Selasa, Julai 23, 2013
Perkara Wajib dan Sunat dalam Solat
Pekara yang wajib dalam solat:
Terdapat 13 perkara yang wajib di dalam solat (fardu dan sunat). Ia juga dikenali dengan nama rukun solat. Perkara-perkara tersebut ialah:
1. Niat
2. Berdiri betul
3. Takbiratul Ihram
4. Membaca Surah Al-Fatihah
5. Rukuk serta tuma'ninah
6. I'tidal
7. Sujud serta tuma'ninah
8. Duduk antara dua sujud
9. Duduk tahiyat akhir
10. Bacaan tahiyat akhir
11. Selawat ke atas Nabi dalam tahiyat akhir
12. Salam
13. Tertib
Sunat-sunat solat itu banyak dan secara keseluruhannya ia boleh dibahagikan kepada tiga bahagian:
1. Sunat-sunat yang ditunaikan sebelum solat
2. Sunat-sunat yang ditunaikan ketika solat
3. Sunat-sunat yang ditunaikan selepas solat
Sunat-sunat yang ditunaikan sebelum solat
Ada tiga perkara, iaitu:
1. Azan.
2. Iqamat.
3. Meletakkan sesuatu (pemisah) di hadapannya yang memisahkan antaranya dengan orang-orang yang lalu lalang seperti dinding, tiang, tongkat atau dengan menghampar sejadah dan seumpamanya.
Sunat-sunat yang ditunaikan ketika solat
Terdapat dua bahagian, iaitu:
1. Sunat Ab’ad (meninggalkannya perlu lakukan Sujud Sahwi)
2. Sunat Hai’at (meninggalkannya tidak perlu Sujud Sahwi).
Sunat Ab’ad:
a. Membaca Tahyat Awal.
b. Selawat ke atas Nabi selepas tasyahhud awal.
c. Duduk untuk membaca tasyahhud awal.
d. Selawat ke atas keluarga Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wassalam selepas tasyahhud akhir (yang merupakan rukun dalam solat).
e. Membaca qunut ketika iktidal di rakaat kedua pada solat Subuh, dan di akhir rakaat solat Witir selepas separuh daripada bulan Ramadan dan juga ketika iktidal di rakaat yang akhir pada mana-mana solat yang dibaca Qunut Nazilah.
Sunat Hai’at:
a. Mengangkat kedua tangan ketika takbiratul ihram, ketika rukuk dan bangkit daripadanya.
b. Meletakkan tangan kanan di atas bahagian belakang tangan kiri ketika berdiri.
c. Melihat ke tempat sujud.
d. Membaca doa iftitah selepas takbiratul ihram.
e. Membaca al-Isti'azah(A’uzubillahi minas syaitani....) selepas doa lftitah.
f. Membaca dengan kuat dan perlahan di tempat-tempat tertentu. Contohnya; raka’at pertama dan kedua dalam solat Maghrib, Isya'', Subuh, solat juma’at, solat sunat dua hari raya. Bagi solat yang lain disunatkan membaca dengan perlahan.
g. Menyebut “Amin” ketika selesai Fatihah.
h. Membaca sesuatu daripada ayat Al-Quran selepas Fatihah.
i. Mengucap takbir ketika berpindah dari satu rukun ke satu rukun yang lain.
j. Membaca tasbih ketika rukuk dan sujud.
k. Meletakkan kedua tangan di atas permulaan kedua paha (sewaktu duduk antara dua sujud/ Tashahud Awal/Tashahud Akhir).
l. Duduk tawarruk (duduk tashahud akhir).
m. Membaca Selawat Ibrahimiah dan doa selepas membaca tasyahhud (dalam Tashahud Akhir).
n. Memberi salam yang kedua (sebelah kiri).
o. Sentiasa khusyuk di sepanjang solat (sentiasa sedar dan ingat akan bacaan-bacaan, zikir-zikir dan doa-doa yang diulang-ulang oleh lidah di samping mentadabbur maknanya).
Sunat-sunat yang ditunaikan selepas solat
Berikut adalah antara perkara yang disunatkan dilakukan selepas selesai bersolat:
a. Istighfar, zikir dan doa
b. Berpindah tempat dari tempat solat fardu ketika hendak menunaikan solat sunat.
c. Memberi ruang kepada jemaah wanita yang datang bersolat berjemaah untuk keluar dahulu (jika ruang solat mereka di bahagian belakang ruang solat jemaah lelaki).
Wallahu 'Alam.
Rujukan:
Kitab FIQHUL MANHAJI AS-SYAFI'I Jilid 1.
5 ulasan:
Kalau kita solat jadi makmum, imam lupa nak duduk tahiyat awal dan terus berdiri. kita pun ikut berdiri sama. tetapi tiba-tiba, seorang makmum ber"subhanallah", dan tiba-tiba juga imam dari duduk semula setlah berdiri dengan tegak. apakah hukum solat jemaah dan apakan tidakan makmum yang lain? mohon pencerahan.
di atas ini ^^^^
saya kira batal kerana imam dh bangun berdiri tegak . dan makmum lain kalau yg ikut turun semula saya rasa batal jgk . manakala yg tetap diri boleh niat mufarraqah . waallahua'lam . maafkan saya
Silap lah imam tu.
Tak payah pening²..Imam dalam solat ialah yg memimpin solatmu(orang yg boleh dipercaya). Makmum ialah orang mengikuti imam. Imam kamu dah lupa. Tiada masalah pun kalau dia lupa mungkin sebab dia terlalu khusyuk lah tu..Ikut jak imam yg bersolat. Rujuk Al-quran. Islam itu mudah. Dalam azan jak pun dah kata, marilah menuju kejayaan.(maksud nya kita kena cuba atau berusaha menuju kejayaan).Iaitu jadikan agama islam itu mudah,sentiasa bersatu tak kira apapun keadaan. Rujuk al-quran ayat (janganlah kamu berpecah-pecah) maksudnya dalam menegakkan Agama Islam. Hukum-hakam cuma ulama jak tahu,kita tidak tahu. Maka cuba jak lah untuk menuju kejayan. Dan berdoa semoga Allah mengampuni kesilapan kita.
Berkaitan Sunat Ab'ad. Jika kamu masih didalam solat dan teringat yang kamu terlupa melakukan sunat Ab'ad. Maka lakukanlah sujud sahwi(hanya untuk orang yg telah belajar bagaimana untuk sujud sahwi). Tidak perlu lakukan sujud sahwi jika kamu masih belum tahu cara untuk sujud sahwi. Dalam azan itu terdapat(marilah bersembahyang). Maksudnya: cubalah bersembahyang. Hukum-hakam cuma ulama jak tahu. Kita tidak tahu, harus bgaimana lagi. Perlu kah kita nak tunggu ulama ajar kita sedangkan dalam azan saja terdapat marilah(cobalah) bersembahyang.Rujuk al-quran. Baca surah al-kahfi. Ingatlah kisah tentang kisah 3 pemuda ditidur oleh Allah selama 3 tahun.. Mahdi akan datang dan bagitahu sesuatu pada korang tentang perkara yg berkaitan dengan surah al-kahfi dan yg berkaitan dengan al-quran.
Catat Ulasan