Setelah penimbangan amal selesai, maka manusia diperintahkan dan dibawa pergi ke kampung tempat balasan yang diperuntukkan bagi masing-masing mendiaminya melalui satu titian (al-Sirat) yang biasa disebut dengan nama “Titian Siratal Mustaqim”, titian yang diletakkan untuk menyeberangi lautan api Neraka, titian yang di kiri kanannya terdapat banyak pengait-pengait untuk mengait kaki sesiapa yang berhak dikait. Dalam beberapa riwayat, diceritakan:
Allah s.w.t akan menghimpunkan seluruh manusia pada Hari Kiamat dan berkata kepada mereka bermaksud: Sesiapa yang menyembah sesuatu benda, maka ikutilah benda tersebut. Bagi orang yang menyembah matahari, mereka akan mengikut matahari tersebut. Bagi orang yang menyembah bulan maka mereka akan mengikuti bulan tersebut. Manakala orang yang menyembah taghut, maka mereka akan mengikuti taghutnya itu. Jadi tinggal lagi umat ini iaitu umat yang percaya kepada Allah termasuklah orang-orang munafik yang tetap dengan kemunafikan mereka. Lalu Allah mendatangi mereka dengan bukan gambaran-Nya yang sebenarnya di mana gambaran tersebut mereka kenal dan berfirman kepada mereka: Akulah Tuhanmu. Mereka berkata: Kami berlindung dengan Allah daripada engkau iaitu gambaran tersebut, beginilah pendirian kami sehingga Tuhan kami benar-benar datang kepada kami kerana kami mengenali-Nya. Lalu Allah mendatangi mereka dengan gambaran-Nya yang sebenarnya sebagaimana yang mereka kenali dan berfirman kepada mereka: Akulah Tuhan kamu. Mereka pun menjawab: Engkaulah Tuhanku. Mereka pun mengikut-Nya. Kemudian Allah merentangkan kepada mereka suatu titian yang merentangi Neraka.
Apabila berlaku Hari Kiamat, para penyeru iaitu para Malaikat mengumumkan: Setiap umat hendaklah mengikuti apa yang mereka sembah sewaktu di dunia…….Kemudian dibentangkan sebuah jambatan di atas Neraka Jahanam
Titian itu lebih halus dari rambut, dikatakan ia adalah misai Malaikat Malik Zabaniyah (penjaga neraka). Malaikat sendiri ialah jisim halus, apalagi misainya. Jauh perjalanan meniti Titian ini ialah 3,000 tahun perjalanan. Namun ada juga yang menitinya sepantas kilat dan ada juga dalam masa beberapa minit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan