Islam dan kristian telah selalu dianggap sebagai musuh-musuh ketat selama 1400 tahun. Kekal bertengkar sehinggalah hari kiamat dimana pada hari pembangkitan, Allah akan menamakan pemenangnya.
Pertengkaran budaya ini telah menegangkan lagi hubungan antara kedua-dua agama ini melalui peperangan salib, hinggalah peperangan atas nama keganasan. Kisah-kisah ketidakpercayaan yang kadang kala bertukar menjadi kemarahan dan hanya boleh diselesaikan dengan peperangan.
Namun...terdapat lagi sebuah kisah...
Ia adalah kisah yang dikaitkan dengan seorang lelaki yang berbilion muslim dan kristian percaya dan menggelarnya sebagai nabi penyelamat. Tetapi dengan cara yang berlainan. Ia berkisarkan tentang nabi Isa a.s. (Jesus).
Agama kristian secara umumnya tiada hak penuh untuk mengaku nabi Isa a.s. hak milik kristian kerana baginda juga salah seorang nabi yang dihormati dalam Islam. Kisah-kisah kelahiran, kehidupan, dan kewafatan baginda mungkin kurang selesa bagi penganut kristian yang hanya segelintir dari mereka yang tahu. Seseorang itu tidak boleh memeluk islam selagi dia tidak percaya akan nabi Isa a.s.
Kita mengingati Nabi Isa a.s. kerana terdapat sesuatu yang unik tentangnya. Jika kamu memperkenalkan islam kepada seseorang kamu perlu memberitahunya, dengan penuh kepercayaan dan perlu berkata; ‘saya bersaksi tiada tuhan selain Allah dan Muhammad dalah pesuruh Allah. Dan saya juga bersaksi bahawa nabi Isa adalah hamba Allah dan juga pesuruh Allah seperti juga Muhammad’.
Jika kamu betul-betul seorang muslim, kamu perlu betul-betul percaya kepada nabi Isa a.s (Jesus), nabi musa a.s. (Moses).
Kita memahami bahawa nabi Isa a.s. amat-amat penting dalam islam. Dan di dalam al-Quran juga terdapat banyak bahan yang bercerita tentang baginda. Ini kerana kamu perlu faham dan percaya bahawa nabi Isa a.s. memulakan dakwah dan Nabi Muhammad s.a.w. melengkapkannya, atau dalam erti kata lain pengakhiran baginya. Ia macam satu agama! Sudah tentu, kerana ia datang dari sumber yang sama, seruan yang sama! Al-Quran memanggil Jesus sebagai Nabi Isa dan merujuknya sebagai seorang anak kepada Maryam. Ini berlainan dengan kitab Injil (Bible) yang merujuk nabi Isa sebagai anak Tuhan.
Baginda diberi begitu banyak nama di dalam al-Quran seperti ‘kata-kata Tuhan’ dan juga ‘Jiwa Tuhan’. Tetapi terlalu banyak kali baginda dipanggil ‘Isa anak kepada Maryam’ kerana baginda dilahirkan tanpa seorang ayah.
Kehidupan baginda yang ringkas mendapat perhatian kebanyakkan muslim pada hari ini. Muslim mempelajari kisah tentang nabi Isa a.s. melalui al-Quran iaitu kitab suci. Dan juga didalam Hadith yang merupakan pengumpulan kata-kata dari baginda nabi Muhammad s.a.w.
Berulang-ulang kalinya Allah membicarakan didalam al-Quran bahawa al-Quran tidak diturunkan untuk menghapuskan ajaran kitab Injil mahupun mana-mana kitab yang lain. Bahkan di dalam al-Quran juga Allah berfirman; “kami menceritakan kisah-kisah yang paling benar kepada kamu”.
Kebanyakkan kisah yang terdapat di dalam injil, boleh juga dijumpai di dalam a-Quran. Terdapat juga kisah tentang kemukjizatan nabi Isa a.s. terdapat juga satu surah yang dinamakan ‘Maryam’.
Satu perkara di dalam al-Quran yang mungkin kamu akan perasan ialah kebanyakkan watak yang kita jumpa di dalam kitab Injil jga terdapat di dalam al-Quran. Seperti Adam, habil dan Qabil. Nabi Zakaria a.s. ada di situ, nabi Ilyas a.s. juga ada...kisah berisarkan tentang nabi Sulaiman a.s (Solomon)., nabi Daud a.s(David)., tentang Firaun (pharaoh) ada...begitu juga dengan kisah nabi Yahya a.s (John Baptis) juga turut terencana. Tidak tertinggal pula watak-watak seperti nabi Musa a.s. (Moses), Nabi isa a.s.(Jesus), nabi Nuh a.s.(Noah), nabi Ibrahim (Abraham) dan lain-lain. Tetapi kamu juga akan menjumpai versi-versi penceritaan yang berlainan tentang kisah-kisah mereka yang kadangkala ternyata berbeza dengan kitab Injil.
Kata kunci pertama:
“Watak-watak utama dialam kitab Injil juga merupakan watak-watak utama al-Quran”.
Kata kunci kedua:
“kepentingan nabi Isa a.s. di dalam al-Quran”.
* Secara khususnya nabi Isa a.s. telah disebut di dalam al-Quran sebanyak 154 kali di dalam al-Quran dalam 19 surah, lebih banyak daripada nabi Muhammad s.a.w. sendiri!
(Ingatlah) ketika malaikat berkata: “Wahai Maryam! Bahawasanya Allah memberikan khabar yang menggembirakanmu, dengan mengurniakan seorang anak yang engkau akan kandungkan. Semata-mata dengan kalimah daripada Allah , nama anak itu: al-Masih ibni Maryam seorang yang terkemuka di dunia dan akhirat, dan ia juga diantara orang-orang yang diberi kemuliaan oleh Allah”. (Al-Imran: ayat 45)
Dan juga Maryam binti Imran yang telah memelihara kehormatan dan kesuciannya: maka kami perintahkan Jibril meniup masuk ke dalam kandungan tubuhnya roh (ciptaan) kami; dan ia mengaku kebenaran kalimah tuhannya serta kitab-kitab-Nya. Dan ia menjadi orang yang tetap taat. (surah at-Tahrim: ayat 12)
Dan sesungguhnya nabi Isa menjadi tanda akan kedatangan hari kiamat. (surah az-Zukhruf: ayat 61)
Ia menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) kitab suci (Quran) dengan mengandungi kebenaran yang mengesahkan isi kitab-kitab suci yang telah diturunkan dahulu daripadanya dan Ia juga menurunkan kitab Taurat dan Injil. (Al-Imran: ayat 3)
“Kami telah memberi Muhammad ilham sebagaimana kami memberikannya kepada Nuh dan nabi-nabi selepasnya; Kami memberi ilham kepada Ibrahim, Ismail, Ishak, ya’kub, dan kepada kaum nabi Isa, Ayub, Yunus, dan Sulaiman dan juga Daud. katakanlah: “kami beriman kepada Allah dan kepada apa yang telah diturunkan kepada kami dan kepada apa yang diturunkan kepada nabi Ibrahim, Ismail, ishak, ya’kub, dan anak-anaknya. Dan juga kepada nabi Isa, Musa, dan kepada apa yang telah diberikan kepada nabi-nabi dari tuhan mereka.. kami tidak membeza-bezakan antara seseorang daripada mereka, dan kami semua adalah Islam (yang tunduk taat) kepada Allah semata-mata”. (surah Al-Baqarah: ayat 135-141)
Sudah tiba masanya kamu bangun dan sedar bahawa kamu mengikut ajaran dan pesanan yang sama. Yang datang dari Tuhan yang sama, menyokong matlamat yang sama.
Allah juga menjelaskan dalam Al Qur’an bahwa kedatangan Nabi Muhammad dalam Kitab-kitab sebelumnya. Sebagaimana firman-Nya:
Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah Kami beri Al Kitab (Taurat dan Injil) mengenal Muhammad seperti mereka mengenal anak-anaknya sendiri. Dan sesungguhnya sebahagian diantara mereka menyembunyikan kebenaran, padahal mereka mengetahui. (QS. Al Baqarah:146)
Dan (ingatlah) ketika Isa Putra Maryam berkata: “Hai Bani Israel, sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu, membenarkan kitab (yang turun) sebelumku, yaitu Taurat dan memberi kabar gembira dengan (datangnya) seorang Rasul yang akan datang sesudahku, yang namanya Ahmad (Muhammad)” Maka tatkala rasul itu datang kepada mereka dengan membawa bukti-bukti yang nyata, mereka berkata: “Ini adalah sihir yang nyata”. (QS. Ash Shaff : 6)
(Yaitu) orang-orang yang mengikut Rasul, Nabi yang ummi yang (namanya) mereka dapati tertulis di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka, yang menyuruh mereka mengerjakan yang ma’ruf dan melarang mereka dari mengerjakan yang mungkar dan menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk dan membuang dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka. Maka orang-orang yang beriman kepadanya. memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (Al Quran), mereka itulah orang-orang yang beruntung.(QS. Al A’raaf:157)
Namun mengapa semua persamaan ini tidak pernah didedahkan? Mengapa kisah ini tidak pernah kepada orang ramai? Mengapa kita telah selalu diajar untuk menganggap diri kita semua berlainan malah lebih bahaya lagi, sebagai musuh?
Kerana memecahbelahkan dan memerintah adalah motonya dan mencipta perbezaan dan pembahagian adalah salah satu alat berguna kepada mereka yang berkuasa.
Apa yang saya tekankan ialah persamaan diantara kristian dan Islam diantara nabi Muhammad s.a.w dan nabi isa a.s. perlulh diajar kepada anak-anak kita supaya apabila mereka membesar nanti, mereka boleh mula memahami bahawa kita semua beasal dari sumber yang sama. Dan kita juga mempunyai pandangan yang sama.
Kita sebagai muslim perlu benar-benar percaya akan nabi Isa ibni Maryam seperti kita pecaya baginda akan kembali sebagai seorang nabi di akhir zaman.
Persoalan seterusnya yang perlu kamu tanya di dalam diri kamu adalah...
‘Apakah yang boleh dijumpai di dalam kitab injil yang boleh mengukuhkan lagi pesanan umum ini’?
Semuanya akan dihuraikan dalam posting kali ini...teruskan membaca untuk memahami isi topik topik yang kita diskusikan..InsyaAlah...
Disini saya akan mengulasnya dengan lebih lanjut. Apa yang terjadi adalah, mengikut ajaran kristian, kitab Injil versi lama dikekalkan dalam bahasa Hebrew (Israel).
Di dalam kita Injil versi lama, surat ke-5 iaitu ‘Solomon Song’ (Lagu Sulaiman) ayat ke-16 di dalam bahasa Hebrew:
“Hikko mamittakim vikhullu Mohammadim zehdhudi izehraie bainna jerussalam” (Bible; solomon song: 16)
Lagu Sulaiman, surat ke-5, ayat 16. Perkataan ‘Mohammadim’ adalah merujuk kepada nama Muhammad. Dan hujungnya terdapat sebutan yang berbunyi ‘Im’ (Mohammadim). Di sini, ‘Im’ dirujuk sebagai jamak bagi penghormatan di dalam bahasa Hebrew (Hebrew language).
Dan jika kamu lihat di dalam ayat pertama di dalam kitab Injil, iaitu ‘Book of Genesis’, surat pertama, ayat pertama, ia dibaca:
‘In the beginning, God created the heaven and the earth’.
* dipermulaannya Tuhan menciptakan langit dan bumi. Perkataan God (Tuhan) dalam bahasa Hebrew adalah ‘Elohim’. Di dalam bahsa hebrew, ‘El’ ialah bermaksud tuhan, ‘Ellah’ bermaksud Tuhan. Manakala ‘Elohim’ pula adalah jamak untuk bertutur atau bercakap dengan hormat. Jamak bagi hormat.
Terdapat perkataan ‘Machmad’di dalam kitab Injil lama versi Hebrew. Tetapi mengapa ia tidak disebut di dalam versi Inggeris?
Perkataannya ada di situ sebagai kata kunci di dalam bahasa Hebrew.
Di dalam kitab Injil yang asli terdapat perkataan itu!
Tetapi mereka atau lebih tepat lagi untuk saya katakan bahawa tangan-tangan manusia telah menterjemahkan perkataan itu di dalam bahasa inggeris sebagai ‘bersama-sama berseronok’ (all together lovely).
Jadi adakah ini bermaksud nabi sulaiman a.s. berkata: ‘bersama-sama berseronok’??
Jika begitu kamu tidak boleh mengaitkan itu dengan ‘Muhammad'!!
Biar pun kamu membacanya berulang-ulang kali dan beribu-ribu kali sekali pun, kamu hanya membaca ‘bersama-sama berseronok, bersama-sama berseronok...bersama-sama berseronok’....
Ataupun kita sebutnya dengan maksud lain iaitu ‘yang terpuji’ (the prise one), yang terpuji...jadi dengan begitu kamu tidak akan faham yang perkataan itu merujuk kepada nabi Muhammad s.a.w. walaupun Muhammad bermaksud ‘yang terpuji’.
Kamu tidak akan fikir mereka mereka bercakap tentang MUHAMMAD walaupun MUHAMMAD bermaksud yang terpuji. Kamu tidak berhak menterjemah nama-nama orang seperti begitu!
“(Ingatlah) ketika malaikat berkata wahai Maryam! Bahawasanya Allah memberikan khabar yang mengenbirakanmu dengan mengurniakan seorang anak yang engkau akan kandungkan, nama anak itu al-masih Isa ibni Maryam”. (surah Imran: ayat 45)
Kisah kelahiran nabi Isa begitu teliti diceritakan di dalam al-Quran. Seperti di dalam kitab Bible, malaikat memberitahu Maryam bahawa beliau hamil walau pun tidak mempunyai suami. Tetapi kisah yang seterusnya berbeza sepebuhnya. Di dalam kitab Injil watak Maryam mempunyai had iaitu sebagai ibu kepada nabi Isa sahaja. Di dalam al-Quran pula terdapat kisah keturunan darah Maryam, kelahirannya, kehidupannya sewktu kecil di dalam istana nabi Sulaiman. Dan sebagai Ibu nabi isa a.s.
Isi penting:
* Beliau sahajalah wanita yang disebut di dalam al-Quran.
* Keupayaan nabi Isa untuk bercakap walaupun masih bayi adalah antara bayak mukjizat yang tidak disebut di dalam kitab Injil.
Islam mepunyai lebih banyak kisah tentang nabi isa a.s. daripada apa yang kamu boleh jumpe di dalam Gospel. Jadi terdapat kemungkinan bahawa terdapat kisah lain yang pernah berlaku.
Terdapat banyak kitab gospel yang tidak berkesempatan untuk dimasukkan ke dalam kitab Injil baru. Dan gereja telah mencuba untuk mengehadkan bilangan Gospel untuk dimasukkan ke dalam kitab Injil baru. Di dalam versi inggeris, isi yang paling penting tentang agama kristian adalah berkenaan pembunuhan dan pembangkitan semua nabi Isa.
Namun islam menafikan itu,
Dan juga (disebabkan) dakwaan mereka dengan mengatakan: ‘sesungguhnya kami telah membunuh al-Masih ibni Maryam, rasul Allah’. Padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak menyalibnya. Tetapi diserupakan bagi mereka (orng yang mereka bunuh itu seperti nabi Isa). (surah an-Nissa’: ayat 157)
Teras agama islam adalah berserah diri sepenuhnya kepada tuhan dan dari situlah pengampunan itu timbul. Iaitu berserah diri kepada tuhan atau sekurang-kurangnya mengenali tuhan. Di dalam kristian pula pengampunan timbul dari penerimaan darah kambing. Itu merupakan kisah yang benar-benar berbeza di dalam al-Quran.
Ia seolah-olah mengatakan: ‘siapa yang betul...?’
Tetapi al-Quran akan berkata: ‘kamu membuat pilihan kamu di sini, dan saya akan memberitahu kamu siapa yang betul di akhirat kelak’.
Di dalam al-Quran ada menyebut tentang Allah akan bertanya kepada nabi Isa a.s. di akhirat kelak: “adakah kamu memberitahu umat kamu bahawa kamu adalah tuhan?”
Dan nabi Isa membalas: “Kamu tahu apa yang saya cakap kerana Kamu-lah yang maha mengetahui dan maha mendengar. Saya tidak akan sesekali berkata begitu kerana pujian bagi-Mu, Kau-lah yang maha Agung. Saya tidak akan sesekali berkata begitu. Saya tidak berhak berkata begitu”.
Kepercayaan kristian bahawa nabi Isa adalah tuhan di dalam bentuk manusia adalah amat-amat penting kerana ia bermaksud bahawa tuhan memahami kita, dan tuhan bukan sahaja sesuatu yang hidup di dalam keagungan syurga. Tuhan dapat memahami bagaimana rasa kesakitan, dikhianati, untuk dilukakan, lebam, dibuli. Tuhan memahami situasi kita.
Namun perlu diingat jika nabi Isa adalah Tuhan, siapa pula yang akan menguruskan dunia semasa baginda dikatakan ‘mati’?
Ataupun jika baginda adalah tuhan kepada siapa pula baginda beribadah?
Bagi saya, untuk ‘tuhan’ menjadi ‘tuhan’ Dia perlulah menjadi PENCIPTA dan bukannya sebahagian daripada CIPTAAN.
Tuhan tidak terbatas di dalam rangka ciptaan kerana Dia-lah pencipta ruang dan masa.
Masa adalah ciptaan Tuhan, ruang adalah ciptaan Tuhan, Jirim adalah ciptaan Tuhan. Itu adalah ciptaan yang bersfat sementara sahaja. Ciptaan yang bersifat sementara tidak akan muncul dengan sendirinya. Kerana tiada apa pun di dunia ini bersifat kekal melainkan diri-Nya.
Jadi apabila kita bercakap tentang rangka ciptaan, kita perlu memahami dengan jelas bahawa setiap kali kita bertanya tentang Tuhan dan masa, mengenai masa hadapan, kita perlu berhti-hati dalam mentakrif istilah ini kerana pengetahuan Tuhan tentang masa depan saya adalah mutlak dalam bidang-Nya kerana Dia Maha Mengetahui.
Namun Dia tidak terikat dengan ketetapan masa di mana Dia sedang menguji diri-Nya, dan Dia juga tidak terikat di dalam ketetapan ruang, masa, atau jirim kerana itu adalah ciptaan yang telah dibuat oleh-Nya. Jadi bagi saya untuk meletakkan tuhan di dalam ciptaan-Nya adalah amat-amat salah.
Tuhan adalah pencipta mutlak bagi segala undang-undang dan ketetapan. Menjadi pencipta ia hanya logik untuk memahami bahawa dia tidak terikat atau perlu mengikut ketetapan ini.
Antara ketetapan ini adlah ketetapan pembiakan, yang merupakan isi penting di dalam kelahiran Nabi Isa a.s.
Namun kepada sesiapa yang berfikir, akan dapat memahami bahawa Allah telah sengaja mencipta 4 contoh yang mengajar kita bahawa Dia tidak terikat dengan keteapan sedemikian.
Jadi..apakah 4 contoh ini??
1). Contoh 1: penciptaan Adam
- Nabi Adam di ciptakan tanpa seorang lelaki dan tanpa seorang wanita.
2). Contoh 2: penciptaan Hawa
- Hawa diciptakan dari satu lelaki sahaja tanpa seorang wanita.
3). Contoh 3: penciptaan Nabi Isa a.s.
- Nabi Isa a.s. diciptakan dari seorang wanita tanpa seorang lelaki.
4). Contoh 4: Kita
- Dan kita semua telah diciptakan dari seorang lelaki dan seorang wanita.
Inilah 4 cntoh terbaik yang boleh kita ambil untuk memahami sifat mutlak pencipta kita. Dan jika kita boleh memahami perbezaan PENCIPTA dan yang DICIPTA, maka tida satu masalah un yang tidak boleh diselesaikan di antara islam dan kristian. Atau apa-apa agama sekali pun..
fikirkan......
Nabi Muhammad di dalam kitab Injil...
dan Nabi Isa di dalam al-Quran...
Dari Tuhan yang sama, pesanan yang sama...
Sumber: http://tamusalam.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan