Arus kesesatan dan kejahilan dalam mempraktikkan perayaan agama semakin parah dan tenat, sekalipun terdapat ruang dan medium yang jelas membezakan antara perayaan agama dan perayaan budaya.
25 Disember adalah antara tarikh penuh penantian terutama untuk penganut ajaran Kristian yang beranggapan hari tersebut adalah hari memperingati Tuhan mereka iaitu Jesus Christ. Perayaan yang disambut sejak kematian Jesus (Nabi Isa) mengikut fahaman penganut Kristian adalah merupakan kesesatan yang berpanjangan sehingga hari ini, tidak terlepas, anak-anak muda dan remaja Islam sudah mula berjinak-jinak menyambut perayaan Krismas.
Saya cuba memaparkan beberapa kesesatan yang melanda penganut Kristian dan kejahilan yang menular di kalangan remaja Islam kini, khusus berdasarkan beberapa siri dialog Ustaz Zulkifli Nordin bersama beberapa orang peguam Kristian yang hebat memperjuangkan hak-hak asasi manusia.
Pertamanya, penganut Kristian sendiri sesat dalam mengenali siapakah tuhan sebenar mereka. Kalangan paderi dan penganut Kristian berpegang kepada konsep Trinity iaitu Tuhan Bapa, Tuhan Anak (Jesus Christ) dan Holy Spirit berdasarkan kepada kitab Taurat dan kitab Injil atau lebih dikenali dengan Old Testement dan New Testement. Kitab Taurat dan Injil (Old Testement and New Testement) adalah kitab yang diturunkan kepada kaum Yahudi dalam bahasa Ibrani atau Hibru. Dalam bahasa Ibrani/Hibru perkataan Isa (Nabi Isa) adalah merujuk kepada Yoshua, bukannya Jesus. Perkataan Jesus adalah berasal daripada bahasa Inggeris yang datang beberapa abad selepas turunnya kitab-kitab tersebut. Manakala, perkataan Christ pula dalam bahasa Ibrani merujuk kepada Moshia, yang berasal dari bahasa Greek iaitu Kristos atau disebut dalam bahasa Arabnya adalah Al-Maseh. Oleh itu, kitab Old Testement dan New Testement menyebutkan Nabi Isa Al-Maseh sebagai Yoshua Moshia bukannya Jesus Christ. Jelas terbukti bahawa penganut ajaran Kristian sendiri kesesatan dalam mengenali siapa Tuhan sebenar mereka.
Seterusnya, menurut kefahaman penganut Kristian, perayaan Krismas adalah disambut bersempena kelahiran Jesus (Nabi Isa). Kelahiran Nabi Isa adalah pada 6 Januari, namun mengapa Krismas disambut 25 Disember pada setiap tahun?
Sejarahnya bemula apabila suatu kaum di Rome suatu ketika dahulu iaitu kaum Majusi meraikan sambutan Satenalia yang merupakan perayaan The Sun atau perayaan Matahari. Kaum Majusi dikenali sebagai kaum penyembah matahari dan suatu ketika, hampir 4 bulan matahari tidak muncul. Maka, setelah genap 4 bulan, pada 25 Disember matahari mulai muncul dan mereka meraikan hari tersebut dengan meriah disertai majlis makan dan minum. Setelah Raja Kristian Constantine menawan Rome, beliau meneruskan perayaan tersebut dengan menukar nama perayaan tersebut sebagai The Son (bukan lagi The Sun), bersempena meraikan kelahiran Jesus (Tuhan Anak) dengan beranggapan tarikh 25 Disember dan 6 Januari adalah hampir. Nyata bahawa penganut ajaran Kristian sekali lagi tersesat dengan sejarah yang telah dicampur adukkan dengan fahaman agama lain.
Sekiranya Islam mempunyai beberapa tuntutan dan syarat wajib dalam meraikan sesuatu perayaan, maka agama Kristian juga mempunyai beberapa syarat wajib yang perlu dipatuhi dalam meraikan hari Krismas. Pertamanya adalah salji putih, keduanya pokok Krismas/pokok Pain dan ketiganya adalah badut merah putih iaitu Santa Claus.
Sekali lagi kesesatan melanda penganut agama Kristian kerana sejarah perayaan Krismas sudah mula bercampur baur dengan doktrin-doktrin agama lain. Ini adalah hasil pegangan yang rapuh kepada kitab-kitab mereka sendiri yang menjadi rujukan paderi-paderi Kristian. Jesus Christ atau Isa Al-Maseh dilahirkan di sebuah bandar di Jurusalem, dibesarkan di Jurusalem serta meninggal dunia (menurut penganut Kristian) di Jurusalem. Seumur hayat Jesus (32 tahun), beliau tidak pernah melangkah keluar dari bumi Jurusalem. Jurusalem adalah tempat di mana salji putih tidak pernah kelihatan. Jelas ternyata sambutan Krismas yang menjadikan salji putih sebagai syarat perayaan adalah suatu perkara yang diada-adakan apatah lagi dengan pokok-pokok pain yang dihiasi dengan cahaya lampu warna-warni sebagai lambang kemeriahan perayaan Krismas.
Kepercayaan bahawa wujudnya Santa Claus sebagai makhluk mulia yang meraikan hati kanak-kanak dan orang dewasa juga merupakan mitos yang mencalarkan sejarah. Santa Claus dikatakan terbang bersama rusa-rusanya dan melalui terobong asap rumah dengan membawa 3 karung guni untuk menghadiahi kanak-kanak dengan pelbagai hadiah.
Sejarahnya berlaku terhadap seorang paderi Kristian, Siniclaus yang lahir di Maira, salah sebuah daerah di Turki. Siniclaus dikatakan merupakan paderi yang baik hati dan suka menjaga kebajikan rakyat. Beliau juga digambarkan sebagai seorang paderi yang suka merahsiakan kebaikannya. Suatu ketika, Siniclaus diberitakan tentang penculikan 3 orang kanak-kanak oleh beberapa penjahat untuk kegiatan pelacuran. Siniclaus telah merangka strategi dan suatu malam, kebetulan pada 25 Disember, beliau masuk ke rumah tersebut melalui terobong asap dengan membawa 3 karung guni semata-mata untuk menyelamatkan kanak-kanak tersebut. Strateginya berjaya untuk menyelamatkan kanak-kanak tersebut daripada kegiatan pelacuran. Setelah kematian Siniclaus, mayatnya dibawa pulang ke Belanda dan dibina sebuah patung besar Siniclaus di sebuah daerah di Belanda. Siniclaus juga disebut sebagai Sante Clase oleh rakyat Belanda. Namun, nama Siniclaus atau Sante Clase semakin menjadi sebutan ramai terutama di kalangan penganut Kristian setelah satu pelancaran minuman bergas oleh syarikat minuman kepunyaan Yahudi iaitu Coca-cola, diadakan pada 25 Disember 1836 di New York City atau dahulunya disebut sebagai New Amsterdam.
Pelancaran itu sekaligus menjadikan Sante Clase sebagai maskod perayaan Krismas dan sebutannya mula bertukar menjadi Santa Claus. Berikutan dengan itu, Raja Kristian dengan rasminya mengisytiharkan perayaan Krismas disambut secara besar-besaran pada tahun 1924.
Inilah sebahagian salah faham dan kesesatan yang berlaku dalam ajaran Kristian. Perayaan yang meraikan kelahiran Jesus Christ bertukar menjadi perayaan mengagung-agungkan Santa Claus dan sentiasa mengharapkan suatu kewujudan yang mustahil. Tidak dinafikan masih terdapat segelintir penganut Kristian yang benar-benar mengamalkan ajaran Kitab Injil dan mereka digelar sebagai Ahli Kitab. Sebahagiannya terdapat di Armenia, Jurusalem, Iraq dan beberapa pekan kecil di kota-kota kependudukan penganut Kristian. Golongan ini masih meraikan 6 Januari sebagai simbol kelahiran Jesus Christ dan sambutan tersebut hanya diadakan di kalangan mereka sahaja. Kini, penganut Kristian sendiri sudah melupakan matlamat sebenar perayaan Krismas. Namun kesesatan mereka tidak terhenti di sini, bahkan telah menumbuhkan kejahilan di kalangan anak muda dan remaja Islam yang turut sama menyambut Hari Krismas sebagai perayaan tahunan. Dalam satu wawancara pagi Malaysia Hari Ini (MHI) pada 26 Disember 2007, seorang anak muda memberi respons berkenaan sambutan Krismas. Antara perkara yang dipersoalkan, mengapa perlu ada perbezaan antara penganut Kristian dan penganut Islam sedangkan mereka meraikan sambutan Hari raya dan kita meraikan sambutan Krismas dengan harapan dapat menjalin hubungan keakraban antara kaum. Betapa terpesongnya Aqidah umat Islam pada hari ini. Tidak cukup dengan itu, pengacara wawancara yang bertugas pada pagi itu menambah, ”Inilah pandangan paling bernas pernah saya dengar, terima kasih…”. Tidak mustahil bahawa suatu masa nanti umat Islam akan kehilangan jati diri Muslim, dengan beranggapan tiada bezanya antara agama Islam dengan agama anutan yang lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan