(1). Kejadian Yang Pertama : Apabila seorang perempuan berzina kemudian hamil, maka anak yang dilahirkannya adalah anak zina dengan kesepakatan para ulama.
Anak tersebut dinasabkan kepada ibunya dan tidak dinasabkan kepada lelaki yang menzinai ibunya (ayah zinanya), tegasnya hubungan nasab antara anak dengan ayahnya terputus. Demikian juga dengan hukum waris terputus dengan ayahnya, dia hanya mewarisi ibunya dan ibunya mewarisinya. Demikian juga hak kewalian –kalau seorang anak perempuan- terputus dengan ayahnya. Yang menjadi wali nikahnya ialah sultan (penguasa) atau wakilnya seperti qadhi (penghulu). Dan tidak wajib bagi ayahnya memberi nafkah kepada anak yang lahir dari hasil zina. Akan tetapi hubungan sebagai mahram tetap ada tidak terputus meskipun hubungan nasab, waris, kewalian dan nafkah terputus. Ini kerana biar bagaimanapun juga anak itu adalah anaknya, yang tercipta daripada air maninya walaupun dari hasil zina. Oleh kerana itu haram baginya menikahi anak perempuannya dari hasil zina sama haramnya dengan anak perempuannya yang lahir dari pernihakah yang shahih. Lebih luasnya lagi bacalah kitab-kitab dibawah ini:
(1). Al-Mughni Ibnu Qudamah (Juz 9 hal. 529-530 tahqiq Doktor Abdullah bin Abdul Muhsin At-Turkiy)
(2). Majmu Fatawa Ibnu Taimiyah (Jilid 32, hal. 134-152)
(3). Majmu Syarah Muhadzdzab (Juz 15 hal. 109-113)
(4). Al-Ankihatul Faasidah (Hal. 75-79 Abdurrahman bin Abdirrahman Sumailah Al-Ahsal).
(2). Kejadian Yang Kedua : Apabila terjadi sumpah li’aan antara suami isteri.
Sebagaimana telah saya jelaskan dengan ringkas di fasal ketiga belas, maka anak dinasabkan kepada ibunya. Demikian juga tentang hukum waris dan nafkah serta hak kewalian.
(3). Kejadian Yang Ketiga : Apabila seorang isteri berzina
Apabila seorang isteri berzina –baik diketahui suaminya atau tidak- kemudian dia hamil, maka anak yang dilahirkannya itu dinasabkan kepada suaminya bukan kepada lelaki yang menzinai dan menghamilinya dengan kesepakatan para ulama berdasarkan sabda Nabi yang mulia Shallallahu ‘alaihi wa sallam.
“Ertinya : Anak itu haknya (lelaki) yang memiliki tempat tidur dan bagi yang berzina tidak mempunyai hak apapun (atas anak tersebut)” (Hadits shahih riwayat Bukhari no. 6749 dan Muslim no. 4/171 dari jalan Aisyah dalam hadits yang panjang. Dan Bukhari no. 6750, dan 6818 dan Muslim 4/171 juga mengeluarkan dari jalan Abu Hurairah dengan ringkas seperti lafadz di atas)
Maksud sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam di atas ialah bahawa anak itu milik suami yang sah meskipun lahir dari hasil zina isterinya dengan orang (lelaki) lain. Tetap anak itu menjadi miliknya dan dinasabkan kepadanya. Sedangkan bagi lelaki yang menzinai isterinya tidak mempunyai hak apapun terhadap anak tersebut.
Kejadian di atas di luar hukum li’aan dan perbezaannya ialah ; Kalau hukum li’aan suami menuduh isterinya berzina atau menafikan anak yang dikandung isterinya di muka hakim sehingga dilaksanakan sumpah li’aan. Dalam keadaan li’aan ini anak dinasabkan kepada isteri baik tuduhan suami itu benar atau bohong. Sedangkan pada keadaan di atas tidak terjadi sumpah li’aan meskipun suami mengetahui bahawa isterinya telah berzina dengan lelaki lain. Ini disebabkan suami tidak melaporkan tuduhannya ke muka hakim sehingga tidak dapat dilaksanakan sumpah li’aan.
Oleh kerana itu anak tetap dinasabkan kepada suami yang sah. Yang sering terjadi khususnya di negeri kita ini bahawa perzinaan isteri yang diketahui suami. Wallahu a’lam
Oleh: Al-Ustadz Abdul Hakim bin Amir Abdat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan