DAN tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan; dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir? (al-An'aam: 32)
HURAIANA: yat ini menjelaskan nilai kehidupan dunia hanyalah satu permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan. Ia bukan kebahagian yang hakiki. Sebagai seorang muslim kita perlu sedar bahawa dunia ini adalah medan untuk beramal ibadah yang hasilnya diperoleh di akhirat kelak. Bertepatan dengan tujuan kita dijadikan oleh Allah SWT ialah untuk mengabdikan diri kepada-Nya.
Justeru jangan sekali-kali kita leka dengan kehidupan dunia sehingga sanggup mengabaikan perintah Allah dan melakukan perbuatan yang dilarang.
Ayat ini juga menggambarkan salah satu ciri orang yang bertakwa iaitu mengutamakan kehidupan akhirat yang berupa ganjaran syurga daripada tenggelam dengan keseronokan dunia yang bersifat sementara, sia-sia dan melalaikan.
Hakikatnya dunia adalah jambatan menuju kehidupan yang abadi di akhirat. Amatlah rugi mereka yang mengejar habuan dunia, asyik dengan permainan hiburan dan maksiat sehingga lupa antara halal atau haram, yang disuruh dan yang dilarang.
Mereka yang ingin meningkatkan ketakwaan kepada Allah perlulah mengawal diri agar tidak dilalaikan dengan keseronokan kehidupan dunia. Segala nikmat yang diperoleh semasa hidup wajar digunakan ke arah memperbanyakkan amal-amal kebajikan dan pengabdian kepada Allah. Kita perlu ingat bahawa habuan dunia hanyalah wasilah mencapai kebahagiaan yang hakiki dalam kehidupan akhirat yang abadi.
KESIMPULANKeseronokan dunia adalah sesuatu yang sia-sia dan melalaikan segala nikmat kehidupan dunia perlulah menjurus kepada pengabdian yang mutlak kepada Allah. Orang yang lebih takwa lebih mengutamakan kehidupan akhirat yang abadi daripada digadaikan kepada keseronokan dunia yang bersifat sementara, sia-sia dan melalaikan. Sesungguhnya kehidupan dunia adalah jambatan dan wasilah bagi mencapai kebahagiaan yang kekal abadi di akhirat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan