Mengapa Islam memperkenalkan undang-undang yang cukup zalim seperti membunuh orang murtad, memotong tangan pencuri, rejam lelaki atau perempuan berzina yang sudah berkahwin sampai mati, dan sebatan 100 bagi lelaki dan perempuan yang berzina dan belum berkahwin.
Katanya
: Islam adalah agama yang membawa rahmat dan kedamaian kepada seluruh
alam. Kalau membawa rahmat, kenapa Islam benarkan semua hukuman
tersebut? Bukankah hukuman tersebut akan mendatang kezaliman dan
kesengsaraan.
Dan tidaklah Kami mengutus kamu, melainkan untuk menjadi rahmat bagi seluruh alam (Al-Anbiyaa’ 21;107).
Dalam
ayat di atas jelas menerangkan bahawa kedatangan Muhammad yang membawa
Islam adalah rahmat atau berita gembira kepada seluruh alam. Maksud alam
di sini bukan hanya manusia sahaja bahkan kebaikan kepada seluruh
makhluk yang ada di dunia ini. Ayat ini membuktikan Islam adalah agama
rahmat dan kedamaian. Memang benar Qur’an membenarkan pelaksanaan
undang-undang tersebut dengan tujuan untuk mencegah dan sekaligus
menjaga manusia serta harta benda mereka daripada dicerobohi..
1. Hukuman Mencuri
Lelaki
yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya
sebagai pembalasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai siksaan
daripada Allah. Dan Allah maha perkasa lagi maha bijaksana (Al-Maa-idah
5;38).
Hukuman potong tangan bagi pencuri dilaksanakan untuk menuntut keadilan kedua-dua pihak iaitu pencuri dan harta orang yang dicuri. Memang nampak seolah-olah menzalim pencuri, tapi macamna dengan harta yang dicuri? Adakah mereka tak dizalimi oleh pencuri? Bayangkan harta yang dicuri tersebut dikumpulkan bertahun-tahun tetapi hilang dalam sekelip mata kerana dicuri. Adakah pencuri tersebut tidak bersifat zalim?
Hukuman potong tangan bagi pencuri dilaksanakan untuk menuntut keadilan kedua-dua pihak iaitu pencuri dan harta orang yang dicuri. Memang nampak seolah-olah menzalim pencuri, tapi macamna dengan harta yang dicuri? Adakah mereka tak dizalimi oleh pencuri? Bayangkan harta yang dicuri tersebut dikumpulkan bertahun-tahun tetapi hilang dalam sekelip mata kerana dicuri. Adakah pencuri tersebut tidak bersifat zalim?
Pelaksanaan
hukuman potong tangan untuk memberikan peringatan kepada pencuri supaya
tidak mengulangi atau menakutkan orang lain yang mahu mencuri.
Sungguhpun demikian seringkali timbul masalah kerana pelaksanaan
undang-undang tersebut tidak berlaku keadilan. Sebelum perlaksanaan
hukuman potong tangan maka harus dibuktikan dengan sahih dengan
bukti-bukti yang sah. Selepas disabitkan mencuripun belum boleh
dilaksabakan hukum memotong tangan kalau kerajaan tidak melindungi
rakyatnya termasuk juga keperluan asas.
Disamping
itu harus dikaji sebab apa mencuri? Kalau mencuri disebabkan ketiadaan
makanan sehingga terpaksa mencuri maka kerajaan harus bertanggung jawab
bukan pencuri, tetapi sekiranya semua keperluan asas sudah terpenuhi dan
tetap mencuri kerana tabi’at maka hukum harus dilaksanakan untuk
memberi pengajaran kepada pencuri.
Sungguhpun
demikian pelaksanaan hukum tersebut harus adil dan tidak menzalimi
pencuri tersebut lebih-lebih mengaibkan pencuri. Dalam perlaksanaan
hukum pun diambil kira supaya tidak sampai menzalimi pencuri tersebut
seperti mempastikan agar pisau benar-benar tajam sehingga tidak begitu
menyiksa. Ini diperingatkan oleh Rasulullah dalam pesannya :
Abu
Hurairah berkata : Dibawa kepada Muhammad seorang yang minum arak,
Muhammad perintahkan untuk memukul, maka di antara kami ada yang
memukulnya dengan tangan, selipar dan kainnya. Selepas itu seseorang
berkata “Allah telah menghinanya” maka Muhammad berkata : “Jangan kamu menjadi perosak saudaramu (menjadi pembantu syaitan)” iaitu dengan menghinanya sehingga syaitan akan lebih senang untuk menghancurkan orang tersebut (dilaporkan oleh Bukhari).
Hadith
di atas menunjukkan bahawa tidak boleh melaksanakan hukum dengan tujuan
merosakkan pencuri tapi hanya sekadar mengajar semata-mata. Sebetulnya
hukuman potong tangan bukan hanya dalam Islam bahkan dalam Kristian pun
terdapat ayat tersebut seperti terdapat dalam ayat di bawah :
Jika tanganmu menyebabkan kamu berdosa, potonglah tangan itu!Lebih
baik kamu hidup tanpa sebelah tangan daripada kamu masuk ke dalam
nereka yang kekal bersama kedua tanganmu (Mark 9;43 dan Matthew 5;30).
Jika kakimu menyebabkan kamu berdosa, potonglah kaki itu! Lebih baik kamu hidup tanpa sebelah kaki daripada kamu dibuang ke dalam neraka bersama kedua kakimu (Mark 9;45).
2. Rejam kerana Berzina.
Sila rujuk ayat di bawah :
Perempuan
yang berzina dan lelaki yang berzina maka rejamlah tiap-tiap mereka 100
kali rejam, dan janganlah disebabkan rasa simpati menyebabkan kamu
gagal melaksanakan hukum Allah, jika kamu beriman kepada Allah dan hari
akhirat, dan hendaklah pelaksanaan hukum Allah disaksikan oleh
sekumpulan orang (An-Nuur 24;2).
Bagi
Lelaki dan perempuan yang sudah berkahwin maka rejam sampai mati
manakala yang belum berkahwin adalah rejam 100 kali sebatan. Sebelum
hukum dilaksanakan maka pendakwa harus menyatakan bukti yang sahih
dimana ada empat orang saksi yang melihat zina berlaku secara langsung.
Kalau tidak ada saksi maka kerajaan tidak boleh melaksanakan hukuman
tersebut sungguhpun zina itu memang dilakukan kecuali tertuduh membuat
pengakuan sacara sukarela seperti berlaku pada zaman Muhammad.
Undang-undang Allah juga terkandung dalam kitab-kitab samawi lain. Dalam
Taurah (Moses) dan Injil (Yesus) juga terdapat perintah pelaksanaan
hukum hudud bagi yang berdosa. Bahkan dalam Bible sendiri juga terdapat
hukum hudud.
Bunuhlah nabi atau
penafsir mimpi yang menyuruh kamu memberontak terhadap Tuhan yang sudah
menyelamatkan kamu dari Mesir, tempat kamu dijadikan hamba sahaya
dahulu. Orang seperti itu jahat dan cuba menyesatkan kamu daripada
kehidupan yang diridhai Tuhan. Orang itu mesti dibunuh, supaya kejahatan itu dihapuskan dari kalangan kamu (Deutronomy 13;5).
Di ayat yang seterusnya pun perintah hudud juga perlu dilaksanakan :
Jangan
biarkan orang tersebut merayu kamu dan jangan dengarkan kata-katanya.
Jangan kasihani orang tersebut dan jangan lindungi dia.Bunuhlah dia! Biarlah kamu menjadi orang pertama yang merejam dia. Rejamlah dia sampai mati! Dia
cuba menjauhkan kamu daripada Tuhan, yang sudah menyelamatkan kamu dari
Mesir, tempat kamu dijadikan hamba dahulu. Kemudian semua bangsa Israel
akan mendengar dan mereka akan takut Murtad. Seorangpun tidak akan
murtad lagi (Deutronomy 13;8).
Sesiapa
yang menyebabkan pengikut-Ku yang kecil ini tidak lagi beriman
kepada-Ku, lebih baik kalau batu pengisar diikatkan pada lehernya, lalu
dia dibuang ke dalam laut (Mark 9;42).
Hukum pasal zina pula tersebut dalam Matthew 5;28-29 dan Mark 9;47 :
Tetapi
sekarang Aku berkata kepada kamu : Sesiapa memandang seorang perempuan
dengan perasaan berahi, orang itu sudah berzina dengan hati. Jika mata
kanan kamu menyebabkan kamu berdosa, cungkillah dan buang lah mata itu!
Lebih baik kamu kehilangan salah satu anggota tubuh daripada seluruh
tubuh kamu dibuang ke dalam neraka.
Sumber: http://www.jengkoil.com
Sumber: http://www.jengkoil.com