِيلٍ

“Matahari akan didekatkan pada makhluk pada hari kiamat nanti hingga mencapai jarak sekitar satu mil.” Sulaiman bin ‘Amir, salah seorang perawi hadis ini mengatakan bahawa dia belum jelas mengenai apa yang dimaksud dengan satu mil di sini. Boleh jadi satu mil tersebut adalah seperti jarak satu mil di dunia dan boleh jadi jaraknya adalah satu celak mata. (HR. Muslim no. 7385)

Jadi, isi pentingnya matahari ketika itu akan didekatkan dengan jarak yang begitu dekat.
Ada mungkin yang mengatakan, “Saat ini jika matahari didekatkan ke bumi dengan jarak satu mil –padahal suhu matahari begitu tinggi (suhu permukaannya sekitar 6000oC)-, tentu saja bumi akan hangus terbakar. Lalu apa yang terjadi jika matahari didekatkan ke kepala dengan jarak yang begitu dekatnya?!”

Dalam hadis riwayat muslim di atas, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam menjelaskan,

فَيَكُونُ النَّاسُ عَلَى قَدْرِ أَعْمَالِهِمْ فِى الْعَرَقِ فَمِنْهُمْ مَنْ يَكُونُ إِلَى كَعْبَيْهِ وَمِنْهُمْ مَنْ يَكُونُ إِلَى رُكْبَتَيْهِ وَمِنْهُمْ مَنْ يَكُونُ إِلَى حَقْوَيْهِ وَمِنْهُمْ مَنْ يُلْجِمُهُ الْعَرَقُ إِلْجَامًا

“Peluh manusia ketika itu sesuai dengan keadaan amalannya. Ada di antara mereka yang peluhnya sampai di tumit. Ada pula yang peluhnya sampai di paha. Ada yang lain sampai di pinggang. Bahkan ada yang tenggelam dengan peluhnya.”

Jika kita memerhatikan, hadis ini terasa bertentangan dengan logik kita. Namun sebenarnya dapat kita katakan, “Kekuatan manusia ketika hari kiamat berbeza dengan kekuatannya ketika sekarang di dunia. Namun manusia ketika hari kiamat memiliki kekuatann yang luar biasa. Mungkin saja jika manusia saat ini berdiam selama 50 hari di bawah terik matahari, tanpa adanya naungan, tanpa makan dan minum, pasti dia akan mati. Akan tetapi, sangat jauh berbeza dengan keadaan di dunia. Bahkan di hari kiamat, mereka akan berdiam selama 50 ribu tahun, tanpa ada naungan, tanpa makan dan minuman.” (Syarh Al ‘Aqidah Al Wasithiah, hal. 370)

Isi pentingnya, logik kita tidaklah mungkin bertentangan dengan akal. Jika bertentangan, maka logik kitalah yang patut dipersoalkan.
Demikian beberapa penjelasan dari kami mengenai cara meletakkan akal. Semoga Allah selalu memberi taufik dan hidayah kepada kita untuk memahami ajaran Al Qur’an dan As Sunnah, juga semoga kita dapat meletakkan akal sesuai tempatnya.

Alhamdulillahilladzi bi ni’matihi tatimmush sholihaat. Allahumma sholli ‘ala Nabiyina Muhammad wa ‘ala alihi wa shohbihi wa sallam.

Oleh: Muhammad Abduh Tuasikal

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...