Jika syaitan itu Musuh yang Nyata bagi mu - maka kenalilah ia.
Firman Allah SWT :
إِنَّ الشَّيْطَانَ لَكُمْ عَدُوٌّ فَاتَّخِذُوهُ عَدُوًّا إِنَّمَا يَدْعُو حِزْبَهُ لِيَكُونُوا مِنْ أَصْحَابِ السَّعِيرِ
Maksudnya : "Sesungguhnya syaitan ialah musuh kepada kamu, maka
jadikanlah dia musuh. Sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya
supaya menjadi penduduk neraka." (Surah Faatir ayat 6)
Kita
haruslah sedaya upaya berusaha menjauhi amalan-amalan yang diwarisi
daripada syaitan atau perbuatan yang boleh menyebabkan kita menjadi
pengikutnya. Walaupun kita berdepan dengan musuh yang tidak dapat
dilihat, hadis-hadis Rasulullah SAW banyak mendedahkan hakikat sebenar
syaitan dan cara-cara untuk menghindari tipu muslihatnya.
Di sini dinyatakan hadis-hadis mengenai perkara ini untuk panduan kita bersama. Iaitu ;
1. SYAITAN MAKAN DAN MINUM DENGAN TANGAN KIRI
Sabda Rasulullah SAW maksudnya : "Apabila seseorang daripada kalian
makan, maka makanlah dengan tangan kanannya dan apabila minum, maka
minumlah dengan tangan kanannya. Ini kerana sesungguhnya, syaitan makan
dengan tangan kirinya dan minum dengan tangan kirinya. "(Hadis Riwayat
Muslim)
Berusahalah sedaya-upaya makan dengan tangan kanan
walaupun ada diantara kita seorang yang kidal. Sekiranya jika kalian
makan dengan menggunakan sudu dan garpu, suaplah ke mulut dengan tangan
kanan agar tidak menyerupai syaitan yang makan dengan tangan kiri.
2.SYAITAN MINUM DAN MAKAN DALAM KEADAADN BERDIRI
Rasulullah SAW melihat seseorang yang minum sambil berdiri.
Baginda menegur, " Jangan begitu! "
Orang itu bertanya, " Mengapa? "
Rasulullah menjawab, " Adakah kamu suka minum bersama kucing? "
Orang itu menjawab, " Tidak. "
Rasulullah SAW meneruskan: "Sesungguhnya telah ikut serta minum bersama
kamu sesuatu yang lebih buruk daripadanya, iaitu syaitan. "(Hadis
Riwayat al-Darimiy dengan sanad yang sahih)
Oleh itu, elakkan
minum sambil berdiri kecuali dalam keadaan yang tidak mengizinkan
seperti keadaan yang sesak dengan orang ramai atau kawasan yang kotor.
Khamis, September 18, 2014
Selasa, September 02, 2014
Menukar Nama Setelah Masuk Islam
Apa itu nama Islam?
Nama Islam adalah nama yang membawa makna yang baik dan tidak
mensyirikkan Allah baik dari segi bahasa atau maksudnya. Nama yang
paling disukai oleh Allah adalah Abdullah dan juga Abdul Rahman seperti
yang diriwayatkan oleh Imam Muslim.
Adakah nama Islam itu mesti dalam bahasa Arab?
Seperti yang disebutkan di atas bahawa nama Islam adalah nama yang
membawa makna yang baik dan tidak semestinya di dalam bahasa Arab kerana
di zaman Rasulullah s.a.w ada beberapa sahabat yang memeluk Islam
kemudian Rasulullah s.a.w menyuruh mereka menukar nama seperti Abd
asy-Syams bin Sokhr kepada Abd Rahman bin Sokhr. Hal ini kerana Abd
asy-Syams bermaksud hamba matahari. Namun nama Sokhr yang bermaksud
batu tetap dikekalkan. Andai nama Islam adalah di dalam bahasa Arab,
mengapa Rasulullah s.a.w memerintahkan sahabat yang memiliki nama dalam
bahasa Arab menukar nama mereka?
Langgan:
Catatan (Atom)