Harakah - Kejadian penculikan dan kehilangan kanak-kanak yang kian menimpa semakin membimbangkan ibu bapa dan masyarakat, lalu wajar semua pihak mengetahui beberapa langkah 'Standard Operation Prosedure' (SOP) supaya keluarga mangsa dan masyarakat dapat mengesan dengan segera atau menemui mangsa penculikan dalam jangka masa terdekat seterusnya menyelamatkan nyawa mereka. Berikut adalah antara tips dan langkah-langakh pencarian segera mangsa culik:- Pada 45 minit pertama kehilangan kanak-kanak 1. buat laporan awal dan menghubungi balai polis berdekatan, bilik gerakan daerah 2.laporan segera supaya dapat dimaklumkan kepada kereta peronda dan polis bertugas 3. walaupun laporan lazimnya dibuat selepas 24 jam kehilangan tetapi bukan satu kesalahan buat laporan awal 4. maklum kepada jiran sebelah,terdekat, ketua kampung atau blok 5. buat persempadanan pencarian segera dalam sekitar dua kilometer 6. Nyatakan nama, pakaian terakhir yang dipakai, perawakan dan ketinggian kanak-kanak 7. hubungi segera talian NUR 15999 kerana hebahannya akan lebih drastik 8. edar gambar kanak-kanak tersebut sekitar lima ke 10 kilometer daripada rumah keluarga mangsa 9. edar gambar ke stesyen minyak, kedai serbaneka, rumah tumpangan, hotel, kedai makan khususnya kedai makanan segera. 10. Andaikan, untuk tutup mulut atau hentikan tangisan kanak-kanak, penjenayah akan membelikan makanan 11.tampalkan juga di syarikat penghantaran makanan segera sebab kemungkinan penjenayah memesan makanan daripada tempat persembunyian. Dua jam kemudian 1. meluaskan lokasi pencarian ke kawasan yang 'di luar jangkaan' 2. cari tempat yang tidak terlintas difikiran akan menjumpai mangsa. 3. cari ke kawasan semak belukar, rumah kosong, perkuburan, stesyen bas, teksi dan keretapi. 4. Jangan abaikan tempat seperti bangunan sub-stesyen seperti janakuasa elektrik, kawasan tangki air walaupun itu tempat larangan. 5.ambil kira faktor kecurigaan terhadap kediaman atau rumah yang disyaki ada penghuni tetapi sentiasa ditutup dan tidak menampakkan sebarang aktiviti langsung namun kelihatan sesekali kelibat inidividu keluar masuk. 6.edarkan Poster ke sebanyak tempat mungkin Mengenal pasti seseorang itu 'sedang diculik' atau jadi mangsa jenayah 1.dalam kenderaan persendirian, melihat orang dewasa duduk di belakang bersama dan sedang memegang seorang kanak-kanak dan budak itu dalam raut ketakutan, diam atau pun menangis. 2.dalam bas atau kenderaan awam, orang dewasa itu sentiasa memegang kejap dan erat kanak-kanak itu 3. sentiasa menengking dan menyuruh kanak-kanak itu supaya mendiamkan diri 4. dilihat antara orang dewasa dan kanak-kanak itu tidak mesra seolah-olah tidak ada hubungan kekeluargaan sesama mereka. Lokasi mudah penculikan 1.tempat yang wujudnya komunikasi atau interaksi dengan mangsa seperti taman permaianan, pusat beli-belah, kunjungan pasar malam. 2.Tempat yang tiada pengawasan ibu bapa 3.cybercafe dan tempat ibadah seperti masjid dan kuil juga tidak terkecuali daripada menjadi antara lokasi mudah untuk penculikan Elakkan memberi wang ganjaran dan guna khidmat bomoh 1.Beri ganjaran selepas mangsa atau kanak-kanak itu ditemui bukannya sebelum itu. 2. penjenayah yang pertama kali menculik, akan membuat dia lebih tertekan kerana merasakan ramai orang memburunya 3. hasilnya penjenayah akan terus 'menyimpan' atau melepaskan mangsa. 4. penjenayah mengambil tindakan yang tidak diingini 5. bagi penjenayah yang berpengalaman, ganjaran ini semakin mengundang bahaya kepada mangsa. 6. jangan para bomoh, paranormal atau dukun memberi harapan palsu kepada keluarga mangsa dengan memberi jaminan bahawa mereka boleh menemui kanak-kanak tersebut. 7.ikhtiar cara yang diredhai oleh Allah SWT Segala makulumat dan tips ringkas ini adalah petikan daripada wawancara Harakah dengan Penganalisa Jenayah Kamal Effendi Hashim (www.kamalfndhashim .blogspot. com) yang telah disiarkan dalam keluaran terbaru akhbar Harakah. Sehingga berita ini ditulis Sharlinie Mohd Nashar yang hilang pada 9 Januari lalu di Taman Medan, Petaling Jaya belum lagi ditemui.Semoga seluruh rakyat Malaysia prihatin dapat membantu mengesannya di samping berdoa agar Sharlinie dijumpai dalam keadaan selamat. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan