Terdapat orang yang melebihkan perkara sunat daripada perkara wajib. Walaupun bagus untuk melaksanakan perkara sunat, tetapi perkara wajib itulah yang perlu didahulukan dan perkara haram yang wajib ditinggalkan adalah lebih dahulu perlu dilakukan.
Janganlah melebih-lebih melaksanakan perkara sunat tetapi perkara wajib ditinggalkan dan perkara haram tetap dibuat. Dalam negara kita, Malaysia banyak penulis perhatikan perbuatan umat Islam yang terikut-ikut melaksanakan perkara sunat seperti itu adalah perkara wajib.
Ramai juga yang meninggalkan perkara wajib seperti itu adalah perkara makruh. Ramai juga yang melakukan perkara haram seperti itu adalah perkara sunat. Berikut antara amalan yang sering dilakukan oleh kebanyakan orang.
1. Kain kafan berwarna putih adalah sunat tetapi ia seperti wajib di Malaysia. Pakaian baju kebaya ketat adalah haram tetapi ia seperti harus di Malaysia. Wajib tidak memakai pakaian kebaya itu, tetapi tidak dilakukan, tetapi sunat kain kapan berwarna putih tetapi seakan diwajibkan.
2. Orang sering menjemput orang ramai untuk membaca Yasin di rumah mereka. Selepas itu di jamu dengan juadah. Terjadilah sedekah. Sedekah adalah sunat. Orang yang mengajak itu sehari-hari berbaju ketat, tidak bertudung. Si suami pula sehari-hari solatnya tidak. Tengok, perkara sunat dibudayakan tetapi perkara haram juga dibudayakan. Perkara wajib ditinggalkan.
3. Merokok dan melihat aurat adalah haram. Berjubah dan berserban pula adalah sunat. Meninggalkan perkara yang haram adalah wajib. Melakukan perkara sunat itu tidak wajib. Ada orang yang penulis perhatikan, berjubah dan berserban tetapi merokok dan menonton cerita bersiri korea. Yang wajib dilakukan tidak dilakukan tetapi yang sunah beria-ia dilakukan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan