Di dalam perubatan Islam, makanan dan pemakanan merupakan sebahagian besar dari amalan penjagaan kesihatan dan pencegahan penyakit. Makanan adalah penawarnya. Yang hebatnya, kesemua makanan yang menjadi penawar merupakan makanan yang penuh dengan antioksidan.
Makanan
yang dikatakan penawar itu pula adalah makanan harian yang biasa
dimakan. Kalau begitu, mengapa ramai yang masih menghidap penyakit?
Selain
dari sumber makanan dan cara penyediaan makanan, cara kita
makan adalah sama penting atau mungkin lebih
penting dari apa kita
makan. Sesetengah makanan tidak
sesuai dimakan
bersama, di antaranya adalah seperti berikut:
- daging (samada lembu, ayam atau kambing dan sebagainya) dan ikan
- ikan dan susu
- ikan dan telur
- susu dan buah
Cara
pemakanan yang tidak sesuai sebenarnya amat memudharatkan kesihatan
dan akibatnya adalah seperti berikut:
- Gabungan makanan yang tidak betul akan menghasilkan perut dan darah yang berasid kerana penghadaman dan pencernaan makanan yang tidak sempurna. Keadaan sebegini menjadi punca kepada kebanyakan penyakit terutamanya tekanan darah tinggi dan hipertensi.
- Apabila
dua makanan protin seperti daging dan ikan dimakan bersama, salah
satu atau kedua-duanya tidak dapat dicerna dengan sempurna dan
akibatnya sisa akan menjadi bahan
toksik dalam
perut. Keadaan ini amat merbahaya dan memudharatkan kesihatan
terutamanya darah.
- Apabila makanan tidak dicerna dengan sempurna kerana pencampuran makanan, kabohiderat tidak dapat dipecahkan untuk menghasilkan glukos. Apabila tahap glukos rendah, hormon insulin tidak dirembes oleh pankrias. Insulin berfungsi untuk mengawal glukos dalam darah dan tanpa insulin juga glukos tidak diserap oleh sel. Akibatnya kita akan rasa letih selepas makan terutamanya jika nasi dan gula dalam darah akan naik.
- Penghadaman dan pencernaan yang tidak sempurna juga akan menyebabkan molikul lemak dan kolesterol tidak pecah dan berkumpul dalam saluran darah dan jantung.
- Tryptophan ialah sejenis asid amino yang terdapat dalam protin. Ia adalah penting pembentukan hormon serotonin. Apabila dua atau lebih jenis protin dimakan pada satu masa, tindakbalas yang sepatutnya tidak akan berlaku. Apabila kekurangan hormon serotonin, tidur akan terganggu dan kemurungan akan dialami.
Sebaliknya makanan boleh menjadi penawar jika dimakan dengan betul atau digabungkan dengan makanan lain yang bersesuaian. Sebagai contoh, buah tembikai mesti dimakan sebelum nasi atau hidangan utama. Tembikai mempunyai nilai perubatan yang sangat tinggi dan mengandungi banyak khasiat tetapi ia mesti dimakan terlebih dahulu supaya ianya dapat dihadam dan zat-zatnya dapat diserap. Sekiranya makanan lain yang mengambil masa yang lebih lama untuk dihadam masuk ke dalam perut dahulu, tembikai akan hilang khasiatnya. Kelebihan dan khasiat tembikai akan ditulis di dalam post yang lain, insya Allah.
Gabungan makanan yang terbaik merupakan penawar yang amat berkesan terutamanya sebagai pengalkali perut. Di antaranya:
- madu dan cuka buah
- kurma dan tembikai atau timun
- kurma dan roti
- buah tin, kacang walnut dan kacang badam
- halia dan serai
- daging dan cuka buah
Madu dan cuka buah
merupakan satu gabungan yang hebat dari segi nilai perubatan. Enzim dari
kedua bahan akan bergabung dan menghasilkan lebih lagi enzim dan asid
amino untuk sistem tubuh. Tetapi ini hanya akan berlaku jika madunya
ialah madu asli yang hidup (raw honey) iaitu yang tidak diproses dan cuka buahnya adalah hasil dari proses penapaian secara semulajadi.
Sumber: http://sistemannisaaonline.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan