Jumaat, Mac 14, 2008
Kerana sehelai bulu mata
langit dan bumi,sungguh tidak benar. saya x pernah malakukan perkara itu..."
"Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul2 telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa "
Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu merenung segenap penjuru ruang yg ada. Kemudian dia pun menyanggah, "mana saksi2 yg engkau maksudkan? disini tiada sesiapa melainkan aku dan suaramu sahaja."
Jawab malaikat, "INilah saksi-saksimu. ...."
Tiba2 mata berbicara, "Saya yg memandang,"
disusuli dengan telinga, "Saya yg mendengar perkara itu"
Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yg mencium"
Bibir pun mengaku dengan slumbernye, "Saya yg merayu"
Lidah menambah dengan beran i, "Saya yang menjilat dan menghisap"
Tangan tanpa malu meneruskan, "Saya yang meraba dan meramas"
Kaki pula menyusul, "Saya yg berjalan dan berlari semasa itu"
"Nah kalau dibiarkan kesemua anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu," ujar malaikat. Orang tersebut x dapat membuka sanggahnya lagi. Ia berputus asa dan amat berduka kerana sebentar lagi ia akan dihumban ke dalam neraka jahannam.. Padahal ia amat berharap agar segala perbuatan jahatnya dapat diselindungi. Tatkala dia sedang dilanda kesedihan, tiba-tiba terdengar satu suara yg amat lembut dari sehelai bulu mata berbunyi, " Saya pun ingin mengangkat sumpah untuk menjadi saksi
dalam perkara ini." Malaikat menjawab dengan tenang, "Silakan wahai bulu mata"
"Terus terang sahaja, menjelang ajalnya pada satu malam yang hening, aku pernah dibasahi dengan juraian air mata penyesalan mengenangkan segala perbuatan keji yang telah dilakukan. Bukankah rasulnya telah berjanji, apabila ada seorang hamba yang ingin bertaubat, walaupun sehelai bulu mata sahaja yg dibasahi dengan air mata, demikian itu diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? MAka, saya sehelai bulu mata, berani tampil sebagai saksi bahawa dia telah bertaubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan."
Dengan kesaksian bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan segera dihantar ke syurga:
"Lihatlah hamba Allah ini masuk syurga kerana pertolongan bulu mata.."
Tips kesan mangsa culik dengan cepat.
| Harakah - Kejadian penculikan dan kehilangan kanak-kanak yang kian menimpa semakin membimbangkan ibu bapa dan masyarakat, lalu wajar semua pihak mengetahui beberapa langkah 'Standard Operation Prosedure' (SOP) supaya keluarga mangsa dan masyarakat dapat mengesan dengan segera atau menemui mangsa penculikan dalam jangka masa terdekat seterusnya menyelamatkan nyawa mereka. Berikut adalah antara tips dan langkah-langakh pencarian segera mangsa culik:- Pada 45 minit pertama kehilangan kanak-kanak 1. buat laporan awal dan menghubungi balai polis berdekatan, bilik gerakan daerah 2.laporan segera supaya dapat dimaklumkan kepada kereta peronda dan polis bertugas 3. walaupun laporan lazimnya dibuat selepas 24 jam kehilangan tetapi bukan satu kesalahan buat laporan awal 4. maklum kepada jiran sebelah,terdekat, ketua kampung atau blok 5. buat persempadanan pencarian segera dalam sekitar dua kilometer 6. Nyatakan nama, pakaian terakhir yang dipakai, perawakan dan ketinggian kanak-kanak 7. hubungi segera talian NUR 15999 kerana hebahannya akan lebih drastik 8. edar gambar kanak-kanak tersebut sekitar lima ke 10 kilometer daripada rumah keluarga mangsa 9. edar gambar ke stesyen minyak, kedai serbaneka, rumah tumpangan, hotel, kedai makan khususnya kedai makanan segera. 10. Andaikan, untuk tutup mulut atau hentikan tangisan kanak-kanak, penjenayah akan membelikan makanan 11.tampalkan juga di syarikat penghantaran makanan segera sebab kemungkinan penjenayah memesan makanan daripada tempat persembunyian. Dua jam kemudian 1. meluaskan lokasi pencarian ke kawasan yang 'di luar jangkaan' 2. cari tempat yang tidak terlintas difikiran akan menjumpai mangsa. 3. cari ke kawasan semak belukar, rumah kosong, perkuburan, stesyen bas, teksi dan keretapi. 4. Jangan abaikan tempat seperti bangunan sub-stesyen seperti janakuasa elektrik, kawasan tangki air walaupun itu tempat larangan. 5.ambil kira faktor kecurigaan terhadap kediaman atau rumah yang disyaki ada penghuni tetapi sentiasa ditutup dan tidak menampakkan sebarang aktiviti langsung namun kelihatan sesekali kelibat inidividu keluar masuk. 6.edarkan Poster ke sebanyak tempat mungkin Mengenal pasti seseorang itu 'sedang diculik' atau jadi mangsa jenayah 1.dalam kenderaan persendirian, melihat orang dewasa duduk di belakang bersama dan sedang memegang seorang kanak-kanak dan budak itu dalam raut ketakutan, diam atau pun menangis. 2.dalam bas atau kenderaan awam, orang dewasa itu sentiasa memegang kejap dan erat kanak-kanak itu 3. sentiasa menengking dan menyuruh kanak-kanak itu supaya mendiamkan diri 4. dilihat antara orang dewasa dan kanak-kanak itu tidak mesra seolah-olah tidak ada hubungan kekeluargaan sesama mereka. Lokasi mudah penculikan 1.tempat yang wujudnya komunikasi atau interaksi dengan mangsa seperti taman permaianan, pusat beli-belah, kunjungan pasar malam. 2.Tempat yang tiada pengawasan ibu bapa 3.cybercafe dan tempat ibadah seperti masjid dan kuil juga tidak terkecuali daripada menjadi antara lokasi mudah untuk penculikan Elakkan memberi wang ganjaran dan guna khidmat bomoh 1.Beri ganjaran selepas mangsa atau kanak-kanak itu ditemui bukannya sebelum itu. 2. penjenayah yang pertama kali menculik, akan membuat dia lebih tertekan kerana merasakan ramai orang memburunya 3. hasilnya penjenayah akan terus 'menyimpan' atau melepaskan mangsa. 4. penjenayah mengambil tindakan yang tidak diingini 5. bagi penjenayah yang berpengalaman, ganjaran ini semakin mengundang bahaya kepada mangsa. 6. jangan para bomoh, paranormal atau dukun memberi harapan palsu kepada keluarga mangsa dengan memberi jaminan bahawa mereka boleh menemui kanak-kanak tersebut. 7.ikhtiar cara yang diredhai oleh Allah SWT Segala makulumat dan tips ringkas ini adalah petikan daripada wawancara Harakah dengan Penganalisa Jenayah Kamal Effendi Hashim (www.kamalfndhashim .blogspot. com) yang telah disiarkan dalam keluaran terbaru akhbar Harakah. Sehingga berita ini ditulis Sharlinie Mohd Nashar yang hilang pada 9 Januari lalu di Taman Medan, Petaling Jaya belum lagi ditemui.Semoga seluruh rakyat Malaysia prihatin dapat membantu mengesannya di samping berdoa agar Sharlinie dijumpai dalam keadaan selamat. |
Salahkah berhias?
"Barangsiapa yang memakai baju kebanggaan di dunia, pada hari kiamat Allah akan mengenakannya pakaian kehinaan dan akan dikobarkan api padanya" (Ibnu Majah)
Adalah satu ketololan jika seorang remaja menjadikan dirinya sebagai tempat mempamerkan pakaian untuk dikagumi orang ramai. Ada pula sementara pemuda yang membuang waktu berjam-jam lamanya di rumah hanya untuk membuat dirinya kelihatan tampan dan anggun. Sekiranya waktu yang terbuang itu dimanfaatkan untuk menambah ilmu pengetahuan sudah tentu mereka ini akan membantah dan lari!
Islam mencela keras kebiasaan kahidupan seperti itu dan menganjurkan kaum muslimin supaya menjauhinya. Rasulullah S.A.W pernah bersabda:
"Barangsiapa yang memakai baju kebanggan dunia, pada hari kiamat Allah akan mengenakannya pakaian kehinaan dan akan dikobarkan api padanya." (Ibnu Majah)
Orang-orang yang salah fikirannya, baik lelaki ataupun perempuan, yang kurang pendidikan rohaninya, mengira bahawa pakaian dapat menutupi kelemahan dan kekurangan mereka, ini benar-benar keliru!!
"Pada suatu hari aku datang ke rumah Siti Aisyah r.a. Ia keluar kemudian menunjukkan kepada kami sehelai baju tampalan dan sehelai karun (izar) buatan Yaman. Ia bersumpah, ketika wafat Rasulullah S.A.W, ia mengenakan dua potong pakaian itu." (Al-Bukhari)
Ini tidak bererti Islam menghendaki supaya umatnya berpakaian nista. Islam juga tidak menyukai penampilan yang tidak sedap dipandang mata, compang-camping atau usang. Ingatlah, Islam tidak menyukai cara berpakaian seperti yang dilakukan oleh kaum yang cetek akal fikirannya!
Pernah orang bertanya kepada Abdullah bin Umar: "Pakaian apakah yang sebaiknya kupakai?" Ia menjawab: "Pakaian yang tidak dicemohkan oleh orang-orang buruk perangai dan tidak dicela oleh orang-orang arif bijaksana" Orang itu bertanya: "Kira-kira yang seharga berapa?" Abdullah menyahut: "Antara lima sampai dua puluh dirham" ( At-Thabrani)
Dalam itu, Rasulullah juga pernah bersabda:
"Siapa sahaja di antara kalian yang memperoleh rezeki yang longgar, hendaklah ia menyediakan dua pototng baju khusus untuk hari-hari Juma'at selain dua potong baju yang dipergunakan sehari-hari" (Abu Dawud)
Kesimpulannya, remaja masa kini lebih mengutamakan baju yang mahal, yan bergaya, serta kononnya untuk mengikuti arus fesyen masa kini. Ingatlah sahabat sekalian, tiada yang lebih utama selain dari mentaati Allah dan Rasulnya serta taat kepada kedua ibu bapa kalian! Betapa ruginya masa yang dihabiskan berjam-jam di shoping kompleks semata-mata untuk mencari pakaian dan jenama yang up-to-date! Contoh yang paling ketara ada ketika tibanya musim perayaan. Ramai yang seperti mahu menunjuk-nunjuk belang masing-masing. Memang benar kemas itu penting, tetapi besederhanalah!
"Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka ia sebahagian dari golongan itu"
Al-Quran sebagai pembela di Hari Akhirat
Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya. "
Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"
Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari."
Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu : "Adakah kamu Al-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.
Pada kedua ayah dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?"
Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an."
25 sebab suami 'mental'
2. Menganggu suami dengan menelefon dia terlampau selalu sangat dan selalu di masa yang salah. ie. "hello abang ada meeting ker tu, sorry la cuma nak cakap..malam nih kita goreng taugeh dan tauhu cicah sos toamto jer ..ok tak"
3. Terlalu suka mengemas rumah / mengalihkan barang sampai suami tak jumpa barang-barang yang disimpan beliau.. ie. "kita dah simpan pancing tu kat dalam stor, entah la ikat kat atas palang mana satu.."
4. Mengambil muka surat atau bahagian tertentu dari surat khabar dan menyusun surat khabar dengan cara yang amat salah..sampai tidak dijumpa mana-mana seksyen yang hendak "bang, sport section tu ayang dah buat bungkus buah papaya....dah mengkal merah dah"
5. Memotong mana-mana bahagian majalah dan juga suratkhabar atau apa-apa bahagian dari mana-mana printed matter sampai berlubang sana sini dan sisuami tak sempat baca/tengok " ie. eh kita suka la news pasal TV plasma tu..kita dah potong simpan..."
6. Menyuruh suami agar membeli itu dan ini dalam perjalanan balik dari opis sedangkan nak pergi pasar/supermarket cuma esok sahaja atau baru semalam telah ke pasar. ie. "bang.. semalam kita tersinggah SPA, lupa beli garam,gula beras dan susu budak kat TESCO sebagaimana dalam list....boleh singgah tak mana mana ..pleaze "
7. Tidak memberi arahan/instruction yang jelas kepada suami bila menyuruh dia membeli sesuatu dan kemudian memarahkan/menyalah kan suami. ie. "saya kata beli susu cair dan ising gula, apsal awak beli susu dugro dan gula getah ...kan lain tu"
8. Membuat temujanji dan aktiviti sosial tanpa mendapat persetujuan suami terlebih dahulu ie. "i dah confirm malam Jumaat nih nak party tupperware kat rumah cik minah,you tak ada program tahlil kat mana mana kan ?? "
9. Mengubah barang, tempat buku atau tools atau apa-apa setting di PC tanpa memberitahu suami. ie. "screensaver u tentang gambar 80 kilo marlin dengan you tu i dah tertukar jadi gambar Farhin Ahmad..."
10. Bercakap/bersembang di telefon dengan kawan-kawan sewaktu malam selepas 10 pm bilamana nak beristirehat dan ber...ber... .ie. " pot pet pot pet pot pet pot pet pot pet pot .."
11. Menjemput tetamu atau sesiapa sahaja datang kerumah tanpa izin suami. ie. "malam nih i jemput lina dan anum datang dinner rumah sebab hubby dia orang outstation, ok kan kan kan "
12. Berpakaian kusut masai dengan t-shirt terkoyak dan kain batik lusuh dan rambut tak terurus serupa langsuyar dan muka tak bermekap serupa mayat dirumah... tapi cukup segak dan cun bila nak keluar rumah. ie. "..oh baju-baju cantik tu cuma untuk ke kenduri kawin dan dinner jer, kat rumah pakai coli koyak pun dah cukup seksi kan bang .."
13. Mengambil masa yang cukup lama bila bersiap macam pengantin bila nak keluar kemana-mana dan membuatkan suami tertunggu dan terus tertidur. ie. " sorry la i tak tau baju kebaya mana yang paling jarang so kena pilih betul betul .."
14. Dengan sengaja atau tidak sengaja terlupa menyuruh maid atau diri sendiri membasuh atau mensterika baju atau seluar yang telah dipilih untuk dipakai dihari berkenaan. ie. " eh baju tu masih berendam dalam besen lagi..nak pakai jugak ke baju basah tu.."
15. Dengan sengaja atau tidak sengaja menyebelahi anak anak bila suami sedang hot dengan budak budak tu..ie. "..eh biarlah budak budak tu pergi ladies night, bukan nak tinggal rumah kawan dia tu seminggu.."
16. Tidak suka mandi dan bersiap awal pada hari cuti dan hanya bersiap bila nak dekat asar sahaja. ie. "...nak mandi buat apa awal awal bukan nak pergi jalan jalan mana pun.."
17. Suka melengah lengah kan masa bila nak bersolat berjemaah atau beribadat dengan melencong ke dapur, bilik budak budak atau buat benda benda lain. ie. "..awak solatlah dulu, saya nak abiskan rancangan Melodi nih.."
18. Mengganggu suami yang sedang tengah tengok tv. ie. "pasukan hijau kuning tu sampai mati tak akan dapatkan Kaka, mari tolong saya potong ayam nih.."
19. Asyik bercerita tentang diri sendiri tanpa memberi peluang pada suami untuk bercerita jugak. ie. " u tau tak kat opis tadi, i rasa nak massacre client tu u tau tak.. then lagi, waktu balik tadi nasib baik opis boy tahan I ..then lagi tak tak ...then today.. then tadi..u tau tak...semalam u nak tau....bla bla bla bla."
20. Membebel dan berleter tak renti-renti tentang hal-hal yang amat kecil dan di ulang tayang semula tiap tiap hari. ie. " i dah kata jangan kasi budak budak tu prepaid, kan sekarang dah ...bill bla bla bergayut bla bla bla bla...ini semua salah you"
21. Memfitnah dan menuduh suami tanpa usul periksa. ie. " eh cik abang,awak nih ada affair ke apsal sms beep beep beep tak henti henti nih...GRO universiti mana pulak awak nak nih..."
22. Menceritakan hal rumah tangga pada orang lain dan memburuk-burukkan suami @ keturunan suami @ asal usul suami. ie. "..eee u tau tak hubby i tu makan makanan petai jeruk.. eeeii peliknyer!!"
23. Dengan sengaja atau tidak, gagal memasak masakan yang suami nak makan. ie. "..apsal u tak cakap tadi kata u nak makan gulai kari dan rojak pasembor...i dah masak pai daging dan spaghetti kambing .."
24. Meminjamkan harta-benda suami pada orang lain tanpa kebenaran. ie."..adik u datang tadi nak pinjam berus gigi, sebab dia punya dah rosak.."
DAN AKHIR SEKALI
25. Sengaja melengahkan untuk masuk tidur tanpa sebab-sebab yang munasabah di malam Jumaat. ie. "..you tidurlah dulu, i nak habiskan tengok drama susuk nih dulu then nak masak nasi lemak siap siap untuk breakfast dan nak masukkan pakain dalam laundry then kemudian nak kacau dodol....."
Kebesaran ALLAH dalam diri kita
Berikut adalah antara intipati syarahannya secara ringkas:-
1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan?
- Mengikut cara Rasulullah s.a.w,beliau akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya(yg last tu), lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya. Mengapa? Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim,tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion.Mengapa menghisap garam? Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita.Kenapa garam?
Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, dihospital-hospital , the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM.
Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.
2. Cara Rasulullah mengunyah - Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.
3. Membaca Basmalah -(Bismillahirrahma Nirrahim). Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu.
4. Cara Rasulullah minum. -Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram. Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita. Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic. Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas. Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.
Mengapa Islam menyuruh di sebat 100 kali orang belum berkahwin yang berzina, dan merejam sehingga mati org yg sudah berkahwin yang berzina? Badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah putih atau antibiotik yg dapat melawan penyakit. Dan sel-sel ini terdapat di daerah tulang belakang, berdekatan dengan sum-sum tulang manusia. Lelaki yang belum berkahwin dia akan dapat mengeluarkan beribu-ribu sel ini, manakala lelaki yang sudah berkahwin hanya dapat menghasilkan 10 unit sel ini sehari, kerana antara sebabnya ialah kerana sel-sel lain akan hilang kerana perhubungan suami isteri.
Jadi apabila lelaki yang belum berkahwin didapati salah kerana zina hendaklah disebat 100 kali. Ini adalah kerana apabila dia disebat di belakangnya, suatu amaran tentang kesakitan itu akan membuatkan penghasilan beribu sel antibiotik yang dapat melawan virus HIV jika ia ada di badannya, dengan itu dapatlah antibodi melawan virus HIV itu.
Tetapi jika lelaki itu sudah berkahwin,walaupun disebat 100 kali ia akan tetap menghasilkan 10 unit antibodi sahaja, jadi dengan itu hukumannyadirejam hingga mati agar dia tidak dapat merebakkan virus HIV itu. Itulah sedikit sebanyak inti syarahan yg disampaikan oleh Dr Jamnul Azhar. Harap ia akan memberi manfaat pada anda sekalian, dan sedikit informasi yang diberikan oleh Mudaris(guru) ana, Mudaris Iskandar mengenai Ka'bah.
Mengapa ia terletak di Mekah al-Mukarramah dan mengapa ia empat persegi (cube). Ia terletak di posisinya sekarang kerana setelah dibuat kajian oleh para cendikiawan dari Pakistan dan Arab, didapati, tempat terletaknya Ka'bah sekarang itu, adalah betul-betul di tengah bumi. Mengapa ia empat persegi, ia melambangkan perpaduan ummah yang bergerak maju bersama, equality and unity, tidak seperti bentuk pyramid, dimana ia diumpamakan, seperti hanya seorang pemenang yg berada diatas setelah ia memijak-mijak yang lain. Dan antara lagi sebab mengapa 4 persegi melambangkan 4 imam besar, Maliki, Hambali, Hanafi dan Syafi'i, melambangkan kebenaran keempat-empat Imam tersebut.
Khamis, Mac 13, 2008
Teknik Bertengkar Secara Positif
(Riwayat Anas Bin Malik)
Tidak indahkah dijanjikan dengan sebuah rumah di tengah-tengah syurga? Sekalipun kita di pihak yang benar, namun untuk mengelakkan perbalahan berpanjangan, mengalah sahajalah. Rugikah kalau beralah? Bagi sesetengah orang yang mementingkan diri sendiri mungkin tidak munasabah jika mahu beralah tetapi apa kata kalau saya katakan ‘orang yang beralah akan menang besar kemudiannya?’
Pergaduhan suami isteri akan sentiasa berlaku. Bak lagu P.Ramlee ‘Sedang lidah lagi tergigit’. Anda tidak akan sentiasa boleh berkata ‘ok’ kepada isteri anda begitu juga dia. Setiap kali pergaduhan berlaku, pasti akan ada hati yang akan terluka terutamanya hati orang perempuan yang memang diketahui tidak dapat diramalkan.
Jika pergaduhan itu berpunca daripada sesuatu yang sangat kecil, maka jika kita perbesarkan, maka akan terlihatlah peribadi sebenar seseorang itu. Sungguh akan terlihat betapa hodoh sekali seseorang itu tambahan pula, mulutnya mudah sekali melancangkan kata-kata yang tidak sedap didengar.
Sabda Rasulullah s.a.w:
"Orang mukmin bukan seorang pencela, bukan seorang pengutuk, bukan seorang yang keji dan bukan seorang yang berkata kotor."
(Riwayat Ibnu Mas’ud RA)
Dalam sabda ini, dapatlah kita fahami bahawa orang yang berkata keji bukanlah orang mukmin sebenar. Betapa iman kita dapat disukat dengan perlakuan yang sangat keji ini.
Pernahkah anda melihat pergaduhan suami isteri ini daripada sudut yang positif? Sebenarnya, pergaduhan akan menyebabkan terbentuknya satu penyatuan pelbagai perkara termasuklah cita rasa dan impian pasangan itu. Bagi mencapai tujuan inilah kita sering bertelingkah dengan pasangan untuk mencapai sesuatu yang terbaik. Tidaklah saya maksudkan pergaduhan adalah baik, namun hal ini adalah lebih baik daripada kita berdiam dan tidak berbincang sehingga akhirnya tidak ada penyatuan antara suami dan isteri.
Justeru, pergaduhan menjadi medium kepada pasangan dalam menyatukan kasih sayang. Setiap individu akan melahirkan perasaan tidak puas hati dan sebagainya. Maka, di sini adalah tempat untuk mencurahkan perasaan. Jadi, janganlah memendam perasaan sehingga jiwa kita menjadi tertekan ibarat belon yang akan pecah akibat ditiup dengan angin yang kuat. Jika tidak diluahkan, pasangan anda tidak mungkin akan tahu perkara yang ada dalam hati anda.
Di sini, saya akan kongsikan beberapa tip untuk bertengkar secara positif:
1. Jangan terlampau banyak bercakap – Ketika bertengkar, hati masing-masing pasti dalam keadaan marah. Ketika marah, pasti perkara yang logik sekalipun tidak diterima melainkan masing-masing mahu menegakkan pendapat masing-masing. Jika anda sebagai suami mempunyai hak untuk bercakap sekalipun, kurangkan daripada terlalu menegakkan pendapat anda sendiri. Hal ini akan mencetuskan perasaan tidak puas hati kepada pasangan anda sehingga perlahan-lahan dia akan menjadi bosan dengan anda. Yang perlu anda lakukan adalah dengan memikirkan secara mendalam cara untuk mem-betulkan keadaan.
2. Jangan menyebut kelemahan pasangan – Bukan hanya isteri anda yang mempunyai kelemahan, anda juga ada ke-lemahan sendiri. Jadi, dengan mengungkit kelemahan dia, anda akan turut merangsang pasangan mengungkit kelemahan anda. Lagi pula, anda tidak akan menang dengan hanya mengungkit sebegini tetapi menyebabkan keadaan lebih parah. Jika mahu menegur pasangan, minta dia meluahkan ketidak-puasan hatinya tentang anda dahulu supaya apabila giliran anda nanti, dia tidak akan meninggikan suara.
3. Jangan membalas perbuatannya – Sebagai contoh, pasangan anda bermesra-mesra dengan lelaki sebelah rumah. Anda mahu membuatkan dia sedar bahawa perbuatannya salah. Jangan anda pula bermesra-mesra dengan perempuan lain di hadapan dia. Keadaan ini hanya memberi peluang yang lebih kepada isteri anda untuk menjauhi anda. Akhirnya, anda turut terlibat dalam menjarakkan perhubungan anda sendiri.
4. Jangan cuba mengubah pasangan – Anda dibesarkan dalam keluarga ‘begini’, isteri anda dibesarkan dalam keluarga ‘begitu’. Pastilah terdapat perbezaan antara kedua-duanya. Anda harus memahami bahawa cara dia melihat sesuatu pasti tidak sama dengan pandangan anda.
5. Fokus pada masalah – Jangan meleret-leret sehingga perkara yang bukan masalah akhirnya akan turut menjadi masalah.
6. Jangan tinggikan suara – Semakin tinggi suara kita ketika bergaduh, semakin tinggilah suara pasangan kita nanti. Pergaduhan seperti ini tidak akan menjadikan keadaan semakin baik malah semakin kusut. Cubalah bercakap dengan tenang sehingga isteri anda yang sedang marah akan turut tenang dan seterusnya dapat menyelesaikan masalah dengan lebih cepat.
7. Gunakan panggilan manja – Ada pasangan yang pada masa biasa menggunakan panggilan ‘sayang’ atau ‘manja’ tetapi ketika bergaduh, keadaan akan beralih sebaliknya. Panggilan kasar mengambil alih menyebabkan pasangan anda merasakan dirinya rendah sekali. Jangan emosi sehingga tergamak menggunakan panggilan kasar termasuklah ‘aku’ dan ‘kau’.
8. Elakkan terlalu emosional – Ketika sesi bergaduh ini, pasti pasangan anda akan selalu terlepas mulut. Jadi, jangan ambil perkara yang dikatakannya terlalu serius memandangkan ketika sedang bergaduh, seseorang itu cenderung berkata yang tidak-tidak terhadap lawannya.
9. Gunakan perkataan yang baik-baik – Selain menggunakan panggilan manja, gunakanlah juga perkataan yang tidak menyalahkan. Perkara ini akan menyebabkan masalah akan cepat selesai. Antara contoh perkataan yang boleh anda gunakan ialah, "Abang rasa sayang tak patut buat macam ni," berbanding "Ni semua salah engkaulah!"
10. Jangan bertengkar di depan makanan atau di tempat tidur – Hal ini kerana tempat tersebut sepatutnya tempat kita menjamu selera dan bermesra-mesra sesama sendiri.
11. Dengar luahan isteri – Mungkin sahaja perkara yang disampaikan oleh isteri anda itu dapat menyelesaikan masalah. Jika anda hilang tumpuan ketika ini, bukan sahaja anda akan kehilangan idea yang baik malah anda menggunakan cara sendiri yang belum tentu dapat menyelesaikan masalah anda berdua.
12. Jangan bergaduh di depan anak – Dengan bergaduh di hadapan anak, anda hanya akan membuatkan anak keliru dan mengadili sama ada ibu atau bapa mereka yang berada di pihak benar atau salah. Perkara yang lebih menakutkan akan berlaku jika anak anda menceritakan keadaan anda berdua kepada orang luar. Hal ini akan menjejaskan imej anda sekeluarga.
13. Bersabar – Sekalipun anda lelaki dan anda lebih kuat secara fizikal berbanding dengan isteri anda, jangan sekali-kali anda cuba untuk mengasari isteri anda. Dibimbangi dia juga akan belajar untuk melawan dan membaling segala jenis pinggan mangkuk ketika bergaduh pada masa lain.
14. Say NO to third party – Selagi terdaya menyelesaikan masalah anda sendiri, jangan libatkan orang lain. Campur tangan pihak ketiga kebanyakannya hanya menyulitkan keadaan. Sekiranya perlu, pilihlah orang yang adil untuk menyelesaikan masalah anda.
15. Mengalah tidak bererti kalah – Mengalah ketika saat genting ini tidak menunjukkan anda kalah. Anda hanya perlukan masa untuk membuktikan bahawa tindakan anda sebenarnya betul.
16. Jangan keluar dari rumah sebelum selesai – Selalu menonton drama di TV? Kebanyakannya menunjukkan suami akan segera meninggalkan rumah semasa bergaduh untuk memudahkan cerita. Tindakan ini sebenarnya akan menyebab-kan isteri anda ditinggalkan dalam keadaan keliru. Hal ini menyebabkan dia akan berasa tertekan dan anda perlu ingat bahawa anak-anak akan ditinggalkan bersamanya di rumah. Perempuan yang hilang kewarasan akibat tekanan yang dahsyat akan menyebabkan mereka akan bertindak yang bukan-bukan. Mungkin sahaja dia akan memudaratkan dirinya atau anak-anak anda boleh menjadi mangsa keadaan. Sekiranya anda rasa tidak dapat menahan marah, beritahu isteri anda bahawa anda perlukan sedikit ketenangan dan hal ini lebih menampakkan rasa tanggungjawab anda terhadap permasalahan anda berdua.
17. Luahkan – Selain menjadi pendengar kepada permasalahan isteri, anda turut perlu meluahkan perasaan anda. Tunggu sehingga dia habis berbicara sebelum anda menyambung pendapat anda. Sekiranya anda tidak memberitahu keadaan sebenar anda, belum tentu dia dapat memahami keadaan anda.
18. Pelukan dan kemaafan – Hal inilah detik paling indah dalam pergaduhan. Setelah dirasakan masalah telah selesai, jangan melewatkan detik untuk memeluk pasangan anda seeratnya. Ucapkan perkataan maaf dan berharap agar perkara seperti itu tidak akan berlaku lagi. Keadaan ini akan menyebabkan perhubungan anda selepas itu lebih erat dan mantap dengan satu kesatuan hati yang lebih hebat.
Makanan dan Khasiatnya
Burung merpati jantan:
1- Dapat mengubati penyakit lembik.
2- Dapat mengubati penyakit kebas (serbam).
3- Dapat mengubati penyakit lumpuh.
Jika dimakan burung betina :
Dapat memanjangkan umur dengan izin Allah Taala dan juga bagi menguatkan tenaga batin.
KHASIAT BUAH KURMA (TAMAR)
1- Menguatkan tenaga zahir dan batin, juga boleh melicinkan tekak.
2- Menambahkan kesihatan hati, ianya mengandungi protin yang banyak dan berkhasiat tinggi.
3- Jika dimasak dan dicampurkan dengan susu kambing atau susu lembu asli yang segar dapat mengubati penyakit medu (gastrik).
KHASIAT BERAS
Masakkannya dengan membubuh susu lembu asli. Nasi tersebut boleh menambahkan air mani dan menguningkan warna kulit badan.
KHASIAT MEMAKAN BUAH ANGGUR BASAH
1- Menguatkan hati dan jantung.
2- Menguatkan emosi.
3- Mengubati penyakit batuk.
4- Menguningkan warna kulit.
5- Menghilangkan perasaan marah.
6- Mencairkan lendir dan kahak.
7- Menghilangkan rasa lenguh dan letih.
8- Menghilangkan bau mulut yang busuk.
9- Menguatkan usus dan melembutkan makanan supaya mudah dihadam.
10-Menghilangka rasa pedih dan sakit pada buah pinggang dan pundi kencing.
KHASIAT BUAH ZAITUN
1- Melambatkan rambut dari beruban.
2- Melawaskan perut.
3- Melicinkan dan melembutkan kulit, juga mengeluarkan parasit.
4- Minyaknya yang bergaram jika disapukan ke kulit yang terkena api, dapat menghilangkan lecur.
KHASIAT BUAH TIN
1- Jika dimakan buah yang kering (tidak terlalu banyak):
a- Terhindar dari bahan-bahan keracunan.
b- Melicinkan tekak dan dada.
c- Mencucikan hati dan jantung.
d- Membersihkan lendir-lendir yang terdapat di dalam usus-usus.
2- Jika dimakan buah yang masih basah (segar):
a- Jika dimakan bersama buah pala, sekiranya sebelum terminum / termakan racun pembunuh Insya Allah terselamatlah (jadi tawarlah racun).
b- Menghilangkan penyakit buasir.
3- Jika dimakan seperti biasa, dapat:
a- Mempercepatkan pertumbuhan gigi.
b- menyembuhkan penyakit bengkak telinga.
KHASIAT BUAH BIDARA
Buah yang pertama kali dimakan oleh Nabi Adam Alaihi salam.
1- Boleh menguatkan kecerdasan otak.
2- Melicinkan perjalanan usus-usus.
3- Menghilangkan penyakit kuning.
4- Mencantikkan kulit.
5- Membuka selera makan.
6- Menghilangkan kahak.
7- Menghilangkan penyakit lambat hadam.
- Ianya boleh dimakan sama ada buah yang masih segar atau kering.
KHASIAT BUAH TEMBIKAR DENGAN BUAH KURMA
Ianya dapat meredakan kepanasan dalam badan dan menghadamkan makanan dalam usus.
Caranya: Hendaklah dimakan kedua buah tersebut sebelum memakan makanan lain.
KHASIAT BUAH DELIMA
Buah yang manis :
1- Membaikkan usus-usus dan menguatkannya.
2- Ianya kurang sesuai untuk orang demam.
3- Bila dimakan bersama roti, roti tersebut tidak hancur.
4- Untuk membersihkan bahagian dalam halkum dan sesuai mengubati batuk.
Buah yang masam :
1- Melawaskan kencing.
2- Menyucikan perut dan mencegah dari muntah.
3- Menurunkan kepanasan hati dan menguatkan anggota badan.
4- mencegah penyakit bagi hati dan penyakit dudina.
Boleh mengubati penyakit kuning mata putih :
- Ambil airnya lalu dicampurkan dengan sedikit madu, kemudian dipanaskan sehingga pekat dan disapu pada kening.
Khasiat Bijinya:
1- Tumbuk bijinya sehingga halus dan campurkan sedikit madu, dapat mengubati kebenjolan dan luka yang teruk.
2- Jika menelan 3 bijinya akan terhindar sama sekali dari sakit mata untuk sepanjang tahun itu.
Ciri Adab Muslim
1- Awal-awal pagi setelah terbit matahari. (Waktu solat sunat Isyraq).
2- Selepas masuk waktu ‘Asar.
3- Baru selepas makan.
4- Tidur di bawah cahaya matahari walaupun terkena separuh dari badan.
CARA MENGHINDARKAN LESU SELEPAS BANGKIT DARI TIDUR
1- Bersihkan tubuh badan, terutamanya bahagian muka, tangan dan kaki sebelum masuk tidur atau sunat dahulukan dengan berwuduk.
2- Hindarkan dari tidur pada lewat malam.
3- Lakukan gerak badan dan senaman di atas katil setelah bangun dari tidur dan sebelum turun dari katil.
4- Minumlah segelas air masak setiap pagi sebelum bersarapan, tetapi jangan minum selepas saja baru bangun dari tidur.
5- Cucilah muka terutamanya kelopak mata dengan air suam.
6- Ambil lah wuduk dan bersembahyang sunat.
BAHAYA TIDUR DI SIANG HARI
Di larang tidur di siang hari kecuali di hari yang panas , boleh menyebabkan :
1- Mendatangkan penyakit-penyakit kulit.
2- Merosakkan warna kulit.
3- Melemahkan jantung.
4- Menambahkan tekanan perasaan yang meluap.
5- Melemahkan badan dan mengurangkan tenaga Sayhwat.
6- Melemahkan kecerdasan fikiran.
DOA SEBELUM TIDUR
Cara tidur yang sebaik-baiknya yang diamalkan oleh Rasulullah saw :
1- Tidurlah di awal malam, sesudah menunaikan sembahyang Isyak jam 10:00 atau 11:00 malam dengan berwuduk.
2- Bangkitlah di awal separuh kedua malam jam 1:00 atau 2:00 pagi kemudian, sunat bersugi, berwuduk dan sembahyang sunat Tahajjud.
3- Kemudian tidurlah semula, dan bangkitlah sebelum terbit fajar (solat fardhu Subuh).
4- Cara tidur ialah dengan mengiringkan badan di sebelah rusuk kanan, rusuk kiri di bahagian atas, supaya tetap kedudukan makanan di dalam usus, cepat hadam makanan.
WAKTU-WAKTU YANG DI LARANG MEMINUM AIR
Seboleh-bolehnya jangan meminum air di waktu-waktu berikut:
1- Selepas baru bersenam, bersukan atau bekerja berat (rehat sekejap 5 minit).
2- Selepas baru bersetubuh.
3- Selepas makan atau sebelumnya.
4- Ketika sedang makan.
5- Selepas memakan buah-buahan.
6- Selepas keluar daripada bilik mandi.
7- Ketika terjaga daripada tidur.
SUPAYA AIR YANG DI MINUM MENDATANGKAN KESIHATAN UNTUK TUBUH BADAN.
1- Minumlah segelas air dengan 3 kali minum (seteguk).
2- Jangan bernafas di dalam gelas semasa meminumnya.
3- Jangan meniup air yang hendak di minumkan.
LARANGAN DAN PERATURAN SELEPAS MAKAN
1- Di larang keras terus tidur selepas makan kerana akan mendatangkan keras hati.
2- Hendaklah berjalan selepas makan sekurang-kurangnya 40 langkah.
3- Sebaik-baiknya hendaklah bersembahyang sunat dahulu selepas makan tengahari supaya makanan mudah hadam.
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA MENJADI PELUPA / MELEMAHKAN DAYA INGATAN DAN KEFAHAMAN
1- Melihat perkara-perkara yang haram.(Antaranya melihat aurat perempuan, gambar lucah dalam Internet, VCD, majalah dll, kerana termasuk perbuatan haram dan
merosakkan minda kita).
2- Bermain mata dengan perempuan (zina mata).
3- Onani.
4- Membuang air kecil semasa sedang menggosok gigi.
5- Meminum minuman atau memakan makanan yang bercampur dengan semut mati (kerana di dalam badan semut itu terdapat satu enzim yang menyebabkan pelupa).
6- Tidak pernah membaca Al-Quran dalam seharian. Walaupun sepotong ayat.
7- Meminum atau memakan dari rezeki yang haram ataupun yang diperolehi dengan cara yang haram.
8- Mengadu dumba, mengumpat dan menghina sesama saudara muslim.
9- Terlalu memikirkan tentang perempuan / lelaki dengan nafsu syahwat.
10-Bercinta- cinta dengan lelaki / perempuan dengan nafsu syahwat.
11-Terlalu memikirkan perkara kebendaan dan harta dunia.
12-Sentiasa berada dalam keadaan keluh kesah atau dukacita.
UNTUK MENAMBAHKAN KECERDASAN AKAL
1- Kurangkan percakapan yang tidak berfaedah.
2- Sentiasa bersugi.
3- Sentiasa membaca Al-Quran dan berzikir.
4- Sentiasa bersama-sama / berkawan dengan orang soleh dan orang alim.
5- Sentiasa mengamalkan ilmu yang dipelajari.
6 PERKARA YANG MENGUATKAN TENAGA TUBUH BADAN
1- Memakan daging.
2- Selalu menghidu bau-bauan yang harum.
3- Banyak mandi yang bukan dari mandi kerana jimak.
4- Sentiasa memakai pakaian yang di perbuat dari kapas.
5- Memakan makanan yang agak manis tetapi jangan terlalu banyak (Buah kurma).
6- Mandi dalam keadaan perut sederhana, tidak terlalu lapar atau terlalu kenyang.
SUPAYA BADAN SENTIASA SIHAT
1- Minumlah madu lebah asli yang dicampurkan dengan air suam.
2- Sentiasa meminum air lebihan dari air sembahyang (wuduk).
4 PERKARA YANG BOLEH MENDATANGKAN PENYAKIT
1- Bercakap banyak yang sia-sia.
2- Tidur banyak.
3- Makan banyak.
4- Banyak jimak (Semalaman sampai 4x).
LARANGAN-LARANGAN YANG BOLEH MEROSAKKAN KESIHATAN
1- Berjaga malam selain qiamullail.
2- Berada didalam keadaan terlalu lapar (Puasa lain).
3- Terus mandi selepas makan.
4- Selalu makan daging arbuk.
5- Sentiasa berada didalam keadaan keluh kesah dan berdukacita.
6- Beristerikan perempuan tua dan berjimak selalu dengannya.
7- Berjimak dalam keadaan keterlaluan kenyang atau terlalu lapar.
Rabu, Mac 12, 2008
Silap Faham Ummat Islam Terhadap Ajaran Kristian?
terutama sekali soalan yang ke-10 yang ditanya oleh Kristian Antarabangsa ?
http://www.answering-islam.org/Malay/
Apakah maksud Isa "Anak" Tuhan?
Umat Kristian sentiasa akan mencabar umat Islam untuk buktikan dakwaan bahawa orang Kristian percaya Tuhan melahirkan anak dalam sebutan Isa "Anak" Tuhan. Dakwaan ini ditolak oleh bijak pandai Kristian dan mereka mengatakan bahawa itu adalah rekaan yang dibuat oleh Nabi Muhammad dalam Al-Qur'an. Sebenarnya umat Kristian tidak percaya bahawa Allah melahirkan anak. Tidak ada satupun ayat dalam kitab Bible yang menyatakan Tuhan melahirkan anak.
Sebutan Isa "Anak" Tuhan ialah satu gelaran yang mulia mengikut kaedah bahasa Hebrew (Ibrani). Sebutan "anak" apabila dinisbahkan kepada Tuhan bermakna manusia yang dimuliakan oleh Tuhan BUKAN anak yang hakiki, BUKAN dia seorang yang dilahirkan oleh Tuhan.
Sebutan kemuliaan ini ada juga disebut dalam Al-Qur'an bahawa orang Yahudi dan Kristian menganggap diri-diri mereka sebagai "anak-anak" Allah..."dan berkata orang-orang Yahudi dan Nasara bahawa kami adalah anak-anak Allah.." (Surah Al-Maidah (5):18).
Jika difahami betul-betul ayat tersebut ini secara harfiah, adakah benar Allah melahirkan mereka sebagai anak-anakNya? Tentu sekali tidak !! Begitu dengan sebutan Isa "Anak" Tuhan itu bermakna Isa sebagai manusia yang dimuliakan oleh Allah.
Kita hairan, kenapa umat Islam berterusan membuat fitnah terhadap ajaran Kristian yang sebenarnya? Ugama Kristian dan juga kitab Bible tidak pernah mengajar bahawa Tuhan melahirkan anak. Itu silap faham orang Islam. Mereka boleh membaca Bible dan buktikan sendiri bahawa tidak ada satupun ayat dalam Bible yang mengatakan Tuhan melahirkan anak.
Sila lihat perkara ke-10 di bawah:
SEPULUH SILAP FAKTA DALAM AL-QUR'AN
1) Kenapa Raja Habsyah memeluk Islam? Ini berdasarkan ayat dalam Al-Qur'an: "..dan demi sesungguhnya engkau akan dapati orang-orang yang dekat sekali kasih mesra kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata - Bahawa kami adalah orang-orang Nasrani - Yang demikian itu, disebabkan ada di antara mereka pendita-pendita and ahli-ahli ibadat" (Al-Maidah 5:82). Ayat ini merujuk kepada Raja Habsyah yang memeluk Islam, kononnya dia mengakui Muhammad ialah Nabi yang ditunggu-tunggu. Padahal Raja itu bukan penganut mazhab Kristian yang sahih. Dia adalah salah seorang pengikut mazhab yang tidak mengiktiraf bahawa Bible adalah 100% asas ugama Kristian yang sah. Bahkan dia percaya kepada pendapatnya sendiri. Oleh itu rakyat Habsyah tidak mengikut-nya memeluk Islam. Tambahan pula dalam ayat (Al-Maidah 5:82), sebutan "pendita" adalah ajaran yang tidak pernah wujud dalam Bible.
Oleh itu sebutan itu tidak ada kaitan dengan ajaran Kristian yang sebenarnya.
2) Sebutan nama menteri Haman dalam Al-Quran adalah satu kekeliruan sejarah. Nama "Haman" tidak pernah wujud dalam sejarah Mesir kuno sebelum Islam. Nama itu terdapat dalam ayat Al-Qur'an: "...kepada Fir'aun, Haman bersama-sama tentera mereka ..." (Al-Qasas 28:6) Sebutan Haman dikatakan seorang menteri kepada Fir'aun. Ini tidak
betul ..sebab nama Haman sebenarnya ialah menteri di Parsi Kuno. Bible ada menyebut nama Haman dalam ayat Bible (Esther 3:1-2) bahawa Raja Xerxes Parsi menjadikan Haman sebagai perdana menterinya. Oleh itu nama Haman itu tersilap sebutannya sebagai seorang menteri yang hidup di Mesir dalam Al-Qur'an.
3) Sebutan nama dan sifat-sifat Muhammad dikatakan terdapat dalam Taurat dan Injil mengikut ayat Al-Qur'an: "..Nabi yang Ummi, yang mereka dapati tertulis di dalam Taurat dan Injil..." (Al-A'raf 7:157) Pakar-pakar pengkaji Bible tidak menjumpai apa yang dikata sebagai wujudnya "sifat-sifat Nabi Muhammad" dalam Bible (Taurat dan Injil). Kitab Bible tetap utuh dan tidak ada bukti yang ia telah diubah ataupun dipinda sejak 5,000 tahun dahulu. Ini kerana mengikut penemuan bahan-bahan kitab suci Dead Sea Scrolls, yang sudah berusia 5,000 tahun dahulu, dan 2,000 tahun sebelum hidupnya zaman Nabi Isa, kitab Bible itu adalah sama isinya seperti mana dengan Bible
yang ada zaman moden ini. Seluruh naskah Bible yang disimpan dan dipelihara hingga zaman ini ADALAH SAMA. Tidak terdapat apa yang yang dikatakan terdapat sifat-sifat Nabi Muhammad.
4) Isu sebutan Taurat dan Injil sudah diubah ayat-ayatnya oleh alim-ulama Yahudi dan Kristian. Ini berdasarkan ayat Al-Qur'an:
" Di antara orang-orang Yahudi ada yang mengubah ayat-ayat Taurat dari tempatnya.." (An-Nisa' 4:46). Sudah diterangkan bahawa kitab Bible (Taurat & Injil) sekarang adalah sama isinya dengab Bible yang berusia 5,000 tahun dahulu dan semua naskah-naskah yang ada di seluruh dunia adalah serupa dan sama. Kalaulah salah satu
naskah diubah dan berlainan dengan yang lain, nescaya alim-ulama Yahudi dan Kristian menyedari perkara ini. Sebab itulah pada zaman Muhammad di Madinah, orang-orang Yahudi dan Kristian menentang pembohongan ini.
5) Isu sifat-sifat "keras" dikatakan terdapat sebutan dan sifat sifatnya dalam Taurat dan Injil. Ini berdasar kepada ayat Al-Qur'an:
"...demikianlah sifat-sifat mereka yang terdapat dalam Taurat dan begitu juga dalam Injil ..." (Al-Fath 48:29). Tidak adapun gambaran itu dalam Bible. Orang-orang Yahudi dan Kristian membaca kitab Bible sudah beribu-ribu tahun lamanya, dan mereka tidak pernah jumpa dengan perkara tersebut. Apatah lagi dalam Injil sendiri, ajarannya ialah menyibarkan ugama Kristian secara lemah-lembut bukan secara "keras" terhadap orang bukan Kristian.
6) Sebutan "yaa ukhta Harun" dalam ayat (Maryam 19:28): " yaa ukhta Harun (wahai adik perempuan Harun)..." Ini ialah salah satu nisbah kekeluargaan yang tidak sah. Ini ialah kerana Nabi Harun hidup dizaman Nabi Musa dan sudah lama meninggal. Padahal
Maryam adalah anak-cucu keturunannya. Bagaimana pula Maryam boleh disebut sebagai "adik perempuan Harun"?? Tidak ada nas yang terang daripada ayat Al-Qur'an dan hadith yang mengatakan bahawa pernah wujud seorang yang pernah menjadi saudara kepada Maryam yang bernama Harun. Dan makna "yaa ukhta Harun" adalah difaham secara harfiah.
7) Isu sebutan "Isa Al-Masih" seperti mana terdapat dalam Al-Qur'an sebanyak 11 kali. Contohnya ialah dalam ayat (Ali 'Imran 3:45) :
"Al-Masih Isa ibni Maryam...". Persoalannya ialah kenapa tidak disebut sahaja nama "Isa ibni Maryam"?? Bukankah itu sudak cukup?? Ini ialah kerana sebutan itu meniru cara orang Kristian menyebut Isa sabagai "Jesus Christ" (Isa Al-Masih). Makna Christ ialah Al-Masih dalam bahasa arab. Dalam bahasa Ibrani disebut Messiah.
Sebenarnya mengikut akidah orang Kristian, nama "Al-Masih" itu bererti "Anak Tuhan". Terdapatnya sebutan itu dalam Al-Qur'an secara tidak langsung mengiktiraf bahawa Isa adalah Anak Tuhan. Ini pada kepercayaan orang Kristian. Yang menghairankan ialah kenapa Al-Qur'an meniru sebutan itu??
8)Perkara "Uzair Anak Allah". Ini disebut dalam ayat Al-Qur'an,
"..berkata Yahudi, Uzair ialah Anak Allah.."(At-Taubah 9:30). Ini satu kesilapan fakta dalam Al-Qur'an. Tidak pernah wujud dalam sejarah orang Yahudi yang berkata begitu. Tidak ada dalam Bible yang menyebut begitu. Hairan, dari mana kamu dapat rekaan itu???
9)Perkara "Maryam Sebagai Tuhan". Ini disebut dalam ayat Al-Qur'an,
"..Wahai Isa ibni Maryam! Engkaukah yang berkata kepada manusia:
Jadikan daku dan IBUku dua tuhan selain dari Allah?" (Al-Maidah 5:116). Satu lagi silap fakta...tidak ada dalam ummat Kristian yang pernah mempertuhankan IBU kepada Isa. Hairan kenapa orang Islam berani berkata begitu???
10) Perkara "Isa Anak Tuhan". Dalam Al-Quran banyak ayat-ayat yang menuduh orang Kristian percaya bahawa Tuhan melahirkan anak. Satu lagi silap faham orang Islam. Mereka menuduh sesuatu tanpa memahami konteks sebenarnya fahaman Kristian apakah maksud dalam etimologi bahasa dalam Bible. Tidak ada dalam Bible yang mengatakan
Tuhan melahirkan anak. Orang Kristian faham makna "Anak" ialah satu pangkat kemuliaan BUKAN bermakna Tuhan itu melahirkan anak. Tuhan yang menciptakan alam semesta ini tidak pernah beranak. Cuba kamu buktikan di manakah disebut dalam Bible bahawa Tuhan
melahirkan anak??? Perbetulkan pembohongan yang kamu reka-rekakan..
Jawapan :
Kami akan menumpukan jawapan ini kepada 10 soalan sebagaimana yang tuan pinta iaitu mengenai 'Isa Anak Tuhan'. Telah dikatakan umat Islam salah tanggap i.e Tuhan beranak. Manakala yang sebenarnya mengikut orang Kristian ia merupakan satu kemuliaan yang diberi oleh tuhan kepada manusia.
Apa yang dibincang ini adalah suatu perkara yang menjadi 'rukun iman' kepada umat Kristian. Jikalau terbukti Isa bukan anak Tuhan maka banyaklah ajaran tunggak Kristian akan runtuh terutama Triniti (satu dalam tiga dan tiga dalam satu-God The Father, God The Son and Holy Ghost) peristiwa persaliban dan sebagainya.
Yang lebih menarik lagi rencana tersebut tidak menyatakan dengan jelas siapa Isa sebenar jikalau ia tidak anak Tuhan, Adakah ia Rasul, separuh manusia separuh tuhan atau sebagainya. Untuk membincangkan perkara ini kita perlu kepada rujukan. Apakah rujukan yang dianggap berotoriti oleh orang Kristian (kita tidak menggunakan al-Qur'an takut dikatakan berat sebelah). Mengikut kepercayaan orang Kristian samada Katolik atau protestant, sumber rujukan mereka ialah Bible dan tradisi Gereja i.e pandangan paderi. Jikalau katolik pada masa kini Pope John Paul 11 di Vatican City dan kalau protestant pandangan World Council of Churches di Geneva, Switzerland pandangan mereka adalah kata pemutus. Setakat ini tidak ada permuasyaratan yang muktabar Kristian (yang sama taraf dengan council of Nicene yang diadakan pada tahun 325 A.C) mengeluarkan kenyataan menolak Isa sebagai anak tuhan. Pandangan paderi ini amat penting kerana ia kadang-kadang boleh 'overule'. Bible sebagai contoh kes Galileo telah dihukum murtad dan dibunuh kerana mengatakan bumi mengelilingi matahari sedangkan masa itu gereja mengatakan sebaliknya. Namun begitu Pope John Paul 11 baru-baru ini telah membatalkan 'fatwa tersebut.
Isu Isa bukan 'anak tuhan' ini timbul apabila pendiayah agama Kristian (sebahagian besarnya golongan evangelical) telah melaksanakan program mereka di kalangan orang Islam terutama di Indonesia dan Malaysia. Pendiayah yang menggunakan pendekatan yang diistilah sebagai mengikut 'contextualization' yang dipelopori oleh Koyama seorang Jepun yang tinggal di Thailand di abad yang lalu, maka banyak istilah agama Islam telah digunapakai seperti Allah, Rasul, solat dan lain-lain.. Pada kita inilah pendekatan tujuan menghalalkan cara.
Jadi apa patut kita lakukan sekarang? Kami rasa, pertamanya kita harus tanyakan soalan ini kepada Pope John Paul 11, tetapi kita sudah terlambat kerana Perdana Menteri Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad telah berjumpa dengan Pope dan soalan ini tidak termasuk dalam senarai perbincangan. Jadi kita kena merujuk kepada Bible, masalahnya berbagai jenis Bible, apakah kita nak gunakan Versi King James (yang dianggap 'muktabar'), malangnya kami tidak ada Bible itu masa kini. Dari segi kandungan Bible pula ada yang dinamakan Canonical dan apocryphal (buat masa ini untuk menjimatkan masa kita lupakan persoalan ini). Kita rujuk kepada Bible (untuk makluman, kami gunakan Good News Bible - Bible yang diubah suai untuk remaja);
'my father is working still, and I am working'
'I and the father are one'
'I am in the father and the Father in me'
(John 5:17:10:30;14:10,11)
Dalam Matthew 11:27 Isa bersabda,
"All things have been delivered to me by my father; and no one knows the Son except the Father, and no one knows the Father except the Son and any one to whom the Son chooses to reveal him"
Dalam John 3:16-17,
'For god loved the world so much that he gave his only Son, so that everyone who believe in him may not die but have eternal life. For God did not send his Son into the world to be its judge, but to be its saviour'
Walaubagaimanapun, sila bandingkan dengan ayat yang sama tetapi dari New World Translation of The Holy Scripture (1984),
'For God loved the world so much that he gave his only-begotten Son........John 3:16
Kalau kita lihat pula kepada asal usul keturunan Isa dalam Bible yang sama (God News Bible) terdapat perbezaan yang besar di antara Matthew dan Luke. Di dalam Matthew 1:6-16 terdapat 25 orang sebelum Joseph (suami Maryam i.e tidak pernah menyetubuhi Maryam) tetapi dalam Luke 3:23-31 terdapat 40 orang dan sungguh aneh di akhir ayat ditambah lagi dengan perkataan 'the son of god'.
Inilah yang menjadikan kita bertanya samada umat Islam salah faham atau Orang Kristian salah faham tentang ajaran Bible kerana di dalam Bible dari Old Testement hingga New Testement terutamanya synoptic Gospels (Matthew, Mark dan Luke) fahaman Isa anak tuhan tidak timbul lagi apatah lagi dalam Old Testement.
Kesimpulan:
1. Di dalam al-Qur'an diceritakan orang Nasrani memanggil Isa ' anak tuhan'. Tidak ada ayat al-Qur'an yang menyebut sebagai contoh (yang bermaksud) Allah melahirkan Isa.
2. Pendiayah Kristian di negara-negara penduduk majoriti Islam mendapati al-Qur'an adalah 'anti-dote' yang mujarab menentang Kristian maka mereka bertungkus lumus untuk menawarkan anti body tersebut maka digunakan berbagai pendekatan sehingga hampir kepada 'penipuan'.
3. untuk menuduh orang Islam silap faham, perlulah pihak berotoriti Kristian seperti Pope membuat pengisytiharan bahawa Isa Bukan Anak Tuhan terlebih dahulu. Bukan dengan dakwaan pastor di pendalaman wilayah Islam yang mementingkan agenda mereka.
Kita bermohon kepada Allah s.w.t agar iman kita tidak tergelincir kerana apabila sudah datang kebenaran maka kebatilan akan luput. Wallahu a'lam.
Bernazar
a)Memerdekakan seorang hamba, jika tidak mampu;
b)Memberi makan kepada 10 orang fakir miskin dengan makanan asasi secupak seorang, jika tidak mampu;
c)Memberi pakaian kepada 10 orang fakir miskin sepasang seorang.
Sekiranya tidak mampu melakukan ketiga-tiga perkara itu setelah berusaha, maka hendaklah dia berpuasa 3 hari dengan niat kifarah nazar.
Hak Sesama Muslim
1. Bila bertemu, berilah salam
2. Bila diundang (ke majlis yang tiada perkara maksiat), maka hadirlah
3. Bila diminta nasihat, maka berilah nasihat
4. Apabila sakit, ziarahilah
5. Apabila meninggal dunia, hantarkanlah jenazahnya hingga ke kubur
6. Apabila bersin (lalu menyebut 'Alhamdulillah'), maka doakanlah ia (dengan menyebut 'Yarhamkallah')


