Pada pertengahan tahun 1975, Presiden Perancis menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramasses II yang sangat terkenal. Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Musa dan para pengikut baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya.
Mesir
menyambut baik tawaran itu dan membenarkan mumia itu diterbangkan ke
Paris. Malah ketika sampai di sana kedatangan mumia itu disambut dengan
pesta dan majlis keramaian. Ini termasuklah apabila Mitterand dan para pemimpin Perancis yang lain tunduk hormat ketika mumia itu dibawa lalu di hadapan mereka.
Mumia
itu kemudiannya diletakkan di ruang khas di Pusat Arkeologi Perancis.
Di situ ia bakal diperiksa sekali gus membongkar rahsianya oleh para
pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis yang dipimpin oleh doktor yang
sangat terkenal, Prof. Dr. Maurice Bucaille.
Prof. Dr. Maurice Bucaille
Bucaille adalah seorang pakar bedah kenamaan Perancis yang dilahirkan di Pont-L’Eveque pada 19 Julai 1920. Memulakan kerjaya di bidang perubatan am dan pada tahun 1945 beliau diiktiraf sebagai pakar di bidang gastroentorologi.
Ramai
kerabat diraja dan keluarga pemimpin dunia menggunakan khidmat Dr.
Bucaille, termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan pemimpin Mesir, Anwar
Sadat.
Kesempatan
untuk membedah dan menyiasat mumia Firaun ini di manfaat sepenuhnya
oleh Bucaille. Beliau mengerah seluruh tenaga dan pengalamannya untuk
membongkar misteri di sebalik kematian raja Mesir kuno itu.
Hasilnya
sangat mengejutkan. Dr. Bucaille menjumpai sisa-sisa garam yang masih
melekat pada jasad mumia tersebut sebagai bukti terbesar bahawa Firaun
mati akibat tenggelam di dalam laut. Iaitu jasadnya segera dikeluarkan
dari laut, ‘dirawat’ segera dan dijadikan mumia supaya jasad itu tidak
buruk.
Namun penemuan itu menimbulkan persoalan yang sangat besar kepada Dr. Bucaille.
Bagaimana
jasad tersebut masih dalam keadaan sangat baik berbanding jasad-jasad
yang lazimnya tenggelam dan dikeluarkan daripada laut?
Beliau
menyiapkan sebuah laporan akhir yang dipercayainya sebagai penemuan
baru, iaitu proses menyelamatkan mayat Firaun dari laut dan kaedah
pengawetannya.
Laporan tersebut diterbitkan dengan tajuk; Mumia Firaun: Sebuah Penelitian Perubatan Moden (tajuk asalnya; Les Momies Des Pharaons Et La Midecine).
Ekoran penerbitan laporan itu, Dr Bucaille dianugerah penghargaan
tertinggi kerajaan iaitu Le Prix Diane Potier-Boes (Penghargaan Dalam
Sejarah) oleh Academie Frantaise dan anugerah Prix General daripada
Academie Nationale De Medicine, Perancis.
Kisah Firaun Di Dalam Al-Quran
Namun seorang rakan sempat membisikkan kepada Dr. Bucaille bahawa penemuan ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru.
“Jangan
panik kerana sesungguhnya umat Islam telah mengetahui tentang
peristiwa Firaun yang mati lemas dan mayatnya dipelihara sehingga ke
hari ini!”
Namun
kata-kata itu ditentang keras oleh Dr. Bucaille kerana beliau
menganggap sangat mustahil. Baginya membongkar sesebuah misteri yang
berlaku lama dahulu tidak mungkin dapat diketahui kecuali dengan
perkembangan teknologi moden, peralatan dan makmal canggi.
Hakikatnya
Dr. Bucaille menjadi serba salah dan bingung apabila diberitahu bahawa
al-Quran yang diyakini dan dipercayai oleh umat Islam telahpun
meriwayatkan kisah tenggelamnya Firaun dan kemudian mayatnya
diselamatkan.
Beliau
tertanya-tanya, bagaimana perkara seperti itu dapat diterima oleh akal
kerana mumia itu baru sahaja ditemui sekitar tahun 1898. Sedangkan
al-Quran telah ada di tangan umat Islam sejak 1400 tahun yang lalu.
Sambil
mata tidak terlepas dari memandang mumia Firauan yang terbujur di
hadapannya, Dr. Bucaille terus tertanya-tanya bagaimana al-Quran dapat
menyatakan kisah Firaun yang jasadnya diselamatkan dari hancur sejak
ribuan tahun lalu.
“Adakah
masuk akal ,di hadapanku ini adalah Firaun yang cuba menangkap Musa?
Apakah masuk akal Muhammad mengetahui hal sejarah ini? Pada hal kejadian
Musa dikejar Firaun telah berlaku sebelum al-Quran diturunkan,” kata
hatinya sendirian.
Beliau
mendapatkan kitab Injil yang di dalamnya hanya menyatakan Firaun
tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi Musa tetapi tidak
diceritakan mengenai mayat Firaun.
Sementara dalam Kitab Perjanjian Lama (Injil Lama) pula yang diceritakan dalam kitab itu hanyalah:
“Air
(laut) pun kembali seperti sebuah lautan yang berombak dan beralun,
menenggelamkan kereta-kereta (chariot) kuda, pasukan berkuda dan seluruh
bala tentera Firaun tanpa ada seorang pun yang berjaya menyelamatkan
diri. Tetapi anak-anak Israel dapat menyelamatkan diri atas daratan
kering di tengah-tengah laut itu”.
(Exodus 14:28 dan Psalm 136:15)
Penemuan Roda Kereta Firaun di dasar Laut Merah
Dr. Bucaille sangat terkejut kerana tidak ada disebut langsung mengenai apa yang terjadi seterusnya kepada mayat Firaun selepas tenggelam. Ini menjadikan beliau semakin kebingungan.
Apabila
mumia dikembalikan semula ke Mesir, Dr. Bucaille terus mendapatkan
kepastian mengenai mumia itu. Lalu beliau memutuskan untuk bertemu
dengan para ilmuwan Islam mengenai sejarah Nabi Musa, kekejaman Firaun
sehinggalah Bani Israel meninggalkan Mesir dan dikejar Firaun dengan
seluruh bala tentera di belakang mereka.
Maka
salah seorang mereka terus bangun dan membaca ayat al-Quran berhubung
sejarah tersebut untuk Dr. Bucaille mendengarkannya sendiri:
“Maka
pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya kamu dapat menjadi
pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya
kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami."
(Yunus: 92)
Apabila
mendengar ayat ini, hati Dr. Bucaille benar-benar tersentuh. Beliau
akhirnya mengakui kebenaran ayat itu kerana ia dapat diterima akal dan
memberikan satu inspirasi serta dorongan kepada sains untuk maju
meneroka lebih jauh lagi.
Lalu
dengan hati yang begitu sebak dan keharuan, beliau pun bangun dan
dengan suara yang lantang berkata: “Sesungguhnya aku masuk Islam dan
beriman dengan al-Quran ini.”
Tidak
sekadar beliau mengakui kebenaran dan memeluk Islam tetapi beliau
kemudiannya pulang ke Perancis dengan mengkaji seluruh isi al-Quran.
Akhirnya
beliau berjaya menerbitkan buku yang sangat mengejutkan seluruh dunia
dan sehingga kini telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa pada tahun
1976, iaitu The Bible, the Qur’an, and Science : The Holy Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge.
Melalui
buku ini, Dr. Bucaille yang kemudiannya dikenali sebagai Dr. Yahya
Maurice Bucaille berjaya membuktikan bahawa al-Quran adalah selari
dengan fakta-fakta sains sementara kitab Injil adalah sebaliknya.
“Sains
dan Islam umpama saudara kembar yang tidak boleh berpisah. Ini kerana
dalam Injil terdapat pelbagai kesilapan dari aspek saintifik tetapi
tiada sedikitpun kesilapan seperti itu ada dalam al-Quran.
“Al-Quran
yang di dalamnya diceritakan segala penjelasan mengenai fenomena alam
semula jadi yang sangat bertepatan dengan sains moden,” katanya.
Beliau memberikan kesimpulan bahawa tidak syak lagi al-Quran benar-benar kalam Allah.
Sumber: http://www.tranungkite.net
Tiada ulasan:
Catat Ulasan