Seorang jemaah sampai ke masjid pada waktu Zuhur dan bilal sedang melaungkan azan Zuhur, dan jemaah tersebut belum menunaikan solat Tahiyyatul Masjid. Dalam keadaan ini, apabila masuk waktu solat Zuhur, jemaah tersebut mempunyai dilema sama ada untuk menunaikan Solat Sunat Tahiyyatul Masjid
ataupun solat Sunat Rawatib. Dalam keadaan ini, Islam mensyariatkan
bahawa solat yang lebih berhak ke atas jemaah tersebut pada waktu itu
adalah solat sunat Rawatib Zuhur dan bukannya solat sunat Tahiyatul
masjid. Dengan mendirikan Rawatib Qabliyyah Zuhur,
ulama mengira sudah memadai dan mendapat fadilat sunat Tahiyatul
Masjid.
Sumber: Mohd. Farid Ravi Abdullah - Utusan Malaysia Bicara Agama