Jumaat, Julai 25, 2008

Kerajaan Terengganu dengan Mercedes E200 Compressor


Kerajaan Terengganu yang diterajui oleh Datuk Ahmad Said melaporkan akan membeli 13 buah kereta Mercedes E200 Compressor bagi mengantikan Proton Perdana V6 Executive. Ini disebabkan kononnya perbelanjaan penyelanggaran PROTON PERDANA V6 itu terlalu mahal dan kerajaan telah membelanjakan berjuta-juta wang rakyat hanya untuk menyelenggara kereta kerajaan ini.

Hmm ... nampak sangat yang Datuk Ahmad Said ni tak jauh bezanya dengan Datuk Idris Jusoh dalam bab menghabiskan wang rakyat. Yang menjadi persoalan, adakah benar kos penyelanggaran kereta kerajaan itu seperti yang dilaporkan? Betul ke kos baik pulih Proton Perdana ini terlalu tinggi?

Pihak PROTON sekarang telah menubuhkan satu jawatankuasa untuk menyiasat isu ini. dan BPR juga akan mengadakan siasatan. Mungkin penyelewengan telah berlaku.

Apa yang berlaku sekarang ini, pada pendapat saya, lanjutan dari isu perlantikan Datuk Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu yang tidak memdapat perkenan PM ABB. Mungkin isu ini sengaja diperbesar-besarkan untuk memburukan imej Datuk Ahmad Said.

Bagaimana pula dengan negeri-ngeri yang lain, yang diperintah oleh BN? Bagaimana mereka menggunakan wang rakyat untuk menyelenggara kereta kerajaan? Mungkin isu ini membuka mata kita untuk menilai bagaimana kerajaan BN mengurus wang. Ini baru kes penyelenggaran kereta, dah ada penyelewengan. Belum ambil kira yang lain lagi.

Baru-baru ini Kerajaan Pahang mengumumkan akan terus menggunakan Proton Perdana sebagai kenderaan rasmi. Kononya nak 'cover' kot-kot ada penyelewengan. Jangan lupa dulu kecoh pasal beli nombor pendaftaran yang mahal. Itu pun satu contoh pembaziran.

Baru beberapa bulan bentuk kerajaan, dah sibuk nak tukar kereta. Masalah rakyat apa cerita? Bila nak bantu? Ada lagi tak peruntukan untuk pembangunan? Atau kena tunggu PRU akan datang baru pakat-pakat yang buat itu buat ini.

Masa harga petrol naik dulu, heboh kata nak berjimat. Sekarang apa cerita?

Tiada ulasan: