Surah Al-Fatihah merupakan salah satu dari 13 rukun solat. Persoalanya sejauh manakah kita memahami peri pentingnya bacaan surah ini dalam solat dan tahukah kita membaca surah ini ada peraturan-peraturan dan adab-adab yang tertentu agar solat yang kita dirikan itu tidak menjadi sia-sia kerana kita tidak menjaga adab dan peraturanya ketika kita mengerjakan solat.
Insyallah dalam kesempatan dan ruang yang terbatas ini saya utarakan seba sedikit panduan dan adab-adab yang wajib kita jaga dan pelihara serta kaedah-kaedah khusus membaca surah ini dalam solat kita mudah-mudahan ia memberikan manfaat kepada pembaya yang melayari blog ini.
Al-Fatihah adalah merupakan Rukun Qauli yang wajib kita baca dalam solat yang bwajib kita jaga jaga bacaanya dengan baik. Jika bacaan surah Fatihah kita tidak sempurna maka ia kan menjejaskan solat yang kita kerjakan samada dari hukum tajwidnya, sifat makhraj hurufnya serta baris nya. diantara adab-adab membaca al-Fatihah dalam solat yang perlu kita jaga adalah seperti berikut:
1. Surah Al-Fatihah ini mestilah di baca dalam keadaan berdiri bagi yang berkuasa dalam solat fardhu dan solat-solat sunat serta solat jenazah.
2. Wajib dijaga setiap makhraj hurufnya agar tiada yang tercicir dan tertukar dengan kaedah makhraj huruf dalam Lahjah Quraish. menurut Imam Nawawi r.a. sekiranya seseorang itu tertukar hurup dalam Fatihah seperti huruf DAD kepada DZA dalam kalimah WALADHALIN atau hurus SIN kepada huruf SAD dalam kalimah NASTAIN maka fatihahnya akan rosak dan solatnya akan BATAL.
3. Setiap baris-baris dalam Fatihah wajib dijaga dengan rapi terutamanya bari syaddu kerana dalam fatihah terdapat 14 tanda baris syaddu kerana jika tidak dijaga setiap baris huruf dan tanda barisnya ia akan mengubah makna pada perkataan dan ayat fatihah tersebut yang akan mengakibatkan Fatihahnya rosak.
4. Setiap perkara yang berkaitan penjagaan hurf dan tanda baris tersebut hendaklah dijaga dalam solat samada secara bacaan kuat ( jahar ) iaitu dalam solat subuh, maghrib, isya’ dan solat jumaat atau dalam bacaan senyap ( sir ) zohor, asar dan solat-solat yang lain.
5. Surah ini hendaklah dibaca secara terus menerus tanpa diselangi dengan perkataan-perkataan lain seperti doa, selawat atau zikir-zikir kecualai ketika selesai ” Waladhalin ” dibaca doa seperti yang diajarkan oleh nabi dengan doa ” Rabbiffirli wa liwalidyya ” sebelum disambung dengan kalimah ” Amin ” kerana kalimah amin bukanlah satu ayat dari al-fatihah.
6. Al-Fatihah wajib dibaca dengan jelas sehingga didengar oleh telinga sendiri dan jangan dibaca terlalu kuat hingga menggangu kosentrasi orang lain. TIDAK SAH jika fatihah dibaca didalam hati demikian juga dengan rukun-rukun qauli yang lain seperti takbiratul ihram, tasyahud akhir, selawat Nabi dan Salam yang pertama, kecualilah sekiranya ia dalam keadaan uzur seperti bisu atau dalam keadaan tidak boleh bercakap kerana ulser atau barah mulut yang darurat.
MASALAH :
1. Sekiranya seseorang itu tidak pandai membaca surah Al-Fatihah ia hendaklah membaca mana-mana ayat yang dia pandai atau sekurang-kurangnya membaca zikir-zikir yang memuji kebesaran Allah swt dan jangan sekali-kali ia membaca surah ini dngan terjemahan bahasa ibunda mereka kerana membaca fatihah wajib dalam bahasa arab.
2. Kedudukan Bismillahirrahmanirrahim dalam Fatihah.
Ada pelbagai pendapat mengenainya. apakah ayat Basmallah ini termasuk dalam surah Fatihah atau sebaliknya. Ada yang menyatakan bahawa kalimah Basmallah itu termasuk dalam setiap surah dalam Al-Quran kecuali surah At-Taubah yang dimulakan dengan kalimah BARAAH.
BEGITULAH HALNYA DALAM FATIHAH INI IA MERUPAKAN SALAH SATU DARI AYAT DALAM FATIHAH ini bersandarkan kepada maksud hadis Nabi saw ” Apabila kamu membaca Al-hamdulillah ( iaitu surah Al-Fatihah ), maka hendaklah kamu membaca Bismillahirrahmanirrahim, kerana ia adalah Ummul Quran ( ibu kepada al-Quran ) dan tujuh yang diulang-ulang, sedangkan Bismillahirrahmanirrahim adalah salah satu diantaranya”… hadir riwayat Addaraqutni dari Abu Hurairah ra.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan