Khamis, Mei 15, 2008

Aqidah

Muqaddimah

Kesempurnaan Aqidah seorang muslim bergantung kepada sejauhmana ia dapat menyempurnakan rukun dan syarat-syarat Syahadah. Begitu juga aqidah yang telah sempurna itu boleh rosak apabila rukun dan syaratnya dilanggar.

Rukun Syahadah

Berikut adalah huraian mengenai rukun, syarat dan perkara-perkara yang boleh merosakkan aqidah.Menurut Ulama’ Usuluddin Rukun Syahadah ada 4, iaitu :

1. Menetapkan zat Allah.
2. Mengakui zat Allah iaitu sifat Allah adalah paling sempurna.
3. Menetapkan perbuatan Allah sebagai perbuatan Dia sahaja dan tidak sama dengan perbuatan makhluk.
4. Menetapkan dan meyakini bahawa agama yang dibawa Rasulullah sahaja yang benar.

Syarat Shahadah

1. Memahami erti dan maksud syahadah.
2. Mampu menyebut dan membacakan kalimah Shahadah ( diucapkan dengan lidah ).
3. Hendaklah meyakini dalam hati maksud syahadah iaitu meyakini hak-hak Allah dan Rasul.
4. Jangan ada di dalamnya syak ( 70 – percaya, 30 – tidak percaya )
5. Jangan ada di dalamnya zan ( 50 - percaya dan 50 tidak percaya )
6. Jangan ada waham ( 30 – percaya dan 70 lagi tidak percaya ).
7. Beramal dengan apa yang diyakini, dan menolak segala sesuatu yang merosakkan syahadah.

Implikasi Syahadah Yang Benar

1. Kesan Dunia – Memberi kebahagiaan sepanjang hidup dan tidak akan tersesat.
2. Kesan Akhirat – bawa syahadah bila bertemu Allah dan Allah akan bertanya kalimah tersebut di alam barzakh sehingga ke padang Mahsyar. Menentukan kebahagiaan kehidupan di akhirat.

Hidup Beraqidah Orang yang mengucap syahadah dikira sebagai muslim. Sebagai penganut Islam mereka mesti tunduk dan patuh. Ketundukan itu hendaklah di bawah sistem Allah iaitu agama Islam. Hanya Islam satu-satunya agama diterima oleh Allah . Allah berfirman bermaksud hanya Islam agama yang diredhai oleh Allah. Dari awal kelahiran rasul-rasul kesemuanya membawa Agama Islam. Yang membezakan ajaran rasul-rasul terdahulu ialah syariat. Contoh : Syariat berkenaan perkahwinan. Syariat boleh kahwin adik beradik berlaku di zaman Nabi Adam. Zaman nabi Allah Musa boleh kahwin ramai tanpa had. Zaman Nabi Isa hanya boleh kahwin satu sahaja. Syariat Nabi Muhammad boleh kahwin satu tapi dibenarkan bernikah tidak lebih dari empat. Yang pastinya syariat berbeza tetapi agama satu iaitu Islam. Perlanggaran terhadap ketetapan Allah ini akan merosakkan dan menghancurkan kehidupan manusia.Aqidah Dan Syariat Adalah Bergandingan Allah memelihara agamanya dengan mengaturkan umatnya sistem hidup yang berpaksikan kepada aqidah dan pengamalan syariat. Untuk itu Allah menurunkan 5 hukum itu ialah wajib, sunat, haram, makruh dan harus. 5 perkara yang dijaga ialah agama, nyawa, akal, harta dan keturunan. Sebagai contoh : Pengharaman murtad (agama), bunuh (nyawa), arak (akal) dan zina (keturunan).

5 Hukum Dalam Islam Makruh Perkara yang dituntut untuk ditinggalkan, sekiranya ditinggalkan dapat pahala tetapi sekiranya dibuat tidak berdosa.

Wajib >> Perkara wajib buat dan sekiranya ditinggal berdosa.
Sunat >> Perkara dituntut untuk dibuat, sekiranya dibuat dapat pahala dan sekiranya ditinggal tidak berdosa.
Haram >> Perkara wajib tinggal sekiranya dilakukan berdosa.
Mubah >> (Harus). Boleh buat dan boleh tinggal tanpa memberi kesan apa-apa.

Aqidah perlu di jagaAqidah seseorang perlu dijaga sehingga ajalnya. Mereka yang dapat menjaga aqidahnya dijamin masuk syurga. Firman Allah taala dalam surah Ali-Imran ayat 102. Yang bermaksud : Wahai orang-orang beriman bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan janganlah kamu mati melainkan sebagai seorang muslim.Manakala hadis Rasulullah menyebut yang bermaksud : Sesiapa yang akhir kalamnya mengucap akan masuk syurga.

10 Perkara Membatalkan Syahadah

1. Menyekutukan Allah
2. Bertawakal kepada makhluk (gantung nasib pada makhluk), Konsep sebenarnya kepada Allah taala sahaja.
3. Mengkafirkan orang Islam yang telah nyata Islamnya. Dan tidak mengkufurkan orang kafir yang telah nyata kufurnya.
4. Yakin dan percaya ideologi yang dibawa oleh manusia lebih baik daripada sistem Islam.
5. Mencaci Nabi dan Sunnahnya.
6. Hukum Allah menjadi sendaan dan gurauan.
7. Menenung nasib dan bermain sihir.
8. Membantu orang kafir untuk merosakkan Islam
9. Beranggapan bahawa keluar daripada Islam tidak apa-apa
10. Menolak sebahagian daripada Al-Quran dan menerima sebahagian Al-Quran.

Tiada ulasan: