Zakat ke atas pendapatan adalah wajib dikeluarkan sebagaimana yang telah di fatwakan oleh kebanyakan ulama muta'akhirin termasuk Prof. Dr. Yusof Qardhawi, demikian juga oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang dihadiri oleh mufti-mufti seluruh Malaysia.
Yang dimaksudkan dengan pendapatan yang wajib dizakatkan itu ialah imbuhan atau perolehan yang didapati oleh individu daripada majikan atau individu sama ada pemberian dalam bentuk tenaga atau perkhidmatan profesional atau fizikal dalam tempoh harian, bulanan atau tahunan yang boleh dikenakan zakat.
Nas/Dalil yang mewajibkannya adalah:
1. Maksud firman Allah:
"Wahai orang-orang yang beriman keluarkanlah sebahagian dari usaha kamu yang baik-baik dan sebahgian daripada apa yang telah Kami keluarkan dari bumi untuk kamu" (Al-Baqarah : 267)
2. Sabda Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam yang bermaksud:
'jika kamu memiliki 200 dirham dan genap haulnya maka di dalamnya (zakat) 5 dirham, dan tidak taqwa ke atas kamu sesuatu iaitu di dalam emas, sehingga kamu memiliki 20 dinar. Apabila kamu memiliki 20 dinar dan genap haulnya, maka di dalamnya (zakat) setengah dinar' (Riwayat Abu Daud)
Pengiraan Zakat Pendapatan
Zakat Pendapatan: gaji kasar setahun (termasuk bonus dan elaun)
TOLAK
1.perbelanjaan-perbelanjaan yang dibenarkan (contoh: diri -RM8000, isteri -RM3000,
2.tiap anak -RM1000,
3.KWSP -11%,
4.ibubapa -jumlah yang diberi,
5.potongan untuk Tabung Haji) dan; jawapan tersebut didarab 2.5 % jika baki menyamai atau melebihi nisab (~3000).
Contoh: kalau gaji dan bonus setahun ialah RM 40,000 dan perbelanjaan yang dibenarkan RM 24,000 maka zakat ialah 2.5% x RM 16,000 = RM400
Kalkulator Zakat Pendapatan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan