Khamis, Januari 24, 2008

19 Hadis Nabi Mengenai Wanita

1.Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawapan baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.

2.Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimya. maka beristighfarlah para malaikat untuknya. ALLAH mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3.Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka ALLAH mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan ALLAH.

4.Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5.Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6.Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit. maka ALLAH memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama ALLAH.

7.Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan ALLAH dan orang yang takutkan ALLAH, dan diharamkan api neraka keatas tubuhnya.

8.Barang siapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka
barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9.Tiap2 perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka ALLAH memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.

11.Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12.Aisyah berkata, "Aku bertanya Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah, "Suaminya." "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya."

13.Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14.Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan direkanya (serta
menjaga sembahyang dan puasa).

15.Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16.Syurga di bawah telapak kaki ibu.

17.Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi S.a.w) di dalam syurga.

18.Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka
dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

4 Jenis Makanan & Minuman yang Dilarang untuk Pengantin Perempuan

RASULULLAH S.A.W. ADAB UZ-ZIFAF Ahmad telah menceritakan :

"Telah menceritakan kepada kami oleh 'Amru bin Hafsah dan Abu Naar dari Muhammad bin Al-Haitham dari Ishak bin Hanjih, dari Husaif dari Mujahid daripada Al-Khudri yang berkata : "Rasulullah s.a.w. telah berwasiat kepada Saidina Ali bin Abi Talib r.a di mana baginda telah bersabda : "Wahai Ali, bila pengantin perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka (suruh ia) tanggalkan kasutnya ketika ia duduk dan (suruh ia) membasuh kedua-dua kakinya . Maka sesungguhnya apabila kamu berbuat demikian Allah mengeluarkan tujuh puluh (70) jenis kefaqiran dari rumah kamu,! dan Allah s.w.t. menurunkan tujuh puluh ( 70 ) rahmat yang sentiasa menaungi di atas kepala pengantin sehingga sentiasa keberkatan itu meratai setiap penjuru rumahmu dan pengantin itu sejahtera dari penyakit gila, sawan (gila babi) dan sopak selama mana ia berada di dalam rumah tersebut. Laranglah pengantin itu daripada memakan dan meminum empat ( 4 ) jenis makanan ini pada minggu pertama perkahwinan iaitu :

1. Susu
2. Cuka
3. Coriander (Ketumbar)
4. Apple Masam

Saidina Ali r.a bertanya : "Wahai Rasulullah, mengapakah empat jenis makanan ini di larang..?"

Baginda menjawab : "Kerana rahim perempuan itu kering dan sejuk, dengan sebab dari empat perkara (makanan) ini untuk menghalang dari dapat anak. Sesungguhnya tikar di penjuru rumah adalah lebih baik daripada perempuan yang tidak dapat anak."

Saidina Ali r.a ! bertanya : "Wahai rasulullah, mengapakah cuka itu di larang..? (semasa haid dan semasa minggu pertama perkahwinan) ."
Baginda menjawab : "Apabila ia minum cuka semasa haid, sesungguhnya haidnya itu tidak akan bersih selama-lamanya secara sempurna .

Mengenai Coriander (ketumbar) ia mengganggu haid di dalam perutnya dan menyukarkan kepadanya kelahiran .

Tentang Apple masam, ia memotong haid sebelum masanya maka menjadikan haid itu berlalu begitu saja dengan sebabnya."

Neraka Jahanam

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.:
"Mengapa aku melihat kau berubah muka?"

Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya."

Lalu nabi s.a.w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam."

Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Qur'an itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."

Nabi s.a.w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?" Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)
Tanya Rasulullah s.a.w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?"

Jawab Jibrail: "Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim, Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar. Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha, Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah. Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir."

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya:
"Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?"

Jawabnya:
"Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat."

Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sadar nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?" Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu."

Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yg Lalai"

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.

Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta
mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Isnin, Januari 21, 2008

Kecelaruan Kitab Bible dan Penipuan Ayat-ayat Injil Bhg. Akhir

Ekstradisi dan Pembuangan Ayat-ayat Palsu dan Fabrikasi

Berikutan usaha penyemakan semula ini, banyak ayat-ayat dan perkataan di dalam Bible yang telah ‘dibuang’ atau diekstrakkan keluar dari kitab Bible KJV. Ini kerana ayat-ayat tersebut tidak terdapat di dalam teks manuskrip asal yang lebih awal sebagaimana yang telah dijelaskan di atas. Ayat-ayat dan perkataan-perkataan yang telah disingkirkan ini dipanggil fabrikasi (fabrication) atau pemalsuan. Di antara ayat-ayat tersebut ialah ayat yang menyebut secara jelas doktrin ‘Trinity’ :

“For there are three that bear record in heaven, the Father, the Word, and the Holy Ghost : and these three are one.” (The First Epistle of John Ch.5 : V.7)

Ayat ke-7 daripada perenggan ke-5 di dalam Fasal John 1 ini telah dibuang dan digantikan dengan ‘ayat baru’. Yang mana asalnya petikan ayat-ayat tersebut di dalam Bible KJV berbunyi :

6 This is he that came by water and blood, even Jesus Christ; not by water only, but by water and blood. And it is the Spirit that beareth witness, because the Spirit is truth.
7 For there are three that bear record in heaven, the Father, the Word, and the Holy Ghost: and these three are one. 8 And there are three that bear witness in earth, the Spirit, and the water, and the blood: and these three agree in one.

Manakala di dalam Bible RSV berbunyi :

6 This is he who came by water and blood, Jesus Christ, not with the water only but with the water and the blood.
7 And the Spirit is the witness, because the Spirit is the truth.
8 There are three witnesses, the Spirit, the water, and the blood; and these three agree.

Sila perhatikan perbezaan di antara kedua-dua versi ayat-ayat di atas. Sekiranya diteliti, maka kita akan dapati ayat ke-7 telah dibuang dan digantikan dengan pecahan daripada ayat ke-6. Bukankah begitu mudah untuk mengubah ‘kitab suci’?

Selain ayat-ayat, terdapat juga perkataan-perkataan yang dibuang. Contoh perkataan yang dibuang ialah ‘begotten’ daripada ayat ke-16, perenggan ke-3 Fasal John :

“For God so loved the world, that he gave his only begotten son, that whosoever believeth in him should not perish, but have everlasting life.” (The Gospel according to John Ch.3 : V. 16)

Di dalam Bible RSV perkataan tersebut telah dikeluarkan dan huruf ‘s’ pada perkataan “son” ditulis dengan huruf besar menjadi :

“For God so loved the world that he gave his only Son, that whoever believes in him should not perish but have eternal life.” (The Gospel according to John Ch.3 : V. 16)

Perkataan ‘begotten’ berasal daripada ‘beget’ yang digunakan dalam bahasa Inggeris klasik (kuno) dengan memberi makna : ‘be the father of (somebody)’ : ‘menjadi bapa kepada (seseorang)’.

Dan apabila perkataan ini dibuang, maka makna ayat juga berubah. Di dalam ayat yang pertama di atas ia memberi makna : “…Tuhan begitu kasihkan dunia ini, maka dia telah memberi satu-satunya anak dari hasilNya sendiri, maka barang siapa yang mempercayainya tidak akan binasa, tetapi akan memiliki kehidupan yang kekal abadi.”

Manakala ayat yang kedua pula bermaksud : “…Tuhan begitu kasihkan dunia ini, maka dia telah memberi satu-satunya anakNya, maka setiap orang yang mempercayainya tidak akan binasa, tetapi akan mendapat kehidupan yang kekal abadi.”

Perkataan ‘begotten’ juga bermaksud : ‘cause to be born; produce’ : punca atau sebab lahir; hasil. Perkataan nista (begotten) ini telah ‘dicabut’ keluar daripada ayat tersebut kerana setelah diamati oleh jawatankuasa penyemakan semula Bible RSV, didapati perkataan tersebut adalah fabrikasi (palsu/ rekaan). Yakni, perkataan tersebut TIDAK terdapat di dalam teks manuskrip yang lebih awal. Walaupun begitu, para pendakyah Kristian masih lagi menyebarkan ajaran ‘Trinity’ dan mendakwa bahawa ‘Tuhan itu tiga’, juga para penganut Kristian masih lagi utuh mempercayai bahawa Jesus Christ adalah ‘Anak’ yang dihasilkan oleh Tuhan.

Persoalannya, mengapa perkara ini terjadi ..? Jawapannya sangat mudah, sebagaimana yang pernah disebut oleh kenalan penulis, seorang bekas mubaligh Kristian. Katanya : “Orang-orang Kristian kebanyakannya tidak membaca kitab Bible, sebaliknya mereka hanya mempercayai kata-kata paderi mereka semata-mata..”

Rupa-rupanya proses revisi kitab Bible ini tidak terhenti setakat itu, atas sebab-sebab tertentu ianya ‘diperbaharui’ lagi dengan mandat yang diberikan pada tahun 1980 dan Bible ini diberi judul - New Revised Standard Version (NRSV). Bagaimanapun, penulis akan membicarakannya pada keluaran bulan hadapan. InsyaAllah.

Sebagai penutup ruangan bulan ini, penulis ingin memuatkan petikan daripada bab pendahuluan kitab-kitab Bible yang ada di tangan penulis sendiri (kedua-duanya adalah cetakan daripada penerbitan yang sama iaitu Zonderzan Publishing House), khusus bagi mereka mampu memahami bahasa Inggeris.

The Holy Bible, KJV (pg. vi):

KING JAMES VERSIONPREFACE TO THE 1873 EDITION
The most time-honored and widely used edition of the English Bible is the translation of 1611, commonly known as the Authorized Version (AV) or King James Version (KJV). But though it has served as the standard translation for millions of users through nearly four centuries, there has never been a standard edition to which all printings are conformed.The Holy Bible, New Revised Standard Version (pg. vii):To The ReaderThis preface is addressed to you by the Committee of translators, who wish to explain, as briefly as possible, the origin and character of our work. The publication of our revision is yet another step in the long, continual process of making the Bible available in the form of the English language that is most widely current in our day. To summarize in a single sentence: the New Revised Standard Version of the Bible is an authorized version of the Revised Standard Version, publised in 1952, which was a revision of the American Standard Version, published in 1901, which, in turn, embodied earlier revisions of the King James Version, published in 1611.In the course of time, the King James Version came to be regarded as "the Authorized Version." With good reason it has been termed "the noblest monument of English prose," and it has entered, as no other book has, into the making of the personal character and the public institutions of the English-speaking peoples. We owe to it an incalculable debt.Yet the King James Version has serious defects. By the middle of the nineteenth century, the development of biblical studies and the discovery of many biblical manuscripts more ancient than those on which the King James Version was based made it apparent that these defects were so many as to call for revision. The task was begun, by authority of the Church of England, in 1870. The (British) Revised Version of the Bible was published in 1881-1885; and the American Standard Version, its variant embodying the preferences of the American scholars associated with the work, was published, as was mentioned above, in 1901. In 1928 the copyright of the latter was acquired by the International Council of Religious Education and thus passed into the ownership of the Churches of the United States and Canada that were associated in this Council through their boards of education and publication.The Council appointed a committee of scholars to have charge of the text of the American Standard Version and to undertake inquiry concerning the need for further revision. After studying the questions whether or not revision should be undertaken, and if so, what its nature and extent should be, in 1937 the Council authorized a revision. The scholars who served as members of the Committee worked in two sections, one dealing with the Old Testament and one with the New Testament. In 1946 the Revised Standard Version of the New Testament was published. The publication of the Revised Standard Version of the Bible, containing the Old and New Testaments, took place on September 30, 1952. A translation of the Apocryphal/Deuterocanonical Books of the Old Testament followed in 1957. In 1977 this collection was issued in an expanded edition, containing three additional texts received by Eastern Orthodox communions (3 and 4 Maccabees and Psalm 151). Thereafter the Revised Standard Version gained the distinction of being officially authorized for use by all major Christian churches: Protestant, Anglican, Roman Catholic, and Eastern Orthodox.The Revised Standard Version Bible Committee is a continuing body, comprising about thirty members, both men and women. Ecumenical in representation, it includes scholars affiliated with various Protestant denominations, as well as several Roman Catholic members, an Eastern Orthodox member, and a Jewish member who serves in the Old Testament section. For a period of time the Committee included several members from Canada and from England.

Tamat.

Kecelaruan Kitab Bible dan Penipuan Ayat-ayat Injil Bhg. 1

Kecelaruan Kitab Bible dan Penipuan Ayat-ayat Injil
Oleh : Imran Al-Malizi

Firman Allah s.w.t (yang bermaksud):
“Kecelakaan yang besar bagi orang-orang yang menulis Kitab Taurat dengan tangan mereka (lalu mengubah Kalam Allah dengan rekaan-rekaan mereka), kemudian mereka berkata: “Ini ialah dari sisi Allah”, supaya mereka dengan perbuatan itu dapat membeli keuntungan dunia yang sedikit. Maka kecelakaan besar bagi mereka disebabkan apa yang ditulis oleh tangan mereka, dan kecelakaan besar bagi mereka dari apa yang mereka usahakan itu.”

(Al-Baqarah : 79)
Umat Islam secara umumnya mengetahui bahawa agama Yahudi (Judaisme), Nasrani (Kristian) dan Islam adalah tergolong dalam agama-agama samawi yang datang dari sumber yang satu; wahyu Ilahi.Walau bagaimanapun, kitab-kitab suci yang terdahulu iaitu Taurat (Torah) dan Injil (Gospel) telah pun diselewengkan oleh para pendeta dan rahib mereka. Ini dapat diketahui sama ada melalui firman Allah s.w.t di dalam al-Quran ataupun difahami secara umum.

Di tengah-tengah kegawatan dan krisis akidah yang sedang hebat meratah keyakinan umat Islam di timur dan barat, khususnya gejala murtad yang melata di tanah air kita, adalah merupakan suatu yang sangat signifikan bagi kita selaku penganut Islam lebih-lebih lagi sebagai penuntut ilmu agar meneliti kembali dakwaan tersebut dengan lebih konkrit. Supaya kita tidak termasuk dalam golongan mereka yang hanya beriman dengan ‘berpeluk tubuh’.Melalui ruangan yang terhad ini, penulis hanya akan menyentuh beberapa doktrin di dalam ajaran Kristian yang berkait dengan kecelaruan Kitab Bible.

Adakah Tuhan itu Tiga atau Esa ..?

Firman Allah s.w.t. (yang bermaksud) :
“Demi sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: "Bahawasanya Allah ialah salah satu dari tiga tuhan". Padahal tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Tuhan Yang Maha Esa...” (Al-Maa'idah : 73)

‘Trinity’ adalah paksi utama ajaran Kristian. Tanpanya, ajaran ini seolah-olah kehilangan tunggak. Doktrin ajaran ini mengatakan bahawa Tuhan itu terdiri daripada 3 juzuk iaitu : Tuhan Bapa (God / The Father), Tuhan Anak (Jesus Christ/ The Son/ The Word) dan Ruhul Qudus (The Holy Ghost/ Holy Spirit). Ketiga-tiga unsur ini juga merupakan ‘satu tuhan’ yang disembah oleh para penganut Kristian. Hujah yang menguatkan dakwaan mereka itu terdapat pada sepotong ayat yang didapati di bahagian Perjanjian Baru (New Testament) di dalam kitab Holy Bible, King James Version (KJV) atau Authorized Version (AV). Iaitu ayat yang berbunyi :

“For there are three that bear record in heaven, the Father, the Word, and the Holy Ghost : and these three are one.” (The First Epistle of John Ch.5 : V.7)

Inilah satu-satunya dalil yang paling jelas mengatakan bahawa ‘satu’ Tuhan itu terdiri daripada 3 unsur iaitu Tuhan Bapa (The Father), Tuhan Anak (The Word) dan Ruhul Qudus (The Holy Ghost). Setahu penulis, tidak ada lagi ayat-ayat lain di dalam kitab Bible yang menyatakan sejelas-jelas ayat ini, dan ayat inilah yang menjadi ‘modal’ utama para pendakyah misionari Kristian untuk menyebarkan ajaran bahawa Tuhan itu ‘tiga dalam satu’ (Trinity : in Christianity – the union of Father, Son and Holy Spirit as one God).

Bagaimanapun, adakah ayat tersebut benar-benar datang daripada wahyu Tuhan ataupun hanya REKAAN dan PENYELEWENGAN para pendeta mereka?!! Sebenarnya ayat tersebut telah pun disingkirkan oleh para ilmuwan Bible daripada cetakan kitab-kitab Bible mutakhir dan ianya dikira sebagai ayat palsu.

Fabrikasi (Pemalsuan) Ayat-ayat di dalam Bible

Secara umumnya, kitab Bible terbahagi kepada 2 bahagian utama iaitu Perjanjian Lama (The Old Testament) dan Perjanjian Baru (The New Testament). Bahagian pertama The Old Testament mengandungi kitab-kitab yang diambil daripada himpunan manuskrip Yahudi (termasuklah kitab Taurat yang telah diubah) yang merakamkan berkenaan kejadian penciptaan alam ini dan menceritakan kisah nabi-nabi terdahulu sebelum Jesus Christ (Nabi Isa A.S.) dan ramalan berkenaan dengan kelahiran baginda. Manakala bahagian kedua The New Testament pula menceritakan kisah hidup Jesus Christ bersama-sama dengan para pengikutnya sehinggalah saat baginda (mengikut kepercayaan penganut Kristian) ‘disalib’ oleh golongan Yahudi dan tentera Raja Herod (106-48 S.M.).

4 buah fasal (manuskrip) di awal bahagian ini, iaitu kitab-kitab Matthew, Mark, Luke dan John disebut Gospel (Injil yang telah diselewengkan).Juga turut dimuatkan himpunan manuskrip yang ditulis selepas ‘kematian’ Jesus Christ yang juga dianggap sebagai ‘wahyu’ melalui perantaraan Ruhul Qudus (The Holy Spirit/ Holy Ghost ).

Sebenarnya, bagi mereka yang mempelajari dan meneliti kitab-kitab Bible, maka pasti ia akan mendapati bahawa terdapat kepelbagaian versi kitab-kitab Bible di pasaran. Kepelbagaian ini adalah disebabkan oleh terjemahan serta penyemakan dan pemeriksaan semula (revision) kitab-kitab Bible yang sedia ada. Sebagai contoh, kitab Holy Bible, King James Version (KJV) di atas yang juga di sebut Authorized Version (AV) telah melalui proses semakan semula (revision) secara besar-besaran bermula dari tahun 1870 dengan autoriti majlis Gereja England (Church of England). Kitab tersebut yang diterbitkan pada tahun 1611 pada zaman Raja James telah pun mendapat pengiktirafan sekian lama daripada dunia Kristian sebagai ‘Kitab yang paling mulia dan tinggi di dalam frasa Inggeris’ malah ianya digelar ‘Versi yang Diakui’ (Authorized Version) .

Malangnya kitab ini terpaksa ‘diperbaiki’ kerana terdapat banyak kesalahan dan kesilapan yang serius sebagaimana yang diakui sendiri oleh para ilmuwan Kristian (bagaimanapun kitab ini masih lagi dijual di pasaran sehingga ke hari ini).

Tugas memeriksa dan menyemak semula Holy Bible KJV ini adalah bertitik tolak daripada sebab-sebab di atas dan justeru ia menjadi sangat perlu apabila berlaku perkembangan dalam pengkajian berkenaan Bible dan banyak penemuan manuskrip-manuskrip Bible (biblical manuscripts) yang lebih awal dan terdahulu daripada manuskrip-manuskrip yang digunakan ketika terjemahan dan penghasilan Holy Bible KJV diasaskan. Didapati terlalu banyak kecelaruan yang perlu diperbetulkan dan juga ayat-ayat yang perlu disingkirkan.Maka daripada penyemakan semula ini, kitab Bible The (British) Revised Version telah diterbitkan pada 1881-1885 dan American Standard Version yang dikatakan mempunyai kelainan dengan hasil gabungan dan pendekatan para ilmuwan Kristian dari Amerika pula telah diterbitkan pada tahun 1901. Pada tahun 1928, hak cipta versi yang mutakhir itu telah diperolehi Majlis Pendidikan Keagamaan Antarabangsa (International Council of Religious Education) dan kemudiannya berpindah tangan kepada pertubuhan Gereja-gereja Amerika Syarikat dan Kanada (Churches of the United States and Canada). Majlis ini telah melantik satu jawatankuasa daripada kalangan ilmuwan agama bagi memegang amanah terhadap teks Bible American Standard Version dan memikul tugas berhubung permintaan supaya dibuat penyemakan lanjutan dan revisi semula dibuat terhadap teks tersebut.

Setelah mengkaji sama ada perlu atau tidak dibuat penyemakan lanjutan ini, maka pada tahun 1937, Majlis ini telah memberi kuasa kepada jawatankuasa tersebut untuk membuat penyemakan semula.Para ilmuwan agama yang mencurahkan tenaga di dalam jawatankuasa tersebut menjalankan kerja-kerja penyemakan dalam dua bahagian, sebahagiannya menumpukan kepada proses revisi Old Testament dan sebahagian yang lain kepada bahagian New Testament. Dan pada tahun 1946, versi Bible, Revised Standard Version of the New Testament telah diterbitkan. Manakala kitab Holy Bible, Revised Standard Version (RSV) yang mengandungi kedua-dua bahagian Old Testament dan New Testament pula hanya dapat diterbitkan pada 30 September 1952. Melalui proses penyemakan semula ataupun revisi lanjutan ini, maka kitab Bible RSV ini mendapat pengiktirafan daripada kesemua gereja Kristian yang utama seperti Protestan (Protestant), Anglican, Roman Katolik (Roman Catholic) dan Ortodoks Timur (Eastern Orthodox). Jawatankuasa Bible Versi Standard Semakan Semula (The Revised Standard Version Bible Committee) ini dianggotai oleh lebih kurang 30 orang ilmuwan lelaki dan wanita. Diwakili oleh seluruh gereja Kristian sedunia, termasuk para ilmuwan agama yang digabungkan daripada pelbagai mazhab Protestan, begitu juga beberapa ahli daripada Roman Katolik, Ortodoks dan juga Yahudi yang membantu untuk penyemakan di bahagian Old Testament.

Pada satu jangka masa, jawatankuasa ini turut dianggotai oleh beberapa ahli daripada Kanada dan England. Manakala Penerbitan Collins menyatakan kitab Bible RSV ini adalah hasil tangan 32 orang ilmuwan agama dan dibantu oleh jawatankuasa penasihat yang mewakili 50 mazhab.

Bersambung.

Isnin, Januari 14, 2008

Perbalahan 2 Malaikat

Pada zaman dulu, ada seorang lelaki yang telah membunuh 99 orang. Dia ingin menjumpai pendita untuk meminta fatwa supaya dia dapat bertaubat dari dosanya. Sebaik saja berjumpa, dia pun menerangkan bahawa dia telah membunuh 99 orang dan bertanya sama ada dia masih ada peluang untuk bertaubat. Pendita dengan tegas mengatakan dia tidak boleh bertaubat kerana dosanya terlalu banyak. Lelaki itu mejadi marah dan terus membunuh pendita itu, menjadikannya mangsa yang ke-100.

Dia masih ingin untuk bertaubat dan terus mencari kalau-kalau ada ulama yang boleh membantunya. Akhirnya dia berjumpa dengan seorang ulama. Dia menceritakan bahawa dia telah membunuh 100 orang dan bertanya sama ada Allah masih menerima taubatnya. Ulama itu menerangkan dia masih ada harapan untuk bertaubat. Seterusnya dia menyuruh lelaki itu pergi ke sebuah negeri di mana terdapat sekumpulan abid (orang beribadat). Apabila sampai di sana nanti, ulama itu menyuruhnya tinggal di sana dan beribadat bersama mereka. Ulama itu melarangnya pulang ke negeri asalnya yang penuh dengan maksiat.

Lelaki itu mengucapkan terima kasih lalu terus menghala ke negeri yang diterangkan oleh ulama tadi. Sebaik saja sampai separuh perjalanan, dia jatuh sakit lalu meninggal dunia.

Ketika itu terjadilah perbalahan antara dua malaikat, iaitu Malaikat Rahmat dan Malaikat Azab. Malaikat Rahmat ingin mengambil roh lelaki itu kerana pada pendapatnya dia adalah orang baik lantaran azamnya untuk bertaubat sementara Malaikat Azab mengatakan dia mati dalam su'ul-khatimah kerana dia telah membunuh 100 orang dan masih belum membuat sebarang kebajikan. Mereka saling berebutan dan tidak dapat memutuskan keadaan lelaki itu.

Allah kemudian menghantar seorang malaikat lain berupa manusia untuk mengadili perbalahan mereka berdua. Dia menyuruh malaikat itu mengukur jarak tempat kejadian itu dengan kedua-dua tempat; adakah tempat kejadian itu lebih dekat dengan tempat kebajikan yang hendak dituju atau lebih dekat dengan tempat dia mula bertolak. Sekiranya jaraknya lebih dekat dengan tempat kebajikan, dia kepunyaan Malaikat Rahmat. Setelah diukur, didapati jarak ke negeri kebajikan melebihi kadar sejengkal saja. Lalu roh lelaki itu terus diambil oleh Malaikat Rahmat. Lelaki itu akhirnya mendapat pengampunan Allah.

MORAL & IKTIBAR

Allah Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihani

Orang yang berbuat dosa hendaklah diiringi dengan penyesalan dan taubat.
Jangan merasa putus asa dari rahmat Allah meskipun telah melakukan dosa yang sangat banyak kerana rahmat Allah sangat luas dan lebih besar daripada dosa besar yang kita lakukan.

Menjalankan amar makruf dan nahi mungkar hendaklah dengan hikmah dan bijaksana.
Fatwa yang salah dan tidak berlandaskan hukum sebenar hanya menyusahkan diri sendiri
Pelepasan dari azab diperolehi hanya dengan berlebihnya timbangan kebajikan meskipun dengar kadar yang sedikit. Orang yang hendak bertaubat mesti buktikan penyesalan dengan tindak-ikut yang sewajarnya. Orang yang bertaubat dengan sungguh-sungguh penyesalan dan berikrar tidak mengulangi kejahatannya akan diterima oleh Allah taubatnya. Mereka yang diterima oleh Allah akan taubatnya seolah-olah tidak mempunyai sebarang dosa. Mereka yang sempat bertaubat 'nasuha' sebelum roh sampai ke khalqum dimasukkan ke dalam syurga.

Menutup Aurat bahagian ke-2

Hari ini apa yang kita dapat lihat, sesetengah wanita seolah beranggapan menutup aurat itu cukup sekadar memakai tudung serta memakai pakaian yang menutup tubuh badan, namun darihal yang selebihnya tidak diambil tahu. Lihat saja di sekeliling kita, ada wanita yang memakai tudung, namun tudungya ibarat tudung yang tersilap beli, atau tersilap tempah dari segi saiz dan ukurannya. Dada yang menonjol diperlihatkan kepada pandangan umum. Begitu juga dari segi pakaiannya, samaada bajunya mahupun kain atau seluar yang dipakainya. Orang kata, menggiurkan. Perkara ini telah dapat dilihat dan diketahui umum. Saya rasa tak perlu menjelaskannya terlampau panjang mengenai hal ini, dan yang penting adalah perbahasan hukum mengenainya itulah yang menjadi hadaf (matlamat) kita. Maka dengan ini saya akan memaparkan hokum menutup aurat secara umum di dalam al-quran dan hadith iaitu : Firman Allah S.W.T di dalam Surah an-Nur ayat 31 yang bermaksud :

“Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka”

Lafaz zahir yang dimaksudkan adalah bermaksud adalah muka dan tapak tangan sesuai dengan keterangan hadith daripada Aisya R.A yang bermaksud :

“Sesungguhnya Asma’ telah memasuki (rumah) Rasulullah S.A.W dan pada badannya, pakaian nipis, maka baginda memalingkan muka daripadanya, kemudian bersabda : “Wanita yang sudah mencapai haid (baligh), tidak boleh terlihat daripadanya kecuali ini dan ini, sambil Rasulullah S.A.W menunjukkan kepada wajahnya dan kedua belah tapak tangannya “. (Riwayat Abu Daud)

Dengan ini, jelaslah bahawa menutupi anggota badan bagi wanita kecuali muka dantapak tangannya adalah wajib. Seterusnya, mengenali apakah yang dimaksudkan dengan aurat itu juga kita harus dalaminya secara sebenar-benarnya, bukan sekadar mengetahui bahawa aurat itu bermaksud “pakai tudung, pakai baju, pakai seluar ” itu sahaja.

Definisi aurat di sisi syara’ :

1-Semua anggota yang wajib ditutup dan haram dipandang. (definisi ini adalah yang paling tepat)

2-Sesuatu atau sebahagian anggota tubuh badan manusia yang malu apabila dilihat orang.

3-Sesuatu yang berharga, tetapi tidak cukup kekuatan kita untuk membelanya dan mempertahankannya apabila diserang musuh. Ini berdasarkan firman Allah Taala dalam Surah al-Ahzab, ayat yang ke-13.

Jika kita lihat pada definisi yang pertama, ia bukan saja menjelaskan bahawa aurat itu wajib ditutup, bahkan ia menyebutkan bahagian yang wajib ditup itu jugalah haram dipandang. Jadi inilah kaitan yang perlu diambil perhatian bukan sahaja bagi diri wanita, akan tetapi juaga bagi diri lelaki khususnya yang beragama Islam.

Seterusnya saya akan memaparkan batas-batas aurat seseorang wanita sesama wanita yang lain dan begitu juga wanita dengan lelaki, baik mahramnya, atau bukan mahram, muslim atau kafir.

Aurat wanita dengan wanita

1-Aurat muslimah dengan muslimah Ialah bahagian antara pusat dan lutut. Iaitu harus bagi muslimah menampakkan tubuh badannya selain bahagian Antara pusat dan lutut kepada muslimah yang lain. Tetapi jika bimbangkan Fitnah atau pandangan bershahwat, maka seluruh tubuhnya adalah aurat Kecuali muka dan tapak tangan.

2-Aurat muslimah dengan wanita bukan Islam

Ialah semua bahagian atau anggota tubuh badan kecuali yang kelihatan apabila Melaksanakan tugas dan urusan rumah tangga. Iaitu harus bagi wanita Muslimah menampakkan muka, kepala, leher, tangan hingga ke lengan dan Kaki hingga ke lutut kepada wanita bukan Islam. Adapun aurat muslimah dengan wanita bukan Islam yang hamba atau mahram Kepada muslimah itu adalah bahagian antara pusat dan lutut. Akan tetapi, jika bimbangkan fitnah atau pandangan mereka bershahwat Maka seluruh tubuhnya adalah aurat kecuali muka dan tapak tangannya.

Aurat wanita dengan lelaki

1-Aurat muslimah dengan lelaki bukan mahram Ialah seluruh tubuh muslimah itu sama ada dia telah baligh ataupun belum baligh adalah aurat kecuali muka dan tapak tangan. Iaitu harus bagi muslimah menampakkan muka dan tapak tangannya kepada lelaki yang bukan mahram. Sebaliknya jika bimbangkan fitnah, maka muka dan tapak tangannya juga dikira sebagai aurat. Jika lelaki bukan mahram yang memandang muslimah bershahwat iaitu ada niat berseronok-seronok dengan semata-mata pandangan itu (pandangan bershahwat) walaupun aman daripada fitnah, maka seluruh tubuhnya adalah aurat.

Aurat muslimah dengan lelaki yang mahram

Seterusnya aurah muslimah dengan lelaki yang mahram baginya adalah antara pusat dan lutut. Iaitu harus bagi muslimah menampakkan tubuh badannya selain bahagian antara pusat dan lututnya kepada lelaki yang bukan mahram dengan syarat aman dari fitnah atau pandangan mereka tanpa shahwat. Sebaliknya jika ia boleh membawa fitnah dan pandangan bershahwat, maka seluruh tubuhnya adalah aurat kecuali muka dan tapak tangannya.

Syarat-syarat menutup aurat Islam telah menggariskan tiga syarat asas menutup aurat yang perlu dipenuhi :

1-Menutup kawasan aurat.

2-Tidak menampakkan warna kulit.

3-Tidak menampakkan bentuk tubuh.

Manakala terdapat dua syarat tambahan :

1-Hendaklah benda yang menutup aurat wanita itu bukanlah jenis perhiasan, Contohnya mahkota di atas kepala wanita.

2-Hendaklah pakaian itu tidak menyerupai pakaian yang biasa dipakai oleh jantina Berlawanan. Di sini, al-’urf atau adapt setempat memainkan peranan penting Dalam menentukan pakaian yang khas untuk lelaki dan wanita. Lelaki yang menyerupai jantina berlawanan akan dibenci Allah SWT dan RasulNya.

Sabda Rasul SAW :

“Bukanlah dari golongan kami, (orang beriman), sesiapa yang menyerupai lelaki daripada wanita dan bukan juga sesiapa yang menyerupai wanita daripada lelaki”.

Syarat-syarat yang telah disebutkan tadi, merupakan syarat-syarat yang wajib diikuti. Berkenaan dengan aurat juga, saya tertarik dengan satu persoalan yang dibahaskan di dalam satu kitab yang bertajuk “Tabarruj Dosa Berhias, Bagaimana mengenalinya dan menghindarinya” karangan dan susunan oleh Hj Mohd Hanif Hj Ismail di mana ditimbulkan persoalan mengenai pakaian harian sebagai pakaian solat.

Maka dengan ini, adakah harus bagi wanita muslimah sembahyang dengan pakaian hariannya?. Untuk menjawab persoalan ini, marilah kita perhatikan sepotong hadith yang bermaksud :

“Sesungguhnya Ummu Salamah RA bertanya kepada Rasulullah SAW, bolehkah seorang wanita solat dengan memakai baju kurung dan tudung tanpa jubah (yang menutup dari kepala hingga kaki?). Baginda menjawab : “Boleh jika baju kurung itu labuh, menutup kedua kakinya” (Riwayat Abu Daud)

Hadith tersebut menunjukkan bahawa pakaian kaum wanita seharian dan ketika mendirikan solat tiada bezanya. Hal ini juga menunjukkan bahawa tidak terdapat pakaian khusus bagi kaum wanita untuk mendirikan solat, misalnya telekong bagi masyarakat melayu. Selalu kita ada berjumpa atau terdengar cerita berkaitan dengannya, contohnya ada sesetengah wanita yang menjadikan alasan untuk meninggalkan solat dengan menyatakan sebabnya adalah kerana tidak mempunyai telekong. Kadang-kadang kebiasaan begini telah membawa kepada sesuatu perkara yang menyusahkan walaupun mungkin terdapat sesetengah muslimah yang pakaian hariannya telah menepati syarat untuk menunaikan solat tetapi disebabkan adapt atau kebiasaan maka mereka beranggapan bahawa tidak boleh solat sekiranya tiada telekong. Sepatutnya masalah ini tidak berlaku, atas sebab perkara yang kecil, ianya telah membawa diri kita kepada kebinasaan. Kesimpulannya yang dapat dibuat, pakaian muslimah yang belum boleh digunakan untuk solat merupakan pakaian Islam yang belum sempurna dan harus disempurnakan. Hal ini memang cukup berat untuk dilaksanakan oleh muslimah apabila tidak diiringi dengan keimanan dan ketaqwaan.

Menutup Aurat bahagian pertama

Menutup aurat adalah kewajipan setiap umat Islam untuk
melaksanakannya apabila telah sampai had baligh masing-masing.
Sehubungan ini Allah berfirman yang bermaksud: Wahai Nabi! Katakanlah
bagi isteri-isterimu itu supaya mereka melabuhkan (sehingga menutupi
ke atas mereka jilbab mereka) (surah al-Ahzab ayat 59) dan firman-Nya
lagi yang bermaksud: Tutupilah tudung mereka atas lubang tengkuknya
(An- Nur ayat 31).

Para ibu bapa dan suami bertanggungjawab menjaga dan mengawasi
tingkah laku tanggungan dan keluarga masing-masing supaya dapat
menutupi aurat mereka termasuk rambut kepalanya dan lubang
tengkuknya. Mereka dikira bersalah sekiranya mengabai atau
membenarkan mereka yang di bawah tanggungan cuai dalam menjalankan
perintah Allah s.w.t.

Kesimpulannya wanita itu sendiri, ibu, bapa dan suami masing-masing
bertanggungjawab atas kesalahan yang mereka lakukan dan kesalahan
mereka yang di bawah jagaannya. Tetapi apabila mereka telah
menjalankan tugas tersebut dengan baik, maka dosa kesalahan, mereka
menanggung sendiri kerana ibu bapa dan suami tidak ada taqsirnya
lagi.

Setiap wanita Muslim itu pasti dengan rela hati akan menunaikan
perintah Allah sekalipun tanpa arahan orang lain dan tidak akan
berani melanggar larangan atau titah perintah-Nya meskipun atas
dorongan dan restu daripada sesiapa.

Nabi bersabda yang bermaksud: Tidak harus melakukan kesalahan maksiat
kepada Allah s.w.t. untuk mentaati makhluk (riwayat Bukhari dan lain-
lain). Sekiranya berlaku demikian (ertinya ibu bapa atau suami
sendiri yang memerintahkan isteri atau anak-anak dengan perkara dosa
dan maksiat). Adakah harus pihak isteri dan anak-anak mendurhakai
perintah tersebut?

Dalam hal ini Allah pernah berfirman bermaksud: Dan sekiranya mereka
berdua (ibu bapa ) berusaha untuk menjadikan kamu syirik dengan-Ku
maka jangan kamu ikut atau mentaati arahan tersebut tetapi layanilah
mereka di dunia ini dengan baik (surah Lukman ayat 15). Maknanya kita
masih harus menggauli mereka dengan cara yang sebaiknya.

Hukum Memakai Gelang Tangan Bagi Lelaki

Kejahilan dan kedangkalan utk tidak mendalami ilmu agama boleh menyebabkan seseorang itu terikut-ikut dengan tindakan, penerampilan cara hidup orang kafir.

Musuh Islam merancang termasuk dalam bidang perubatan agar orang Islam terjebak untuk menerima cara yang diperkenalkan. Sebagai contoh mereka menciptakan alat bagi mengurangkan tekanan darah dalam bentuk gelang tangan, bagi orang Islam yang tipis imannya akan menerimanya sebagai satu kaedah perubatan terkini.

Hakikatnya banyak cara lain yang boelh di gunakan, tetapi kerana memakai gelang itu adalah dilarang untuk dipakai oleh lelaki Muslim, maka itulah cara terbaik diperkenalkan oleh musuh agar Muslim dilaknat oleh Allah s.w.t.,apabila dilaknat mereka tidak akan menjadi umat yang kuat untuk menghadapi kemaraan musuh mereka.

Larangan memakai gelang tangan wlpun untuk tujuan kesihatan, telah ditegaskan oleh Rasullulah s.a.w.: Hadis Imran bin Hussein r.a., bahawasanya Rasullulah s.a.w. telah melihat pergelangan tangan seorang lelaki yang memakai gelang yang diperbuat daripada tembaga, maka baginda bertanya kepada lelaki berkenaan.

"Apakah bendanya ini"?Lelaki itu berkata,"Ia adalah gelang perubatan".

Rasullulalah bersabda,"Sesungguh nya benda itu tidak memberi apa-apa (faedah walaupun utk tujuan perubatan), buangkan benda itu daripada diri anda, jika sekiranya anda mati dan benda itu ada pada diri anda, maka anda tidak akan berjaya (selamat) untuk selama-lamanya. " Hadis Sahih yg ke-19,885 Riwayat Imam Ahmad.

Pemakaian gelang pada hari ini, melibatkan ustaz2,pegawai2 kerajaan, menteri2 bahkan perdana menteri sekali pun...sesungguhnya mereka semua telah tertipu dengan perancangan musuh yang mahu menghancurkan pegangan akidah umat Islam.

Di Malaysia trend ini bermula di mana gelang hitam diberikan sebagai hadiah orang yang baru balik dari Mekah.Sekarang ini dibenarkan oleh Tabung Haji kepada jemaah haji apabila berada di Tanah Suci supaya faktor mudah di kenali atau sebarang kes hilang , kemalangan dsb.
Jenis-jenis gelang yang di haramkan bagi lelaki:-
  • Gelang Kayu koka
  • Gelang Kristal
  • Gelang Tasbih
  • Gelang Getah plastik
  • Gelang Besi magnet
  • Gelang Besi Tabung Haji (apabila berada di Malaysia)
Jenis2 gelang yang diharuskan:-
  • Gelang pesakit semasa berada di hospital (di tanda nama pesakit dan wad)
  • Gelang pesalah/penjenayah (dipakai oleh penjenayah yg telah di tangkap polis)
  • Gelang kaki bagi pesakit gila/jiwa.

Petikan dari:
Ustaz Zainuddin Hashim

Hukum Memakai Cincin Emas, Emas Putih dan Platinum

Hukum lelaki memakai emas amat jelas hukumnya, iaitu haram berdasarakn begitu banyak dalil-dalil hadith, antaranya :-

Ali bin Abu Talib r.a. berkata:
“Rasulullah s.a.w. mengambil sutera, ia letakkan di sebelah kanannya, dan ia mengambil emas kemudian diletakkan di sebelah kirinya, lantas ia berkata: Kedua ini haram buat orang laki-laki dari umatku.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, Nasa’i, Ibnu Hibban dan Ibnu Majah)

Tetapi Ibnu Majah menambah:“halal buat orang-orang perempuan.”

Nabi s.a.w. juga pernah melihat seorang laki-laki memakai cincin emas di tangannya, kemudian oleh Nabi dicabutnya cincin itu dan dibuang ke tanah.

Kemudian beliau bersabda:
“Salah seorang diantara kamu ini sengaja mengambil bara api kemudian ia letakkan di tangannya. Setelah Rasulullah pergi, kepada si laki-laki tersebut dikatakan: ‘Ambillah cincinmu itu dan manfaatkanlah.’ Maka jawabnya: ‘Tidak! Demi Allah, saya tidak mengambil cincin yang telah dibuang oleh Rasulullah.’” (Riwayat Muslim)

Dan seperti cincin, menurut apa yang kita saksikan di kalangan orang-orang kaya, yaitu mereka memakai pena emas, jam emas, gelang emas, bekas penghidup rokok emas, gigi emas dan seterusnya adalah haram hukumnya.

Bagaimanapun, bagaimana pula hukum emas putih? Adakah hukumnya sama seperti emas biasa yang berwarna kuning?

Untuk menjawab soalan ini, kita perlu memahami apakah itu emas secara umum.
Emas adalah unsur kimia dalam tabel periodik yang memiliki simbol Au (bahasa Latin: ‘aurum’) dan nomor atom 79. Sebuah logam transisi (trivalen dan univalen) yang lembek, mengkilap, kuning, berat, “malleable”, dan “ductile”. Emas tidak bereaksi dengan zat kimia lainnya tapi terserang oleh klorin, fluorin dan aqua regia. Logam ini banyak terdapat di nugget emas atau serbuk di bebatuan dan di deposit alluvial dan salah satu logam coinage. Kode ISOnya adalah XAU. Emas melebur dalam bentuk cair pada suhu sekitar 1000 derajat celcius. (http://id.wikipedia .org/wiki/ Emas )

Inilah namanya emas. Sekarang, jika terbukti emas putih adalah dari jenis yang sama logamnya maka hukumnya adalah sama dengan emas kuning. Jikalau kita melihat takrif emas putih di bawah :-

White Golds: What are they?
What are ‘white golds’? Are they a special form of gold? Do they contain gold? These are typical questions often asked of us. Well, they are not a special form of gold (which is why you cannot get 24 carat white gold). Actually, they are true carat golds, just like yellow or red carat gold jewellery. They are gold alloys that look white rather than yellow. The white colour is achieved by careful choice of the alloying metals, which bleach the deep yellow of pure gold. ( Rujuk :
http://www.gold. org/jewellery/ technology/ colours/white. html

Juga disebut bahawa :-
“White gold is an alloy of gold and at least one white metal, such as silver or palladium. Like yellow gold, white gold is measured in Karats.” (http://en.wikipedia .org/wiki/ White_gold)
Berdasarkan keterangan dari sumber-sumber yang berwibawa ini, saya kira adalah jelas bahawa emas putih adalah jenis logam yang sama dengan emas kuning cuma ia terdapat campuran logam berwarna putih samada dari perak atau palladium. Justeru, hukumnya adalah sama iaitu Haram buat orang lelaki dan halal bagi kaum wanita memakainya.
Adapun Platinum, ia adalah jenis logam yang berlainan

Dalam takrifannya Platinum adalah : “Platina adalah suatu unsur kimia dalam tabel periodik yang memiliki lambang Pt dan nomor atom 78. Sebuah logam transisi yang berat, “malleable”, “ductile”, berharga, berwarna putih-keabuan. Platinum tahan karat dan terdapa dalam beberapa bijih nikel dan copper. Platinum digunakan dalam perhiasan, peralatan laboratorium, gigi, dan peralatan kontrol emisi mobil.” ( Rujuk :http://id.wikipedia .org/wiki/ Platina )

Jelas dari penjelasan ini, bahwa emas putih bukanlah platinum sebagaimana yang didakwa beberapa pihak sehingga membawa kepada fatwa halal orang lelaki memakai emas putih kerana ia adalah platinum.

Kesimpulannya : Halal bagi lelaki memakai platinum dan haram baginya untuk memakai emas putih. Bagaimanapun yang terpilih tetap perak bagi orang lelaki, kerana ia adalah sunnah Nabi SAW jua.

Kepentingan Aqidah dan Bahaya Murtad

Di akhir zaman kini kita sering mendengar dan mengetahui telah berlakunya pelbagai perkara yang amat mengecewakan ulama’ islam dan umatnya. Antaranya berlaku kes murtad yang membabitkan bangsa melayu yang pada satu masa dahulu terkenal dengan keislamannya.

Ulama’ islam mendapati virus murtad ini telah mula merebak kerana kekurangan dalam diri individu muslim itu ilmu aqidah islam sebenar dan kelemahan mengamatinya. Maka disini akan diperjelaskan secar ringkas berberapa perkara yang berkisar dalam tajuk Kepentingan Aqidah Dan Bahaya Murtad.

Saya membicarakan perkara yang mungkin sesetengah orang menganggap ianya agak mengerunkan sekiranya diutarakan. Tetapi saya berpendapat sekiranya kepentingan aqidah islam tidak diterapkan dalam generasi islam maka akan lahir suatu hari nanti puluhan ribu yang rosak aqidahnya dalam ertikata lain dikira sebagai murtad.

Kita dapati ramai jua yang tahu peranan masing-masing dalam kes murtad ini dan kepentingan ilmu aqidah untuk diserapkan lagi kepda umat islam, malangnya ramai jua yang mengabaikan tindakan segera atau menganggap ia sebagai suatu yang boleh dilakukan pada masa yang akan datang tanpa disedari semakin hari semakin pupus insan yang mengetahui erti aqidah yang sebenar, semakin hari semakin hilang mutiara ilmu aqidah yang menjadi senjata utama dalam menguatkan serta memajukan lagi taraf insan yang bergelar Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Tidak pernah terdengarkah mereka ini dengan sabda Nabi Muhammad yang diriwayatkan oleh Imam Ibnu Asakir dan Imam Abdary bahawa Baginda pernah bersabda yang bermaksud :
“ Sesungguhnya manusia itu apabila ia melihat (mengetahui) kemungkaran, tiada pula ia merubahkannya maka Allah akan mengumumkan azabNya ke atas semua manusia ”.

Terlupakah insan ini akan kata-kata yang sering diungkap oleh para ulama seperti Imam Ali Ad-Daqqoq yang bermaksud :“ Senyap dari menyatakan kebenaran merupakan syaitan bisu ”. Semoga dari nota dan penyampaian ini dapat menguatkan lagi semangat kita dalam memperjuangankan agama Allah. Amin.

1. AQIDAH
1.1. ERTI AQIDAH DAN KAITANNYA DENGAN AMALAN SOLEH.


Aqidah membawa erti pegangan dan kepercayaan seseorang.
Pegangan dan kepercayaan ini pula terbahagi kepada dua iaitu benar atau salah.
Aqidah yang benar merupakan kunci kepada segala penerimaan ibadah.
Tanpa akidahyang benar Allah tidak akan menerima segala amalan soleh.

Sekiranya aqidah seseorang itu salah maka yang akan dicatit hanyalah amalan keburukan maka akan hanya dibalas dengan kebururkan. Justeru itu perkara yang berkaitan dengan aqidah tidak harus dijadikan gurauan-senda atau diremeh-remehkan.

Hubungan aqidah dan amalan soleh ini berdalilkan firman Allah yang bermaksud:“ Dan barangsiapa melakukan amalan soleh dari kalangan lelaki atau pun wanita dalam ia beriman (beraqidah dengan aqidah yang betul) maka merekalah yang akan dimasukkan kedalam syurga dan tidak akan dizalimi walaupun sedikit”.An-Nisa Ayat 124.

Ayat tersebut jelas menerangkan bahawa apa sahaja amalan soleh yang dilakukan orang lelaki mahupun perempuan, imanlah syarat utama penerimaan dari Allah.

Begitu juga kenyataan dari hadith Nabi yang bermaksud :
“ Semulia-mulia amalan adalan beriman kepada Allah dan RasulNya ( beraqidah dengan aqidah yang betul) ”.H.R. Sohih Bukhari.

Ini menunjukkan bahawa aqidah merupakan sesuatu yang teramat penting dan perlu diutamakan dari masalah-masalah yang lain.

1.2. PARA ULAMA MENGUTAMAKAN ILMU AQIDAH.

Oleh kerana pentingnya ilmu aqidah maka kita dapati seluruh para ilmuan islam akan mengutamakan ilmu aqidah. Perkara ini dapat dipetik dari kenyataan Imam tertua diantara mazhab empat iaitu Imam Abu Hanifah menyatakan dalam kitab beliau Fiqhul Absot yang bermaksud :

“ Ketahuilah bahawa mendalami ilmu usuluddin (aqidah) itu lebih mulia dari mendalami ilmu feqh ”.

Kenyataan Imam Abu Hanifah tersebut tidak bermakna kita tidak harus mempelajari ilmu feqah langsung akan tetapi Imam Abu Hanifah menerangkan kemulian mempelajari dan mengutamakan ilmu aqidah. Begitu juga para ulama yang lain mengutamakan ilmu ini seperti Imam yang menjadi pegangan mazhabnya di tanah air kita iaitu Imam Syafie menyatakan yang bermaksud :“ Kami telah mendalami ilmu tersebut (aqidah) sebelum ilmu ini (feqh) ”.

1.3. AQIDAH AHL SUNNAH WAL JAMAAH.

Kesemua aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah berlandaskan al-quran, al-hadith serta ijmak ulama. Ahli Sunnah menyifatkan Allah dengan sifat-sifat yang telah dinyatakan oleh Allah ta’ala sendiri di dalam al-quran dan apa yang telah dinyatakan leh Rasulullah di dalam Hadith Sohih baginda tanpa mereka meyandarkan sifat tasbih atau tajsim bagi Allah, merekajuga menafikan sifat duduk, bertempat, berkaki, berbetis, zat yang turunnaik dari langit ke bumi, berada di atas langit, berada di atas ‘arasy, dan sebagainya dari sifat yang tidak layak bagi Tuhan yang mencipta segala makhlukNya.Perkara tersebut kesemua berdasarkan firman Allah di dalam surah As-syuraayat 11 yang bermaksud :“ Tiada sesuatupun yang menyerupaiNya ”.

Wujudnya Allah tanpa diliputi tempat berdalikan juga dari sabda Nabi Muhammad yang bermaksud :“ Allah telah sedia wujud (azali) dan tiada sesuatupun selain Allah ituazali ”. Riwayat Bukhari dalam Sohih Bukhari.

Ini menunjukkan bahawa Dia sahaja yang wujudnya azali manakala tempat, ‘arasy, langit, dan selainnya bukan azali. Ijmak para ulama yang telah dinukilkan oleh Imam Abdul Qohir Bin TohirAl-Baghdadi dalam kitab Al-Farqu Bainal Firaq halaman 333 cetakan Darul Ma’rifah jelas menunjukkan kewujudan Allah bukanlah berada diatas ‘arasy akan tetapi Allah wujud tanpa diliputi oleh tempat :
“ Dan telah disepakati seluruh para ulama islam bahawaAllah tidak diliputi tempat ”.Demikian ijmak para ulama yang tidak boleh ditolak lagi oleh golongan mujassimah dan musyabbihah.

2. BAHAYA MURTAD

Isu murtad menjadi satu masaalah yang paling utama bagi sesebuah negara islam.
Untuk menyelesaikan kes murtad ini tidak boleh lari dari mengetahui hukum-hakam berkaitan murtad.
Maka mempelajari perkara yang boleh membatalkan islam seseorang adalah perlu sepaya kita tidak terjerus ke kancah murtad dan dapat membantu mengislamkan mereka yang telah murtad. Perlu diketahui bahawa wajibkan keatas setiap orang Islam menjaga aqidahnya di dalam Islam dan melindungi dirinya dari apa-apa yang memusnahkan (merosakkan), membatalkan, dan memutuskan aqidahnya, ini dinamakan sebagai keluar dari Islam iaitu Riddah (murtad).

Imam an-Nawawiyy dan Imam-imam yang lain pernah menyatakan: “Riddah adalah jenis kekufuran yang paling dibenci”.

Telah menjadi satu kebiasaan pada zaman ini dimana seseorang itu dengan secara lalainya menuturkan perkataan-perkataan yang mana membawa mereka keluar dari Islam, mereka tidak menyangka dengan menuturkan perkataan-perkataan itu boleh menjadikan mereka kafir.

Maka terjadi kes-kes murtad yang dia tidak sedar bahawa dia telah pun murtad. Semua ini berlandaskan apa yang telah dikhabarkan oleh Rasulullah dalam hadith baginda :
“ Sesungguhnya seseorang itu berkata ia dengan kalimat yang tidak disangkakannya merbahaya, yang mana menyebabkannya menjunam jatuh 70 tahun ke dalam neraka ”.
Yakni, menjunam jatuh 70 tahun ke dasar neraka yang dikhaskan untuk orang kafir.

Hadith ini diriwayatkan oleh At -Tarmizi (hasan) dengan makna yang sama dari hadith yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim. Hadith ini membuktikan bahawa seseorang itu akan menjadi kafir apabila menuturkan perkataan kufurnya walaupun dia Tidak tahu(jahil) tentang hukumnya. Dalam keadaan marah atau berjenaka. Yakni, tidak semestinya dalam keadaan tenang sahaja seseorang itu akan menjadi murtad apabila menuturkan perkataan kufur. Ini adalah kerana beradadi dalam keadaan tenang bukanlah menjadi syarat untuk dianggap murtad. Di dalam keadaan marah pun seseorang itu akan jatuh murtad jika dia menuturkan perkataan kufur. Imam Nasafi pernah berkata yang bermaksud :
“ Jika seorang lelaki marah pada anaknya atau hambanya dan memukulnya dengan teruk, kemudian datang seorang yang lain bertanya kepadanya, ‘kenapa engkau melakukan ini? Tidakkah engkau seorang Islam?’Dengan sengaja dia menjawab,‘tidak!’ , maka dia telah menjadi murtad/kafir.”

Ini juga telah diperkatakan oleh ulama dari mazhab Hanafi dan juga yang lain.
Maka kita perlu menjauhi dan menghindari umat islam dari dari bahaya murtad yang tersebar.

2.1. PERKARA-PERKARA YANG MENYEBABKAN MURTAD.

Tiga perakara yang boleh menyebabkan seseorang itu murtad seperti mana yangtelah diterangkan oleh para ulama :-

1- Kufur I’tiqady.
2- Kufur Fi’ly.
3- Kufur Qauly.

Syarahan

1- Kufur I’tiqady ( kufur disebabkan dari pegangan yang salah )
Contoh-contohnya adalah:
a) Ragu-ragu pada Allah atau RasulNya atau Al-Qur’an atau Hari Akhirat atau Syurga atau Neraka atau ganjaranNya atau balasanNya atau perkara yang berkaitan/bersamaan yang mana telah ada ijmak mengenainya.
b) Kepercayaan bahawa dunia ini azali pada jisim dan unsurnya atau cumajisimnya sahaja.
c) Menafikan salah satu sifat dari sifat-sifat Allah yang diketahui telahada ijmak seperti Maha Mengetahui segalanya.
d) Menyifati Allah dari apa yang diketahui oleh ulama tidak menepatiNyaseperti mempunyai jasad.
e) Menghalalkan apa yang diketahui dikalangan umat Islam sebagai haram seperti zina, liwat, membunuh, mencuri, merompak atau menyamun.
f) Mengharamkan apa yang diketahui dikalangan umat Islam sebagai halalseperti berjual beli atau nikah.
g) Menafikan kewajipan pada perkara yang diketahui dikalangan umat Islamsebagai wajib hukumnya seperti solat 5 waktu atau salah satu daripada sujud,zakat, puasa, haji atau wudu’.

2- Kufur Fi’ly ( kufur yang disebabkan dari perbuatan )
Contoh-contohnya adalah:
a) Sujud pada berhala atau matahari atau bulan.
b) Sujud kepada makhluk dengan bertujuan untuk menyembahnya.

3- Kufur Qauly ( kufur yang disebabkan dari perkataan )
Contohnya adalah terlalu banyak tidak terhitung darinya. Dinyatakan disini hanya sebahagian darinya :
a) Memanggil kepada seorang Islam yang lain: ‘ Wahai kafir!’ atau ‘WahaiYahudi!’, ‘ Wahai Kristian!’ atau ‘Wahai orang yang tanpa agama!’ dengan makna agama orang yang dikatakan adalah agama yang bersifat kufur atau agamanya adalah Yahudi, Kristian ataupun tanpa pegangan agama tetapi bukan bertujuan untuk menyamakan perbuatan beliau itu dengan perbuatan orangkafir.
b) Mempermain-mainkan salah satu daripada nama Allah , janjiNYA , ancamanNya oleh orang yang sedar ini adalah antara sifat Allah ta’ala.

2.3. TAUBAT MURTAD

Adalah menjadi kewajipan bagi orang yang murtad untuk:
1- Kembali kepada Islam serta merta dengan mengucapkan kalimah shahadah.
2- Meninggalkan segala perkara yang menyebabkan riddah.
3- Berazam tidak akan mengulanginya lagi sehingga mati. Jika seseorang itu tidak kembali kepada Islam
dengan serta merta dengan ucapan kalimah shahadah , maka dia mesti dipaksa untuk mengucapkannya.

Jika dia tidak juga kembali kepada Islam selepas diarahkannya untuk kembali kepada Islam yakni hasil dari penyaksian 2 lelaki yang adil atau dari pengakuan si murtad itu sendiri, maka Khalifah akan membunuhnya (dan initidak bermakna si murtad boleh terkecuali dari dipaksa dengan memeluk agama lain kerana tidak diterima darinya selain dari agama Islam). Ini dilakukan dengan bersandarkan kepada hadith yang telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermakna:
“ Barangsiapa yang meninggalkan Islam bunuhlah ia”.Maka batal baginya: Puasa, tayammum, nikah (sebelum jimak untuk kali pertama), nikah (selepas jima’ untuk kali pertama) sekiranya dia tidak kembali kepada Islam didalam waktu ^iddah.
Nikah orang yang murtad(lelaki atau perempuan)adalah tidak sah samada dengan orang yang Islam ataupun dengan orang yang bukan Islam.
Haram hukumnya memakan daging sembelihan orang yang murtad. Si murtad tidak boleh mewarisi harta dan hartanya juga tidak boleh diwarisi.

Sekiranya dia mati, mayatnya tidak boleh (haram) :
Disembahyangkan (sesiapa yang menyembahyangkannya akan menjadi murtad sepertinya), dimandikan , dikafankan atau dikuburkan di tanah perkuburan Islam. Hartanya akan diserahkan kepada fay’ .

Demikianlah mengenai bahaya murtad dan kepentingan ilmu aqidah islam sebenar terhadap umat islam kini.

Semoga Allah menyelamatkan akidah kita.Amin ya Robbal 'alamin.

Peristiwa Israk dan Mikraj

Antara peristiwa sejarah hebat yang berlaku pada bulan Rejab ini adalah Isra’ Dan Mi’raj.

Al-ISRA’

Ketahuilah bahawa Isra’ merupakan perkara yang telah sabit (tetap) berdasarkan nas Al-Quran. Berdasarkan dari firman Allah ta’ala yang bermaksud :
“ Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari masjid Al-Haram menuju ke masjid Al-Aqso yang telah Kami berkati sekelilingnya untuk Kami memperlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kekuasaan) Kami, dan sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Melihat ”.

Maka wajib beriman bahawa Allah ta’ala telah memperjalankan (mengisra’kan) Nabi Muhammad pada waktu malam dari bumi Mekah ke masjid Al-Aqso dan ulama islam dari kalangan ulama Salaf hakiki, Khalaf, para Muhaddith, para Mutakallimin, para Mufassirin, para Fuqoha dan ulama-ulama islam yang lain telah mempersepakati bahawa berlakunya peristiawa Isra’ terhadap Nabi Muhammad itu adalah dengan ruh dan jasab baginda, dan bukanlah suatu mimpi.

Perkara Ajaib Yang Berlaku Ketika Isra’


Diantara perkara-perkara pelik yang berlaku ketika isra’ Rasulullah adalah Rasulullah melihat kubur Saiyidah Masyitah Binti Fir’aun dan baginda mencium bauan yang amat wangi dari kuburnya.Masyitah merupakan seorang mukminah solehah. Kisahnya, ketika Masyitah sedang menyikat rambut anak Firaun, tiba-tiba sikatnya terjatuh dari genggaman tangannya seraya menyebut : Dengan nama Allah. Lalu anak perempuan Firaun bertanya : Adakah anda mempunyai tuhan selain bapaku? Masyitah menjawab : Tuhanku dan tuhan bapamu ialah Allah. Anak Firaun itu berkata : Aku beritahu bapaku? Masyitah menjawab : Beritahulah. Anak Firaun pun memberitahu ayahnya dan Firaun meminta Masyitah kembali kepada agama asalnya. Namun, Masyitah enggan. Mendengar pendirian Masyitah, Firaun pun memanaskan air sehingga benar-benar panas lalu mencampakkan seorang demi seorang anaknya ke dalam didihan air tersebut.

Akhirnya, apabila tiba giliran anaknya yang sedang menyusu di kendongannya, Masyitah menjauhkan diri ( melambatkan penyerahan bayinya ). Masyitah sangat takut, terkejut dan bimbang. Dengan kuasa Allah, bayi tersebut dapat berkata-kata lalu menyebut :
“ Wahai ibuku! Sesungguhnya azab akhirat itu jauh lebih pedih dari azab dunia, usahlah ibu menjauh-jauhkan diri kerana ibu di pihak yang benar ”.

Lalu Masyitah melepaskan bayinya dan Firaun dengan segera mencampakkan bayi itu ke dalam didihan air. Masyitah berkata : Aku mempunyai permintaan iaitu supaya engkau ( Firaun ) mengumpulkan semua tulang dan menanamnya. Firaun berkata : Aku akan melakukannya. Lantas Firaun pun mencampakkan Masyitah ke dalam air didihan itu.

Nota Penting Berkaitan Al-Isra’

1- Barangsiapa yang mengingkari Isra’ maka dia jatuh kafir.

Peristiwa Isra’ telah jelas berdasarkan firman Allah dalam Al-Isra’ ayat 1 dan berdasarkan kisah peristiwa Isra’ dari Hadith Nabawi yang telah diriwayatkan oleh Imam Baihaqi. Maka sesiapa yang mengingkari peristiwa Isra’ setelah dijelaskan dalil kebenarannya maka terkeluar dari Islam.

2- Isra’ berlaku dengan ruh dan jasad Nabi Muhammad.

Peristiwa Isra’ berlaku pada Nabi bukan mimpi bahkan secara yaqozoh iaitu secara jaga dengan ruh dan jasad Nabi sendiri.

Al-Mi’raj

Mikraj merupakan perjalanan yang dimulai dari masjid Al-Aqso di Palestin hingga ke langit yang ketujuh dengan menaiki tangga yang terpaut di antara langit dan bumi mengunakan anak tangga yang diperbuat daripada emas dan perak. Antara tujuan diMi’rajkan Nabi ke langit adalah untuk diperlihatkan keajaiban di alam atas dan bukannya untuk bertemu dengan Allah kerana Allah wujud tanpa tempat.

Nota Penting Berkaitan Al-Mi’raj

1- Difardhukan solat lima waktu.

Solat lima waktu telah difardhukan pada malam Mi’raj tersebut juga berdasarkan hadist riwayat Muslim. Nabi Musa menyuruh Nabi Muhammad memohon kepada Allah agar solat yang pada mulanya difardhukan sebanyak 50 solat agar dikurangkan, maka jadilah 5 solat. Ini membuktikan para Nabi memberi manfaat walaupun selepas kewafatan mereka.Apabila Nabi Musa mengatakan pada Nabi Muhammad agar kembali kepada Tuhanmu ianya bererti pergilah ke tempat yang kamu mendengar kalam Allah dan bukannya zat Allah berada disitu.

2- Allah Wujud Tanpa Memerlukan Langit, Arasy dan tempat-tempat lain.

Ketahuilah bahawa tidak ada dalil dari nas Al-Quran mahupun Al-Hadith bahawa Allah memerlukan tempat, bahkan disana pelbagai dalil yang menyatakan bahawa Allah wujud tanpa bertempat seperti firman Allah dalam surah As-Syura ayat 11 yang bermaksud : “Tiada sesuatupun yang menyerupai Dia (Allah)”.