Kebelakangan ini media-media asyik melaporkan mengenai Muzakarah antara PAS dan UMNO. Berbagai-bagai komen dilemparkan, baik yang positif dan ada yang negatif. TGNA pula berpendapat muzakarah ini patut dihentikan dan digantikan dengan maqabalah, yakni hanya bersemuka sahaja, tanpa perlu melibatkan perbincangan mengenai parti. PM AAB telah mendedahkan bahawa beliau telah pun mengadakan perjumpaan dengan wakil PAS sebanyak tiga kali sejak PRU12 yang lalu.
Pada pendapat saya, sesi perjumpaan di antara PAS dan UMNO ini sukar untuk mencapai kejayaan. Walaupun mereka ingin berbincang mengenai ISLAM, tetapi kedua-dua pihak ini mempunyai pandangan dan pendekatan yang berbeza. PAS akan berhujah berdasarkan Al-Quran manakala UMNO pula akan berhujah berdasarkan prinsip ISLAM HADHARI. Mustahil mereka mampu mencapai persepakatan.
Cuba perhatikan keadaan semasa, bagaimana UMNO cuba menghalang PAS yang cuba memperjuangkan ISLAM di jalan yang benar. PAS cuba melaksanakan HUDUD ... tapi UMNO menghalang. Apa sahaja yang PAS ingin lakukan berlandaskan syariat ISLAM .. pasti mendapat tentangan atau komen yanng negatif dari UMNO.
Jadi, untuk apa sebenarnya perjumpaan ini? Kalau benar PM AAB telah mengadakan perjumpaan sebelum ini, apakah hasilnya? Mampukah pandangan-pandangan yang akan diutarakan oleh PAS nanti dilaksanakan oleh UMNO yang sekular?
Di kalangan UMNO sendiri sering bercanggah pendapat mengenai ISLAM. Dan berapa kerat pemimpin UMNO yang kita lihat memiliki ciri-ciri pemimpin ISLAM? Kita sering dengar kes salah laku seperti penyalahan guna kuasa dan rasuah di kalangan pemimpin UMNO. Bolehkan golongan ini diberi kepercayaan untuk memperjuangkan ISLAM?
PAS tak perlu bermuzakarah dengan UMNO. Cukuplah bermuzakarah dengan DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat yang tentunya lebih menguntungkan serta terjamin perlaksanaannya. Jangan biarkan UMNO mengambil kesempatan daripada isu ini untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepada mereka. Rakyat sudah lama ditipu dan ditindas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan