Apabila kita membicarakan tentang jihad, ramai orang beranggapan bahawa jihad ini adalah dengan mengangkat senjata atau sebagainya dan berjuang di medan perang. Memang tidak dapat di nafikan, perkataan jihad itu sendiri telah membawa pengertian yang melambangkan perjuangan seseorang muslim dalam menentang musuh Allah.
Namun jika dilihat di dalam konteks yang lebih luas, musuh Allah bukan sahaja berada di medan perang dan musuh Allah bukan sahaja dapat ditewaskan melalui pennggunaan senjata. Sebagai seorang muslim yang mencintakan kedamaian dan hidup di dalam negara yang aman makmur, perkataan berjuang di medan perang amatlah jauh daripada keinginan kita. Namun, sebagai muslim, haruslah kita ketahui dan yakin yang musuh Allah ada dimana-mana termasuk di dalam diri kita sendiri. Berjihad beerti kita berjuang dengan cara mengorbankan apa yang ada pada diri kita tanpa mengharapkan apa-apa balasan daripada makhluk, hanya mengharapkan balasan dari Allah.
Jihad yang paling utama yang dituntut di dalam Islam adalah jihad mementang hawa nafsu. Di dalam Islam, jihad menentang nafsu disebut Jihad Akhbar iaitu jihad yang paling besar. Nafsu merupakan musuh nombor satu manusia. Sekiranya kita berjaya di dalam pertarungan nafsu maka kita beroleh kemenangan mutlak di sisi Allah.
Sebagai manusia biasa, kita dikurniakan dengan hawa nafsu seperti yang telah kita sedia maklum bersahabat baik dengan hasutan syaitan. Sekiranya kita tidak berjihad untuk menentang nafsu ini maka akan terjerumuslah manusia kelembah dosa dan kehinaan. Setiap hari manusia akan dikelilingai oleh berbagai-bagai perasaan. Ada yang baik dan ada yang buruk. Perkara yang melibatkan keburukan adalah bermula daripada bisikan nafsu terhadap diri kita. Sebagai contoh, nafsu amarah, nafsu makan,nafsu seks dan sebagainya, sekiranya semua perasaan ini tidak dikawal, nescaya kita akan menjadi manusia yang menuruti nafsu tanpa berfikir. Perkara ini amatlah ditakuti. Sepertimana Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud “makanlah kamu sebelum kamu lapar dan berhentilah sebelum kenyang”, menerusi hadis ini, nyatalah Rasulullah s.a.w telah mengajak umatnya memerangi nafsu iaitu nafsu makan. Nafsu makan ini hanya dapat ditundukan melalui berpuasa. Dengan barpuasa, nescaya nafsu manusia yang sentiasa mengajak kepada keburukan akan dapat ditewaskan. Oleh itu kita hendaklah sentiasa mengawal diri dari kengkangan hawa nafsu dalam kehidupan seharian agar diberkati oleh Allah S.W.T.
Di samping itu, jihad yang dituntut daqlam kehidupan seharian seorang muslim adalah jihad menentang maksiat. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud “ Sekiranya kamu melihat kemungkaran di hadapan kamu, hendaklah menegahnya dengan tangan, jika tidak mampu tegahlah ia dengan lidah, sekiranya tidak mampu tegahlah ia dengan hati,kerana itulah selemah-lemah iman.” Sebagai contohnya jika kita melihat sesuatu kemungkaran seperti perlakuan sumbang dan sebagainya, hendaklah kita menghalang kemungkaran itu dengan cara seperti yang disebutkan dalam hadis tadi.
Tujuan kita berjihad membanteras maksiat ini adalah untuk mengelakkan masalah sosial yang akan menyebabkan keruntuhan akhlak atau moral dalam sesebuah masyarakat. Sudah jelas bahawa berjihad menentang hawa nafsu ini merupakan jihad yang paling utama dan penting dalam kehidupan dalam kehidupan seorang muslim. Sebenarnya berjihad ini memerlukan pengorbanan kerana terpaksa bersusah payah dalam mencapai cita-cita dan menegakkan kebenaran seperti yang diperintahkan oleh Allah S.W.T.
Seterusnya kita lihat dari segi jihad yang lain iaitu Jihad Asghar.Jihad Asghar ini ialah jihad yang kecil iaitu menentang musuh yang nyata seperti peperangan menentang orang kafir yang menceroboh agama Islam dan memerangi orang-orang yang murtad. Dalam konteks ini, jihad Asghar dilakukan apabila kedudukan agama Islam itu berada dalam keadaan terancam. Contohnya pada zaman Rasulullah S.A.W, apabila kaum kafir Quraisy mengancam keselamatan agama Islam dan baginda Rasulullah sendiri, barulah langkah berjihad dilakukan.
Peperangan pada zaman Rasulullah seperti perang Badar, perang Tabuk, perang Ahzab dan sebagainya sebenarnya untuk mempertahankan kesucian dan keselamatan agama Islam,bukannya tradisi peperangan seperti yang digembar-gemburkan oleh orientalis barat. Sebagai orang muslim kita semestinya mengetahui, memahami, dan menghayati maksud sebenar jihad itu. Bukan hanya sekadar pandai berkata atau melaungkan perkataan jihad itu.
Jihad ini sebenarnya tidak tertumpu kepada menentang hawa nafsu dan musuh yang nyata sahaja. Jihad dari segi harta, pendidikan ,kewangan serta pembangunan Islam merupakan jihad-jihad yang dituntut dalam Islam. Contohnya jihad dari segi harta seperti bersedekah dengan mengorbankan harta sendiri yang menyumbang kearah pendidikan, pertahanan dan sebagainya. Seorang sahabat Rasulullah iaitu Rahman bin Auf yang merupakan hartawan pada masa itu sanggup mengorbankan sebahagian besar hartanya termasuk perniagaan dan ladang ternakannya semata-mata untuk membantu Rasulullah dalam mempertahankan agama Islam. Apabila kita bersedekah, hendaklah dengan rela dan ikhlas hati serta mengorbankan sesuatu yang kita sayang. Firman Allah dalam surah Al-Imran ayat 92 bermaksud : “ Kamu tidak akan mencapai kebaikan kecuali kamu belanjakan apa yang kamu sayang”.
Dalam memperkatakan tentang jihad ini, kita juga mesti mengetahui tentang sift-sifat yang perlu ada pada orang berjihad. Antara sift-sifat tersebut ialah ikhlas kepada Alah S.W.T., tawakal kepada Allah S.W.T, sabar menempuhi ujian pengorbanan dan tekun serta bersungguh-sungguh melakukan jihad. Oleh itu marilah kita mendidik diri kita supaya mempunyai ciri-ciri seperti ini. Berjihad ini merupakan suatu perbuatan yang sangat mulia di sisi Islam. Ibni Mas’ud pernah bertanya kepada Rasulullah ;” Apakah amal yang paling dikasihi oleh Allah?.Jawab baginda :” Solat dalam waktunya.Kemudian ?.Kemudian jihad di jalan Allah.”.
Kesimpulannya,untuk mencapai darjat jihad yang sebenarnya adalah dengan pengorbanan yang membawa kepada hilangnya kepentingan dan hak untuk diri sendiri. Semangat jihad sepatutnya dipupuk dalam diri setiap individu muslim kerana mencapai kejayaan bukanlah mudah tetapi memerlukan pengorbanan. Besar kejayaan yang hendak dicapai, besar jugalah pengorbanan yang perlu dibuat. Sabar dan tabah itu sendiri memerlukan semangat jihad dan orang yang paling disukai oleh Allah S.W.T ialah orang yang paling tinggi jihadnya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan